Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TERAWIH PERTAMA DI BULAN RAMADHAN

Terawih pertama di bulan Ramadhan 2010. Seperti kebiasannya berduyun-duyun muslimin dan muslimat akan ke masjid untuk menunaikan solat Terawih. Ada yang datang satu keluarga, ada yang membawa anak, bersama suami, bersama isteri, ada yang bersama rakan-rakan dan ada juga yang datang seorang diri. Semuanya hanya untuk satu tujuan mengejar malam yang penuh berkat, mengejar pahala yang berlipat kali gandanya.

Begitulah seperti kebiasaannya, seperti tahun-tahun yang lepas, seperti dekad-dekad yang lepas dan mungkin abad-abad yang lepas di alam rumpun melayu muslim di Malaysia. Semangat untuk solat berterawih sudah pun terbit sehari dua yang lepas, mungkin juga pada minggu yang sudah dan, semangat yang  meluap-luap ini hanya terbit di awal Ramadhan sahaja, tetapi bagaimana dengan malam sepeuluh terakhir Ramadhan?

Aku baharu sahaja pulang dari bersolat Terawih di masjid kariahku, Masjid Taman Rinching. Dari jauh, puluhan deretan kereta sudah membanjiri di kawasan parkir manakala di bahu-bahu jalan puluhan atau mungkin juga mencecah seratus biji motorsikal dan basikal berderet-deret, tersusun secara bercampur-campur di situ. Di satu sudut lain, di tepian tembok anak-anak remaja sedang menyanyi dan membuat bising.

Kebetulan aku datang ke masjid agak lewat, tidak sempat menunaikan solat Isyaa’ secara berjemaah di masjid. Jadi, sebelum aku ke masjid, sempat menunaikan Isyaa’ di rumah. Parkir sahaja kereta di tepi jalan, berhampiran masjid..kelihatan di koridor-koridor masjid sudah pun di penuhi dengan jemaah-jemaah lelaki. Kanak-kanak pula sedang sebuk bermain di kawasan taman masjid, ada yang bermain kejar-kejar, baling selipar dan lain-lain. Secara tidak sengaja ianya telah menggamit nostalgiaku masa lampau ketika zaman aku masih seorang budak hingusan dan belum mumayiz lagi. Sesekali kedengaran juga bunyi mercun…Pelik, baru awal Ramadhan, puasa pun belum bermala..mercun dah berbunyi..manalah gamaknya budak-budak ni dapat supplier?

Aku terus menuju ke dalam masjid, Oh tidak….hanya di luar..aku hanya dapat saf di koridor masjid, betul-betul di tepi tangga, lewat sangatlah katakan. Di dalam, imam sedang sebuk membuat pengumuman itu dan ini. Mengenai solat Terawih, tatacara dalam masjid, zakat fitrah, aktiviti di sepanjang bulan Ramadhan, moreh, tahlil dan sebagainya. Aku cuma mendengar dengan tertib dan tertil sambil memerhati keadaan sekeliling. Memang meriah, maklumlah malam pertama Terawih dan esoknya puasa!Besok kalau malam akhir Ramadhan, dan esoknya raya..tak semeriah begini. Kalau sekarang hampir penuh masjid ini dengan jemaah dan ahli kariah dari taman perumahan ini, mungkin sudah dekat dengan Hari Raya Aidlifitri nanti hanya tinggal dua, tiga saf sahaja. Silap-silap boleh jadi tinggal dua, tiga orang sahaja! Barangkali semuanya sedang berterawih di pusat beli-belah untuk membeli kelengkapan hari raya.

Tidak lama kemudian, solat terawih dimulakan. Ikut kata imam sebentar tadi, terawih pada tahun ini akan dibuat lapan rakat dan tiga rakaat witir. Jadi, bermulalah terawih yang pertama di bulan Ramadhan 2010. Alhamdullilah…semuanya sempurna. Cuma aku agak terkilan dengan keletah dan “keriangan” anak-anak kecil. Ketika aku bersolat tadi, anak-anak ini hanya membuat bising di saf belakang. Ada yang menangis meminta susu, ada yang ketawa berdekah-dekah dan ada juga yang sedang main air di kolah wudhu’! Astaga.

Bagi aku, dengan membawa anak-anak ini adalah satu contoh yang baik dengan niat untuk memberi pendedahan tentang suasana bersolat secara berjemaah dan mengenal tentang solat tetapi ibu dan bapa seharusnya perlu bertanggungjawab dalam memantau pergerakan anak-anak ini ketika di masjid. Sewajarnya bagi anak-anak yang masih bayi tidak perlulah dibawa ke masjid, mereka menangis dan mungkin kerana letih atau kelaparan. Keriuhan dan bunyi yang bising ini sedikit sebanyak menggangu-gugat ibadah jemaah yang lain. Tidak khusyuk dan tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya untuk bersolat. Sebentar tadi, sejurus selepas bersolat terawih, ibu aku yang bersolat di saf muslimat telah memaklumkan padaku tentang seorang bayi yang merangkak-rangkak di depan muslimat yang sedang bersolat! Mana ibunya? Ada….di saf belakang, tetapi anaknya? Di depan muslimat yang sedang bersolat!

Tak mengapalah…aku sudah biasa dengan perkara ini. Suasana tipikal terawih pertama di bulan Ramadhan.

p/s – Awasi anak-anak anda ketika di masjid, jangan sampai mereka menggangu jemaah lain untuk beribadah.

7 responses

  1. selamat berpuasa bro… 🙂

    Ogos 10, 2010 at 9:45 pm

    • faerrin

      selamat2…hehehehe

      Ogos 11, 2010 at 12:03 am

  2. desperadol

    salam, selamat berpuasa.
    ape kate lu tulis pasal ‘buat perkara sunat tapi dapat dosa’. aku tgk sekarang ramai org buat ibadat sunat tapi menyusahkan org lain. buat sesuatu xpakai otak.

    Ogos 11, 2010 at 12:39 am

    • faerrin

      boleh ang bagi aku contoh dan situasi? aku tak gheti sangat nak menulis hal-hal ni sebelum buat kajian dulu.

      Ogos 11, 2010 at 4:15 am

  3. desperadol

    aku bg contoh le k
    1) ko pernah x g solat kat shoppng mall or mane2 tempt yg surau die kecik tp sangat sibuk.n then ade sorg pakcik pas solat dok bewirid panjg pas2 berdoa pnjg lak sedangkan berpuluh org tgh tggu turn nk solat.pertama wirid dan doa 2 sunat je.sbb die dok sibok nk berwirid nk tunjuk alim org lain xsempat nk semayg dah abis waktu.aku benci tol org camni, konon2 cam warak tp hampeh!!!ko tlg tulis sket bg dorg sedo

    Ogos 11, 2010 at 7:52 am

    • faerrin

      ohhh…betul2…tp isu ni agak berat bro..insyaallah jika ada kesempatan aku kan kupaskan isunya..yang penting, benda ni selalu dan kerap kali berlaku dalam fenomena masyarakat muslim di malaysia. Tengok saja, ketika bulan puasa ni..ramai yang berbelanja hingga ke tahap membazir!

      Ogos 11, 2010 at 8:43 am

  4. desperadol

    berat mmg berat..tp bende2 camni dh jd amalan org kite aku tgk.beramal xde ilmu.itu belum ckp bende2 sunat yg lain cam aqiqah, kenduri kawin ngan solat terawih.ape ko kate ko wat research n kupas isu ni..caiyok2!!! hehe…

    Ogos 11, 2010 at 9:03 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s