Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

APA YANG LELAKI MAHU SEBENARNYA?

Benarkah lelaki memilih untuk berkawan dengan wanita? Atau wanita yang bersikap acuh tak acuh terhadap lelaki? Yang mana satu sebenarnya lebih tepat dan releven dengan suasana masyarakat kita?

Sebentar tadi di waktu rehat tengah hari, dengan suasana yang sunyi dan hening di pejabat, aku bercadang untuk ke perpustakaan sahaja untuk melempiaskan lelah bekerja. Seperti biasa di bulan-bulan Ramadhan yang sebelumnya aku hanya banyak menghabiskan waktu tengah hari di perpustakaan, kerana apa? Kerana perpustakaan adalah satu tempat yang tenang dan menenangkan, sunyi dan sepi,  juga merupakan port terbaik untuk melelapkan mata! Iyalah, perpustakaan pejabat bukan seperti perpustakaan universiti-universiti yang penuh dengan pelajar yang mahu mencari ilmu, mencari maklumat, mencari idea dan juga mencari awek serta teman sehidup dan semati!

Di perpustakaan yang berkonsepkan tadika (mungkin terlalu banyak gambar-gambar seperti kumbang lady bird, bunga-bunga dan dedaun termasuk daun ganja yang tergantung-gantung di setiap lampu-lampu perpustakaan-kononnya untuk konsep 5S) kelihatan dua orang wanita yang juga rakan sekerja sedang merehatkan minda di situ, sedang membaca akhbar dan bergosip ringan barangkali. Tanpa lengah aku terus ke situ dan berhajat untuk berborak seketika sebelum mencari port terbaik untuk tidur di mana-mana sudut. Duduk sahaja di situ, terus kami berbual rancak hingga ke satu tahap aku diajukan dengan persoalan ini.

“Lelaki ni suka perempuan yang macam mana?”

“Oh…aku suka yang simple-simple jeee…”

“Kalau yang gedik macam mana?”

“Aku tak suka gedik-gedik ni…aku geli…”

“Tapi, kata orang…lelaki ni suka je melayan perempuan-perempuan gedik..tapi at the end, dia akan kutuk-kutuk pulak perempuan gedik ni”

“Entah, aku no komen…aku memang tak suka perempuan gedik, meluat dan boleh buat aku nak muntah, ape lagi kalau gedik dah mencapai tahap macam mak nyah…uweekkkk!!! lainla fresh meat”

“Abes, macam mana pulak dengan perempuan gemuk…kao suka…katala satu hari, si Ramlah (bukan nama sebenar, yang juga seorang perempuan gemuk) datang mengorat kao..kao terima tak?”

“Aku…err…err…no komen…aku tak pasti nak cakap pasal soal rupa paras ni…kejadian tuhan bukan untuk dinilai, setiap kejadiannya adalah yang terbaik dan manusia ini juga adalah sebaik-baik kejadian”

“Eleh kao, aku tahu apa jawapan kao..mesti kao cakap camnikan…(Kalau dah jodoh nak buat macam mana)”

“Errr…tukar topiklaaa…”

Bagi aku kisah suka pada si polan dan si polan tidak kiralah lelaki gemuk atau perempuan gemuk, lelaki yang menggatal atau perempuan gedik, lelaki yang manja atau perempuan yang mengada-ngada, lelaki yang nakal atau perempuan yang menggoda, lelaki yang baik atau perempuan yang baik dan lain-lain adalah satu perkara yang subjektif.  Setiap orang ada taste dan citarasa tersendiri, jika seorang lelaki punya citarasa ke arah perempuan gemuk, mungkin dia akan beranggapan perempuan itu seksi, dan gemuk itu “kool” dan yang pastinya jika citarasanya ke arah itu, sudah pasti dia tidak akan melayan mana-mana perempuan bercutting yang mengiurkan. Percayalah! Lihat sahaja satu kes culik, rogol dan bunuh perempuan gemuk di barat (mungkin kes ini di Amerika, betulkan aku jika aku silap) setelah kes ini ditutup dan pihak mahkamah mendapati si pembunuh amat meminati wanita gemuk dan terlalu obses pada mereka. Jadi, dalam hal ini ada juga lelaki yang terlampau obses pada perempuan gemuk. Bagi aku, kegemukan bukan satu kelemahan..malah mungkin juga satu kelebihan. Jika kamu berebut-rebut menaiki bas dan komuter…gunakan sahaja kelebihan kamu itu!

Cuma, di sini suka aku mengingatkan pada kamu-kamu di luar sana…kalau dah gemuk sangat pun tak cantik juga. Carilah berat badan yang ideal dan yang penting jika terlampau gemuk ianya akan membataskan kesihatan dan pergerakan kamu juga. Oleh itu, amalkan diet yang sihat dan jangan risau jika kamu gemuk. Jika kamu agak keberatan untuk berbuat sedemikian rupa dan malas untuk bersenam dan melakukan aktiviti riadah…jangan risau, London Weight Management (Pengurusan Berat Badan London) sedia membantu, janji kamu ada fulus! Lemak-lemak kamu akan disedut secara total menggunakan vakum dan pelbagai teknologi canggih untuk proses pemecahan lemak.  Di bulan Ramadhan ini, amat bersesuaianlah bagi kamu yang agak berisi untuk berdiet dan mengurangkan berat badan.

p/s – Pada, kawan aku yang berdua tadi…jika kamu baca blog ini, kamu jangan risau pasal kamu gemuk…jodoh ada di mana-mana, yang penting kamu perlu berusaha, dan yang penting aku dah tulis seperti apa yang korang nak….Good Luck beb!!

4 responses

  1. liana

    heheh…tak bleh blah la bila ko mention pasal guna kelebihan gemuk tu utk naik bus atau komuter …tau tak..kenkadang ada org yg tak suka bila org gemuk berkelakuan begitu..tapi kan bagi aku topik ni dah mcm satu opinion yg jumud bahawa perempuan gemuk will end up like that.hopeless…lifeless..loneliness….aku pun berpikiran begitu…buktinya pemikiran tersebut, cuba lihat drama kat television yg menjadikan mereka sbg subjek gurauan..then bila dah kurus baru org suka.terhegeh2…mindset manusia dah mcm tu ..tapi tak boleh blame 100% juga kt lelaki sb aku tau mereka suka melihat kecantikan kan…and i surely agreed when u said that everyone have their own taste…tapi mostly yg aku lihat dan dengar dari mulut lelaki adalah sebaliknya…they opt to choose yg kurus je tau (walaupun diri tu pun 2×5 jek)hehehe..
    but whatever it is.. indeed we shud always look at the positive side kan…nak kurus sebab nak sihat…so kena ler reducekan weight tu….apo nak dikata..

    Ogos 11, 2010 at 9:32 am

  2. Siti Fairous

    Masalah kegemukan… sama macam masalah Kekurusan tau.. jangan rasa rendah diri la… sebab manusia taste nyer lain-lain kan.. ada yg suka makan laksa.. ada yang suka makan keropok lekor.. semua x sama.. kalau semua suka benda yang sama boring la dunia nie..
    ( terfikir jap: kalau semua orang suka makan Roti Canai kat kedai mamak… Boring la.. penuh 24 jam)..
    One more thing.. orang kurus x semestinya bahagia.. mybe kurus sebab makan ati kew.. jaga makan kew…
    eh dah meleret lak.. Yg penting.. lelaki juga manusia biasa macam perempuan.. Ada taste masing2 hehe..

    Ogos 17, 2010 at 11:40 am

  3. I rasa I kategori gemuk, tapi few friends cakap I tak gemuk cuma berisi, tapi maksudnya gemukk lah kan?,. oke tak kesah la,.
    cuma i nak share, buruk macamana pun kita, besar or tak cantiknya kita, kena bersyukur sebab setiap kejadian tu ada himahnya. tapi kita kena berusaha selagi boleh jaga pemakanan kita, jangan la dah gemuk nak bagi gemuk lagi, do something. joging or gym?

    April 21, 2011 at 1:23 am

  4. lieza

    dah banyak saya baca tentang topik ni tetapi penamat tetap sama..apa yang penting adalah cara pembawakan diri kita..tidak dinafikan soal jodoh untuk insan yang gemuk sukar untuk ditemui dan mereka hanya ditipu oleh mereka yang pandai mengambil kesempatan (mengikis harta atau wang) kerana terlalu obses untuk bahagia seperti orang lain..walaupun insan gemuk dipandang sebagai bahan boneka tetapi mereka mempunyai naluri yang sama seperti insan normal..setiap kali soal jodoh datang mengundang cuba berfikiran positif walau hakikatnya sakit..berfikiran positif adalah untuk kita memotovasikan diri untuk lebih ceria berbanding murung memikirkan soal jodoh..tuhan memberikan kehiduopan kepada kita supaya kita beringat kepadaNya..sesungguhnya tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..biar kita gemuk kerana sihat jangan kita kurus kerana sakit (tetapi aspek kesihatan perlu dijaga juga)..saya juga insan gemuk dan mahu insan gemuk yang lain ceria..hargai diri anda seadanya..

    September 25, 2012 at 2:41 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s