Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PANTAI PORT DICKSON KOTOR, PENGOTOR, SILA BERTANGGUNGJAWAB!

Benarkah rakyat Malaysia pengotor ? Jawapannya ia. Lihatlah di mana-mana akan terjumpa manusia pengotor yang dengan tersenyum membuang sampah sesuka hati. Walaupun ada tong sampah disediakan oleh Pihakt Berkuasa Tempatan (PBT), tapi dengan sengaja dan rasa bangga terus membuang sampah. Kadangkala kasihan PBT asyik kena hentam kononnya tidak ambil perhatian, tidak ambil tindakan dan sebagianya. Lihat saja di Pantai Lumut, Pantai Morib, Pantai Port Dickson, Pantai teluk Cempedak, Pantai cahaya Bulan dan lain-lain pantai, bila hujung minggu, manusia2 pengotor ini akan meninggalkan apa saja sampah sarap, kemudian manusia2 ini juga yang buat komplen dan aduan kononnya pantai kotor, pekerja pemalas, makan gaji buta dan sebagainya. Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah sampai bila kita nak jadi manusia pengotor. Contohilah rakyat Jepun yang pembersih dan merasa malu untuk membuat kotor. Sebaliknya, rakyat Malaysia bangga jadi pengotor.

Aku baru sahaja pulang dari Port Dickson dan ketika mengambil angin pagi di sekitar pantainya tidak seperti pantai peranginan yang berkualiti dan  menggamit pemandangan yang indah. Sebenarnya aku ingin mengambil angin pagi adalah disebabkan dari kejauhan suasana pagi yang redup, angin yang sejuk dan pemandangan pantai yang cantik dan mengujakan menyebabkan aku untuk singgah dan “melepak” seketika di tepian pantai dan gigi air. Dalam benak fikiran, pastilah ianya umpama syurga, tetapi aku tertipu! Longgokan sampah sarap, botol-botol minuman keras, kesan bakar ungun api, bekas-bekas makanan dan lain-lain dibuang begitu sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab oleh pengunjung. Kenapa agaknya berlaku hal ini? Sukar sangatkah untuk bangun dari tempat duduk, berjalan dan terus membuang sampah tersebut di tong-tong sampah yang berhampiran? Kenapa rakyat Malaysia masih bersikap begini walhal majoriti rakyat Malaysia berpendidikan dan tahu sivik serta etika kehidupan sebagai manusia. Lagi satu, bukankah matapelajaran sivik sudah lama diterapkan sebagai antara matapelajaran kepada setiap pelajar di sekolah rendah dan menengah. Lihat sahajalah sampah sarap yang bertebaran di Pantai Teluk Kemang ini. Kamu mahu mandi di situ? Geli!

Pantai Teluk Kemang, kotor….


Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya merasa bangga dan bersyukur dengan kemakmuran budaya, keharmonian negara dan kekukuhan politik serta ekonomik yang dinikmati oleh setiap lapisan rakyat Malaysia. Selain itu, tanah tempat tinggal kita seumpama syurga di bumi, penuh dengan kekayaan alam semula jadi yang luar biasa dan indah. Alam inilah yang telah menjadi kekaguman orang ramai dari seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah. Kita tidak patut mengambil kesempatan atas kekayaan alam semula jadi negara kita. Sebaliknya, kita mesti memainkan peranan kita sebagai penjaga alam ini, bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada seluruh manusia tetapi untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang. Ini bukan hanyalah tanggungjawab seorang individu tetapi inilah masanya untuk kita mengambil tindakan bersama-sama sebagai warga Malaysia. Tidak mahukah kamu, pantai yang ada di Malaysia menjadi indah dan cantik sebegini?

p/s – Sila jaga kebersihan awam, bukan susah pun. Ambil sampah, masukkan dalam tong sampah. Mudahkan? Kepada pengotor-pengotor yang hanya tahu membuat sampah, sila ambil perhatian…jika tidak..mungkin ada akta yang lebih berat akan dipinda untuk kamu semua! Aku benci pengotor!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s