Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September, 2010

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Untuk renungan dan sekadar berkongsi ilmu…

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi
alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: “Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil
merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang
dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila
dimandikan, roh sekali lagi merayu: “Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka2
dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak2, isteri atau suami buat kali terakhir
kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik
keluar dari rumah lalu ia berpesan: “Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak2ku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan
wahai anak-anakku, janganlah kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada
satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda2 memperolehi
nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak2 dan
teman2. Sebaliknya aku mempunyai anak2 yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi
Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.

Mendengar
keadaan itu, anak2 jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan
mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu,
Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang
daripada matahari.

Baginda Rasullullah SAW berkata: Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah SAW lagi: “Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail AS akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya”.

Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannyakepada sayap Jibrail AS “Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail AS akan menebarkan sayap di
sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut
roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah SWT”. Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT
maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah
usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata
tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah
ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini telah mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini telah menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini Kerana kaki ini sentiasaberjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga telah berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir
sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf
dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT
berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja
mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra: “Roh itu
menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

“Telah
bersabda Rasullullah SAW: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang2 yang mati syahid.
2. Orang2 yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

p/s – Beribadahlah kamu semua dengan ikhlas.


BOT TERBANG IRAN

Menerusi Berita di waktu prima pada malam tadi, aku agak kagum dan terkejut dengan satu inovasi ketenteraan baru yang unik oleh Iran. Saintis dan ahli ketenteraan mereka telah berjaya mencipta dang menghasilkan pesawat pejuang yang unik dari kelasnya. Itulah Bot Terbang atau “Flying Boat” Iran. Iran yang telah dilabelkan sebagai negara “Paksi Kejahatan” oleh Amerika telah berjaya mengkagetkan dunia dengan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki. Inilah antara negara Islam yang masih boleh dan kuat bertahan dari tekanan Amerika dan sekutu-sekutunya, terutamanya Israel dalam mengekang sumber-sumber perolehan bahan-bahan mentah dan material terutamanya aspek pembangunan teknologi pertahanan. Sememangnya Iran kerap “bikin gempar” dengan pelbagai berita dari aspek ketenteraan, bermula dengan teknologi nuklear, kapal terbang tanpa pesawat, misil dari kelas “Fajr, kereta kebal, kapal selam, pesawat pejuang dan juga latihan ketenteraan skala besar yang sedikit sebanyak telah menarik perhatian dunia, betapa agresifnya negara ini dalam mempertahankan daulah dan haknya.

Berbalik kepada isu utama entri kali ini adalag difahamkan menerusi jurucakap Ketenteraan Iran, Angkatan tentera Pasukan Pengawal Revolusi Iran telah mula menerima skuadron “Bot Terbang” dan ianya akan dikendalikan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Elite Iran. Setakat ini, pasukan tersebut telah menerima 3 skuadron bot terbang itu. Dengan situasi semasa dan rantau Timur Tengah yang sedang bergelojak dan kurang stabil sosio-politiknya, Iran semakin berani untuk mengumpul kekuatan ketenteraan untuk menghadapai sebarang ancaman yang tidak diduga.

Bot terbang ini dilengkapai dengan senjata api, dan boleh diterbangkan sama ada malam dan siang dengan dilengkapi alat pandang malam yang terbaik. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera canggih yang akan digunakan untuk menangkap gambar ketika melakukan tugas-tugas pengawasan dan pemantauan. Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Pengawal Revolusi Iran,Ahmad Vahidi sebagai memetik dari kata-katanya; ” Dengan teknologi rekabentuk yang termaju dan canggih tiada radar sama ada di laut , udara dan darat boleh mengesan kewujudan bot terbang ini. Ianya dapat bergerak dengan baik untuk keluar dari laut”.

Teknologi pembuatan bot ini, adalah hasil dari kejuruteraan tempatan. dan ianya adalah satu kebanggan bagi industri teknologi ketenteraan bagi negara tersebut. Bot ini bakal ditugaskan dan diberi tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengawasan, pemantauan sempadan perairan negara tersebut. Segala inpun dan bahan-bahan yang diperoleh menerusi kameranya bakal dipindah segera kepada pihak pemerintah skuadron untuk tindakan selanjutnya. Bot ini juga, boleh dibekalkan dengan misil dan ianya dapat melancarkan misil dengan tepat ke sasaran ketika sedang bergerak laju.

Berikut adalah gambar-gambar bot terbang.

p/s – Iran mungkin adalah negara Islam yang terkuat.


MASJID BABRI SATU ISU YANG TERTUNDA

Aku terpanggil untuk menulis kisah mengenai sebuah masjid yang begitu agung, masyhur dan indah senibinanya di dalam sejarah Islam India pada satu masa dahulu. Sebuah masjid yang di dirikan sebagai tempat beribadah selain sebagai institusi agama, politik dan sosio-budaya masyarakat setempat.

“Masjid Babri”

Mungkin tidak ramai yang mengetahui kisah keagungan dan sejarah masjid ini pada masa lampau. Juga ramai yang tidak tahu masjid ini sudah pun “ditawan” oleh pelampau Hindu di India pada tahun 1992. Aku begitu terkesan setelah membaca sebuah artikel yang ditulis di akhbar tempatan mengenai kisah masjid ini bila mana, ianya telah pun menjadi rebutan antara masyarakat islam dan hindu.

Masjid Babri

Sekali lagi, pada hari ini terpampang di dada akhbar apabila, Mahkamah Agung India hari ini memberi lampu hijau kepada sebuah mahkamah tinggi untuk membuat keputusan pada Khamis ini berhubung pemilikan tapak Masjid Babri yang dirobohkan oleh pelampau Hindu pada 1992. Insiden di bandar Ayodhya, negeri Uttar Pradesh itu mencetuskan rusuhan antara penganut Hindu dengan penduduk Islam yang menyebabkan kira-kira 2,000 orang terbunuh

Masjid Babri atau Masjid Babur adalah sebuah masjid yang didirikan oleh Pemerintah Mughal pertama India, Babur, di Ayodhya pada abad ke-16 Masehi Sebelum tahun 1940-an, masjid ini dinamakan Masjid-i Janmasthan (“masjid tempat kelahiran”)Masjid ini berdiri di Bukit Ramkot (disebut juga Janmasthan (“tempat kelahiran”)). Masjid Babri diruntuhkan oleh sekitar 150.000 orang dari kaum nasionalis Hindu pada tanggal 6 Desember 1992,dalam sebuah peristiwa yang sebelumnya sudah dirancang, walaupun sebelumnya Mahkamah Agung India telah melarang segala bentuk atau apa jua kerosakan atau aktiviti khianat terhadap masjid itu.

Kaum nasionalis Hindu meyakini bahawa panglima perang Babur, Mir Baki telah menghancurkan sebuah kuil Hindu yang sebelumnya berdiri di situs masjid, yang mereka percayai kuil tersebut dibangun untuk memperingati hari kelahiran Rama, inkarnasi dari Vishnu dan juga penguasa Ayodhya (lihat Ram Janmabhoomi). Menariknya masjid ini berbahagi tembok dengan kuil rama. Masjid Babri adalah salah satu masjid terbesar di Uttar Pradesh, sebuah negara bahagian India yang memiliki populasi Muslim 31 juta orang. Walau ada beberapa masjid yang lebih tua di kota Ayodhya, sebuah daerah dengan populasi warga Muslim yang signifikan, termasuk Masjid Hazrat Bal yang didirikan oleh raja-raja Shariqi, Masjid Babri dianggap yang terbesar kerana terbina di tempat yang menjadi perebutan. Dalam hasil penulisannya, Communal History and Rama’s Ayodhya, Profesor Ram Sharan Sharma berpendapat, “Ayodhya adalah tempat yang munculnya sebagai satu tempat ziarah keagamaan pada masa kuno.

Pasukan Tindak Cepat Rusuhan India sedang mengawasi “Daerah Tegang” di Ayodhya.

Menerusi akhbar hari ini, kes yang akan dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi Allahabad di Uttar Pradesh yang perlu memutuskan sama ada tapak itu diserahkan kepada penganut Hindu untuk membina sebuah kuil atau dipulangkan kepada masyarakat Islam untuk membina semula Masjid Babri. Akan tetapi, Mahkamah Agung minggu lalu mengarahkan keputusan ditangguhkan, setelah bersetuju mendengar hujah supaya peluang perlu diberikan untuk menyelesaikan kes yang sudah berlarutan selama 60 tahun itu di luar mahkamah. Kes yang ditangguhkan ini akan disegerakan dan segala keputusan muktamad mengenai kes Ayodhya akan dibuat pada 30 September pada 3.30 petang (6 petang waktu Malaysia).

Aku cukup bimbang dan khuatir akan kesan kes ini jika segala keputusannya kelak bakal berat sebelah dan berpihak kepada orang-orang yang berkepentingan sahaja. Jika ini berlaku, tidak mustahil rusuhan antara masyarakat islam dan hindu bakal tercetus semula seperti sebelum ini, juga tidak mustahil kadar kehilangan nyawa pada kali ini akan lebih besar kerana berdasarkan dari tulisan-tulisan dari majalah Times, Nat Geo dan lain-lain di internet, masyarakat di sekitarnya “berada dalam keadaan tenang, di dalam tegang”. Di dalam situasi ini, jika tersilap percaturan, salah faham, dan pertelingkahan kecil berlaku…alamatnya, kemusnahan dan kehancuran besar akan muncul. Konflik antara agama akan berlaku buat ke sekian kalinya.

Masyarakat islam dan hindu merusuh dengan menggunakan buluh panjang ketika upacara sambutan memperingati peristiwa runtuhan Masjid Babri.

Puak Nasionalis Hindu menawan Masjid Babri sejurus selepas itu, masjid ini telah diruntuhkan bagi memberi laluan pembinaan sebuah kuil hindu

p/s – Akan aku ulas di kemudian hari rentetan kisah masjid ini jika ada masa dan kelapangan di kemudian hari, dan aku harapkan pada kali ini tidak ada pertumpahan darah yang berlaku.


KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi
yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
– Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
– Aku melihat cahaya dari lidahnya..
– Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
– Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
– Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
– Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
– Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
– Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
– Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
– Wajahnya seperti bulan purnama.
– Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
– Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
– Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
– Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
– Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
– Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
– Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
– Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
– Janggutnya penuh dan tebal menawan.
– Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
– Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
– Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
– Rambutnya sedikit ikal.
– Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
– Rambutnya terbelah di tengah.
– Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
– Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
– Seimbang antara kedua bahunya.
– Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
– Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
– Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
– Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
– Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat
dan putih.
– Warna putihnya lebih banyak.
– Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
– Warna kulitnya putih tapi sihat.
– Kulitnya putih lagi bercahaya.
– Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
– Badannya tidak gemuk.
– Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
– Perutnya tidak buncit.
– Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik
contoh sepanjang zaman.

Semulia-mulia insan di dunia…


MAKAN…DAN SENYUM KUNTUM!

Pagi-pagi lagi perut dah menjerit kelaparan, jadi sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak gastrik dan mati kelaparan aku terus ke kedai di bawah pejabat untuk membeli sarapan pagi. Selesai sudah “log in” aku terus berlari-lari ke lif berdekatan seperti bekas pelari pecut negara pada satu ketika dahulu, Watson Nyambek (di manakah beliau kini? adakah beliau masih aktif berlari atau, bertani?).

Tiba di lif, tidak menunggu lama untuk masuk terus di dalam lif.

Dalam lif, aku baru perasan yang aku seorang sahaja lelaki, yang lain-lain adalah jururawat-jururawat pelatih yang masih muda-muda, manis-manis, comel-comel, kiut-miut belaka dengan mengenakan pakaian uniform berwarna pink si Patrick Starfis . Dalam hati…”Oh My God! Mau berdarah hidung aku!”

Aku duduk diam, yakin dan tampan. Diam kerana aku agak segan di dalam lif yang dipenuhi gadis-gadis sunti beruniform pink. Yakin kerna aku memakai semburan wangian Axe ke seluruh tubuh badan dalam erti kata lain “Ini adalah peluang!”. Tampan, kerna…err…err…mungkin semulajadiku sudah tampan, barangkali. Jadi, berdasarkan faktor 2 dan 3 tersebut aku sekali lagi yakin dalam sela masa beberapa minit akan datang, pasti ada seorang, dua gadis akan memberi number telefon kepadaku! Paling tidak pun alamat email berserta akaun facebook!

“TING!!”

Lif sudah tiba di Ground Floor.

Hambar………

Seorang pun tidak memberikan aku nombor telefon apatah lagi email dan akaun facebook. Cuma, beberapa orang gadis yang tersenyum ke arahku sebelum keluar dari lif. Aku terdiam dan terkedu cuma membututi mereka dari belakang. Tidak apa, janji ada yang senyum. Hahaha! Aku bukan Justin Bieber yang digilai ramai, rupa parasku tidaklah sekacak ahli kumpulan Super Junior yang mampu membuat gadis-gadis bertempik  bagaikan sedang histeria dan dirasuk roh jahat.

Terus ke kedai, mee hon dan nasi goreng menjadi  sasaran. Telur mata ditambah menjadi lauk. Sambal tumis ikan bilis menjadi penambah perasa. Kuih-muih 3 ketul, sebagai kudapan. Terbaek!

“Berapa kak?”

“Semua sekali 3.50”

“Ok…nah duitnye…”

TIBA-TIBA

“Takpe…saya bayarkan…”

Aku pandang, seorang gadis menghulurkan senyuman sambil memeberi duit kepada kakak kedaii tersebut.

“Takpe, kebetulan duit saya besar….RM100”

“Oh…ok…terima kasih…lain kali, belanjalah lagi”

Aku balik dan terus makan di pantri pejabat dengan senyum kuntum.

p/s – Gadis tu doktor pelatih perubatan. Nasib baiklah aku sudah bertunang! Hehe..


MASJID BERGERAK

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf.


Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories.

Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. ~~AFP


SILA AMBIL PERHATIAN

Entri kali ini agak serius, dan ini adalah update terbaru di dalam blog aku, memandangkan sudah 2 ke 3 hati aku berdiam diri. Bukan kerana apa, penat dan letih di malam hari untuk menulis oleh kerana dari pagi hingga ke malam hari (Jumaat, Sabtu dan Ahad) jadual dipenuhi dengan majlis rumah terbuka rakan-rakan dan rumah terbuka aku sendiri. Ok, kali ini aku mahu sentuh mengenai cara pemanduan, pemandu Bas Rapid KL.

– – – – – – PPFffttt – – – – – –

1- Memandu secara melulu
2- Jarang menggunakan signal kenderaan
3- Suka menghimpit kenderaan lain
4- Pemandu tidak prihatin

Ini adalah antara kriteria-kriteria pemanduan mereka. Aku yakin dan pasti ramai antara kamu sudah biasa lihat cara pemanduan mereka. Mungkin juga ada antara kamu yang pernah dihimpit ketika sedang memandu.

Memandu secara merbahaya, laju dan melulu sudah menjadi trend pemandu-pemandu bas terutamanya dari Syarikat Rapid KL. Rata-rata rakan di pejabat, kawasan perumahan, rakan di alam maya dan facebook serta orang awam yang pernah ditemubual diajak berdiskusi oleh aku telah mengakui yang Pemandu bas Rapid ini seolah-olah beranggapan jalan raya itu mereka yang punya. Kebanyakkan dari mereka begitu agresif, bersikap kurang ajar dan tidak bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain.Kadang-kadang, pemandu lori besar pengangkut pasir lebih berhemah ketika di atas jalan raya, malah ada juga yang sanggup memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan ringan seperti kereta dan motor untuk memotong mereka.

Sekadar gambar hiasan

Pernah satu ketika seorang pak cik tua bermotosikal telah dihimpit oleh Bas Rapid hingga mengakibatkan pak cik tersebut jatuh di tepi bahu jalan, nasib menyebelahi pak cik tersebut, tiada kenderaan lain yang mengekorinya dari belakang, jika tidak, pasti sudah arwah pak cik tersebut. Ada juga kejadian seperti pemandu bas ini (terutamanya Rapid) tidak memberikan signal (mungkin terupa) ketika mahu menurunkan penumpang, akibatnya bas berhenti secara mengejut dan kemalangan kecil berlaku.

Aku hanya dapat perhatikan dari jauh kejadian itu dan juga sifat keangkuhan pemandu-pemandu bas Rapid ini. Mereka tidak akan memberhentikan kenderaan, apatah lagi mahu menoleh kebelakang untuk melihat apa yang telah terjadi (baca;kemalangan/perlanggaran). Mahu mohon maaf? lupakan sahaja…silap hari bulan, kamu sendiri yang perlu mohon maaf dengan mereka! Sememangnya ini sudah menjadi budaya pemandu bas ini, walaupun tidak kesemua mereka yang bersikap begini, akan tetapi..segelintir dari mereka telah menyebabkan reputasi masyarakat telah berubah dan tanggapan ini akan memberi persepsi negatif dari orang awam  sendiri.

Pada pendapat aku yang tidak seberapa ini, pihak pengurusan bas (bukan sahaja Rapid) dan kenderaan berat perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan pemandu-pemandu mereka lebih mematuhi undang-undang di jalan raya. Skuad pemantauan khas perlu duwujudkan bagi memantau segala tindak-tanduk dan tingkah laku pemanduan pemandu. Jika sebarang kesalahan jalan raya berlaku, tindakan perlulah diambil dengan tegas dan dilaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan selanjutnya.
Sewajarnya, eloklah kita mengurangkan kadar kemalangan yang meragut nyawa di jalan raya.

p/s – Aku pernah dihimpit oleh Bas Rapid hingga ke tepi bahu jalan, nyaris mengakibatkan kemalangan. Cis!


RESTAURAN MAKANAN PANTAS YANG SUDAH TEPU

Satu bincang petang antara kawan-kawan selepas tensi seharian di pejabat. Berlokasikan di kawasan tempat parkir kereta yang agak jauh dari pejabat. Tiada provokasi, tiada sentimen perkauman, tiada isu-isu berat dilontarkan, tiada juga soal politik, luar dari kontinum kerja, tidak mengguna pakai kalkulator cuma bual kosong di bawah pokok, di sebelah kereta.

A: Wei, jom makan Mc D!

B: Mc D? ni yang aku malas nak makan fast-food ni…aku dah lah tak biasa makan benda-benda ni

A: Kao tak biasa pebende, 3 minggu lepas kao buka puasa pun makan Mc D…poyo!

B: Makan, memanglah makan…tapi tak de lah kerap sangat sampai seminggu 4, 5 kali makan fast food…lainla kao..punya harta dan kaya. Lahir pun di tempat kelahiran Mc D, Des Plainnes, Illonois, USA.  Aku? insan biasa…orang kebanyakkan..tidak seperti kao, orang ada-ada!

A: Dah-dah….sampai ke sana pulak, lahir kat luar negara pun, nama aku masih ber”bin” dan aku masih orang Islam Melayu.

B: Ok, kao kata kao orang Islam…tapi apasal kao makan jugak Mc D? Kita sepatutnya perlu boikot produk tu macam yang diwar-warkan.

A: Boikot-boikot jugak, makan-makan jugak beb..setakat, sebulan sekali ok kot….

B: Tapikan, aku bosan la makan Mc D, aku rela lagi makan KFC, tak pun Mc Dota, Ayamas ke, Pizza ke, Secret Receipes ke tak pun makan Nasik Goreng Kampung kat kedai makan tepi pagar tu..Mc D ni macam tak de perbaharuanla dalam product line dorang, balik-balik benda sama je diintroducekan. Kalau diikutkan, lama sangat dah Product Life Cycle product-product mereka tu…Ish…

A: A’ah, betol jugak kata kao tu…iklan baru itu hari pun aku ingatkan ada product baru, rupanya benda sama je! Kalau ditengok pada iklan tu, aku rasa target group dari segi market segmentationnya mesti orang-orang muda macam kita ni. Iyelah, irama Rock, catchy (betulke aku eja ni?) dan prolifik!

B: Oh, iklan yang ada dua band perform tu, satu lagu cam slow, satu lagi lagu Rock?

A: Ye, betullah tu, iklan itulah… iklan dah kewl dah…product je benda sama..cuba la try buat benda baru sikit. Ish,tiba-tiba kadar motivasi aku nak ke Mc D dah menurun ni.Aku rasa Big gun-Big gun di Mc D perlu buat brainstorming dan cepat-cepat conduct market research balik..product mereka tu dah macam tepu dah!

B: Brtul! Itu aku setuju..Kao cuba bayangkan, makanan yang ada dalam menu mereka  sebagai contohnya burger daging (Double Cheese Burger) yang baru tu, alah…letak daging lagi sekeping je sebagai tambahan, then dinamakan Triple Cheese Burger. Gila senang, kedai Burger Otai pun boleh buat benda tu.

A: Itu memang dah trend Mc D kot, macam dulu..Double Prosperity burger, Double Chicken Mc Deluxe Burger , Double Mc Chicken burger, semuanyalah double…rasa sama jugak…cis! Lagi satu, banyak persamaan antara burger-burger ni, sebagai contoh; Double Cheese Burger, Quarter Pounder, Big Mac, Big n Tasty dan Cheeseburger dari segi rasa, salad-salad yang diletakkan bersama, mayonis dan baunya. Perbezaan? Emmm…aku rasa dari segi saiz dan bentuknya je kot…

B: Yang aku hairan, ada jugak product dorang yang dah dibuang terus dari product line..contoh, Chicken dan Beef Foldover…bagi aku product tu sedap, lazat dan yummy! Saladnya pulak lain sikit, sangat crunchy dan dressingnya pun menarik! Packaging pun tak kurang hebatnya…stylo.

A: Tu bagi kao…mungkin bagi Mc D, product tu mungkin tidak menguntungkan mereka!

B: Mungkin…..so, nak makan mana ni?

A: Tukar plan….

B: Mana?

A: Ikut jelah…aku belanja!

McChicken.jpg

Royale with Cheese.jpg

Big N Tasty burger.jpg

p/s – Last sekali,mereka makan di Sup Meletop Bandar Tun Razak. Terbaek!!! Kedai tepi jalan,Sup Utara yang MARI!!!



SEJARAH YAHUDI DI MADINAH

SEJARAH memberikan kita fakta bahawa Nabi Muhammad SAW, satu-satunya pemimpin yang berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk antara kaum Arab dan Yahudi di Madinah.Namun tugas itu sebenarnya bukan satu kisah  kejayaan yang dicipta dalam masa sehari atau sebulan tetapi sepanjang masa. Baginda sentiasa berusaha untuk menyatupadukan kedua-dua kaum itu supaya dapat hidup bersama dalam sebuah negara dan ia sangat sukar untuk dilakukan kerana setiap kaum itu mempunyai pelbagai kerenah dan tabiat-tabiat yang sukar untuk dikikis demi untuk hidup bersatu.

Tetapi dalam ruangan kali ini, mungkin kita perlu mengetahui dengan lebih jelas mengenai sejarah kedatangan Yahudi ke Yathrib atau Madinah. Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mubarakfuri dalam buku Sirah Nabawiyyah yang menjadi rujukan utama untuk ruangan ini.

Mubarakfuri meletakkan kaum Yahudi Madinah sebagai kelompok kaum ketiga yang menetap di bandar itu. Iaitu selepas kelompok bangsa Arab Muhajirin (penduduk Arab beragama Islam yang berhijrah dari Mekkah) dan kelompok bangsa Arab Ansar (penduduk Arab, penduduk asal Yathrib).

Pada asalnya orang Yahudi datang atau berhijrah ke Hijaz atau Semenanjung Arab semasa zaman penindasan oleh kerajaan Asyria dan Rom dahulu kala. Pada hakikatnya mereka lebih tepat dikenali sebagai bangsa Ibrani dan setelah berada di Hijaz mereka mula melalui cara kehidupan seperti orang Arab dari aspek pakaian, bahasa dan peradaban.Sehinggakan nama-nama kabilah dan individu mereka turut menggunakan bahasa Arab. Akhirnya mereka dapat menjalin  hubungan perkahwinan dan persemendaan dengan bangsa Arab.

Akan tetapi mereka sangat berpegang dengan dengan keagungan sebagai bangsa Yahudi yang menyebabkan mereka tetap sombong dan bangga diri sebagai bangsa tersebut.Iaitu fakta mengenai bangsa Yahudi yang tidak akan berubah yang sehingga hari ini menjadi identiti bangsa itu.Justeru, mereka tidak menyerap ke dalam kehidupan seperti orang Arab secara total.

Ini kerana mereka menganggap bangsa Arab sebagai sangat lekeh sehingga mereka menggelarkan bangsa itu sebagai “masyarakat Ummi” yang bererti primitif dan sangat ketinggalan.Malah lebih teruk lagi mereka turut menganggap bahawa harta benda orang Arab adalah harus untuk mereka. Atau lain perkataan boleh dirampas sesuka hati atau boleh mendapatkannya dengan apa cara sekalipun.Ini sebagaimana yang diakui sebagaimana yang tercatat dalam al Quran yang bermaksud: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang ummi (Al Imran ayat 75).”

Sebagaimana yang dipertahankan oleh Yahudi sehingga hari ini, bangsa Yahudi di Tanah Arab ketika itu juga tidak mempunyai kemahuan atau minat untuk menyebarkan agama yang menjadi pegangan dan kepercayaan mereka selama ini.Al Mubarakfuri menyebutkan paling besar bekalan agama yang bangsa itu miliki hanyalah berkisar dalam konteks al-Fa’il (sempena baik), ilmu hitam atau sihir, meniup tali, jampi mentera dan seumpamanya.

Disebabkan itu mereka beranggapan dan mendabik dada bahawa merekalah, bangsa yang paling memiliki ilmu, kemuliaan, kepimpinan dan kerohanian yang tinggi.Maka atas sebab itukah Yahudi sebagaimana hari ini adalah bangsa yang sangat mahir dalam soal pekerjaan dan kehidupan.

Tetapi sebagaimana sejak zaman sebelum kedatangan Islam itu lagi, bangsa Yahudi diakui sangat mahir dalam soal pekerjaan terutamanya perniagaan dan kehidupan mereka yang lain-lainnya.Mereka menguasai perniagaan terutamanya bijirin, kurma, minuman arak dan tekstil atau pakaian.Mereka sangat giat melakukan perniagaan dengan mampu mengimport masuk pakaian, biji-bijian dan arak selain mengeksport buah-buah kurma yang bermutu tinggi dari Yathrib.

Maka dalam dunia perniagaan bangsa Yahudi akan mengambil keuntungan daripada para peniaga dan pembeli terutama dari bangsa Arab secara berlipat kali ganda sebagai satu cara penindasan dari aspek ekonomi.Bagi memburukkan lagi keadaan bangsa Yahudi mempelopori dan menjuarai perniagaan berasaskan riba.

Antara caranya, mereka memberikan kepada para pembesar-pembesar Arab dengan pinjaman wang dan harta benda supaya para ketua terutamanya ketua-ketua kabilah Arab tersebut mendapat sanjungan, penghormatan dan kemuliaan terutama di kalangan penyair dan mendapat nama baik di kalangan para pengikut.

p/s – Yahudi ada di mana-mana di setiap pelusuk dunia dan mereka mengusai ekonomi, sains dan teknologi, masyarakat, minda dan ilmu…tetapi, sesunggunya, mereka bukanlah dari orang-orang yang bersyukur.

Sumber: Utusan Malaysia


APA KESUDAHANNYA ISU GANGSTER?

Gejala gangster di Malaysia telah lama wujud dan ianya melibatkan pelbagai kaum dari pelbagai latar belakang, sosio budaya, umur dan sebagainya. Terbaru isu pembunuhan Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya telah mengaitkan kes ini dengan isu gangsterisme dari masyarakat India dengan tertangkapnya suspek-suspek utama yang juga adalah terdiri dari kaum India.

Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya (juga merupakan auntie aku)  bersama tiga yang lain , juga merupakan kes yang berprofil tinggi ini benar-benar membuka mata rakyat Malaysia bahawa terdapat sekumpulan manusia yang sanggup melakukan apa saja di luar batasan kemanusiaan hanya untuk memperoleh wang ringgit dengan cara mudah.

Bagaimanapun kesan dan akibat pembunuhan itu telah mencetuskan sedikit kekalutan apabila bertebaran sistem perkhidmatan ringkas (SMS) serta mesej di Internet yang meminta tindakan diambil untuk membalas dendam. Namun hasil tindakan pantas polis telah berjaya mengekang perkara ini daripada berlaku.

Seterusnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri DATUK T. MURUGIAH telah memberikan kenyataan meminta supaya kegiatan gangsterisme di kalangan masyarakat India perlu ditangani segera. Kenyataan beliau ini dilakukan berasaskan laporan dari Ketua Pemuda MIC Selangor, M.Shanker Raj Ayenger kepadanya yang mendakwa di Selangor sahaja dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini terdapat 300 belia India telah ditahan di bawah Akta Kediaman Terhad dan dipenjara di Simpang Renggam.

“Angka 300 ini adalah satu jumlah yang besar bagi hanya lapan peratus penduduk India di negara ini. Ini adalah satu kebimbangan besar bagi kami kerana jika semakin hari semakin besar jumlahnya, ia akan mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Kita tidak mahu dalam keharmonian kaum yang dicapai di negara ini akan dikejutkan dengan banyaknya gangster di kalangan masyarakat India,”

Sebenarnya sudah banyak jenayah-jenayah berat yang dilakukan oleh kaum ini, bukan aku bersikap rasis, tetapi jika dilihat dan diperhatikan mereka ini secara relatifnya lebih bersikap dan bersifat “sampai hati” dan tiada belas kasihan kepada mangsa-mangsanya. Jika dengan ibu bapa mereka sendiri mereka sanggup membunuh dan bergaduh (pernah aku lihat, seorang jiran aku dari kaum ini mengamuk terhadap emaknya dengan menggunakan parang) apatah lagi kepada bangsa lain. Kita ini, orang melayu biasanya lembut dan tidak mudah sampai hati untuk melakukan semua itu. Tidak bersikap “hati kering” seperti mereka.

Di sini aku linkkan beberapa sumber yang mengukuhkan lagi fakta ini. sila klik pada pautan di bawah.

http://www.youtube.com/watch?v=lHuepzQhG14&feature=related

Masih ingat lagi dengan kes bunuh seorang pekerja separuh masa stesyen minyak Petronas Gunung Lang, Jalan Kuala Kangsar, Perak pada 11 November 2008? Mangsa Ustaz Mohamed Khairuddin Mohamed Isa, 42 tahun telah ditemui mati akibat ditetak dengan parang  di kepala setelah  dibelasah dan dipukul dengan kejam oleh penjenayah yang tidak mengenal erti belas kasihan dan tiada hati perut. Difahamkan, mangsa telah diugut untuk menyerahkan wang tunai dari stesyen tersebut tetapi enggan berbuat demikian. Akhirnya, mangsa telah dibunuh dengan kejam dengan pendarahan yang teruk dikepala.

Siapa pembunuhnya? siapa punya angkara?

3 orang India warganegara Malaysia seperti nama di bawah telah diberkas dan dituduh atas kesalahan membunuh dan menyebabkan kematian.

N. Ganeson, 22, dari Rumah Murah, Jelapang;
M. Tayalan, 32, dari Kampung Razak, Jalan Kuala Kangsar
dan K. Nanda Kumar, 22, dari Kampung Baru

Lihat gambar di bawah dan keadaan mangsa yang mengerikan.


– – – – – – – – PPfffttttt – – – – – – – – –

Juga, ingat lagi dengan kes rogol dan bunuh gadis Melayu di Johor yang hampir-hampir juga mencetuskan beberapa isu yang kurang enak tidak lama dahulu?

Tidak perlu aku meletakkan pelbagai lagi kes-kes jenayah lain dan gangsterisme, perkara ini juga telah dan turut diakui sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri DATUK T. MURUGIAH dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas . Cuma aku sering berfikir kenapa begitu murah harga darah dan nyawa mangsa bagi mereka si pembunuh? Kenapa perlu mangsa dibunuh begitu sahaja? Tidak terfikirkah akan berlaku sesuatu yang buruk di kemudian hari? Adakah rakyat Malaysia mahu melihat sejarah dan tragedi 13 Mei berulang? Atau tragedi di Kampung Medan berulang?

Info melibatkan keganasan gangster “gagak hitam”, sila klik sini.

p/s – Sebenarnya umat Melayu ini jenis lembut dan banyak bersabar. Tetapi, sabar juga ada hadnya. Jangan dikejutkan orang yang yang sedang tidur nyenyak atau, jangan sampai harimau dijentik telurnya…lain jadinya nanti!

Awan mendung berarak kelabu, siap sedia sahaja///


DOLLAR REDESIGN PROJECT; APA PENDAPAT ANDA?

Matawang Dollar Amerika kini berada dalam kedudukan yang teruk dan ianya perlukan perubahan. Bukan dari segi nilainya, akan tetapi lebih menjurus kepada rekabentuk wang tersebut.  Dengan idea dan konsep dari Dollar ReDesign Project, kini Amerika mempunyai banyak prototaip baru untuk rekabentuk wang dollarnya yang baru. Kini, rakyat Amerika sedang menjalankan undian bagi menentukan rekabentuk yang mana bakal diadaptasi dan direalisasikan untuk penggunaannya sehari-harian.  Tarikh undian akan berakhir pada 30 September 2010 ini.

Projek ini telah diselia oleh Perunding Strategi Kreatif Richard Smith dan merupakan sebagai penanda aras untuk wang dollar di masa hadapan. Menurutnya, matawang Euro yang juga merupakan “pesaing yang hebat”dari segi rekabentuk dan warna serta lebih “spanky”. Jadi, sebagai penyelesaian untuk mengatasi masalah kejatuhan ekonomi global, proses penjenamaan dan merekacipta semula matawang dollar ini telah dilakukan. Ini turut dinyatakan di dalam website mereka.

Berikut adalah beberapa contoh terbaik rekabentuk matawang dollar yang baru. Jika rancangan ini gagal dan tidak dituruti oleh Kerajaan Amerika, Dollar ReDesign Project bakal membuat petisyen kepada Kerajaan supaya mengambil seius akan cadangan “makeover” matawang dollar mereka.

‘Relative Value’: Dowling Duncan

‘That’s Amore’: Richard Cerrone

‘Game Over’: Jose Hernandez

‘Last But Not Least’: Clair Tianjero

‘The Great Compromise’ : Reid Collier/Evan Cotter

‘Money That Works’ by Artomatic/Flashpoint

‘America Today’: Mark Gartland

‘Bluebacks’: Juan Arreguin

‘Personal Liberty’: Varundeep Singh

‘America The Beautiful’: Keith Rich

‘Diversity Rules’: Adriana Hurtado

‘Let Me Tell You A Story’: Ani Ardzivian

‘Rough And Ready’: Jack Rugile

‘Moving Forward, Looking Back’: Sean Flanagan

‘Going Cheap’: Frank

Persoalan bagi aku, adakah dengan “makeover” ini, ekonomi global akan kembali normal?

p/s – Aku rasa kalau letak muka aku kat Ringgit Malaysia amacam?

sumber: Dollar ReDe$ign Project.


ALAM LAIN YANG INDAH

Malam pukul 12 lebih tengah malam, tidur lewat kerana menolong ibu mengemas rumah dan apa yang patut, maklumlah musim perayaan dengan cuti umum Penubuhan Malaysia pada Khamis, 16 September 2010 ramai yang mengambil kesempatan ini, untuk kunjung-mengunjung ke rumah jiran tetangga dan sanak saudara. Jadi, selepas menyiapkan apa yang patut, terus ke bilik air..basuh muka, gosok gigi dan ke katil. Mahu tidur!

– – – – – – – – -PPfftttt – – – – – — – – –

Info penubuhan Malaysia.

“Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia  pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.”

– – – – – – – PPfffttt – – – – – – – – –

Tiba di katil, terus berniat.

“Sahaja aku bangun awal pagi esok hari kerana Allah”

Moga-moga esok pagi aku dapat bangun awal untuk pergi kerja. Itulah harapan awal…Tidur, tidur dan tidur..minda kini di alam yang gelap, menerobos ke satu alam lain. Di alam itu aku bertemu gadis comel, pergi ke pantai dan melancong bersamanya, menaiki kereta mewah, melencong pula ke pusat beli-belah sambil berjoli sakan. Beli itu dan ini semahunya. Indah sungguh alam itu.

Bunyi alarm memecah hening pagi. Lihat jam, di handphone…

“Oh, baru 5:30 pagi..awal lagi ni…sambung mimpi!”


Tidur kembali, mimpi disambung kembali umpama  sebuah wayang yang dimainkan. Layan, dan layang semahunya. Aku terus tenggelam kelemasan di alam kemewahan bersama gadis-gadis yang cantik laksana bidadari syurga. Hanyut dalam buaian kasih sayang alam yang penuh fantasia…..

Tiba-tiba…

Alam yang tadinya penuh kemeriahan, party buih non-stop ibarat di Kota Keriangan Genting Highland menjadi suram, gelap dan mendung…Hujan rintik-rintik membasahi alam itu. Aku juga tidak terkecuali kena tempiasnya.  Muka membasah, satu persatu gadis-gadis genit hilang di dalam mendung. Awan hitam berarak laju di angkasa, sesekali petir berdentam-dentum…Aku terdengar teriakan suara garau…Macam pernah ku dengar suaranya.

“HOOOIIIII!!! tak pergi kerja ke? Dah pukul berapa ni?”

Sayup-sayup…tetapi semakin jelas kedengaran di cuping telingaku.

“Bagun!! Bangun dah subuh ke belum ni? dah pukul 7 lebih dah ni!”

Herdikan dari bapak yang memberitahu aku bahawa sekarang sudah pukul 7 lebih, membuatkan aku bangun dengan lajunya. Kelihatan segayung air di tangan bapak…patutla aku dihujani dengan air ketika dalam mimpi tadi. Aku lihat jam, betul…sudah pukul 7:15 pagi.

“Oh….aku lambat ke ofis hari ini, bos…sori!”

p/s – Adalah elok kalau aku apply cuti awal-awal pada hari ini! cis!


APA KAU BUAT, AKU JUGA MAHU BUAT

Macam domino yang disusun secara berderet-deret, kalau jatuh juga berderet-deret. Ibarat ombak yang menghempas pantai, begitu juga dengan masyarakat kita sama sahaja, tiada beza. Alam semulajadi merupakan refleks kepada kita, manusia. Kita akan mengikut apa yang kita nampak secara berturut-turut. Ia ibarat personafikasi kepada alam manusia. Pernah dengar ayat ni?

“Orang nak main kereta, lu pun nak main kereta!”

“Orang nak jual lemang, kau pun nak jual lemang!”

Ok, sekarang musim perayaan. Raya apa? Aidilfitri…. Aku mahu cerita situasi di kawasan pekan aku. Pekan Semenyih. Sebelum aku pergi jauh ibarat menggunapakai Shell RoN 97 “Pergi lebih kilometer” adalah baik aku intro sedikit tentang pekan Semenyih ni.Ok, Semenyih tidak jauh dari Bandar Kajang yang terkenal dengan Sataynya, juga tidak berapa dekat dengan Bandar Baru Bangi yang menempatkan Universiti terkemuka negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semenyih juga terdapat satu “landmark” yang tersendiri, ianya menempatkan University of Nottigham cawangan Malaysia di Broga.Pernah satu ketika dahulu Semenyih juga popular dengan kes tapak cadangan pembinaan Insenarator, juga di Broga. Jadi, apa signifikannya Semenyih, Hari Raya Aidilfitri dan juga ayat yang aku lontarkan di atas tadi?

Tidak ada apa signifikan pun, malah “mutual relationship” pun tiada. Aku cuma mahu mengisahkan dengan budaya masyarakat kita yang suka “mengikut-ngikut” sama seperti “apa yang kau buat, aku juga mahu buat”. Aku bagi contoh penjualan lemang di tepi jalanraya. Tiga atau empat tahun lepas, penjualan lemang di tepi jalan raya di pekan Semenyih tidaklah seperti sekarang. Kalau dulu, cuma 2,3 atau paling banyak pun 5 hingga 6 kedai sahaja yang ada. Kini tidak lagi, aku anggarkan populasi pertumbuhan kedai lemang di Semnyih meningkat 3 atau 4 kali ganda. Dengan menggunakan nama “Pak Abu Lemang”, “Lemang Panas Sedap”, “Ayah Man Lemang”, “Lemang Raya” atau “Lemang Raya Panas” kamu boleh perhatikan, betapa banyaknya kedai lemang di sini.


Kenapa tidak ada seorang pun yang mahu menjual ketupat palas, ketupat biasa? Kenapa? Takut tidak laku? Ini tidak asyik lemang sahaja! Cis!

Ini juga boleh diperhatikan dengan penjualan nasi lemak ayam berempah. Juga bersepah-sepah di Semenyih. Kalau dahulu, mungkin sekitar 5,6 atau 7 tahun lepas aku cuma boleh jumpa “Nasi Lemak Ayam Berempah Ayah Nyah sahaja” kini? Macam-macam! Kak Long Ayam Rempah, Din Nasik Lemak Kukus Ayam Rempah dan lain-lain lagi. Sama juga dengan bidang hiburan tanah air, cuma latar belakang dan panoramanya sahaja berbeza. Lihat satu ketika dulu, gadis bertudung dan bermain gitar adalah satu benda yang janggal bukan? Kini tidak lagi, selepas Yuna menjadi popular dan hangat…satu per satu gadis-gadis yang “handal” bermain gitar muncul secara tiba-tiba di aliran mainstream. Kemana mereka berhibernasi sebelum ini dan kenapa mereka tidak muncul? Itu, aku pun tidak pasti…Lihatlah dari genre, rentak, ritma, melodi dan susunan lagu..hampir sama. Seolah-olah tiada originaliti dan ketulenannya tidak mencapai piawai Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Aku yakin, berbondong-bondong gadis atau wanita di luar sana mengunjungi kelas muzik untuk belajar menguasai petikan gitar. Pasti.

– – – – – PPffttt – – – – – –

Berbalik kepada persoalan makanan tadi, kenapa mereka tidak menjual lain dari yang lain? Kenapa perlu dihidangkan kepada pelanggan hidangan yang sama, produk yang sama? Memang dengan berlakunya perkara ini, akan menggalakkan persaingan yang sihat dari segi mutu, kualiti bahan dan servis yang diberi tetapi, perlulah cipta kelainannya dengan erti kata lain “competetive advantage”. Sebagai contoh, silalah jual Nasik Lemak Ayam Salai ke, atau Nasik Lemak Ayam Kukus ke, Ketupat palas dengan serunding daging ke, Ketupat atau Lepat dan rendang ayam ke atau apa sahaja yang berlainan sedikit dengan mencipta identiti tersendiri jangan hanya melihat si polan dan si polan itu untung banyak dengan hanya menjual Nasik Lemak Ayam Kukus, Lemang atau lain-lainya kamu mahu menjadi seperti mereka dengan menjual benda yang sama! Cis!

Cuba bayangkan Yuna di atas pentas bermain kompang atau kastenet (sejenis alat muzik yang digunakan dalam matapelajaran Muzik tahun 1 di sekolah) dan popular. Bagaimana? Ada yang mahu mengikut jejak beliau?

Lihat pula pada arena melodi tanah air. Wahai wanita yang berbakat, silalah muncul di arena mainstream dengan bermain biola. Jika kamu tidak suka biola, kamu boleh bermain “Bonggo” dengan berpakaian formal kebangsaan bertemakan batik 1 Malaysia. Tidak suka juga? Ok, aku cadangkan kamu bermain piano, atau violin atau seksefon. Janganlah hanya bermain gitar, dengan memetik kod-kod yang mudah bersama suara yang lemak gemersik kamu ke pentas. Aku tidak suka, malah dari pemerhatian aku, ramai yang beranggapan begitu. Sila guna instrumen muzik yang lain. Cipta satu  kelainan yang bisa bikin kami semua kaget. Boleh memberi impak yang mendalam dan boleh dikenang sampai bila-bila.

p/s – Jika di PANDANG-pandangkan…tiru-meniru ni banyak di dalam masyarakat kita. Tak percaya?

Aku: Eh, cantiklah Honda City tu, pandai mamat tu modify. (Snap! snap!) Ambil gambar. (Dalam hati) Aku nak bikin Honda aku macam mamat ni punyalah!


BEREBUT-REBUT UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN AWAM SATU REALITI

Naik bas Rapid seolah-olah kita berada di dalam gelanggang rugby. Ada juga yang menyamakan situasi ini seperti permainan Gladiator ketika di zaman kegemilangan Rom dahulu. Alam sekeliling hanya mampu memerhati manusia-manusia yang kelam kabut, berebutkan tangga bas. Ada yang menghimpit, ada yang menolak, ada yang menyondol, ada juga yang meraba dan tidak kurang juga yang meramas-ramas ke-enakkan.

Itulah suasana menaiki bas di mana-mana jua hentian bas di Malaysia tidak kira hentian bas yang besar atau yang kecil. Mahu lihat manusia yang berketurunan Adam dan Hawa ini beratur, cukup susah sekali…bukan tidak ada langsung, ada! cuma jarang-jarang..atau, kadang-kadang. Bukan sahaja di hentian bas, malahan sindrom ini juga sudah berjangkit di terminal-terminal komuter dan keretapi. Timbul juga kekesalan di benak fikiran ini, kadang-kadang untuk menaiki bas atau komuter kita perlu berebut-rebut, perlu mengerah keringat dan kekuatan ibarat hukum alam rimba yang kuat akan menang, yang lemah akan kalah. Begitulah situasinya.

Ini bermakna, kita perlu bersaing. Bersaing untuk mendapatkan tempat duduk ketika menunggu bas atau komuter sampai. Bersaing untuk menaiki bas atau komuter. Bersaing untuk berdiri dan mendapatkan tempat duduk ketika berada di dalam bas atau komuter. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia melepas!

Selalunya kes-kes seperti ini melibatkan “pergelutan” dengan Awang Hitam dan Pak Arab, dan selalunya..kita kantoi!Jika persaingan ini hanya melibatkan antara kaum Adam dan kaum Adam, tidak mengapa. Tetapi, bagaimana pula jika kaum Hawa yang secara lumrah dan dari segi fitrahnya adalah lemah jika dilihat dari segi kekuatan fizikalnya, kudratnya, energinya yang tidak seberapa terpaksa pula berasak-asak dengan kaum Adam. Jadi akan berlaku kontradiksi di sini. Kesian bukan?

Sesetengah situasi, kita rakyat Malaysia pula perlu berebut dengan rakyat lain..sebagai contoh Awang Hitam, Mat Bangla, Mat Indon, Mat Nepal, Pak Arab, Mat Pakistan, Mat Salleh dan lain-lain. Melalui pengamatan aku, adakalanya rakyat Malaysia ini yang secara relatifnya lebih kecil dari Awang Hitam dan Pak Arab akan “mengalah” dalam keterpaksaan seolah-olah kita dibuli dan diperlekehkan oleh warga asing. Bagi mereka-mereka yang kental, kuat jatidiri, beresemangat waja dan lulus dengan cemerlang hingga melepasi harungan dan rintangan dari warga asing, terpaksalah pula bertahan dan menempuh endurance berikutnya, iaitu berdiri sebelah menyebelah dengan mereka. Iyalah..aroma yang “menyegarkan” pasti akan dihidu…aroma yang lebih harum dari wangian lavender ini muncul dan keluar dari ketiak-ketiak (baca;bau ketik) warga asing ini!

Jadi, apa resolusinya?

Kamu boleh pilih 3 opsyen berikut;

1- Naik kenderaan sendiri (kereta, motosikal basikal, papan selaju atau berjalan kaki sahaja)

2- Rancang perjalanan. Sekiranya kamu pengguna tegar sistem perkhidmatan awam di Malaysia, kamu sewajibnya tahu waktu-waktu puncak penggunaan perkhidmatan ini bila. Jadi, adalah elok untuk keluar awal untuk mengelakkan kesesakan.

3- Belajar ilmu mempertahankan diri seperti Tomoi, Kung Fu, Mix Martial Art, Silat Gayong dan lain-lain. Jika ada yang menghimpit, seligi dan lipat sahaja! Opsyen ini amat berguna jika kamu tidak mahu menggunakan opsyen 1 dan 2 di atas.

Jika tidak berkesan bagaimana?

Jangan risau! bagi kamu-kamu, wanita cun, comel dan manis sila PM sahaja ke inbox atau boleh hubungi penulis di talian bebas tol 1-800-360-360 dan minta penulis untuk menghantar dan mengambil kamu di mana-mana sahaja lokasi. Terhad di kawasan Lembah Kelang sahaja. 10 pemanggil terawal layak untuk menerima baucer urutan dan mandian susu kambing di “SPA-Q”. Promosi ini terhad kepada wanita cun, comel dan manis sahaja. Wanita bertudung dialu-alukan.

Tetapi, aku lelaki..bagaimana?

Rileks! Bertenang…kamu hanya perlu mendail di talian bebas tol yang sama, sedikit caci dan maki hamun akan diherdik terus ke kuping telinga anda. Bagi 10 pemanggil terawal, pelempang akan diberikan secara percuma!

Jadi, tunggu apa lagi? Silakan mendail!

p/s – Aku bersyukur punya kenderaan sendiri untuk ke mana sahaja yang hati aku mahu pergi. Jadi, aku bebas bergerak.


MONOLOG DALAMAN BIL.2

A: Jika aku bercakap,kau jangan bercakap, kau harus mendengar.

B: Kenapa? Aku bukan hamba kau. Aku insan merdeka. Kau tidak boleh menghalang. Aku juga punya pendapat.

A: Oh..kalau begitu, siapa yang mendengar?

B: Aku dan kau.

– – – – – – PPfftttt – – – – – –

A: Salam Lebaran. Maaf atas segala salah dan silap yang pernah aku lakukan. Halalkan segala makan dan minum aku.

B: Ya…salam lebaran kembali, aku maafkan salah silap kau dan aku halalkan segala makan minum kau.

A: Alhamdullilah….jadi, bagaimana dengan hutang aku kepada kau tempoh hari RM15000 itu..kau halalkannya sekali?

B: Oh…yang itu? Aku halalkan…tapi ada syaratnya.

A: Apa syaratnya?

B: Kau perlu bersetuju untuk menjadi bapak mertuaku. Bagaimana?

A: Berat!

B: Atau elok juga kau berikan padaku isteri bongsu kau?

A: Juga berat.

B: Begitu juga aku. Jadi, pulangkan duit kepadaku juga berat buatmu?

A: Errr….yang itu..

– – – – – – PPffttt – – – – – –

B: Apa yang enak di sini?

A: Semuanya lazat, enak dan sedap-sedap belaka!

B: Banyak hidangan dan juadah di sini?

A: Yaaa….!! Banyak…kalau tidak silap saya, di sini ada menjual…..

(Tidak sempat meneruskan perbualan kerana telah  dipotong)

B: Ok, bagi saya chicken chop dan jus strawberi.

A: Takde!

B: Ok, kalau macam tu..bagi saya ayam tandoori dan roti telur bawang.

A: Pun takde.

B: Char kuey teow?

A: Juga tak de…maaf.

B: Kata ada banyak hidangan…apa ni?

A: Maaf tuan, saya juga pengunjung di kedai makan ini..tuan orderlah pada pelayan restauran.

B: Ohhh…jadi, bagaimana kau tahu makanan yang aku order tadi tak de?

A: Sebenarnya, makanan yang tuan order itu, saya juga turut mengordernya tadi.

B: Jadi, apa yang kau makan dan kau beli? (menuding ke arah bungkusan plastik)

A: Tak makan, cuma beli makanan ikan untuk ikan hiasan di rumah.

– – – – – – PPffttt – – – – – –

B: Aku ada bawak jemput-jemput pisang, kau mahu?

A: Maaf, aku puasa enam.

B: Ohh..sori….

(Tidak lama kemudian)

C: Jom makan di pantri, aku ada buat nasik goreng..lebih sarapan pagi tadi. Makan panas-panas sedap!

A: Maaf….aku puasa enam.

C: Yeke? sori-sori weh..aku tak tahu.

(Sejam selepas itu)

D: Kau nak air nescaffe panas? aku buatkan…

A: Tak apalah..aku puasa enam hari ni.

D: Bagusnye kau…maaf ye!

(10 Minit sebelum lunch)

D: Jom pergi open house rumah bos lunch hour nanti. Aku dengar dia masak sedap!

B: Boleh jugak…si Z beritahu aku, yang bos ada buat ayam percik, nasik bariani gam, ayam goreng berempah, sotong goreng tepung, udang masak merah…kambing kuzi pun ada! Lauk-pauk lain jangan cerita…macam-macam ada!

C: Aku dengar-dengar air, buah-buahan dan manisan pulak dari pelbagai jenis. Si F kata, satay pun dihidangkan bagai di hotel!

(Tiba-tiba) – Suasana senyap seketika, seolah-olah malaikat baru sahaja berlalu.

A: Rakan-rakan…aku nak ikut boleh?

B,C,D: Maaf! kau kan puasa enam!

p/s – Ini juga monolog dalaman ok!