Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KES BUNUH SEMAKIN BERLELUASA

Zaman sekarang nyawa manusia umpama tiada nilai. Tidak suka pada seseorang, benci atau dengki..ambil sahaja peluru, pistol dan acu ke kepala mangsa. Tarik picu dan…tembak. Mati di situ juga. Sesudah itu, mayat dicampak di tepi jalan, semak samun, gaung dan hutan. Ada juga yang ditanam, dibenamkan ke dalam laut dan dihanyutkan ke sungai. Macam-macam! Terbaru, seorang bekas Adun mati dibunuh di lebuhraya! Maklumat lanjut aku petik sepenuhnya dari Berita Harian.

MAYAT bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Nor, 63, diusung anggota polis selepas ditemui ditembak mati bersama pembantu peribadinya dalam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer 476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. – Foto Berita Harian

Sebelum itu, kita juga turut dikejutkan dengan pembunuhan Ketua Cawangan MCA Changkat Jering pada 31 Julai yang lepas. Berita penuh aku ambil dari Utusan Malaysia sepenuhnya dan berita adalah seperti berikut.

Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini. Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam. “Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam. “Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada Mac yang lalu, kes yang sama juga turut berlaku pada Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak. Sumber adalah dari Harakahdaily. Berita penuh adalah seperti berikut.

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.  Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi. Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat. Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat. Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan. Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-6212222 untuk membantu siasatan.

Ini adalah sebahagian kes yang melibatkan ahli politik tanah air, tidak termasuk kes bunuh yang lain-lain yang terdiri daripada golongan rakyat biasa. Persoalannya sekarang kenapa berlaku kes pembunuhan yang melibatkan ahli politik? Situasi ini sangat bahaya dan membimbangkan. Adakah kita mahu melihat kes-kes sebegini berulang dan melibatkan nama-nama besar? Atau…wujudkah pembunuh upahan di Malaysia?Atau…kumpulan-kumpulan “tertentu” semakin berani dan bermaharajalela? Siapakah dalang disebalik kejadian ini?

p/s – Polis, inilah masanya kamu bertindak, jaga keamanan..bukan “jaga” keamanan ceramah parti-parti tertentu sahaja!

3 responses

  1. haha.. lepas ni, ahli politik mesti cuak punya la…

    tu la. rakyat bukan nak ape, cuma bagi la sikit kesenangan kat kita ni, ni asik nak mengutuk pihak lawan je.

    kot2 ade rakyat yang dah boring, tu yang bunuh dia tu.. hahaha

    kes Datuk Abd Aziz Mohd Nor tu polis cakap kira murder-suicide

    Ogos 3, 2010 at 4:17 pm

  2. desperadol

    jangan terlalu cepat membuat tanggapan.mungkin kes-kes tersebut kes peribadi yang secara kebetulan melibatkan ahli2 politik

    Ogos 6, 2010 at 3:14 am

  3. hocab

    memang wujud profession hitman aka pembunuh upahan kat malaysia nie. ..
    bnyak lagi kes2 pembunuhan yg dilakukan oleh hitman nie yg tak dilaporkan dlm surat khabar…

    Ogos 9, 2010 at 4:47 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s