Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KEMAS RUMAH DAN TERAWEH DI PERTENGAHAN RAMADHAN

Ohhh..penatnya! Serius aku penat. Manakan tidak setelah sehari dan semalam bertungkus lumus mengemas rumah (sebenarnya, projek mengemas rumah ini sudah dimulakan pada sabtu yang lepas lagi). Rumah aku cukup bersepah dan kucar-kacir seolah-olah dilanda tsunam, seolah-olah dilanda garuda. Mangkuk-mangkuk, meja, kerusi, dan lain-lain dikeluarkan dari kabinet-kabinet. Mana yang tidak berguna, dibuang atau dijual..mana barang-barang yang tidak diperlukan tetapi masih elok akan diberi begitu sahaja kepada sesiapa yang memerlukan.

Beginilah apabila tiba musim Hari Raya Aidilfitri. Selepas pulang dari teraweh, kami sekeluarga akan mengemas rumah dan projek ini akan bermula dari jam 10:30 malam hingga ke Sahur (paling lewat) atau sekitar jam 4:00 pagi (paling awal) dan projek ini tidak akan terhenti begitu sahaja, malah akan diteruskan pada ke-esokkan harinya hingga tiba waktu buka. Penat, letih dan lesu bukan? Kini, rumah aku sudahpun siap dikemaskan secara majornya, dan setakat ini cuma kerja-kerja minor yang belum disiapkan lagi.  Sentuhan tatarias pereka dalaman Eric Leong wannabe (adik aku) sedikit sebanyak diimplementasikan pada sesetangah sudut. Nasib baiklah kesemua adik -beradikku pulang ke rumah dan secara tidak langsung dapatlah membantu kelicinan kerja projek mengemas rumah pada tahun ini.

– – – – – – – – – – – – Pftttttttttttttttttttt – – – – – – – – – – – – –

Seperti biasa aktiviti di waktu malam pada bulan Ramadhan adalah bersolat sunat teraweh. Malam ini, solat terawehku agak terganggu. Aku kurang tumpuan untuk bersolat malah fokusku kepada pak imam yang membaca ayat-ayat lazim turut hilang dan hanyut entah ke mana. Mungkin kerana penat, tetapi itu bukan faktor utama….walaupun penat akan aku gagahi juga perkara Sunat Muakkad yang satu ini!

Aku sebenarnya bersolat di saf tengah masjid tersebut. Justru siapa yang mengggu aku bersolat? Aku jauh dari anak-anak kecil yang berlari-lari dan membuat bising di saf paling belakang masjid. Aku juga jauh dari riuh rendah dan keletah anak-anak kecil yang kadang-kadang bisa bikin kita pening kepala. Sebenarnya aku agak terganggu dengan seorang makmum. Seorang lelaki pertengahan usia, memakai baju melayu berwarna “royal biru”, berkain pelikat dan berketayap. Boleh dikatakan yang makmum ini seusia dengan ayahku, jadi aku menggelarkannya pak cik.

Aku cukup terganggu dengan pak cik ini ketika bersolat. Dia telah membaca surah dengan agak kuat serta menggoyang-goyangkan badannya dengan tidak berapa konsisten. Sekejap bergoyang ke depan, sekejap ke belakanag..kadang-kadang ke kiri dan ke kanan. Pak cik ini juga aku rasa kurang sehat, batuk-batuk dan selsesma…kuat juga batuknya dan agak lama juga. Aku disebelah sudah dari tadi berdoa di dalam hati supaya tidak berjangkit dengan virus-virus yang dibawanya. Lihat….tumpuan aku kepada solat teraweh sudah terganggu dengan pak cik ini.

Ada ketikanya, sedang orang lain sudah mengangkat taknbir untuk rakaat yang berikutnya (rakaat baru solat teraweh selepas duduk tahiyat akhir dan berselawat kepada Nabi) pak cik ini agak lambat untuk bangun dan mengangkat takbir hinggalah surah Al-Fatihah tamatt dibaca oleh pak imam. Jadi apa yang pak cik ini lakukan? Tidak lain dan tidak bukan, membelek-belek Iphonenya. Menjengkelkan!

“Pak cik, rasanya kalau agak malas untuk bersolat, dan kurang sehat…adalah lebih baik pak cik bersolat teraweh di rumah sahaja…cis!”

p/s – Hormati orang lain ketika melakukan ibadat solat.

Entri ini ditulis pada sekitar jam 3:50 pagi. Aku terbangun selepas tertidur pada jam 10 malam tadi akibat dari keletihan yang mat sangat. Bangun-bangun sahaja, bukak tv sambil menonton Jejak Rasul, aku menulis. Wahhhh! dah nak raya beb! Oh ya…aku sudahpun dijangkiti selsema pak cik ini dan sedikit batuk juga!

3 responses

  1. em my

    p/s: faerr, rasenye kalo orang tua itu sudah sebaya ayah anda, sila hormatinya. andaikan org tua itu ayah anda, dan org lain memberi statement sebegini kepada anda? bagaimana rasanya ya..?? what goes around comes around..

    Ogos 30, 2010 at 1:07 pm

    • faerrin

      baik!

      Ogos 30, 2010 at 1:46 pm

    • faerrin

      Tapi, gi mana ya kalao jemaah itu, menggangu konsentrasi jemaah lain..bukan aku sorang sahaja yang terasa, kami disekeliling beliau saling berpandangan satu sama lain..sewajarnya, jika tidak sehat, jika tidak upaya, buat sahaja solat teraweh di rumah.

      Lagi satu, beliau juga sering kelihatan membelek2 handphone di pertengah jemaah lain yang pada ketika itu sedang bersolat..dan pak imam sedang membaca al-fatihah..tidak menggangukah? jika beliau pergi ke belakang saf sebentar…lalu nak membelek, mahu menelefon..aku tidak kisah. Boleh diikutkan hampir setiap rakaat solat teraweh beliau berkelakuan begitu! Jadi, tahankah kamu? Ini sudah penghujung ramadhan, dan belaiu masih berkelakuan begitu sebentar tadi..sanagt menjegkelkan!

      Oh yaaa…aku juga berjangkit selsema dan batuk dari beliau!

      Aku tidak bersikap anti semetik, jauh sekali membenci pak cik itu juga tidak menghormatinya..aku cuma kurang suka akan perbuatan dan kelakuan beliau..sekian terima kasih!

      mesej aku mudah sahaja, hormati orang lain yang mahu melakukan ibadah..hormati masjid dan jaga adab, tertib dan tertil di dalam masjid. Umur sudah tua, dan sebaya ayahku..sewajibnya beliau lebih tahu akan adab dan etika di dalam masjid, bukan berkelakuan seperti budak-budak!

      p/s – Siak masjid sudah menegur pak cik ini sebentar tadi, aku harap pak cik itu sedar akan perbuatannya!

      Ogos 30, 2010 at 1:53 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s