Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

MALAYSIA DAN PROJEK MEGA-NYA

Sebenarnya secara sedar atau tidak, perasan atau tidak Malaysia nampaknya telah mewarisi satu penyakit yang agak kritikal dan mungkin tidak dapat diubati dengan mana-mana ubat, pil atau tampal koyok daripada penjajah kita sebelum ini. Penyakit yang diwarisi ini adalah “pembangunan pesat yang tidak seragam”. Kini peneraju pemerintahan negara lebih cenderung untuk berbalanja berbilion-bilion ke arah pembangunan projek mega, atau mega structure yang dibangunkan dan dibina. Lihat sahaja bangunan yang terlalu tinggi, terlalu besar dan yang memalukan terlalu kosong dan tidak diduki, empangan yang tidak ada gunanya, jambatan yang tiada arah tujuan, pusat beli-belah dan padang golf yang melebihi keperluan.

Projek-projek mega yang tidak berguna, yang menelan belanja dan masa begitu besar ini ialah sejenis pembangunan yang baru dan menarik untuk negara. Sepatutnya kita perlu berfikir semula dalam masa yang begitu besar ini ialah sejenis pembangunan yang baru dan menarik untuk negara kerana sejarah menunjukkan perkara sedemikian telah lama menjadi sebahagian budaya politik feudal dan neo-feudal. Projek-projek mega tidak lahir melalui kaedah dan teknologi serta pembinaan yang baru. Melayu yang hidup di zaman itu juga terpaksa hidup membanting tulang kerana melaksanakan impian pemerintah yang tidak masuk akal dan melambung tinggi. Jika mahu lebih maklumat, boleh recall balik cerita Puteri Gunung Ledang dan lain-lain.

Salah seorang raja ini berasal dari negeri Perak. Pada pertengahan kurun ke-18 ada seorang Sultan bernama Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun 1752-1765). Kisah eksploitasi baginda diceritakan secara terperinci dalam hikayat klasik Melayu berjudul Misa Melayu. Misa Melayu menceritakan Sultan Iskandar Zulkarnain gemar meluangkan masa memikirkan projek-projek hebat yang dapat menaikkan dan mengharumkan nama baginda dan kerajaan baginda. Baginda membina beberapa buah masjid yang dapat menyemarakkan nama baginda dan kedudukan baginda di depan mata rakyat sebagai pemimpin Islam yang disegani dan dihormati. Tetapi baginda juga mengadakan pelbagai aktiviti yang membazir dan pelik seperti lumba perahu (yang pastinya tidak dilengkapi enjin), ekspedisi memancing, pemburuan diraja, dan pesta keraian yang besar-besaran.

Suatu hari, Sultan Iskandar terfikir untuk membina sebuah menara yang tinggi di tengah-tengah kota. Baginda membayangkan menara tersebut seperti monumen daripada zaman purba seperti yang diceritakan dalam epik-epik dahulu kala. Binaan ini akan menjadi bangunan yang tertinggi di dunia yang dapat menarik ramai orang untuk melawat kerajaan baginda. Ia akan memecahkan rekod dunia dan melebihi sebarang jangkaan. Seluruh dunia akan bercakap tentang kegemilangan dan keagungan Perak.

Akan tetapi membina monumen yang agam ini bukan tugas harian bagi jemaah menteri baginda. Bendahara, Temenggung dan Laksmana merayu baginda supaya memikirkan semula titah baginda itu. Menara tersebut terlalu tinggi, terlalu besar dan terlalu mahaluntuk dibiyai oleh kerajaan baginda. Apakah kesan daripada pembinaanya nanti? Apakah yang akan terjadi kepada kerajaan dan rakyat jika ekonomi negara meleset nanti? Namun begitu, baginda tetap dengan pendiriannya. Baginda tidak menghiraukan bangkangan para menteri dan hali istana dan menitah menara tersebut dibina. Oleh sebab enggan memenuhi titah baginda itu, para menteri meletakkan jawatan.

Dengan tiada lagi pengkritik-pengkritiknya, baginda Sultan bebas meneruskan projek meganya. Akhirnya impian baginda tercapai dengan terbinanya menara tersebut. Menara yang dibina merupakan satu bangunan yang sangat ajaib. Puncak menara begemerlapan dapat dilihat berbatu-batu jauhnya. Siulan dan bunyi loceng dan kasau dapat didengari di seluruh kota. Menara dan kompleks bersebelahan yang kononya menjadi kebanggaan rakyat – dan dikatakan istana rakyat namun nyatalah istana itu dibina untuk baginda. Kisah Sultan Iskandar dan bangunan istananya serta projek meganya menjadi ikhtibar kepada kita pada masa ini bahawa pemimpin dan pemerintah adalah manusia biasa dan sesetengah mereka mempunyai ego yang tidak terkawal. Kemahuan dan titah sultan tidak boleh dihalang atau diketepikan adalah satu petunjuk bahawa sistem feudal zaman lampau tidak ada kebertanggungjawaban dan ketelusan, serta tiada sistem periksa dan imbang.

Budaya taat membuta tuli kepada raja dikecam pada abad-abad berikutnya. Dewasa ini Malaysia ditadbir mengikut budaya politik neofeudal yang ghairah mengadakan projek-projek mega untuk mengharumkan nama negara yang diusahakan oleh segelintir insan yang berkuasa. Nampaknya bayangan Almarhum Sultan yang ego itu terus menghantui kita dua setengah abad kemudian.

p/s – Apa rasionalnya berbelanja ke arah projek mega sedangkan hidup rakyat tersepit dan tersiksa?

Diolah dan diterjemah daripada tulisan Dr. Farish Noor

2 responses

  1. aku rasa aku ada baca benda ni dalam buku Farish A. Noor ni, “dari palembang ke putrajaya”

    Ada sesetangah orang mempertikaikan cerita misa melayu ni kerana tidak dapat dipastikan kesahihan cerita ni.

    tapi bagi aku, bukan pasal kesahihan cerita, tapi pengajaran yg cerita ni cuba bagi pada kita.

    tapi nampaknya, pak2 menteri kita lebih gemar buat bangunan terbesar, tertinggi dan banyak lagi untuk menampakkan negara kita konon2 nampak maju, tanpa menghiraukan warga miskin yang kadang2 nak makan nasi dalam sehari pun payah nak dapat

    Julai 29, 2010 at 6:31 am

    • faerrin

      ada edisi bahasa melayu ke buku farish noor nih? aku jumpe yg bahasa inggeris punye..hahahahaha…tp, mmg isu yag diketengahkan oleh penulis memang tajam

      Julai 29, 2010 at 7:49 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s