Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Ogos, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Di bawah adalah maklumat berkaitan persitiwa bersejarah di ambang merdeka pada tanggal 30 Ogos 1957.

Menjelang malam 30 Ogos, kelihatan jalan-jalan sekitar Bandar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan awam yang membawa bendera Persekutuan Tanah Melayu. Batu Road umpamanya, sesak dengan kereta, bas, beca, basikal serta pejalan-pejalan kaki. Tua dan muda bersama-sama melangkah berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor. Suasana malam penuh meriah diterangi lampu-Iampu hiasan di jalan-jalan dan bangunan sekeliling. Banyak kedai-kedai di sepanjang Batu Road dibuka sehingga larut malam.

Sebuah pentas khas didirikan di padang itu dengan dihiasi dengan lampu yang berwama-warni sebagaimana juga di keliling padang. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri. Manakala berpuluh-puluh ribu rakyat jelata dari berbagai bangsa berkumpul di sekeliling padang sehingga ke jalan raya. Turut hadir pada malam itu ialah perwakilan-perwakilan rasmi, pemberita-pemberita dan jurugambar dari dalam dan luar negara serta Ketua-Ketua Parti Perikatan dari seluruh negeri.

Rentetan Peristiwa / Acara
10.00 malam
Di padang, wakil ahli-ahli Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC dari Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Singapura (12 delegasi) mengambil tempat di sekeliling 3 bahagian padang. Barisan hadapan memegang tali dan dengan jarak 6 kaki, seramai 2000 ahli-ahli Pemuda UMNO memegang satu lagi tali.

10.30 malam
300 Pemuda Perikatan membentuk perbarisan kehormatan mengambil tempat di tengah-tengah padang mengadap Jalan Raja (menara jam). Perbarisan ini diketuai oleh En. Ismail Bontak.

11.55 malam
YTM Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli-ahli Perikatan bermotorsikal (15 UMNO, 10 MCA, 5 MIC) dan 2 polis pengiring bermotorsikal (outriders) tiba di Jalan Raja. Perarakan bermotorsikal ini bermula dari rumah kediaman rasmi YTM Tunku Abdul Rahman.

Apabila tiba, YTM Tunku telah disambut oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Encik Saadon Zubir (Ketua Pemuda UMNO), Dato’ Sir Tan Cheng Lock (Yang Dipertua MCA) dan V. T. Sambantan (Yang Dipertua MIC). Tunku kemudiannya dibawa ke atas pentas menghadap ke tiga-tiga tiang bendera.

11.58 malam
Semua lampu di padang dan disekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita.

12.00 malam
Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12 malam tiba. Ini diikuti dengan laungan ‘Merdeka’ oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan]

Sepasukan 12 orang Pemuda dan Pemudi Perikatan yang terdiri dari 6 pemuda dan 6 pemudi (6 UMNO, 4 MCA, 2 MIC) tampil ke hadapan membawa 2 buah dulang. Satu dulang untuk diisi bendera Union Jack yang diturunkan dan sebuah dulang lagi berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dulang yang berisi bendera Persekutuan Tanah Melayu dibawa oleh Cik Dasimah Ibrahim yang diikuti oleh Encik Tahir Abdul Majid serta Cikgu Abdul Wahab.

Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diringi lagu God Save The Queen yang dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhimya pentadbiran British di Tanah Melayu. Penurunan bendera Union Jack disambut dengan tepukan yang bergemuruh dan laungan ‘Merdeka’ yang menggegarkan seluruh padang. [secara spontan]

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum pada malam bersejarah itu. Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu sampai ke puncak tiang, sorakan ‘Merdeka’ telah dilaungkan sebanyak tujuh kali. Tunku Abdul Rahman memberikan tabik hormat semasa bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan.

12.10 malam
Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dari Barisan Kehormatan Pemuda UMNO, MCA dan MIC dan memeriksa perbarisan dengan diiringi oleh Encik Sardon Zubir. Kemudian Tunku mengelilingi padang dan memeriksa 12 kumpulan rombongan-rombongan UMNO, MCA dan MIC dari negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura.

Tunku Abdul Rahman mengambil tempat di atas pentas. Pasukan Pemuda Perikatan seramai 24 orang yang diketuai oleh Encik Abdul Majid Othman tampil membawa dulang yang berisi rantai emas yang tergantung padanya sebuah Pingat Emas yang berukir peta Semenanjung Tanah Melayu serta gambar Tunku di dalam peta itu. Di tepi bulatan peta itu, ditulis perkataan Bapa Kemerdekaan Tanah Air, iaitu gelaran yang diberikan oleh UMNO kepada Tunku.

Kalung emas dikalungkan ke leher Tunku oleh Encik Sardon Zubir diikuti dengan pekikan “Bapa Kemerdekaan Tanah Air” sebanyak tiga kali.

12.25 malam
Tunku Abdul Rahman berucap.

12.55 malam
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Tuan Haji Massood Hayati.

1.10 malam
Barisan Kehormatan berkawat di hadapan pentas untuk memberi tabik hormat kepada Tunku Abdul Rahman.

1.25 malam
Tunku Abdul Rahman meninggalkan pentas.

1.30 malam
Acara tamat.

p/s – Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia dan kamu-kamu di luar sana! Lailatulqadar bakal kunjung tiba, rebutlah peluang segera!

sumber: Jabatan Arkib Negara


PERKARA TIPIKAL HARI MERDEKA MALAYSIA

Mujur bulan kemerdekaan tahun ini jatuh di dalam bulan ramadhan jadi, tidak ramai yang akan keluar malam untuk berfoya-foya dan melakukan onar pada ambang sambutan merdeka pada malam ini. Begitu juga pada tahun lepas, bulan kemerdekaan juga jatuh pada bulan ramadhan. Jika ada juga yang berani melakukan apa jua perkara yang tidak baik…entahlah, dunia sememangnya mahu terbalik!

Sudah pasti bulan kemerdekaan di Malaysia akan disambut secara besar-besaran oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira dari apa jua latar belakang, sosio budaya, agama dan bangsa…yang pastinya mereka akan bersatu hati untuk menyambut bulan yang penuh bersejarah ini, akan tetapi pada setiap kali bulan kemerdekaan kita pasti akan perasan persamaannya pada tahun-tahun yang sebelumnya, tidak kiralah dari segi sambutan,tema, suasana persekitaran dan sebagainya.

Ok, di sini aku akan senaraikan beberapa perkara tipikal yang akan dapat kita perhatikan persamaanya pada tiap-tiap tahun yang sudah.

1- Tema hari merdeka

Saban tahun tema merdeka akan dilaungkan oleh Kerajaan. Untuk pengetahuan, tema kemerdekaan telah diperkenalkan seawal tahun 1970 lagi dan sejak dari itu sudah bermacam-macam tema telah diperkenalkan untuk setiap kali sambutan merdeka. Pada tahun ini, tema kemerdekaan adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi yang telah diperkenalkan oleh DS Najib. Tema yang paling lama digunapakai adalah “Keranamu Malaysia”, dengan 6 tahun berturut-turut dari tahun 2000-2006. Dengan tema yang diperkanalkan pada tahun ini, signifikankah ia kepada kita semua?Terkesankah ia di dalam jiwa kamu?

2. Perarakan Hari Merdeka

Ini adalah satu perkara wajib ada pada setiap kali sambutan Merdeka di negara kita. Sebenarnya, bukan negara kita sahaja yang mengadaptasikan acara ini, malah kebanyakkan negara Komenwel akan mengadakan perarakan untuk acara sambutan hari merdeka di negara mereka. Pada tahun ini, acara sambutan kemerdekaan akan mempunyai kelainan dan pastinya unik kerana buat pertama kali perarakan akan dibuat secara tertutup di Stadium Putra Bukit Jalil.

Ihsan gambar dari web Sensasi Selebriti

3. Lagu-lagu merdeka

Allahyarham Sudirman Hj. Arshad

Lagu-lagu merdeka akan sentiasa berkumandang di corong-corong radio dan televisyen bagi menarik perhatian rakyat dan menaikkan semangat kemerdekaan di dalam hati setiap warga negara. Lagu Sudirman, Aisyah dan tidak kurang juga lagu-lagu merdeka moden yang dinyanyikan oleh Butterfinggers, Sixth Sense dan lain-lain akan terus-terusan dimainkan di sepanjang bulan Ogos.

4. Iklan Komersial

Ok, ini satu perkara yang kadang-kadang bisa buat aku berfikir dua atau tiga kali dan iklan-iklan komersial ini biasanya adalah satu yang tipikal dan dapat dijangkakan kesudahannya. Sebagai contoh, di dalam iklan tersebut pasti akan menerapkan elemen-elemen perpaduan antara sesuatu bangsa. Pelakon-pelakon dalam iklan tersebut akan memainkan watak yang pada awalnya akan wujud konlik antara mereka tetapi di akhir iklan akan berbaik-baik semula dengan penerapan unsur-unsur kekitaan. Ada tiga bangsa utama dalam iklan tersebut iaitu melayu, cina dan india. Iklan-iklan ini biasanya akan ditaja oleh syarikat-syarikat gergasi Malaysia sebagai contoh, Petronas, TM atau PROTON.

5. Drama atau Filem

Filem Sarjan Hassan

Hanya ada tiga orang watak pejuang negara (ketika pra-merdeka dan pasca merdeka) sahaja yang sering ditonjolkan di kaca TV, itulah Leftenan Adnan, Sarjan Hassan dan Konstable Hassan dan cuma ada tiga tempat sahaja sering digambarkan dalam filem atau drama tersebut, itulah Bukit Candu, Tanah Melayu ketika era Jepun dan Bukit Kepong. Persoalannya, kenapa tiada pembikin filem yang mahu membuat filem atau dram berkaitan lain-lain pahlawan semasa menentang penjajah dahulu. Kita ada Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan lain-lain..kenapa tiada kisah mereka? Kenapa tidak difilemkan suasana menuntut kemerdekaan dari penjajah British oleh Bapa Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman? Kenapa tidak difilemkan sejarah-sejarah pejuang radikal yang juga pada masa yang sama berjuang menuntut kemerdekaan? Apa yang pasti, setiap tahun tiga filem di atas akan sering ditayangkan di kaca tv hingga aku sendiri sudah naik hafal dengan skrip filem tersebut.

6. Bendera Malaysia @ Jalur Gemilang

Kibar Jalur Gemilang

Bendera ini yang telah dijenamakan semula oleh Tun Mahathir pada 31 Ogos 1997 sempena kemerdekaan negara yang ke-40 dengan dinamakan sebagai Jalur Gemilang. Sebelum ini, bendera ini dikenali sebagai Bendera Malaysia. Setiap tahun Kerajaan Malaysia pasti akan meminta setiap warga negara mengibarkan Jalur Gemilang, tidak kira dimana sahaj atau dengan apa jua cara sebagai contoh, mengibarkan di depan rumah, di atas kenderaan, di atas pokok atau lain-lain. Tetapi dari perhatian aku, tidak ramai dari kalangan warganegara kita menyahut seruan kerajaan dengan berbuat demikian. Persoalannya adakah semangat menyambut kemerdekaan sudah luntur di jiwa masyarakat? Atau adakah dengan mengibarkan bendera sudah dianggap patriotik atau menjiwai kemerdekaan?

7. Sambutan Ambang Merdeka

Konsert-konsert, nyanyian dan budaya hendonisme dalam menyambut hari merdeka adalah satu lagi perkara biasa. Konsert-konsert yang mengundang penonton dari kalangan belia dan remaja, lelaki dan perempuan yang saling berpasangan pasti akan mengambil kesempatan untuk bersama sejurus sahaja selepas konsert. Oleh itu, perkara ini tidak wajar diadakah lagi pada tahun-tahun akan datang kerana ianya hanya menggalakkan maksiat dan lain-lain perkara negatif. Ynag pastinya pada malam itu, ramai remaja yang menonggang arak, berpeleseran tidak tentu arah sambil berpakaian menjolok mata dan terlampu kebaratan dan lain-lain lagi. Kondom yang ditinggal di tepian jalan bersepah dan bertaburan begitu sahaja, yang ditangkap basah ketika berdua-duaan usah cerita. Tidak bolehkah sambutan-sambutan yang menjurus ke arah hiburan ini ditukarkan kepada bentuk kerohanian dan punya ciri-ciri ketimuran?

8.Gejala  sosial anak muda pasca merdeka

Keratan Akhbar Ops Masih Ada yang Sayang

Lihat sahaja perilaku anak-anak muda pasca merdeka ketika diambang sambutan merdeka. Mereka tidak segan silu berpelukan dengan pasangan masing-masing sambil memegang botol-botol arak. Mereka mabuk dan bergaduh antara satu sama dengan lain. Di kalangan mat-mat kereta dan mat-mat rempit ada juga yang berlumba secara haram di jalanan. Di satu sudt lain kita akan terpandang pula ramai kanak-kanak di bawah umur yang menunggang basikal secara beramai-ramai sambil membawa Jalur Gemilang dan dianggarkan jumlah kanak-kanak ini boleh mencapai seratus orang dalam kumpulan berbasikal mereka. Di satu kelab-kelab malam, parti-parti buih dan seks bebas dilakukan. Lihat gejala negatif ini, memang sudah akhir zaman.

p/s – Sebenarnya, dari pemerhatian ada begitu banyak persamaan antara sambutan merdeka kita setiap tahun. Di atas cuma beberapa sahaja persamaan yang telah dihuraikan, jadi…salam merdeka yang ke-53!


MALAYSIA MERDEKA KE-53

Hanya tinggal beberapa hari Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yakni bebas dari pemerintahan Kolonial British. Tahun ini, tanggal 31 Ogos 2010 kita bakal menyambut kemerdekaan kali yang ke-53 dengan tema 1 Malaysia Menjana Transformasi. Ok, aku tidak mahu bicara banyak mengenai kemerdekaan cuma akan menyentuh sedikit tentang sejarah merdeka dan sebagainya..di sini, di dalam ruang yang tidak seberapa ini, aku mahu membuka minda kamu-kamu semua mengenai penjajahan ke atas Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia ini.

Tahu sejak bila kita dijajah? Tarikhnya? dan sudah berapa tahun kita dijajah? Siapa penjajah yang penah menakluki negara ini? Ok, kita dijajah sejak dari tahun 1511 dan ini bermakna sehingga tahun 1957 kita telah dijajah selama 446 tahun! Kita telah dijajah oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun.

Selepas Jepun menyerah kalah dalam peperangan dengan Amerika Syarikat (Jepun telah dipaksa untuk menyerah kalah oleh Amerika dengan pelbagai cara, akan tetapi akibat kedegilan Jepun untuk mengaku kalah…pihak Amerika telah menggunakan bom atom yang pada ketika itu merupakan satu senjata sulit yang berjaya dicipta oleh saintis Amerika diketuai oleh salah seorang Jeneral perang  serta pada masa yang sama memegang portfolio jurutera di dalam angkatan tentera …hasilnya bom ataom dengan kod nama “Fat Man” dan “Little Boy” telah berjaya dicipta manakala tanah Hiroshima dan Nagasaki telah dipilih sebagai tempat untuk meledakkan bom berkenaan..akhirnya, Jepun menyerah kalah dengan diisytiharkan oleh Maharaja Jepun pada ketika itu) Jepun telah berundur dari Malaya dan pemerintahan Malaya telah diserahkan kembali kepada pihak British. Pada ketika itu Malayan Union telah ditubuhkan. Tidak lama kemudian negara ini telah mengecapi kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957.

Selepas dari kemerdekaan yang kita kecapi dan corak pemerintahan telah dikuasai penuh oleh rakyat tempatan, negara telah berdepan dengan pelbagai situasi yang menggoyahkan dimulakan dengan konfrontasi Indonesia dan Filipina, kemerdekaan Singapura, Komunis, Tragedi 13 Mei, kedatangan pengganas Tentera Merah Jepun di Menara AIA dan lain-lain. Pelbagai ancaman dan dugaan telah dihadapai dihadapi semasa pasca kemerdekaan.

Saban tahun kita digembar-gemburkan dengan tema-tema kemerdekaan yang penuh “dramatik” dan jika tidak silap, tema-tema ini telah dimulakan sejak tahun 1970 lagi. Persoalannya, adakah kita betul-betul menjiwai tema-tema kemerdekaan yang dicanang-canangkan oleh kerajaan. Adakah tema-tema yang dicipta ini hanya cuma tempelan untuk menyedapkan halwa telinga rakyat jelata? Bagi aku jika dilihat dari akar umbi..sejujurnya, tema-tema ini tidak seperti melekat ke dalam hati sanubari rakyat jelata. Tidak pasti kenapa. Apa yang pasti sesuatu harus dilakukan supaya rakyat negara ini terus mempunyai semangat bagi mencintai tanah air ini dan sanggup mati untuknya.

Kini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53 dan berdasarkan fakta sejarah negara ini dijajah selama 446 tahun, masih ada baki 393 tahun lagi dari baki penjajahan…jadi,mampukah negara kita bebas dari penjajahan pada masa hadapan dan adakah kita mampu mempertahankan kemerdekaan selama ratusan tahun lagi?

p/s – Pertahankan kemerdekaan negara kita! Cintailah negara kita!


KEMAS RUMAH DAN TERAWEH DI PERTENGAHAN RAMADHAN

Ohhh..penatnya! Serius aku penat. Manakan tidak setelah sehari dan semalam bertungkus lumus mengemas rumah (sebenarnya, projek mengemas rumah ini sudah dimulakan pada sabtu yang lepas lagi). Rumah aku cukup bersepah dan kucar-kacir seolah-olah dilanda tsunam, seolah-olah dilanda garuda. Mangkuk-mangkuk, meja, kerusi, dan lain-lain dikeluarkan dari kabinet-kabinet. Mana yang tidak berguna, dibuang atau dijual..mana barang-barang yang tidak diperlukan tetapi masih elok akan diberi begitu sahaja kepada sesiapa yang memerlukan.

Beginilah apabila tiba musim Hari Raya Aidilfitri. Selepas pulang dari teraweh, kami sekeluarga akan mengemas rumah dan projek ini akan bermula dari jam 10:30 malam hingga ke Sahur (paling lewat) atau sekitar jam 4:00 pagi (paling awal) dan projek ini tidak akan terhenti begitu sahaja, malah akan diteruskan pada ke-esokkan harinya hingga tiba waktu buka. Penat, letih dan lesu bukan? Kini, rumah aku sudahpun siap dikemaskan secara majornya, dan setakat ini cuma kerja-kerja minor yang belum disiapkan lagi.  Sentuhan tatarias pereka dalaman Eric Leong wannabe (adik aku) sedikit sebanyak diimplementasikan pada sesetangah sudut. Nasib baiklah kesemua adik -beradikku pulang ke rumah dan secara tidak langsung dapatlah membantu kelicinan kerja projek mengemas rumah pada tahun ini.

– – – – – – – – – – – – Pftttttttttttttttttttt – – – – – – – – – – – – –

Seperti biasa aktiviti di waktu malam pada bulan Ramadhan adalah bersolat sunat teraweh. Malam ini, solat terawehku agak terganggu. Aku kurang tumpuan untuk bersolat malah fokusku kepada pak imam yang membaca ayat-ayat lazim turut hilang dan hanyut entah ke mana. Mungkin kerana penat, tetapi itu bukan faktor utama….walaupun penat akan aku gagahi juga perkara Sunat Muakkad yang satu ini!

Aku sebenarnya bersolat di saf tengah masjid tersebut. Justru siapa yang mengggu aku bersolat? Aku jauh dari anak-anak kecil yang berlari-lari dan membuat bising di saf paling belakang masjid. Aku juga jauh dari riuh rendah dan keletah anak-anak kecil yang kadang-kadang bisa bikin kita pening kepala. Sebenarnya aku agak terganggu dengan seorang makmum. Seorang lelaki pertengahan usia, memakai baju melayu berwarna “royal biru”, berkain pelikat dan berketayap. Boleh dikatakan yang makmum ini seusia dengan ayahku, jadi aku menggelarkannya pak cik.

Aku cukup terganggu dengan pak cik ini ketika bersolat. Dia telah membaca surah dengan agak kuat serta menggoyang-goyangkan badannya dengan tidak berapa konsisten. Sekejap bergoyang ke depan, sekejap ke belakanag..kadang-kadang ke kiri dan ke kanan. Pak cik ini juga aku rasa kurang sehat, batuk-batuk dan selsesma…kuat juga batuknya dan agak lama juga. Aku disebelah sudah dari tadi berdoa di dalam hati supaya tidak berjangkit dengan virus-virus yang dibawanya. Lihat….tumpuan aku kepada solat teraweh sudah terganggu dengan pak cik ini.

Ada ketikanya, sedang orang lain sudah mengangkat taknbir untuk rakaat yang berikutnya (rakaat baru solat teraweh selepas duduk tahiyat akhir dan berselawat kepada Nabi) pak cik ini agak lambat untuk bangun dan mengangkat takbir hinggalah surah Al-Fatihah tamatt dibaca oleh pak imam. Jadi apa yang pak cik ini lakukan? Tidak lain dan tidak bukan, membelek-belek Iphonenya. Menjengkelkan!

“Pak cik, rasanya kalau agak malas untuk bersolat, dan kurang sehat…adalah lebih baik pak cik bersolat teraweh di rumah sahaja…cis!”

p/s – Hormati orang lain ketika melakukan ibadat solat.

Entri ini ditulis pada sekitar jam 3:50 pagi. Aku terbangun selepas tertidur pada jam 10 malam tadi akibat dari keletihan yang mat sangat. Bangun-bangun sahaja, bukak tv sambil menonton Jejak Rasul, aku menulis. Wahhhh! dah nak raya beb! Oh ya…aku sudahpun dijangkiti selsema pak cik ini dan sedikit batuk juga!


SEJARAH RINGKAS POLIS DIRAJA MALAYSIA

Tulisan serba ringkas ini adalah dari nukilan sebuah buku….ianya berkaitan perjuangan Polid DiRaja Malaysia di dalam memperjuangkan keamanan semasa pra merdeka dan pasca merdeka. Perjuangan PDRM sudah menjangkau melebihi 200 tahun! Menakjubkan! Jadi, silakan baca.

Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam tersebut menjadi asas kepada peraturan dan undang-undang yang jelas kepada pihak yang dipertanggungjawab menyelenggarakannya dan menandakan bermulanya penubuhan pasukan polis pertama yang moden di negara ini.

Perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu telah membawa perubahan pada pasukan polis. Sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali mengalami perubahan sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbirannya di bawah Panji-Panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963. Selepas Tanah Melayu bebas dari pemerintahan Jepun, pada 1 April 1946 Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union di mana pemerintahan pasukan berpusat di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1948, pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis di Malaya. Bagi menghadapi ancaman itu, Kerajaan telah mengisytiharkan “Darurat” pada 16 Jun 1948. Semasa perjuangan menentang pengganas komunis selama 12 tahun, seramai 1,246 orang pegawai dan anggota polis telah terkorban serta 1,447 orang lagi cedera. Berpunca daripada tindakan berani anggota polis ini seramai 6,711 orang pengganas telah dihapuskan dan 1,289 lagi berjaya ditawan.

Bagi menghalang orang-orang Asli dipengaruhi oleh anasir komunis, Pasukan Senoi Praaq yang terdiri dari pemuda Orang Asli telah ditubuhkan pada Mei 1956. Sebagai menghargai kerjasama dan jasa yang diberikan oleh Senoi Praaq, pasukan Rejiman ke 22, British Special Air Service (SAS) telah mentauliahkan “Beret Merah” mereka kepada Senoi Praaq. Beret ini masih menjadi kebangaan Senoi Praaq sehingga kini.

Perjuangan dan pengorbanan serta hikmat bakti anggota polis dalam mempertahankan negara dari ancaman dan pemberontakan bersenjata pengganas komunis semasa “Darurat 1948 -1960” telah membawa kepada penganugerahan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.

Pada 11 November 1961, Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong III, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail telah berkenan pula menganugerahkan Panji-Panji DiRaja kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pada 16 September 1963, Pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia dengan diperintah oleh seorang Ketua Polis Negara.

Pada 2 Disember 1989 Perjanjian Damai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditandatangani di Haadyai, Thailand. Dengan termeterainya perjanjian tersebut PKM telah meletakkan senjata dan berakhirlah perjuangan parti tersebut. Pada 17 Oktober 1990 pula Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga telah ditandatangani di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata oleh Biro Ke -2 PKKU di Sarawak.

Dengan perletakkan senjata kedua-dua parti komunis tersebut, Malaysia kini bebas daripada ancaman komunis, yang sering menggugat keamanan dan keselamatan negara ini, perhatian kini lebih banyak ditumpukan terhadap isu-isu pembangunan.

Polis Diraja Malaysia kini bergerak selari dengan wawasan kerajaan dengan memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah dan dadah. Di samping itu PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras lanun dan pemeliharaan alam sekitar seperti mencegah pembalakan haram. Pasukan polis juga bertanggungjawab dalam menentukan jalinan mesra dengan orang ramai terus dipelihara agar kerjasama di antara kedua pihak berjalan lancar di samping menonjolkan imej polis sebagai sahabat yang mesra dan bertimbang rasa.

Penutup

Pelbagai onak dan duri besulamkan keringat dan air mata terpaksa dilalui oleh anggota pasukan polis dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keharmonian rakyat pelabagai kaum dan kemakmuran Negara dipertahankan.

Kini, pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menginjak usia dua abad meneruskan kesinambungan usahanya dengan menumpukan perhatian kepada usaha membenteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan umat sejagat.

Selari dengan peredaran masa dan globalisasi, pasukan polis kini telah dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani sebarang permasalahan bagi mendukung tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman Negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, segala perjuangan dan pengorbanan anggota pasukan polis dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan akan tetap terus dikenang dan dijulang sebagai wira-wira penegak undang-undang negara.

p/s – Salam merdeka!

Sumber: Buku ‘Perjuangan PDRM Dalam Mencapai dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara’


TASIK TERCANTIK DI DUNIA

Tertinggi, terdalam dan terbersih – semua tasik-tasik ini adalah satu pemandangan keindahan alam yang luar biasa. Membuatkan ramai yang teruja dengan kecantikkannya melalui bot, kereta kable, laluan hutan dan sebagainya.

Tasik Plitvice, Croatia

Tasik Peyto, Canada

Tasik Atitlan,Guatemala

Tasik Loch Lomond, Scotland

Tasik Garda, Italy

Tasik Annecy, France

Tasik Crater, Amerika Syarikat

Tasik Nakuru, Kenya

Tasik Matheson, New Zealand

Tasik Bled, Slovenia

p/s –  Tasik Kenyir, Malaysia…tak tersenarai ke?




KEJADIAN ANEH PADA MALAM TERAWEH

Ok, kejadian ini berlaku sekitar Ramadhan minggu pertama dan bermula pada teraweh malam ke-empat dan ke-lima jika tidak silap aku. Berlaku pada Jumaat malam dan Sabtu malam. Kejadian ini sedikit sebanyak memberi sedikit kesan dan meninggalkan seribu persoalan kepada aku dan adik.

Seperti malam-malam yang sebelumnya, kami sekeluarga akan bersolat teraweh secara berjemaah di masjid sebuah kampung. Tiada apa yang istimewa pada malam itu dan semuanya berjalan seperti biasa. Sampai di masjid, aku terus pergi ke tempat wudhu’ dan terus mengambil wudhu’. Begitu juga dengan family ku yang lain-lain. Ibu dan adik perempuanku telah masuk ke ruang solat wanita. Seperti di kebanyakkan masjid dan surau, budak-budak remaja melepak di tepi tembok masjid adalah satu pemandangan yang normal. Berlonggok, bergelak ketawa sambil diselang-selikan dengan deruman bunyi enjin motor menjadikan suasana di sekitar tembok masjid adalah satu yang meriah. Sesekali terdengar bunyi gelak tawa yang mengilai seperti bunyi seekor dubuk di Afrika.

Usai sudah mengambil wudhu’ aku terus ke ruang solat. Hajat di hati mahu bersolat sunat tahyatul masjid, tetapi oleh kerana malas…aku tidak melakukannya. Terus duduk di satu sudut sambil mata memerhati sekeliling. Memerhati gerak-geri dan perilaku manusia di dalam masjid. Entah kenapa, aku tertarik pada satu manusia. Sedang khusyu’ bersolat sunat di satu sudut kanan saf paling depan masjid.

Mengenakan jubah putih dan berserban…agak panjang ekor serban, hingga ke paras pinggang. Sesekali, ekor serban terhayun ke kiri dan kanan mengikut rentak pergerakan tubuh budak itu. Orangnya berkulit hitam manis dan tidak berapa tinggi…aku yakin dia adalah seorang budak. Paling tidak pun seorang budak remaja yang bersekolah menegah berasarama penuh mungkin sekitar tingkatan 1 berdasarkan tubuh badannya yang tidak sebesar mana. Aku biarkan sahaja, budak tersebut terus bersolat. Kebetulan aku duduk tidak jauh dari tempat budak itu bersolat. Tiba-tiba…

“Long, tengok ekor serban budak tu…panjang gila! hehehehe” Adik aku disebelah menyapaku dengan nada sinis.

“A’ah…biarlah…budak tu baru nak belajar ikat serban kot” Aku menjawab dengan nada yang agak perlahan.

Seketika kemudian, budak tersebut telah habis bersolat sunat dan kemudian membaca doa. Setelah itu, dengan tidak semena-mena budak itu terus memalingkan mukanya ke arah kami, yang kebetulan juga sedang sebuk bergosip tentang hal budak itu. Pandangannya tepat ke arah muka kami berdua…dan beliau tersenyum. Senyum seolah-olah mengerti tentang apa yang diperkatakan. Faham yang dirinya sedang diperkatakan oleh orang lain.

Aku dan adik terkedu. Kami memandang sesama kami seolah-olah tertanya-tanya dan tidak lama kemudian solat teraweh bermula. Budak itu, terus melakukan solat hingglah tamat. Budak ini tidak seperti budak yang lain. Sedang ramai remaja dan kanak-kanak yang lain sebuk bermain mercun, berbual kosong, main kejar-kejar di sekitar masjid…budak ini bersolat dengan khusyu’ sekali. Tidak terganggu dengan mana-mana anasir atau lain-lain kekacauan. Sebaliknya, aku dan adik hilang tumpuan dek kerana terlampau memerhatikan gerak geri budak ini.Aku pula yang tidak khusyu’…habis sahaja setiap dua rakaat solat teraweh, pasti mata meliar memerhati gerak-geri budak itu.

Habis bersolat, aku sempat bersalaman…wangi sungguh bau budak ini. Semerbak harum, akan tetapi bau perfume yang dipakai tidak seperti bau-an atau haruman yang biasa dipakai oleh pak imam atau mana-mana siak masjid mahupun pak bilal. Sambil menguntumkan senyuman, budak itu memberi salam dalam nada yang lembut kepada kami. Aku menjawab salam dan membalas senyuman kembali.

Ramai di antara jemaah pulang bersama keluarga. Anak bersama emak atau bapa, isteri bersama suamai dan abang bersama adik…seperti kami sekeluarga. Akan tetapi tidak bagi budak ini. Dia hanya berseorangan, dan tidak pula bersama keluarga, emak atau bapa…Jadi, dia dengan siapa?Apa yang pasti, dia pulang seorang diri..meredah gelap malam dan hilang dalam kepekatan malam.Begitu juga dengan hari esoknya, Sabtu malam. Kisahnya hampir sama dan tidak perlulah aku menceritakannya lagi oleh kerana jalan ceritanya hampir sama. Yang menjadi persoalan bagi aku dan adikku…saiapakah budak ini? Dari mana asalnya? Ke mana dia pergi sejurus selepas bersolat?

Hingga kini, tiap kali berteraweh pasti aku dan adik tercari-cari budak itu. Dia kini tiada di masjid, aku cuma sempat bertemu hanya pada dua malam itu sahaja. Hari-hari yang berikutnya, kelibat budak itu sudah tidak lagi kelihatan hinggalah pada malam ini. Pernah aku bertanya tentang budak ini kepada mana-mana ahli kariah masjid dan budak-budak yang seusia denganya..tetapi dari respon yang diterima..semuanya menegecewakan dan pada ketika entri ini ditulis, masih bermain-main difikiran aku dan adik…siapakah budak itu?

p/s – Siapakah beliau? adakah beliau……………….


KISAH CINTA RAHSIA WANITA MELAYU MURTAD

Kisah ini adalah sebuah kisah lama, pernah hangat pada satu ketika dahulu…tahun 2006. Saja aku letakknya kembali memandangkan ianya seperti semakin menjadi-jadi akhir ini. Dengan kehangatan video Benjamin Stephen yang berkali-kali “dishare” dalam laman sosial facebook dan kelantangan golongan melayu murtad di laman-laman web, blog dan komen-komen di banyak laman sesawang sejak akhir ini, sememangnya sungguh menggerunkan. Golongan ini semakin lama semakin berani bersuara. Harap semua umat islam di Malaysia, kukuhkan iman dan kuatkan semangat serta berpegang teguh pada agama Islam. Baca kisah ini di bawah…..

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan kehidupan orang-orang Melayu yang murtad di Malaysia.

Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta Disiarkan pada 28/06/2006 http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/article /muslim_women_who_share_a_secret_love/

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka. Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina, dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia – iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. “Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,” katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn). Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor – yang tidak lagi menetap di Malaysia – benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian. Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan Islam’ pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut, bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan, tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah – mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah apabila hakim berkata , ‘ Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islamsehinggalah dia mati’.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. “Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam”. Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. “ Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia”, menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan.Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan – dan ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang Islam yang lain. Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam”, menurut wanita muda tadi. “Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah.” Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya”, kata Kamariah. Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup – seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia – bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. “Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap”, menurut Kamariah. “Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya – dan itu adalah tidak baik dalam Islam.”

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. “Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai,” katanya lagi. “Doa dia dijawab. Doa saya tidak.” Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di rumah. “Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga”, katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. “Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.”

p/s – Sungguh bahaya…harap semua berhati-hati, jangan sampai bertukar agama!


MENARA JAM MEKAH (MENARA ABRAJ AL-BAIT)

Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai  “Menara Jam Diraja Mekah” adalah sebuah kompleks yang masih dalam pembinaan di Mekah, Arab Saudi. Pembinaan menara ini dijalankan oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group. Jika pembinaan menara ini siap mengikut jadual, ianya akan menjadi salah sebuah menara yang tertinggi di Arab Saudi dan juga merupakan sebuah bangunan hotel yang terbesar dan tertinngi di dunia berdasarkan fakta berikut:

1. Ruang legar yang besar berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi) bersamaan dengan keluasan Terminal 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di UAE.

2. Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia. Ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang.

3. Menempatkan ruang beribadat yang besar bagi menampung seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa.

4. Bakal menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2011.

5. Menempatkan pusat beli-belah  dan garaj parkir yang boleh menampung ribuan kenderaan pada satu-satu masa.

6. Kawasan kediaman mewah di mana, kawasan kediaman yang paling tinggi terletak pada ketinggian 450 meter dan ianya berada di bawah jam tersebut. Jumlah keseluruhan bagi penempatan kawasan kediaman adalah dianggarkan boleh memuatkan 100,000 orang.

7. Menempatkan jam pada setiap sudut menara (43 × 43 m (141 × 141 kaki) menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia.

8. Atap menara adalah 530 m(1,740 kaki) dan ianya bakal menjadikan sebuah menara jam yang paling tinggi di dunia.

9. Ketinggian keseluruhan adalah  601 m (1,972 kaki).

Pembinaan menara ini terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram yang menempatkan Kaabah yang merupakan salah satu tempat yang paling suci bagi umat Islam. Bagi memulakan projek pembinaan gergasi ini, bangunan bersejarah iaitu Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah telah diruntuhkan (Sungguh merugikan!)

Kini di awal minggu Ramadhan yang lalu bangunan ini sudah memasuki fasa percubaan selama 3 bulan untuk menguji sistem yang dipasang dan lain-lain. Menara yang terletak di kompleks Abraj al-Bit bakal menggunapakai waktu standad Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard).

Setiap dari sudut jam ini bakal dipaterikan dengan 2 juta lampu LED berserta dengan tulisan arab yang cukup besar yang bertulis “Dengan Nama Allah”. Selain itu, 21,000 lampu putih dan hijau akan dilengkapkan di sudut atas jam tersebut dan akan terpancar sehingga 19 batu jauh dengan menggambarkan dan memberi isyarat sembahyang lima waktu umat Islam. Selain itu, ianya bakal menjadi satu kemudahan bagi menampung 10 juta orang islam yang bakal mengerjakan haji pada setiap tahun.

Mengikut percakapan Mohammed al-Arkubi, pengurus di salah satu hotel di kompleks menara tersebut melalui telegraph…”Menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT) yang menggambarkan sebagai sebuah bekas kolonial oleh sesetengan masyarakat muslim. Ini akan meletakkan Mekah terkehadapan dari GMT..inilah sasarannya dan saya amat berbangga dengan pembinaan menara ini”

p/s – Aku tidaklah rasa bangga dengan pembinaan jam sebesar alam ini, apa yang nyata umat islam kini lebih berlumba-lumba untuk menonjolkan harta dunia. Nyatalah, dunia sudah hampir kiamat dengan pembinaan menara-menara sebegini. Agaknya, berapa kos bagi pembinaan kompleks menara ini? Ribu? Juta? Bilion?  Jika diambil sebanyak 10% sahaja dari kos pembinaan ini dan digunakan untuk membeli senjata, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan dan diagihkan kepada penduduk Islam di Gaza…alangkah bagusnya. Sesunggunya, ALLAH S.W.T lebih mengetahui. Wallahu’alam.


KISAH PUASA SEHARIAN

Sila baca cereka ini mengikut part-partnya….aku sengaja tidak menyusun secara teratur….tapi, ikut suka kamulah!

Part 3

Waktu berbuka adalah waktu yang paling indah. Setelah seharian berlapar dan dahaga menahan nafsu, maka….saat yang ditunggu-tunggu tiba. Makan time! Baca doa buka puasa dan doa makan…

zassss!!!….

Kurma diambil, disumbat ke dalam mulut. Gelojoh dan terlampau terburu-buru menyuakan makanan ke mulut. Hidangan yang banyak dari pelbagai aneka pilihan sudah diambil dan diisikan ke dalam pinggan…penuh, membukit. Air sudah 2,3 gelas di ambil..berwarna oren, hijau dan merah..pelbagai warna..sungguh menyelerakan. Sekejap-sekejap makan, sekejap-sekejap minum..tapi lebih banyak minum dari makan. Tidak hirau sesiapa disekeliling. Habis semua lauk pauk ditarah seorang diri tanpa endah orang lain. Air sejuk dari pelbagai jenis sudah acap kali dituang ke mulut.

Perut kembung!

Loya dan mual….rasa seperti mahu muntah. Tapi, tahan sahaja. Berbuka di hotel berjenama, tak kan mahu muntah di khalayak ramai. Bikin malu sahaja. Lihat gadis-gadis di sekeliling, ada yang berkebaya, berbaju kurung, bertudung litup..comel-comel belaka…mahu muntah di sini juga? Hilanglah title maskulin!

Mual dan loya semakin menjadi-jadi…perut senak dan kembung. Udara-udara! Oksigen-oksigen! Aku mahu itu…aku mahu itu….Tanpa siren amaran….

Muntah juga di situ! Di khalayak ramai…di meja makan! Hilang macho, hilang maskuli, hilang kehenseman….saham jatuh merudum!Jadi, bila berbuka…selalulah beringat! Berhenti sebelum kenyang….

Part 2

Masuk sahaja di lobi hotel dan terus ke ballroom. Terhidang diluar makanan-makanan dari pelbagai juadah timur dan barat diaturkan. Ada bariani gam, nasik dan ulam-ulaman serta masakan kampung sungguh mengiurkan! Umpama melihat perempuan seksi, begitulah!

Di satu sudut, terhidang kuih muih tradisional tempatan..karipap, popia, roti sardin goreng dan macam-macam lagi. Di arah utara, diletakkan food station bagi kebab, laksa, abc, rojak, mee rebus, mee kari, dan pelbagai lagi jenis makanan tempatan…namakan sahaj, semuanya ada…pendek kata macam-macam ada.

Lihat pada jam tangan, hampir pukul 7..jadi tinggal setengah jam lagi untuk berbuka…bersabar dan terus bersabar. Kecur air liur apabila sesekali aroma masakan menerobos masuk ke alur hidung, terus ke dalam dada….sungguh mengujakan! Tambahan pula, gadis-gadis bertudung amat ramai…comel dan ayu! Di hotel gadis-gadis lebih berhemah dari di bazaar Ramadhan…terbalik!

Oh…..tiba-tiba, azan berkumandang!

Part 1.

Semalam sudah berniat puasa dan pastilah mengharapkan puasa pada esok hari, adalah puasa yang pastinya penuh dengan kerahmatan dan akan dapat ditempuhi dengan sempurna tanpa sebarang anasir-anasir yang boleh mengurangkan pahala puasa. Seawal lima pagi sudah bangun untuk bersahur. Hanya nasi goreng berlaukkan telur mata. Mudah dan simple…itu sahaja yang ada…rezeki yang ada, harusnya perlu bersyukur.

Seperti biasa…hari-hari kerja dilalui sesperti biasa. Tiada sebarang masalah. Putaran rotasinya adalah normal…malah rentak kerja seluruh kakitangan seperti di awang-awangan…mood raya menghantui jiwa sanubari setiap kakitangan di pejabat. Lagu-lagu raya dimainkan berkali-kali. Topik balik kampung, tema baju raya dan tempahan kuih raya menjadi perbualan harian. Biarlah….kadang-kadang berlaku begini, meriah juga.

Petang terus ke bazar….pada mulanya keadaan terkawal. Tetapi….hidung tiba-tiba berdarah…mengalir laju…cepat-cepat dialihkan pandangan ke tempat lain. Juga sama…darah tetap mengalir keluar dari hidung. Berjalan cepat-cepat ke tempat lain, juga sama situasinya. Kenapa ya? Ini Tanah Melayu atau Amerika? Ini Timur atau Barat? atau…ini di bazaar Ramadhan atau di Zouk?

Lihat gadis genit, hanya memakai topless dan berseluar pendek ketat di bazar sambil memesan air tebu..gawat, ini bisa bikin hidung berdarah. Arah utara, seorang gadis sedang menunggu kebab yang ditempah dengan hanya mengenakan seluar track ketat dan berbaju t-shirt ketat. Badan kalau keding tidak mengapa, tetapi mantap…gebu dan membolehkan laki-laki yang normal berfikiran bukan-bukan! Jadi….

Penat sahaja berpuasa siang hari, berlapar dan dahaga tetapi akhirnya tersungkur di bazaar Ramadhan. Terus mengambil langkah drastik….menuju ke hotel berhampiran yang menawarkan buffet Ramadhan pada harga yang istimewa!

p/s – Cereka ini cuma rekayasa sahaja..tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati..tapi sebenarnya, cereka ini adalah dari pengamatan aku pada situsi semasa. Salam Ramadhan!


SATU MUHASABAH;KENAPA YAHUDI BIJAK?

Artikel ini wajar dokongsi bersama untuk kepentingan umat islam sejagat. Aku telah dapatkan dari seorang rakan Facebook, jadi setelah membacanya secara keseleruhan…aku beranggapan ianya elok untuk kita ketahui rahsianya. Jadi..silakan baca.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Pameran seni di Sepanyol dengan berani mmenzahirkan penghinaan sebagai bukti islam semakin lemah.
Tidak kira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan

 

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato! ‘ Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

p/s – Kebanyakkan bijak pandai yahudi menggunakan anugerah yang diberikan kepada mereka dengan melanggar segala suruhan dari Allah S.W.T


BAZAAR RAMADHAN TIDAK LEKANG DARI WANITA SEKSI

Bazaar ramadhan dan bulan puasa adalah satu perkara yang sinonim bagi rakyat malaysia. Tanpa bazaar ramadhan juadah berbuka pastinya akan sunyi dan hambar kerana di bazaar tersebut, pelbagai jenis juadah disajikan dan pelbagai jenis air minuman dari pelbagai jenis ditawarkan kepada pengunjung. Jika ke bazaar ramadhan, pastinya perancangan awal perlu dibuat. Bukan kerana apa, suasana di bazaar pada waktu-waktu puncak iaitu sekitar jam 5 dan ke atas akan mula di penuhi dengan pengunjung dari pelbagai kaum apatah lagi jika tiba hujung minggu dan cuti umum makanya, keadaan di bazaar adalah begitu sesak hingga untuk mencari parkir kereta begitu sukar sekali! Maka, berjalanlah dan menapaklah dari parkir kereta yang jauh untuk ke bazaar tersebut.

Perancangan yang awal dan rapi memang perlu sebelum ke bazaar. Pertamanya untuk mengelakkan kesesakan dan keduanya untuk mengelakkan pembaziran akibat dari pembelian juadah yang tidak mengikut keperluan tetapi berteraskan kepada kehendak nafsu semata-mata. Justru, entri pada kali ini ditulis bukan kerana makanan atau minuman di bazaar, jauh sekali dengan kesesakan trafik di sekitar bazaar serta suasana “meriah” bazaar itu sendiri. Aku mahu menulis berkaitan wanita-wanita melayu muslim yang ke bazaar. Wanita-wanita yang tidak tahu akan rasa hormat dengan kemuliaan bulan ramadhan atau mungkin terlupa bulan ini adalah bulan ramadhan. Wanita-wanita yang mungkin tahu bahawa berpuasa itu hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tidak lebih dari itu.Wanita-wanita yang suka “bersedekah” atau dalam erti kata lain, memberi “free show” kepada jantina berlawanan mereka.

Sebenarnya isu ini bukan perkara baru..sudah berlaku setiap kali ramadhan. Isu ini juga pernah disuarakan oleh beberapa bloggers di luar sana. Walaupun pada mulanya aku seperti enggan untuk menulis tentang perkara ini kerana mungkin sudah terlalu ramai yang bersuara akan perkara ini, tetapi apabila setiap kali ke bazaar aku akan bertembung dengan wanita-wanita ini, hati aku seperti diseru-seru supaya menulis juga.

Selain dari bau lauk pauk dan makanan yang terhidang di setiap gerai-gerai di bazaar…kadang-kadang kita acap kali juga tertarik dengan bau-bauan perfume yang menerobos lubang hidung hingga membawa ke hati dan membuatkan jantung berdegup laju. Sekali pandang tidak ubah seperti seorang model. Berkasut tumit tinggi, berseluar ketat dan berbaju sendat yang berwarna terang hingga menunjukkan bonjolan-bonjolan yang memberahikan! Lalu, lauk-pauk yang terhidang terlupa seketika difikiran. Otak dan minda akan fokus ke arah “yang lebih enak” buat seketika. Ingat..hanya seketika, mungkin kurang dari 2-3 saat. Kemudian, lafaz istighfar terpacul di bibir lalu memohon keampunan dari-Nya. Berkali-kali diucapkan…hingga lega dan boleh bernafas secara normal kembali. Jadi, dalam isu ini, siapa yang perlu disalahkan? Yang memandang secara tidak sengaja atau yang membuat pemandangan itu secara senagaja? Aku bukan arif sangat mengenai hukum-hakam dalam islam ini..tetapi sudah terang lagikan bersuluh aurat bagi wanita itu adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jadi, sila pakai pakaian yang cukup kain!

Persoalan yang sering bermain di benak fikiran aku adalah beginI. Wanita ini, hanya ke bazaar ramadhan yangterletak di sebuah pekan kecil, kenapa perlu berpakaian begitu..seolah-olah mahu ke parti-parti moden. Ingat, ini hanya bazaar ramadhan di Pekan Semenyih! bukan di tengah KLCC atau di tengah One Utama atau di Zouk! Apa signifikannya wanita-wanita ini berpakaian begitu? Sudahlah tidak menutup aurat…berfesyen pula tidak kena pada tempat!

Kadang-kadang mahu sahaja aku tegur…

“Kak…kain nak buat baju tak cukup ke? Nak saya tolong tambahkan?”

Jika ditegur…takut kecil hati pula…selagi tidak ditegur, selagi itu tidak terlepas tanggungjawab kita. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Jadi, apa boleh buat lagi?

“Lantaklah labuuu….yang penting aku dah tegur kat sini..”

p/s – Hormati bulan ramadhan..sekarang sudah memasuki fasa ke-2 bulan ramahdan iaitu fasa keampunan. Jadi, mohon-mohonlah keampunan ok!


SEJARAH AWAL PERJUANGAN ISLAM BANGSAMORO DI SELATAN FILIPINA

Kisah tentang penindasan Bangsamoro, boleh kita mulakan dari satu nama yang dianggap satu dari seratus manusia paling berpengaruh,  oleh Michael Hart. Namanya Ferdinand Magellan (1480-1521), seorang yang mendapat sematan nama sebagai penjelajah besar yang mengelilingi dunia. Michael Hart mengarungi dunia dengan membawa lima kapal, 265 awak-awak/anak kapal selama hampir tiga tahun. Dalam kurun waktu itu, yang berhasil kembali dengan selamat hanya satu kapal, dan 18 anak buah kapal yang hidup selamat. Ferdinand Magellan sendiri termasuk yang tewas di tengah perjalanan.

Pada tahun 1509, ekspedisi Ferdinand Magellan sampai di wilayah Nusantara. Ternyata tak hanya ekspedisi, Ferdinand Magellan juga membawa misi lain, iaitu kolonialisasi Sepanyol dan misi Kristinisasi. Terjadi pertempuran di wilayah Malaka, karena rakyat menolak kedatangannya. Pada tahun 1521, ekspedisi ini diteruskan dan mereka berjaya menjejakkan kaki di kepulauan Filipina. Proses Kristianisasi dan kolonialisasi langsung terjadi di negara tersebut.

Raja Humabon, bersama rakyat Cebu berjaya dimurtadkan dari agama Islam dan dikristiankan. Bahkan Ferdinand Magellan menggelarkan bahwa rakyat Cebu adalah warga Tuhan Spanyol. Di wilayah Utara proses Kristianisasi terus berlangsung dengan lancarnya. Tapi ketika sampai di wilayah Selatan Kepulauan Filipina, terutama di Mindanao dan Sulu, rakyat yang sebahagian besar telah menjadi Muslim sejak lama memberikan perlawanan yang sengit meski dengan senjata sederhana.

Program Gold, Glory and Gospel terhenti di wilayah selatan Filipina, seperti Mindanao dan pulau-pulau di sekitarnya. Kaum Muslimin melakukan perlawanan dengan gigih dan berani, meskipun Sepanyol menyerang mereka dengan senjata canggih.

Pejuang-pejuang BangsaMoro

Jauh sebelum Ferdinand dan penjajah Sepanyol membawa agama Kristian ke negeri ini, hampir sebagian besar penduduk kepulauan Filipina telah mengucapkan dua kalimat syahadat. Jejak keislaman mereka, bahkan hingga kini masih ada dan tak mampu dihapuskan oleh penjajah. Nama ibukota Filipina misalnya, Manila diambil dari kata bahasa Arab, Amanullah yang berarti negeri Allah yang aman. Bahkan di wilayah ini pernah berdiri kerajaan Islam yang bernama Kerajaan Tondo.

BangsaMoro adalah pelaut yang hebat

Seperti halnya Indonesia, Filipina adalah sebuah negara yang terdiri dari kepulauan dengan jumlah yang sangat besar. Tak kurang 7107 pulau berada di dalam teritorial Filipina. Islam telah berkembang di wilayah ini sejak abad ke-14. Ertinya, jauh sebelum masa itu Islam telah menjejakkan kakinya dan memberikan sentuhan dakwah pada penduduk setempat. Sampai pada satu titik, seorang raja yang sangat ternama di Manguindanao bersyadahat dan memeluk Islam. Kekuasaan sang raja membesar sampai ke Davao, Tenggara Mindanao dan Islam pun kian menyebar sampai ke Pulau Lanao, Zamboanga dan hampir ke seluruh daerah garis pantai kepulauan Filipina. Tapi ada juga legenda yang menyebutkan, Islam pertama kali dibawa oleh seorang sufi bernama Karim al-Makdum yang berlayar dengan mangkuk besi, boleh berjalan di atas air dan dikhabarkan boleh terbang oleh disebabkan karomahnya.

Sejarah mencatat, ulama-ulama Indonesia berperan besar dalam penyebaran Islam di Filipina. Bahkan disebutkan, seorang pangeran dari Menangkabaw atau Minangkabau bernama Baguinda adalah salah satu pendakwah Islam di wilayah ini, terutama di Sulu, Zamboanga dan Basilan. Kerana itu, tak hairan jika sampai hari ini kita boleh mendapatkan banyak kemiripan antara Indonesia dan Filipina, terutama di wilayah Selatan. Wajah dan postur tubuh, tak jauh berbeza. Bahasa dan kata, banyak yang sama. Contohnya, untuk hidung, mereka menyebutnya hidung. Telinga bergeser sedikit menjadi inga. Kita bahkan menggunakan kata yang sama untuk pintu, kanan, murah, mahal, gunting, balai, aku, kita dan masih banyak kata sama lainnya.

Islam pernah menjelma sebagai kekuatan besar di wilayah Filipina, dan diwakili oleh Kesultanan Sulu. Wilayah kekuasaan Sulu membentang dari Mindanao hingga Sabah di Malaysia. Kesultanan Sulu dipimpin oleh Sharif al-Hasyim Syed Abu Bakar yang menikahi putri Raja Baguinda dan kemudian mendapat gelar Paduka Maulana Mahasari. Sejarah Kesultanan Sulu menerangkan, Sharif al-Hasyim masih memiliki darah keturunan Rasulullah dari Bani Hasyim.

Dari wilayah inilah perlawanan berlangsung dengan sengit ketika penjajah Sepanyol menunjukkan kuku dan taringnya. Tak jauh berbeza dengan yang terjadi di Indonesia, penjajah Spanyol memecah belah persatuan umat Islam dan memberikan stigmatisasi yang buruk. Mereka menyebut orang-orang Islam di Filipina Selatan dengan sebutan Moro yang diambil dari kata Moor yang merujuk kaum Muslimin dalam sejarah Perang Salib.

Suku-suku diadu domba dengan pengaruh dan kekuasaan. Para Datuk yang menjadi penguasa dirasuah dengan pelbagai keuntungan serta hasutan perang suku. Tapi ada satu kekuatan yang ternyata mampu menyatukan mereka, dan itu adalah Islam. Agama Islam datang ke Filipina bukan dengan alasan penguasaan dan perampasan kekayaan, tapi dibawa dengan damai oleh pedagang dan pendakwah. Berbeza dengan Katholik yang disebarkan sebagai tulang punggung penjajahan Sepanyol.

Tentera Islam BangsaMoro

Nama Filipina pun muncul dengan semangat penjajahan. Seorang awak kapal Sepanyol yang bernama Bernardo de la Torre memberi nama kepulauan ini dengan sebutan Filipinas, sebagai penghormatan kepada putra mahkota Sepanyol kala itu yang kelak bergelar Philip II. Kebencian orang-orang Sepanyol karena pernah ditaklukkan di Andalusia, rupanya terbawa sampai ke wilayah Nusantara. Bahkan ketika Philip II berkuasa, dalam suratnya yang dikirim untuk Conquisatador Legazpi, Raja Philip II mengizinkan penduduk Muslim diperbudak dan dirampas hartanya. Kebijakan ini hampir merata pada seluruh kepemimpinan Sepanyol di Filipina. Mereka menyebarkan kabar bahwa Islam ini adalah agama bid’ah, Islam adalah ajaran setan, kaum Muslimin adalah pembawa wabah penyakit dan lain sebagainya. Pendeta Jesuit Pio Pi menggambarkan kaum Muslimin sebagai bajak laut. Bahkan Pendeta Francisco Ducos pendakwah kristian di Illagan mengetuai pasukan militer dan selama tujuh tahun memerangi penduduk Muslim. Tapi kekuatan bersenjata Sepanyol yang demikian besar dan motivasi agama yang dikobar-kobarkan serta dicanangkan pemimpin Katholik, tak mampu menaklukkan wilayah Selatan.

Pertembungan kaum Muslimin yang diketuai oleh Sultan Sulu mampu mempertahankan wilayah ini selama peperangan yang berlangsung hampir tiga abad. Dalam peperangan yang panjang ini, terjadi solidaritas tinggi antara kaum Muslimin di seluruh wilayah Nusantara yang meliputi Indonesia, Malaysia, dan juga Brunei. Bahkan pada era 1638, Kesultanan Makassar dan Ternate berperan sangat besar dalam memberikan bantuannya kepada kaum Muslimin di Filipina.

Pada tahun 1638, ketika Gabernor Sepanyol, Corcuera menyerbu Sulu, Sultan Sulu yang bernama Raja Bongsu mendapat bantuan kiriman pasukan perajurit-perajurit Makassar yang gagah berani. Raja Bongsu memerintah sejak tahun 1612 dengan gelar Mawallil Wasit, dan sejak awal dia telah mendapat serangan dari Spaniard. Pada tahun 1628 misalnya, 200 perwira Sepanyol dengan 1.600 penduduk setempat yang berhasil dikristiankan menyerang Sulu dengan hebat. Tahun 1629, wilayah Sulu direbut antara Camarines, Samar, Leyte, dan Bohol. Pada tahun 1630, kembali Manila Spaniard menyerang, kali ini Jolo menjadi sasaran. Tapi Raja Bongsu berhasil memukul mundur bahkan melukai Lorenzo de Olaso, komandan pasukan dan mereka menarik mundur serangan. Di masa pemerintahan Raja Bongsu inilah terjadi paling banyak peperangan besar antara penjajah Kristen Spanyol dan Kesultanan Islam Sulu.

Perang Sabil, begitu rakyat Sulu menyebut zaman perang melawan kaum kafir Sepanyol. Hampir sama dengan penyebutan di Aceh, Prang Sabi. Tak jauh berbeza kerana sesungguhnya kita serumpun, satu ikatan, bahkan lebih besar lagi, satu akidah: Islam.

Tapi nampaknya perjuangan belum usai setelah Sepanyol berundur dari tanah Filipina. Sepanyol berhasil dikalahkan Amerika dan Sekutunya. Dalam Perjanjian Paris yang ditandatangani 10 Desember 1898, Sepanyol menyeranhkan Filipina kepada Amerika dengan $ 20 juta dolar. Sebenarnya, kelompok-kelompok perlawanan di Filipina pernah mengesahkan kemerdekaan pada 12 Juni 1898, tapi Amerika menolak dan tidak mengakuinya. Maka sejak 10 Desember 1898, Filipina berganti penjajah baru, Amerika Serikat. Amerika dikecam banyak negara Barat, kerana melanggar Doktrin Monroe yang menentang kolonialisme dan imperalisme. Tapi Amerika tak ambil pusing dengan semua gugatan dunia. Pada tahun 1919, sebuah delegasi pergi ke Amerika menuntut kemerdekaan untuk Filipina. Namun dengan sombongnya Amerika mengirimkan The Wood Forbes Mission pada tahun 1922 yang mengatakan, “Filipina belum mampu merdeka.”

Pada period berikutnya, Amerika mengalami kekalahan di wilayah Pasifik oleh negara Jepun. Pada tahun 2 Januari 1942, Manila jatuh ke tangan Jepun. Seperti yang diketahui, kekuasaan Jepun hanya setahun jagung. Akhirnya Jepun telah berjya dikalhkan dan Amerika masuk kembali ke Filipina. Pada 4 Julai 1946, Amerika melepaskan Filipina sebagai negeri jajahannya. Meskipun demikian, sampai hari ini Amerika masih meletakkan penjajahan secara halus dengan cara membangun fasiliti ketenteraan di Filipina.

Manuel Quezson menjadi presiden pertama Filipina. Hari itu tercatat sebagai hari kemerdekaan Filipina. Tapi tidak dengan kaum Muslimin di wilayah Selatan, mereka masih terjajah hingga hari ini. Ertinya, kaum Muslimin di Mindanao dan wilayah Selatan Filipina mengalami penjajahan dalam proses yang panjang. Pertama mereka dijajah Sepanyol, lalu Amerika Syarikat, setelah itu Jepun dan kembali lagi pada Amerika. Kini Bangsa Moro dijajah oleh pemerintah Filipina sendiri. Mereka dianiaya, dizalimi, dirampas dan ditindas.

Bendera Moro Islamic Liberation Front (MILF)

Pejuang Islam Moro di kem tentera

Nasib kaum Muslimin di Mindanao tak pernah berubah, masih sama, terus terjajah. Bezanya hanya satu, kalau dulu, saudara Muslim dari Ternate, Makassar, Brunei, dan Malaysia datang membela, kini pembelaan yang dinanti itu belum tiba. Sekarang saatnya membela Muslim Filipina!

Sumber rujukan:

1.Mindanao News

2.Luwaran.com

3.Wikipedia

4.Buku-buku di MPH

p/s – Semoga perjuangan menegakkan syiar Islam oleh para pejuang Islam Moro akan berjaya suatu hari nanti


MARHABAN YA RAMADHAN!

Sejak beberapa hari lalu, umat Islam di Malaysia dikejutkan dengan kelancangan beberapa “budak nakal” yang secara terang-terangan mencerca puasa, bulan Ramadhan, dan Tuhan. Golongan ini nampaknya semakin berani bersuara di laman sosial dan ini sedikit sebanyak telah menjatuhkan maruah dan mertabat agama Islam itu sendiri.  Kisah mengenai mereka telah aku war-warkan di entri yang lepas.

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa golongan yang secara terbuka makan dan minum di khalayak ramai, menghisap rokok, maksiat dan lain-lain semahunya di bulan mulia ini. Tiada rasa prihatin dan hormat langsung kepada bulan yang mulia ini. Mereka juga sewajibnya tahu bahawa puasa itu adalah diwajibkan ke atas setiap mukmin dan mukminat. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T seperti berikut.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.

Maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah: 184)

ULASAN AYAT :

1. Ayat ini adalah ayat perintah yang telah disyariatkan kepada seluruh ummat Islam supaya berpuasa sebagaimana yang telah disyariatkan kepada ummat sebelumnya.

2. Puasa yang telah disyariatkan ini merupakan kewajipan yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang islam. Tuntutan perlaksanaannya tidak gugur melainkan jika terdapat keuzuran yang dibenarkan oleh Islam.

3. Puasa yang diwajibkan adalah pada Bulan Ramadhan, justeru kita sudah pun berada di ambang bulan Ramadhan, kita bakal menjelajah ke dalam sebuah bulan yang dihadiahkan oleh ALLAH SWT khas kepada ummat Muhammad.

4. Ramadhan adalah bulan ibadah, setiap amalan dilipat gandakan ganjaran, bulan yang mempunyai kelebihan dan keutamaan yang tiada pada bulan-bulan yang lain. Apabila masuk sahaja pada bulan Ramadhan, maka syaitan di belenggu, rahmat ALLAH terbentang luas, doa-doa diterima, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka ditutup rapat, mereka yang berada di kubur semua berehat dan yang paling istimewa di dalam satu malam ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

5. Justeru, sama-sama kita raikan Ramadhan dengan penuh kegembiraan, hidupkan Ramadhan dengan amal ibadah tanpa kita sia-siakannya walau sedetik. Mulakan dengan niat ikhlas, moga ALLAH mengurniakan kepada kita hati yang ikhlas untuk beribadah, puasa yang diterima, anggota yang ringan dalam melakukan amal, moga ALLAH menerima segala amalan kita…WALLAHU’ALAM.

p/s – Bulan Ramadhan kali ini, banyak entri-entri aku mengisahkan bab-bab keagamaan.


HINA PUASA DAN BULAN RAMADHAN DALAM FACEBOOK

Apalah sudah jadi dengan umat Malayu Islam zaman sekarang. Isu pembuangan bayi tidak habis lagi, kini timbul pula isu hina Ramadhan dan puasa. Dikutuk-kutuknya bulan Ramadhan yang mulia ini sedangkan ramai yang ternanti-nanti dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan kemuliaan. Kenapa jadi begini? Jika kamu enggan atau malas atau tidak mahu berpuasa, itu suka hati kamu. Kenapa perlu dihina dan dicaci sampai begini sekali. Selayaknya kamu elok sahaja diseret di jalanan dengan kuda dengan tanpa pakaian! Diseret keliling malaya dari utara hingga ke selatan. Ingat, kamu bernafas dan masih boleh menjalani kehidupan normal pada masa ini adalah dari nikmat kurnian-Nya.

Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

*Jika anda perasan ada satu statement yang dinyatakan oleh Salleh mengenai tuhan…”Are we praying to the right God”..Agama apakah si Salleh anuti? Lihat pada namanya, tidak mencerminkan perangainya. Masih islamkah dia?

Nampaknya mereka-mereka yang ada di atas ini  sudah pun menutup akaun…Mungkin takut…

p/s – Insaflah wahai manusia!


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘ sakaratul maut’ . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ”

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

p/s – Hormatilah azan!


TIGA CAHAYA DI HARI KIAMAT

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang
ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air
sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.
Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.”
Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?”
Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.”
Simpanlah baik-baik amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin dan muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya’Allah

p/s – Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid-masjid mahupun disurau-surau. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt.

Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 kali sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (seperti yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Dengan kedatangan Ramadhan ini, ambillah peluang untuk menambahkan amalan-amalan dan ibadah!


MASJID AL-WAHIDIAH YANG UNIK!

Slot program “Dari Masjid ke Masjid” yang dihoskan oleh personaliti TV3, Ahmad Fedtri telah membuka mindaku mengenai masjid-masjid yang dibina di seluruh Malaysia. Rancangan yang bersiaran di sepanjang bulan Ramadhan ini amat memberi manfaat dengan pelbagai maklumat yang menarik berkaitan cerita-cerita di sebalik masjid, kisah mengenai imam-imam masjid dan sebagainya. Siaran pada hari ini telah memberikan pendedahan berkaitan masjid yang dibina daripada anyaman tepas atau tepus buluh minyak bermotif geomatri Arab dan dicat dengan warna bendera negeri Perak yang mungkin merupakan yang seumpamanya di Malaysia malahan mungkin juga di dunia! Unik! Sedikit maklumat berkaitan masjid ini sebagai info kepada kamu semua.

JANGAN sangka orang Melayu saja mampu membina masjid. Pembinaan Masjid Lama Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak diketuai seorang tukang kayu berketurunan Cina dan dibantu penduduk setempat secara gotong-royong. Orang ramai turut berganding bahu menyiapkan kerja menganyam dinding dan melakukan ukiran kayu. Masjid berkenaan dibina pada 1936 dengan pembiayaan yang diberi Sultan Perak yang ke-30, Sultan Iskandar Shah, dengan kos kira-kira RM8,000.

Sultan Iskandar bernazar, apabila seorang daripada anakanda baginda sembuh daripada gering, baginda akan membina sebuah masjid. Ia dibina atas tanah yang diwakafkan juragan Abdul Syukur Mohamad Ali. Hasrat baginda mula timbul apabila melihat masyarakat setempat terpaksa menunaikan solat berjemaah di madrasah usang. Ketika itu baginda melalui kampung berkenaan sekembalinya daripada berkelah di Lata Bubu. Bagaimanapun kerana masjid lama yang dikenali sebagai Masjid Ihsaniah Iskandariah sudah uzur, dan apabila kerja pembinaan masjid baru yang dikenali Masjid Al-Wahidiah selesai, masjid lama tidak digunakan lagi sejak 1976.

Bagaimanapun kerana mempunyai nilai sejarah, masjid berkenaan mendapat perhatian Jabatan Warisan Negara (JWN) dan kerja pemulihan mengambil masa hampir setahun dan berjaya disiapkan Disember tahun lalu. Majlis penyerahan bangunan warisan Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal disempurnakan Pesuruhjaya JWN, Prof Datin Paduka Zuraina Majid, baru-baru ini.

Plak konservasi turut dipasang sebagai simbol bangunan berkenaan siap dipulihara, selain sebagai tanda pengiktirafan bangunan berkenaan sebagai warisan. Kerja baik pulih masjid dan bangunan yang mempunyai nilai warisan adalah antara objektif utama jabatan berkenaan untuk mengawasi, memulihara, memelihara dan membaikpulih khazanah warisan negara. Keunikan masjid ini dapat dilihat pada reka bentuk binaan yang menyerupai seekor burung. Selain itu, dinding masjid dua tingkat ini diperbuat daripada anyaman tepas atau tepus buluh minyak bermotif geomatri Arab dan dicat dengan warna bendera negeri Perak. Kerja menganyam pula dilakukan beberapa orang tempatan seperti Panjang Noh, Ngah Gadoh, Wan Ibrahim dan Kulop Ngah. Terdapat 20 tingkat berdaun dua yang dihiasi ukiran tebuk terus tidak bersilat bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang. Ragam hias dibuat penduduk tempatan. Bumbung masjid berbentuk limas bungkus dengan atap zink yang dianggap bahan eksklusif ketika itu.

Apabila kerja baik pulih dilakukan, JWN mengekalkan teknik pemuliharaan seperti ukiran kayu, dinding kelarai asal dan dinding kelarai baru. Kerja pemuliharaan ukiran kayu dimulakan dengan merekod ukiran dan saiz panel ukir serta spesies kayu. Jika perlu pembaikan atau diganti baru, ia dibuat tukang kayu menggunakan cara tradisional tanpa mesin. Untuk pemuliharaan dinding kelarai asal, buluh minyak iaitu spesis buluh asal kelarai sedia ada diperoleh dari ladang di Arau, Perlis. Kerja menghasilkan dinding kelarai dilakukan Meriah Ahmad yang menjalankan perusahaan anyaman di bawah projek Kraftani anjuran Jabatan Pertanian Perlis.

p/s – Moh ke masjid!


TERAWIH DI MALAM KETIGA DAN KE-EMPAT

Sudah dua malam berturut-turut cuaca dingin dan nyaman serta sedikit berkabus. Sejuk…. angin sepoi-sepoi bahasa sesekali merayap ke tengkuk seolah-olah memberi petanda hujan akan turun bila-bila masa sahaja.  Sekejap-sekejap kilat memancar di langit sambil diselang-selikan dengan bunyi guruh yang sederhana kuat. Aku pandang ke langit…Maha Suci Tuhan, Pencipta sekalian alam….tiada satu bintang pun kelihatan, yang ada cuma awan-awan yang berarak kelabu (ya kaaa…malam-malam nampak kelabu ka, bukan hitam ka??)

Sudah dua malam berturut-turut cuaca begini. Baju melayu yang nipis membuatkan dingin dan sejuknya angin malam menerobos masuk hingga ke sum-sum tulang. Ini bermakna, terawih malam ini aku akan menggigil seolah-olah berterawih di dalam peti ais LG yang mempunyai teknologi inverter! Aku sebenarnya bukan seorang yang tahan sejuk. Dingin sedikit sahaja sudah membuatkan hidungku banjir, basah dek kerana hingus! Tetapi gejala sebegini tidaklah kerap berlaku kecuali aku kurang sehat pada ketika itu.

Terawih di malam ketiga dan ke-empat tidak banyak bezanya. Masih di masjid yang sama, waktu yang sama dan jemaah yang sama. Tidak banyak beza dan seperti di lain-lain masjid pun di seluruh Malaysia, suasana tipikal di masjid boleh kita nampak dengan ragam anak-anak kecil yang bermain-main di sekitar kawasan masjid, berlari-lari di kawasan luar masjid, main nyorok-nyorok di parkir kereta masjid, makan pisang dan buah-buahan di anjung masjid, bubur lambuk dan sebagainya.

Cuma malam ini, dengan hujan renyai-renyai yang turun, kawasan luar agak lengang dari anak-anak kecil yang bermain disitu. Cuma yang tidak eloknya, anak-anak kecil ini bermain pula di sekitar anjung dan kaki lima masjid! Boleh tahan bising. Bila dimarah diam cuma seketika, tidak sampai lima minit mereka kembali ligat dengan aksi, ragam dan perlakuan masing-masing. Budak-budak…..memang macam itu. Aku pun di satu ketika dahulu, ligat bermain di kawasan masjid hingga pernah sesat di dalam masjid UPM. Itu berlaku ketika aku masih berumur 7-8 tahun.

Malam ini seperti biasa aku bercadang untuk membuat terawih lapan rakaat sahaja dan tiga rakaat witir seperti biasa. Paling tidak pun pukul 9:45 malam aku sudah keluar dari masjid dan pergi ngeteh di kedai-kedai yang berhampiran memandangkan pada waktu-waktu begitu adalah masa yang terbaik untuk mengeteh. Jadi, aku bersolat seperti biasa. Pada masa yang sama….hujan di luar semakin lama…semakin lebat….

“aiseh…hujan makin lebat ni…”getus hati kecilku sendirian. Di kala ini, sudah pun siap memberi salam selepas rakaat ke enam.

Sekali-sekala aku melihat ke luar masjid. Benar, hujan makin lebat! Nak tak nak…aku teruskan sahaja bersolat hingga habis, 20 rakaat dan witir. Dua malam berturut-turut sembahyang terawih dengan rakaat penuh. Terbaik!

p/s – Ngeteh di masjid dengan moreh yang disediakan!


KEGELAPAN RAMADHAN DI GAZA

Semua tahu Palestin menderita. Semua tahu Palestin ditindas dan dianiaya. Rakyat dunia mengerti penderitaan Palestin dan pada setiap kali bermulanya Ramadhan, rejim zionis akan mencuba untuk menggugat keimanan masyarakat Islam di sana dari menjalani ibadah puasa dan lain-lainnya. Setiap kali itu jugalah askar rejim zionis akan menyerang dan menyeksa masyarakat ini. Sebenarnya, siapakah penjenayah dan pengganas? Palestin atau rejim zionis ini? Sudah terang lagikan bersuluh..Yahudi zionis bersikap kejam kepada masyarakat Palestin terutamanya di Genting Gaza, dibunuh, diseksa, dirogol, dirompak dan lain-lain lagi perkara jenayah.

Nampaknya segala jerih payah yang dilalui penduduk Gaza tidak sedikitpun menghalang mereka untuk terus membangunkan peradaban bangsanya berbanding dengan genarasi muda di sini yang bersikap sambil lewa dalam arus kemajuan. Ini dapat dilihat apabila ramai remaja melayu islam yang kelihatan berpeleseran tidak tentu arah hari demi hari. Merempit dan menunggang motor secara berbahaya serta melulu. Ini tidak termasuk penyakit sosial lain, buang bayi, dadah, pecah rumah, kurang ajar dan biadap dengan guru-guru, ketagihan arak dan rokok, gangsterisme, video seks 3gp dan sebagainya. Remaja melayu islam kita hanya berani ke arah itu. Berani ke arah yang salah!

Penjajah Israel mengawasi pergerakan penduduk Palestin dengan penguasaan teknologi. Mereka menguasai sistem telekomunikasi dan menggunakannya untuk mengesan aktiviti para pejuang Palestin yang terdiri daripada golongan muda dan remaja. Segala lorong-lorong di Gaza di pantau dengan teknologi ketenteraan.  Keadaan di Gaza serba daif, selepas peperangan pada awal Januari 2009, penduduk Gaza terpaksa meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan. Semua rumah, pejabat, sekolah, kilang roti, dan prasarana lain telah dibedil runtuh. Hingga kini, bangunan-bangunan yang dibedil tersebut masih tidak dapat dibangunkan kembali kerana ketiadaan barang binaan. Keluarga mangsa runtuhan yang kehilangan tempat tinggal terpaksa menumpang di celahan bangunan kedai-kedai atau kediaman mereka yang separa runtuh.Keadaan ini diburukkan lagi dengan masalah bekalan air dan elektrik.

Ketiadaan bekalan elektrik yang berterusan lebih dari 12 jam adalah perkara biasa. Malah bekalan air juga terputus untuk tempoh yang panjang. Mereka terpaksa hidup dalam keadaan tersebut kerana Gaza adalah kubu kuat bagi pejuang islam yang cintakan syahid dan menentang penjajahan. Pada hari Ahad lalu, 8 Ogos 2010, Menteri Kesihatan Palestin, Dr. Bassem Naim mengumumkan krisis bekalan tenaga di Gaza telah direncanakan oleh pihak-pihak tertentu bagi memberi tekanan politik kepada pentadbiran Perdana Menteri Ismail Haniyyah.

Kekurangan bekalan api untuk menjanakan stesen elektrik adalah punca utama krisis tenaga elektrik di Gaza. Presiden Mahmoud Abbas yang masih tidak senang dan berkonfrontasi dengan Hamas di Gaza pada hakikatnya mengetahui hakikat ini. Namun begitu, menurut Dr. Bassem pentadbiran Mahmoud Abbas tidak pernah berminat untuk sama membantu menyelesaikan krisis tersebut. Akibat daripada krisis tenaga elektrik yang berlaku, dijangka penduduk Gaza menyambut kedatangan Ramadhan dalam keadaan bergelap.

Tidak sebagaimana umat islam di negara lain yang lebih bernasib baik tentunya warga Gaza akan menjalani bulan Ramadhan dalam keadaan suram di celah-celah runtuhan kediaman mereka.

p/s – Sesunggunya bangsa Palestin, bangsa pilihan. Takbir!!


HANYA SECEBIS KERTAS

Sebentar tadi aku terima e-mail dan ianya amat bagus untuk renungan bersama. Sila baca jika kamu mahu.

TERIMA kasihlah ustaz! Rasanya tidak terbalas budi itu,” ucap Pak cik Amin perlahan – salah seorang jemaah yang saya bawa pada tahun 1997. Dia mengungkapkan ucapan itu selepas jenazah isterinya, Maznah, selamat dikebumikan di suatu kawasan perkuburan di Jeddah.

“Sama-sama.. . itu dah jadi tanggung jawab saya,” kata saya sewaktu berjalan keluar dari kawasan perkuburan itu.

Dalam pada itu saya sabarkan lelaki berusia 58 tahun itu selepas melihat dia teresak-esak. Sampai di hotel, saya catatkan nama tanah perkuburan itu dan lakarkan lokasi kubur Allahyarham Mak cik Maznah dan daerahnya sekali, Perkuburan di Mekah, Jeddah atau Madinah berbeza daripada Malaysia.

Di sana tidak ada batu nisan atau tanda yang menunjukkan bahawa kubur itu milik si polan bin si polan. Kalau waris datang berziarah hanyalah berdasarkan ingatan sahaja. Sejak bekerja dengan Tabung Haji 10 tahun lalu, itulah kali pertama saya mencatatkan nama perkuburan dan tempat mayat dikebumikan. Yang peliknya siap dengan lakaran peta sekali. Sebelum ini saya tak pernah buat begitu.

Biasanya selesai semua urusan pengebumian, pegawai Tabung Haji tidak akan ambil tahu fasal kubur. Bergantunglah pada waris jemaah yang ada masa itu jika mahu mencatat nama dan kedudukan kubur tersebut. Entahlah, saya tak tahu mengapa tiba-tiba hati tergerak untuk melakarkan peta itu. Mungkin diselubungi rasa simpati yang melangit, kertas sebesar duit lima puluh ringgit itu saya serahkan kepada Pak cik Amin. Peliknya Pak cik Amin tak bertanya pun mengenai kertas yang saya hulurkan kepadanya. Dia ambil lalu disumbatkan ke dalam saku baju Melayunya. Tidak banyak yang dicakapkannya, mungkin masih terkejut lagi dengan pemergian isterinya – di saat-saat bersiap-siap untuk pulang ke tanah air. Beberapa jam sebelum dijadualkan pulang, Pak cik Amin banyak termenung. Apabila terpandang jubah-jubah isteri di dalam beg dia menangis.

“Sabarlah pak cik, sudah ajalnya di sini. Nanti kalau ada kesempatan pakcik lawat dia,” pujuk saya. Pak cik Amin hanya mengangguk-angguk, tetapi air matanya terus berderai. Dia lalu menceritakan kebaikan arwah isterinya sejak berkahwin hampir 40 tahun.

“Saya redha, tetapi sebagai manusia biasa saya tak dapat menahan sedih,” katanya sambil memeluk saya.

“Lupa pulak saya ustaz, apa nama kubur tu?” tanya Pak cik Amin setelah perasaannya dapat dikawal. Barulah saya sedar rupanya dia tidak tahu langsung kertas yang saya berikan kepadanya itu.

“Mana kertas yang saya beri tadi?” tanya saya. Pak cik Amin terpinga-pinga. Dia hilang punca, seolah-olah tidak tahu-menahu langsung.

“Kertas putih yang saya bagi pak cik tadi. Saya nampak pak cik masuk dalam kocek, cuba tengok,” balas saya. Pak cik Amin membuka beg kecilnya kemudian menggeleng-geleng. Beberapa minit kemudian dia raba pula saku baju Melayunya. Berkerut keningnya apabila terpegang sekeping kertas. Lalu  dikeluarkan dan ditunjukkan kepada saya. Saya mengangguk dan kemudian berkata: “Dalam tu saya catatkan nama dan alamat kubur tu. Saya dah lakarkan peta dan kedudukan kubur arwahnya.”

Pak cik Amin membuka lipatan, menelitinya seketika kemudian mengucupnya. Sedih benar saya lihat dia ketika itu. Dilipatnya semula kertas itu lalu dimasukkan ke dalam beg kecil. Dalam penerbangan balik saya perhatikan Pak cik Amin tidak putus-putus menatap kertas kecil yang saya berikan tadi.

Sesekali saya lihat air matanya meleleh. Mungkin perasaan hibanya datang dan pergi apabila mengingat saat-saat akhir isterinya menghembuskan nafas di pangkuannya sendiri. Saya lalu teringatkan Makcik Maznah. Dia memang tak pernah sakit sepanjang mengerjakan haji. Badannya yang kurus dan kecil masih jelas di mata saya berjalan pantas ke sana ke mari. Pantang dengar ada jemaah wanita sakit, dialah yang dahulu akan sampai bertanya khabar.

Kerana itulah, saya cukup terkejut apabila Pak cik Amin beritahu, isterinya sakit dada pada senja kelmarin. Pasukan perubatan dipanggil untuk memberikan bantuan. Setengah jam kemudian Mak cik Maznah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya.

“Terima kasih nak Hadi. Kalau panjang umur kita jumpa lagi,” ucap Pak cik Amin sewaktu beriringan ke pusat kutipan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Semua beg Pak cik Amin dan arwah isterinya saya kumpulkan di satu tempat. Kemudian dia bersalam dan memeluk saya sebelum beredar. Perlahan-lahan dia lepaskan tangan saya dan terus berlalu sambil menolak troli yang sarat dengan beg. Saya hanya memerhati dia berjalan di celah-celah jemaah haji yang ramai.

Enam tahun berlalu… Mei 2003 saya ditugaskan mengetuai sekumpulan jemaah umrah. Bersama-sama rombongan saya adalah sekeluarga dari Puchong. Si suami berumur 40-an bernama Sahab dan isterinya, Mariam. Ke mana sahaja saya pergi Sahab akan mengekor. Waktu makan pun dia selalu mencari tempat di sebelah saya. Kalau kebetulan dia sampai ke dewan makan lebih awal, Sahab akan tunggu hingga saya sampai. Dia akan sediakan kerusi untuk saya walaupun banyak lagi kerusi lain yang kosong.

Seboleh-bolehnya Sahab nak duduk dengan saya. Sikap ramah dan mesranya membuatkan saya tertanya-tanya kenapa dia bersikap begitu kepada saya. Saya rasa telah diberikan suatu penghormatan yang terlalu tinggi.

“Ustaz asal dari mana?” Sahab bertanya setelah hubungan kami semakin rapat suatu petang.

“Johor,” jawab saya ringkas.

Sahab terdiam, tetapi mengangguk-angguk. Kemudian dia menyambung lagi… “Dah berapa lama kerja dengan Tabung Haji?”

“Dekat-dekat l5 tahun,” jawab saya.

“Selalulah bawa jemaah haji?” tanyanya lagi,

Dengan mesra saya menjawab setiap pertanyaan dan saya rasa dia sedang mencari sesuatu daripada saya. Ada ketikanya saya takut apabila disoal siasat begitu.

“Banyak kali… Encik Sahab dah berapa kali ikut Tabung Haji,” saya bertanya pula.

“Dua kali, dulu haji,” Jawabnya.

Namun belum pun sempat menyambung kata-kata saya

Sahab lebih pantas bercerita: “Tahun lepas saya ke Jeddah melawat kubur arwah mak.”

Sahab bercerita, emaknya meninggal semasa musim haji 1997 beberapa jam sebelum penerbangan balik ke Malaysia. Demi mengikut peraturan Arab Saudi dia terpaksa dikebumikan di salah satu kawasan perkuburan di Jeddah.

“Ustaz ingat Pak cik Amin… isterinya Maznah,” tanya Sahab.
Saya kerutkan kening cuba mengingat kembali nama lelaki yang disebut oleh Sahab.

Entahlah, saya tidak mampu mengingatinya kerana ramai sangat jemaah yang saya bawa sepanjang enam tahun lalu. Sahab tersenyum melihat saya bersusah payah mengingati apa yang dikatakannya itu. Kemudian dia menyeluk beg sandangnya, mengeluarkan sekeping kertas putih yang sudah bertukar kekuning-kuningan. Kertas itu dah lunyai dan bekas lipatannya ada yang terkoyak. Saya ambil kertas itu dan membelek-beleknya. Serta-merta ingatan saya kembali kepada Pak cik Amin.

“Ni tulisan saya, kalau tak salah saya berikan pada salah seorang jemaah haji yang isterinya meninggal beberapa jam sebelum pulang ke Malaysia dahulu,” terang saya.

“Amin Wahid nama jemaah tu dan yang meninggal tu Maznah Ahmad. Mereka berdua mentua saya,” jelas Sahab.

“Aaaaaaa… Pak cik Amin! Ya… yaaa.. saya ingat. Apa khabar dia sekarang?” saya tak sabar bertanya.

“Abah dah dua tahun meninggal. Dia beberapa kali berpesan kepada saya supaya mencari kakitangan Tabung Haji yang memberikan peta ni. Namanya dia dah lupa.

“Inna lillahi wa inna ilaihirajiunnnn. ..” balas saya.

“Memang dah lama saya cari ustaz… tak pernah bertemu,” cerita Sahab tersenyum-senyum puas. Saya menggeleng-geleng melihat secebis kertas yang sudah kusam itu. Menurut Sahab berpandukan kertas itulah adik-beradiknya menziarah kubur emak mereka setiap kali berkesempatan menunaikan haji atau umrah. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih, lantas dipeluknya saya. Sambil menangis Sahab berkata, dia bersyukur kerana wasiat abahnya telah terlaksana – mencari saya.

“Tak terbalas rasanya budi ustaz. Kerana kertas yang sekeping nilah kami adik-beradik dapat cari kubur mak,” ucap Sahab dalam esak tangisnya.

Dia memanggil isterinya lalu memperkenalkan saya. Dengan linangan air mata, isteri Sahab beberapa kali mengucapkan terima kasih.

“Sikit saja pertolongan saya, malah saya dah lupa pun. Tetapi tak sangka ya, kerana sekeping kertas ikatan silaturahim kita bersambung. Itulah rahmat Allah,” tambah saya.

Sejak itu hubungan saya dengan keluarga Pak cik Amin semakin rapat. Walaupun tidak ada pertalian darah tetapi persaudaraan Islam yang diikat daripada hanya secebis kertas kekal hingga ke hari ini.

p/s – Di bulan yang mulia ini, wajarlah ikatan siratulrahim diperkukuhkan.


SUASANA TERAWIH DI MALAM KETIGA

Buletin Utama di tv3 menjadi teman setiaku setiap kali jam 8 malam bermula, selain dari internet, wordpress, facebook, blogspot dan lain-lain. Oleh kerana tiada apa yang boleh aku tonton lagi di saluran lain seperti tv1,tv2 dan lain-lain di waktu tayangan perdana (hampir ke semua saluran memaparkan berita) maka aku tiada pilihan lain. Leka dek kerana berita yang memainkan isu utama seperti pembuangan bayi, banjir besar, sambutan ramadhan, bazaar ramadhan, David Beckham berpencen dari arena bola sepak dan lain-lain membuatkan aku terlupa seketika tentang terawih.

“Eh, dah dekat pukul 8:50 lah…alamak….camne ni”

Tanpa lengah terus bangun dari posisi enak pada ketika itu. Baring-baring di depan tv, dengan berkain pelikat dan berbaju t-shirt sempoi terus menuju ke bilik air untuk berwudhu’.

“Nampaknya solat isyaa’ di rumah sahaja lah….”

Dicapai sejadah lalu dibentangkan sahaja dan terus bersolat. Selesai, sudah aku terus menuju ke masjid dengan lajunya. Kelihatan mat-mat rempit yang tidak tahu ini bulan puasa atau tidak sedang galak menunggang laju di jalan raya dengan gadis genit bertubuh montok diboncengnya.Terbaek!

“Ish, budak-budak ni..tak tahu ke bulan baik, nak jugak merempit…awek cun pulak tu…ish-ish budak sekarang…” tak putus-putus aku mengomel di sepanjang perjalanan. Dari rumah je masjid yang tidak jauh dari rumah hanya mengambil masa kurang dari 10 minit untuk sampai. Sampai sahaja di masjid,  terawih sudahpun bermula dan aku telah mendapat tempat di saf yang agak belakang. Berhampiran dengan temaptku bersolat, di barisan belakang terdapat sejumlah budak-budak sekolah mungkin berumur sekitar 8-12 tahun  sedang bermain-main ketika solat. Mereka berbual-bual dan sesekali aku terdengar perbualan mereka. Aku pada ketika itu sedang bersolat dan sudah pun mengangkat takbir.

“wei…diamlaaaa…” – budak 1

“wei, time sembahyang jangan la bercakap…” – budak 2

“sapa bercakap? abes kao bercakap boleh pulak time sembahyang ni…” – budak 1

“Aku nak tegur kao pasal time kao sembahyang yang kao menyanyi-nyanyi lagu Justin Beaver tu buat ape?” – budak 2

“Biarlaaa…aku suka lagu tu….hari-hari aku dengar kat radio tau” – budak 1

Begitulah sampai ke sudah…dari takbir, rukuk, sujud sampaila duduk antara dua sujud hingga ke salam! berbual je..penyudahnye..aku yang tak khusyuk bersolat! Dari tadi dok terdengar perbualan budak-budak berdua ni dengan jelas. Sesudah memberi salam, ada sorang brader yang bersolat sebelah aku bangun dan terus menerpa ke budak berdua di belakang aku. Brader ni badan dahla besar macam bouncer dangdut. Muka ketat, berkulit agak gelap dan bertubuh sasa. Habis budak-budak ni kena bambu aku rasa.

“Woi budak, boleh tak korang pergi main kat belakang…kami ni semua nak bersolat..kalau nak berbual, pegi kat tepi tembok masjid tu korang nak meloncat ke, nak berkonsert ke sukahati korang…”

“alamak bang…sori…len kali tak buat lagi”

“Ok, kalau macam tu baguslah…ni aku nak bagi nasihat sikit..kao jangan nak layan lagu Justin Beaver ke, Super Junior ke atau yang sewaktu dengannya, entah hape-hape mamat Beaver tu..dah la baru kena baling dengan benda masa buat show hari tu…layan lagu rock ok! baru kewl!”

p/s – Dalam hati aku, brader ni pun agaknya tak khusyuk sembahyang jugak kot, dah la suruh budak-budak untuk mendengar lagu rock di akhir nasihatnya…hahahaha! sudahnya aku bersolat kat saf depan, tenang dan nyaman sedikit..syukur!


TRAFIK SESAK DI BULAN PUASA

Bulan puasa adalah bulan penuh dengan keberkatan. Bulan yang memupuk kesabaran dalam setiap jiwa umat islam di setiap pelusuk dunia. Jadi apa kaitannya dengan entri aku kali ini?

Jam 4:30 petang di pejabat.

Di sudut hati setiap pekerja sudah pastinya tertumpu di benak kepala masing-masing mahu balik seawal jam 5 petang. Si ibu, sudah berkira-kira mahu masak apa, lauk apa, sayur apa dan menu pula sudah diprogram di kepala otak masing-masing. Si wanita yang belum berkahwin sudah sebuk-sebuk ber”sms” dengan balak atau teman lelaki masing-masing untuk berbuka bersama-sama di mana-mana restauran atau hotel yang menyajikan menu berbuka puasa. Sang suami pula sudah berfikir tentang masakan dan juadah yang lazat bakal di hidang oleh sang isteri. Lelaki-lelaki perokok tegar pula sudah tidak sabar-sabar mahu melempiaskan “kedahagaan” asap rokok yang nikmat, manis dan sejuk itu. Si perut sejak awal-awal lagi berbunyi-bunyi meminta-minta untuk diisikan sesuatu. Hawa nafsu pula semakin galak “mengapi-apikan” keadaan supaya kita semua hilang sabar dan hilang kawalan untuk bertindak secara waras. Pastinya pada kala itu, setiap umat pekerja di pejabat sudah jadi tidak keruan.

Meja sudah di kemas dari awal lagi, kunci kereta sudah disiapkan. Komputer dan lain-lain peralatan elektronik sudah pun ditutup. Fail-fail yang berselerakan sebentar tadi sudah pun tersusun rapi di bilik fail (entah bila dihantar pun tidak tahu?). Pen-pen yang bergelimpangan di atas meja sudah diletakkan kembali di laci meja. Kerja-kerja yang immediate dan perlukan tindakan dan perhatian segera sudah diletakkan tepi, esok boleh buat katanya! Yaaa…semuanya jadi tidak keruan.

Jam 5:00 petang di pejabat

Dengan menggunakan hikmat “pergerakan sejenak” masing-masing sudah pun berada di tempat punch card. Beratur! Di dalam kepala masing-masing sedang memikirkan mahu pulang cepat, mahu pulang cepat dan mahu pulang cepat. Jika tidak, akan terperangkap di kesesakan lalu lintas yang teruk, dasyat dan mengerikan! Maka, dengan itu…langkah diatur, lafaz basmalah diucapkan dan menderulah enjin motokar dan motosikal masing-masing ke destinasi yang dituju…rumah!

Benar, kesesakan lalulintas ketika di bulan ramadhan adalah satu yang luar biasa. Manakan tidak, jika kesemua kakitangan pejabat dari jabatan kerajaan dan swasta keluar dari ofis tepat jam lima, makanya….kesesakan di jalan raya adalah satu yang tidak terjangkakan! Dari dua lane, menjadi tiga, empat malah lima lane…jadi, bayangkan! Ramai antara kita yang hilang sabar menyebabkan kesesakan menjadi bertambah teruk dan kadang kala menyakitkan hati serta menaikkan darah. Belum lagi dengan adanya kemalangan dan jika ini berlaku..pasti kamu akan berbuka sahaja di dalam kereta. Kebiasanya jika kemalangan berlaku di sesuatu lebuhraya atau jalan ianya akan mengambil masa yang agak lama untuk mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan apalagi bila melibatkan kemalangan yang meragut jiwa dan kematian.

Aku pulang ke Semenyih dan kesesakan biasanya berlaku, jadi aku sudah faham akan situasi ini dan telah pun berasimilasi dengan keadaan ini. Tetapi, kesesakan di bulan puasa adalah lebih teruk lagi dan luar biasa tambahan lagi dengan proses pembinaan jalan yang sedang berlaku di sekitar JPJ Semenyih yang memakan masa untuk disiapkan itu telah menyebabkan jalan utama ke Semenyih sesak teruk. Salah satu alternatif adalah menggunakan lebuhraya LEKAS tetapi akan dicaj bayaran tol sebanyak RM1.10 untuk ke persimpangan Semenyih dari Plaza Tol Kajang Selatan.

Oleh kerana jalan alternatif adalah melalui lebuhraya tersebut jadi ini telah menarik perhatian ramai pengguna jalan raya yang mahu ke Semenyih dan menggunakan laluan itu. Di lebuhraya, keadaan tenang dan tiada kesesakan lalulintas. Sebaliknya jika keluar sahaja dari persimpangan Semenyih kesesakan trafik sudah bermula. Tambahan pula dengan adanya bazaar ramadhan di pekan Semenyih telah mengakibatkan laluan kecil ke pekan sesak. Jadi, sebagai pengguna yang tiada pilihan lain kita hanya mampu bersabar dan bersabar serta terus bersabar. Aku dapat rasakan kesesakan ini bukan sahaja berlaku di kawasan aku, mungkin juga ditempat kamu-kamu semua. Oleh itu, bersabarlah….

p/s – Sabar itu separuh dari iman, jika hilang sabar bagaimana ya?


SUASANA SOLAT TERAWIH DI MALAM KEDUA

Malam ke dua berterawih, malam rabu dan pada malam Ramadhan yang mulia ini ayah aku telah membuat keputusan untuk berterawih di masjid lain. Katanya mahu mengubah angin. Aku menurut sahaja dan kami sekeluarga ke  masjid tersebut dengan menaiki satu kereta. Masjid yang kami kunjungi itu tidak jauh dari taman kami, dan sebenarnya masjid ini kerap kali juga kami kunjungi untuk menunaikan solat hari raya, solat jumaat dan juga solat terawih.

Masjid Kampung Rinching, itulah nama masjidnya. Rata-rata jemaahnya terdiri daripada penduduk kampung dan masyarakat di sekitarnya. Purata jumlah jemaah di masjid ini sekitar 100 orang dan masjid ini juga boleh memuatkan lebih kurang 500 orang jemaah dalam satu-satu masa jika tidak silap akulah. Jika diberi pilihan untuk bersolat secara berjemaah di masjid dalam kawasan aku, pasti masjid ini yang aku pilih.

Kerana apa?

Masjid ini terletak di kawasan kampung, dan suasana kampung ini juga yang membuatkan aku tertarih untuk bersolat dan melakukan apa jua ibadah di sini. Dengan suasan yang tenang dan damai, penduduk yang ramah dan yang penting jemaah yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Manakala bagi anak-anak yang berumur tujuh tahun ke bawah, akan bermain di luar masjid dan tidak membuat bising di kawasan dalamnya. Ada juga jemaah yang secara sukarela akan menegur anak-anak kecil ini untuk diam dan berkelakuan sopan di dalam masjid ini. Selain itu, suhu masjid ini juga agak sejuk dan nyaman kerana ianya telah dilengkapkan dengan penghawa dingin dan ini menjadikan suasana beribadah lebih selesa dan tenang. Bagi aku, walaupun masjid ini adalah masjid kampung, tetapi secara keseluruhannya aku suka untuk beribadah dan beramal di sini. Cuma, ada satu isu yang wajar diselesaikan segera. Oleh kerana masjid ini berdekatan dengan kilang pemprosesan minyak kelapa sawit, sedikit sebanyak bau gas dari corong asap yang dikeluarkan oleh kilang ini menjejaskan kualiti udara di sekitar kawasan kampung ini. Rasanya pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar boleh melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

Ok, berbalik kepada solat terawih di malam kedua ini. Seperti yang aku katakan sebentar tadi, aku amat berpuas hati untuk  bersolat di sini. Aku sempat bersolat isyaa’ secara  berjemaah sebentar tadi dan sejurus tamat solat isyaa’ imam telah memberikan sedikit tazkirah Ramadhan berkaitan tajuk perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika berpuasa. Menurut tazkirah yang diberikan oleh imam sebentar tadi, perkara yang dikupas oleh imam adalah sunat dengan melambatkan bersahur dan perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan telah menjadi ikutan para sahabat dan tabiin. Tamat sahaja tazkirah, tanpa lengah imam terus melakukan solat sunat terawih secara berjemaah.Seperti biasa aku hanya dapat melakukan sebanyak lapan rakaat dan 3 rakaat witir. Nampaknya, solat pada malam ini lebih puas dan lebih tenang untuk dilaksanakan tanpa hiruk pikuk anak-anak yang galak bermain di belakang saf.

p/s – Habis solat, kami semua ngeteh di kedai makan berhampiran. Terbaik beb!