Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SKIM CEPAT KAYA TUMPAS!

Aku sebenarnya rasa cukup berpuas hati dan bersyukur kerana satu skim cepat kaya sudah pun tumpas. Tahniah dan syabas buat pasukan polis kerana berjaya memperhambat dalang-dalang skim cepat kaya ini ke kandang penjara. Biar padan dengan muka mereka, menipu dan terus menipu. Berlagak pula dengan kereta-kereta mewah. Aku rasa, ini baru sikit, belum lagi dengan skim-skim cepat kaya yang lain.Kononnya dengan melabur akan mendapat pulangan yang mengguntungkan hinggakan pada setiap minit boleh menjana keuntungan. Mengelirukan dan tidak masuk akal! Di sini aku sertakan berita dari akhbar Utusan Malaysia berkaitan penangkapan ejen skim cepat kaya ini.

KUALA LUMPUR 28 Julai – Hanya berbekalkan risalah-risalah dan memandu kenderaan mewah, satu skim cepat kaya di Lembah Klang, bergerak aktif menipu orang ramai sejak lebih setahun lalu. Sepanjang tempoh itu, mereka licik mencari mangsa supaya melabur dalam skim terbabit dengan jumlah minimum RM10,000 sehingga RM41,000. Malah bantuan mendapatkan pinjaman daripada bank dan koperasi turut diatur oleh skim terbabit bagi bakal-bakal pelabur yang berminat. Namun skim pelaburan haram itu akhirnya tumpas diserbu penguat kuasa semasa beroperasi di beberapa restoran di Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini malam tadi. Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu, 59 ejen skim terbabit ditahan ketika cuba menyakinkan kira-kira 80 bakal pelabur baru. Serbuan dilakukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, polis Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ekoran laporan-laporan polis yang dibuat mangsa. Kesemua ejen ditahan berusia 20-an hingga 30-an dengan kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda yang baru tamat pengajian di peringkat universiti. Ketua Penolong Pengarah Operasi JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, polis turut memburu dalang skim terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara. Menurut beliau, setiap ejen akan menyakinkan bakal-bakal pelabur baru dengan memandu kereta mewah seperti BMW, Nissan Fairlady, Toyota Alphard dan Mercedes-Benz. “Syarikat skim cepat kaya itu turut dikesan memaparkan logo-logo media rasmi termasuk Utusan Malaysia pada risalah sebagai penaja bersama. “Penggunaan logo media itu dilihat sebagai bukti skim itu diiktiraf dan boleh dipercayai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini. Tambah Rohaimi, siasatan mendapati skim itu menjanjikan pulangan di peringkat awal sebanyak RM2,500 kepada pelabur dalam masa tiga hari. “Semua pelabur di peringkat awal benar-benar memperoleh pulangan dijanjikan tetapi mereka yang lambat akan menghadapi masalah. “Selain itu, semua ejen menggunakan nombor pendaftaran kenderaan mewah 8282 dan 925 sebagai tanda ahli skim terbabit yang telah berjaya,” katanya. Beliau berkata, kesemua mereka terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

p/s – Aku harap lebih banyak skim-skim cepat kaya ini tumpas,terutamanya yang sedang giat mengiklankan skim mereka di laman sosial seperti facebook. Adalah diharapkan pasukan polis dapat menyiasat kes ini dan jika terbukti ianya menipu dan menganiaya pelabur-pelabur, sewajarnya mereka dihambat masuk ke dalam penjara. Menipu dengan janji-janji palsu!

One response

  1. desperadol

    bagus2…supaya org ramai xditipu lagi.aku rs cam kenai je mlm ni.siann..

    Julai 30, 2010 at 12:02 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s