Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HUKUMAN BERAT SKIM CEPAT KAYA

Nampaknya ada khabar berita gembira buat penganjur Skim Cepat Kaya dan lain-lain Skim Penipuan yang menganjurkan “perniagaan untung atas angin” dan yang sewaktu denganya. Terbaru dan terkni aku mendapat maklumat dari media massa mengenai penggubalan akta sedang diteliti dan akta ini akan dilaksanakan, dikuatkasakan pada penghujung tahun ini. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh ini dari pihak kerajaan untuk membendung penipuan di kalangan rakyat jelata yang masih mengagung-agungkan perniagaan jenis ini seharusnya dipuji. Sewajarnya, pihak berkuasa juga melakukan pemantauan dan meneliti skim-skim ini di alam maya seperti di laman sosial facebook, friendster dan myspace serta lain-lainnya. Tetapi yang paling ketara adalah iklan-iklan skim “scam” ini di laman sosial facebook, sungguh memualkan dan meloyakan apabila terbaca shoutout mereka.  Nampaknya skim ini semakin galak untuk menarik minat peserta untuk menyertai mereka memandangkan laman maya ini memiliki jaringan perhubungan yang cukup luas dan ianya mudah dan senang dugunakan untuk menarik perhatian pengguna. Antara metod lain skim scam ini adalah menarik perhatian melalui sms di telefon bimbit. Semakin lama, semakin hebat pengiklanan skim ini…memanfaatkan teknologi sepenuhnya!

Di sini aku sertakan petikan berita penuh dari Utusan Malaysia berkaitan penggubalan Akta Jualan Langsung dan Antipiramid.

BERA 8 Ogos – Penganjur perniagaan jualan langsung dalam bentuk skim piramid dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang melakukan penipuan akan menerima hukuman lebih berat apabila Akta Jualan Langsung dan Antipiramid berkuat kuasa akhir tahun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius penipuan pihak berkenaan yang memperdayakan orang ramai melabur dalam skim itu. Katanya, mereka yang mengaut keuntungan bernilai  kan lesen tidak akan dimaafkan, mereka akan berdepan tindakan tegas di bawah akta baru yang boleh didenda RM5 juta dan penjara 10 tahun apabila dikuatkuasakan nanti. “Denda sekarang ini RM250,000 bagi kesalahan pertama dan RM500,000 kesalahan kedua dan seterusnya. Ia tidak memberi kesan kepada penganjur skim terbabit,” kata Ismail Sabri.

Beliau ditemui selepas majlis gotong-royong dan ramah-mesra bersama penduduk Orang Asli di Bukit Gemuruh Kemayan, Bera, dekat sini hari ini. Menurut Ismail Sabri, melalui akta baru itu yang sedang diteliti Jabatan Peguam Negara dan akan dibentang pada sidang Parlimen Oktober ini, diharap dapat membendung kerakusan pihak terbabit. Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, Orang Asli perlu menjadi mata dan telinga kerajaan bagi melaporkan segala kegiatan jenayah, menyorok dan menaik harga barangan kepada pihak berkuasa.

p/s – Sila berhati-hati untuk menyertai skim-skim ini di masa akan datang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s