Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BAZAAR RAMADHAN TIDAK LEKANG DARI WANITA SEKSI

Bazaar ramadhan dan bulan puasa adalah satu perkara yang sinonim bagi rakyat malaysia. Tanpa bazaar ramadhan juadah berbuka pastinya akan sunyi dan hambar kerana di bazaar tersebut, pelbagai jenis juadah disajikan dan pelbagai jenis air minuman dari pelbagai jenis ditawarkan kepada pengunjung. Jika ke bazaar ramadhan, pastinya perancangan awal perlu dibuat. Bukan kerana apa, suasana di bazaar pada waktu-waktu puncak iaitu sekitar jam 5 dan ke atas akan mula di penuhi dengan pengunjung dari pelbagai kaum apatah lagi jika tiba hujung minggu dan cuti umum makanya, keadaan di bazaar adalah begitu sesak hingga untuk mencari parkir kereta begitu sukar sekali! Maka, berjalanlah dan menapaklah dari parkir kereta yang jauh untuk ke bazaar tersebut.

Perancangan yang awal dan rapi memang perlu sebelum ke bazaar. Pertamanya untuk mengelakkan kesesakan dan keduanya untuk mengelakkan pembaziran akibat dari pembelian juadah yang tidak mengikut keperluan tetapi berteraskan kepada kehendak nafsu semata-mata. Justru, entri pada kali ini ditulis bukan kerana makanan atau minuman di bazaar, jauh sekali dengan kesesakan trafik di sekitar bazaar serta suasana “meriah” bazaar itu sendiri. Aku mahu menulis berkaitan wanita-wanita melayu muslim yang ke bazaar. Wanita-wanita yang tidak tahu akan rasa hormat dengan kemuliaan bulan ramadhan atau mungkin terlupa bulan ini adalah bulan ramadhan. Wanita-wanita yang mungkin tahu bahawa berpuasa itu hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tidak lebih dari itu.Wanita-wanita yang suka “bersedekah” atau dalam erti kata lain, memberi “free show” kepada jantina berlawanan mereka.

Sebenarnya isu ini bukan perkara baru..sudah berlaku setiap kali ramadhan. Isu ini juga pernah disuarakan oleh beberapa bloggers di luar sana. Walaupun pada mulanya aku seperti enggan untuk menulis tentang perkara ini kerana mungkin sudah terlalu ramai yang bersuara akan perkara ini, tetapi apabila setiap kali ke bazaar aku akan bertembung dengan wanita-wanita ini, hati aku seperti diseru-seru supaya menulis juga.

Selain dari bau lauk pauk dan makanan yang terhidang di setiap gerai-gerai di bazaar…kadang-kadang kita acap kali juga tertarik dengan bau-bauan perfume yang menerobos lubang hidung hingga membawa ke hati dan membuatkan jantung berdegup laju. Sekali pandang tidak ubah seperti seorang model. Berkasut tumit tinggi, berseluar ketat dan berbaju sendat yang berwarna terang hingga menunjukkan bonjolan-bonjolan yang memberahikan! Lalu, lauk-pauk yang terhidang terlupa seketika difikiran. Otak dan minda akan fokus ke arah “yang lebih enak” buat seketika. Ingat..hanya seketika, mungkin kurang dari 2-3 saat. Kemudian, lafaz istighfar terpacul di bibir lalu memohon keampunan dari-Nya. Berkali-kali diucapkan…hingga lega dan boleh bernafas secara normal kembali. Jadi, dalam isu ini, siapa yang perlu disalahkan? Yang memandang secara tidak sengaja atau yang membuat pemandangan itu secara senagaja? Aku bukan arif sangat mengenai hukum-hakam dalam islam ini..tetapi sudah terang lagikan bersuluh aurat bagi wanita itu adalah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Jadi, sila pakai pakaian yang cukup kain!

Persoalan yang sering bermain di benak fikiran aku adalah beginI. Wanita ini, hanya ke bazaar ramadhan yangterletak di sebuah pekan kecil, kenapa perlu berpakaian begitu..seolah-olah mahu ke parti-parti moden. Ingat, ini hanya bazaar ramadhan di Pekan Semenyih! bukan di tengah KLCC atau di tengah One Utama atau di Zouk! Apa signifikannya wanita-wanita ini berpakaian begitu? Sudahlah tidak menutup aurat…berfesyen pula tidak kena pada tempat!

Kadang-kadang mahu sahaja aku tegur…

“Kak…kain nak buat baju tak cukup ke? Nak saya tolong tambahkan?”

Jika ditegur…takut kecil hati pula…selagi tidak ditegur, selagi itu tidak terlepas tanggungjawab kita. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Jadi, apa boleh buat lagi?

“Lantaklah labuuu….yang penting aku dah tegur kat sini..”

p/s – Hormati bulan ramadhan..sekarang sudah memasuki fasa ke-2 bulan ramahdan iaitu fasa keampunan. Jadi, mohon-mohonlah keampunan ok!

5 responses

  1. kalau amoi seksi di bazaar, tak boleh nak kata apa la kan. mereka non-muslim

    tapi yang muslim ni… aiseh, bulan2 pose ni sopan2 la sikit kot.

    Ogos 22, 2010 at 2:35 pm

    • faerrin

      itu yang aku hairan dan pelik….bau perfume…lebih kurang 5 meter dah bau dah…hilang aroma ke-enakan bau ayam golek, terus teruja dengan bau yang lagi satu itu…

      pakaian, toksah cerita la nai…ish…letih!

      Ogos 23, 2010 at 12:22 am

  2. liana

    tulah….ini dikira sebagai puasa jugak kat korang..puasa mata…hehehe..

    Ogos 23, 2010 at 8:35 am

  3. LayLa-D

    peliknyeeee post ni. perempuan disalahkan sebab lelaki tak reti nak puasa? suka hati minah tu la nak pakai ape. awak tanggung dosa die ke? alasan tak dapat nak bau makanan. seriously? perempuan tak boleh pakai perfume sebab lelaki tak dapat bau makanan? bukan nye bagus minah tu pandai jage hygiene. dari bau ketiak busuk.

    “Jadi, dalam isu ini, siapa yang perlu disalahkan? Yang memandang secara tidak sengaja atau yang membuat pemandangan itu secara senagaja?”

    Can’t you hear yourself? You sound like a perv. Kalau dah pandang dengan care tak sengaja (KONON), then LOOK AWAY. Bukan semua perempuan nak la lelaki pandang die orang macam pervert.

    Setengah perempuan suke pakai cantik-cantik sebab it builds confidence. Bukan semua perempuan ade confidence yang tinggi. awak tak tahu, tak payah tegur. and mane awak tahu die orang ni semua bukan dari tempat lain? tempat kerje ke, meeting ke, event ke. memang kene pakai cantik. lepas tu die orang nak ke bazaar sblm balik rumah. salaaahke? :s

    also, kalau lelaki yang tak boleh control nafsu sampai boleh buat puasa batal, asal pulak tu salah kaum perempuan? awak sendiri yang tak boleh control nafsu sendiri kan?

    Sebab awak sendiri tak boleh control nafsu, Jangan nak tuduh orang lain sangat. buat malu je.

    in other words, don’t blame the world for a problem you created.

    Ogos 7, 2014 at 5:22 am

  4. LayLa-D

    And that tak cukup kain joke. It soooo old, it’s not even funny anymore. not even sure if it was ever funny. :S

    Kalau nak tegur dengan hati ikhlas and for a good cause, find your words right.

    Post awak membuktikan yang mengutuk dan menegur sangat berbeza maksudnya.

    Ogos 7, 2014 at 5:25 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s