Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PARA PEMERINTAH MUSLIM SEBENARNYA MENYOKONG ISRAEL BIL.1

“Jikalau saya seorang pemimpin Arab, saya tidak akan menandatangani perjanjian dengan Israel. Itu adalah lumrah; kita telah merampas negara mereka. Adakah benar Tuhan menjanjikannya kepada kita, tetapi bagaimana ia boleh membuatkan mereka tertarik dengannya (mengadakan perjanjian)?   Tuhan kita bukan Tuhan mereka. Mereka telah menjadi anti-semitik, Nazi, Hitler, Auschwitz, tetapi adakah itu salah mereka? Mereka hanya melihat satu perkara; kita telah datang dan merampas negara mereka. Mengapakah mereka menerimanya?

-David Ben Gurion, Perdana Menteri Pertama Israel. [Dipetik dari Nahum Goldmann dalam Le Paraddoxe Juif (The Jewish Paradox), pp121]

Kenyataan yang dibuat oleh Ben Gurion pada tahun 1948 ini telah memperlihatkan status sebenar para pemerintah Muslim di mata Zionis. Malah Perdana Menteri pertama Israel Ben Gurion telah menganggap perbuatan menandatangani perjanjian oleh pemerintah Muslim dengan negara Israel adalah suatu pengkhianatan terhadap orang-orang yang mereka wakili. Walaubagaimanapun, pada hari ini para pemerintah Muslim bukan sahaja terlibat dalam pengkhianatan dengan menandatangani perjanjian bersama negara Israel, mereka juga bekerja untuk membaiki hubungan antara entiti haram ini dengan negara-negara kaum Muslimin  dan mereka juga membantah sebarang penentangan untuk menakluki negara Israel. Inilah sebabnya Ben Gurion menganggap para pemerintah Muslim telah berada di dalam khemah Israel apabila dia mengatakan bahawa rejim Arab adalah barisan pertahanan pertama bagi Israel. Dia juga menyatakan bahawa “Rejim kaum Muslimin adalah palsu dan mudah bagi kita untuk melemahkan mereka” [David Ben-Gurion, Mei 1948, kepada Staf Jeneral. Daripada Ben-Gurion, Sebuah Biografi, oleh Michael Ben-Zohar, Delacorte, New York, 1978].

Apa yang dimaksudkannya dengan ‘palsu’ adalah para pemerintah Muslim  ini telah secara palsunya dilantik ke atas umat Islam sejak Khilafah Uthmaniyyah telah dilenyapkan pada tahun 1924.

Kegagalan para pemerintah Muslim untuk bertindak balas ke atas penyerangan yang dilakukan oleh kaum kafir di sepanjang masa ke atas umat Islam telah mendedahkan lagi pengkhianatan mereka ini Kemuncak pengkhinatan ini telah dapat disaksikan ketika peperangan yang berlaku antara Israel dan Hizbullah tidak lama dahulu di mana para pemerintah Muslim telah menuduh Hizbullah mengapi-apikan  peperangan tersebut. Walhal secara hakikatnya, peperangan tersebut telah diprovokasi oleh Israel di dalam perancangannya untuk  melucutkan senjata Hizbullah, di mana ia merupakan satu-satunya pasukan tentera dalam rantau itu yang menentang Israel dan melindungi rakyat dari serangan Israel. Kebanyakan sebaran media yang cenderung ke arah Barat telah menuduh Hizbullah dalam memulakan peperangan, tetapi apabila dikaji sebuah laporan PBB di dalam perkara berkaitan konflik sejak Israel mengundurkan tenteranya dari Lebanon pada tahun 2000, laporan tersebut banyak menyebut tentang pelanggaran perjanjian oleh Israel:

“Berkaitan pencerobohan udara, laporan tersebut menyatakan jet pejuang Israel telah menceroboh garisan sempadan hampir pada setiap hari, menembusi ke ruang udara Lebanon” (Januari-Julai 2001)

“Hal sama yang berkaitan, dinyatakan Setiausaha Agung, pencerobohan udara oleh Israel di Garisan Biru, di mana ia berterusan hampir setiap hari, menembusi ke ruang udara Lebanon. Penyerangan ini tidak dijustifikasi dan melibatkan kepentingan besar orang awam, terutamanya penerbangan beraltitud rendah yang memecahkan halangan bunyi di kawasan-kawasan yang didiami penduduk”. (Januari-Julai 2002)

“Setiausaha Agung telah menyuarakan keprihatinan yang mendalam di mana “Israel tidak berganjak di dalam provokasinya dan tiada justifikasi di dalam pencerobohan udara terhadap wilayah Lebanon yang berdaulat. Tindak balas Hizbullah dengan menembak peluru anti-jet pejuang di sepanjang Garis Biru “adalah suatu pelanggaran yang meletakkan kehidupan manusia di dalam bahaya”, tambah beliau.” (Januari-Julai 2004). – Laporan Setiausaha Agung kepada Majlis Keselamatan pada 2001/2002/2004.-

Daripada laporan Setiausaha Agung pada tahun 2004, Israel-lah yang telah membuat provokasi dan Hizbullah cuma bertindak balas ke atas pencerobohan Israel.

Berkaitan dengan ‘penculikan’ tentera Israel, laporan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (JPMA) pada tahun 2006 telah menjelaskan:

“Pada akhir tahun 2005, kira-kira 11,200 orang Palestin telah ditahan oleh Israel di unit penyiasatan, pusat tahanan sementara, kem tahanan tentera, penjara dan balai polis”

“12,192 tahanan diziarahi, termasuk 7504 dipantau secara individu (melibatkan 131 wanita, 565 kanak-kanak dan remaja).

Dokumen tersebut menyatakan JPMA telah mengeluarkan dokumen kepada 17,882 tahanan, jadi jumlah sebenar tahanan yang ditangkap secara tidak sah adalah lebih tinggi. Jumlah yang diberikan ini adalah tahanan di mana JPMA mempunyai maklumat berkaitan mereka. Terdapat banyak lagi jumlah kaum Muslimin yang telah hilang dan jumlahnya tidak dinyatakan di dalam laporan.  Kebanyakan tahanan telah diculik di jalan-jalan sama ada di Palestin ataupun di Lebanon. Perlu diingat bahawa 565 daripadanya adalah kanak-kanak dan remaja. Jadi apabila Israel mendakwa bahawa ia telah diprovokasi untuk berperang dengan Lebanon disebabkan oleh penculikan 3 orang tenteranya oleh Hizbullah, ia sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dan ia hanyalah suatu penyelewengan kebenaran. Amat jelas untuk melihat bahawa sebenarnya Israellah yang melakukan provokasi.

Fakta yang ditunjukkan di atas telah diketahui umum di rantau tersebut terutamanya para pemerintah Muslim, tetapi mereka masih menuduh Hizbullah yang mengapi-apikan peperangan, di mana ini membolehkan mereka menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak bertindak. Malah mereka juga telah menyeru kepada perpecahan di kalangan umat Islam dengan menyatakan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan mazhab, yang memisahkan antara Syiah dan Sunni, dengan menguar-uarkan bahawa Hizbullah adalah Syiah dan disokong oleh Iran. Sebab utama mereka tidak mahu bertindak adalah kerana mereka sebenarnya tidak menjaga kepentingan umat, tetapi mereka menjaga kepentingan penjajah mereka iaitu Amerika dan Britain.

Menurut  Abdullah Mohamed, seorang Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Kuwait:

“Menuduh Hizbullah adalah satu mesej yang ingin disampaikan oleh negeri-negeri ini kepada AS, dengan mengatakan bahawa merekalah asas kepada kestabilan dan akan terus berkhidmat untuk kepentingan AS di rantau ini.”

Kenyataan Presiden Mubarak menggambarkan pendirian pemerintah Muslim di kawasan tersebut:

“Mereka yang menyeru supaya Mesir terlibat di dalam peperangan untuk mempertahankan Lebanon atau Hizbullah tidak sedar bahawa masa untuk cabaran secara luaran sudah tamat,”

“Mereka yang meminta supaya berperang akan mengakibatkan kita semua hilang segala-galanya di dalam sekelip mata.”

“Tentera Mesir hanya untuk mempertahankan Mesir sahaja dan ini tidak akan berubah,”
Press Trust of India – Kaherah, 26 Julai, 2006.

Pada suatu masa para pemerintah ini menyeru kepada kesatuan Arab dan mereka juga mendakwa menganut  kesatuan Muslim melalui OIC. Tetapi apabila dicabar supaya bertindak melalui kesatuan ini, mereka menganut kepentingan diri.  Kenyataan Mubarak mengingatkan kita kepada kata-kata Musharraf apabila Afghanistan diceroboh oleh AS pada 2002, dia mengatakan “Pakistan adalah lebih utama”.

Kita jangan sekali-kali diperbodohkan dengan berfikir bahawa mereka akan mempertahankan negara-bangsa. Seperti yang kita maklum di Iraq, Saddam Hussein tidak melepaskan tentera untuk mempertahankan bangsanya terhadap percerobohan pasukan tentera AS, tetapi rakyat dan tentera secara individu  yang mengangkat senjata untuk mempertahankan Baghdad pada tahun 2003. Malah kenyataan yang dibuat oleh Raja Abdullah Jordan, Raja Abdullah Arab Saudi dan Hosni Mubarak yang mengkritik Hizbullah, secara tersiratnya telah memberi justifikasi kepada Israel untuk menyerang dan ia mengambilnya sebagai isyarat lampu hijau untuk menakluk Lebanon.

Para pemerintah Muslim telah memberi seribu satu alasan untuk tidak mahu bertindak. Salah satu sebabnya  adalah kerana ketenteraan Israel, di mana tindakan berkonfrontasi dengan Israel akan membahayakan ekonomi negara mereka.

p/s – Sumber: Hizbut Tahrir Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s