Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September 1, 2010

DEMONSTRASI BERBAYAR

Menonton Buletin Utama sebentar tadi membuatkan aku berfikir sejenak tentang kedaifan rakyat Indonesia yang membuatkan mereka terpaksa “bekerja sambilan” sebagai penunjuk perasaan. Berita yang buat julung kalinya didedahkan oleh saudara Didik Budianto (nama bagi wartawan TV3 di Indonesia, jika tak silap aku) itu bagaikan sebuah pendedahan eksklusif kepada rakayat Malaysia dan dunia tentang kesanggupan segelintir rakyat Indonesia untuk bertindak sedemikian rupa demi sesuap nasi dan wang! Patutlah setiap ketika negara itu begitu aktif dengan penunjuk-penunjuk perasaan di jalanan.

Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib. Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi. Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696). Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur. Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.

Menurutnya, para penunjuk perasaan yang diupah akan diberi latihan secukupnya termasuklah untuk “mock training” atau demostrasi olok-olok yakni, sebelum mereka pergi untuk membuat tunjuk perasaan tentang sesuatu perkara yang dibangkitkan di sesuatu tempat yang ditetapkan, mereka sebelum itu akan membuat latihan secukupnya supaya demonstrasi yang bakal mereka lakukan tampak seolah-olah benar dan penuh semangat. Malah, bagi setiap demonstras yang bakal dilakukan boleh memanggil sukarelawan berjumlah dari 30 orang hingga ke 3000 orang!

p/s – Lihat, kedaifan memaksa mereka untuk membuat suatu perkara yang bodoh hingga sanggup memegang najis sendiri dan dibawa keliling bandar. Terbaru, jalur gemilang dibakar lagi dan membaling ikan masin busuk pula.


TENSI, STRESS DAN TEKANAN..ITU CARA MEREKA

Tensi, stress dan tekanan..bisa buat kamu patah hati..segelintir kamu mahukan kelainan untuk melawan stress dan tensi…mungkin ini sebahagian dari cara mereka….

Ambil sebiji, dua atau tiga biji…atau berbiji-biji Methaqualone, pecahkan dan ambil bersama-sama dengan heroin, larutkan dalam air dan suntik terus ke tubuh…satu ransangan yang membuatkan putaran rotasi di sekeliling begitu indah. Rasa yang begitu mengujakan seolah-olah di awangan dan terapung di udara, tika itu..apa yang kamu idam dan apa yang kamu mahu pasti kamu dapat. Pinta apa sahaja, semua ada depan mata..hakikatnya, kamu cuma dalam khayal. Satu mimpi panjang dalam tempoh yang singkat. Badan jadi lemah, lesu, tekanan darah meningkat…kamu layu, terkulai di tepian jalan. Bila sedar…ulang sekali lagi.Nada repitasi itu terus berulang dan berulang hingga kamu kojol dan mati terlentang di tepi sungai Klang dan tiada siapa mahu endahkan kamu.

Lari…dan lari..dan lari…lari laju-laju…lari dari kejauhan, lari dari masalah, mahu tenang jiwa katanya. Sebotol Tennese Whisky diambil, Jack Daniel’s …teguk, teguk dan teguk…arghhhh!!! nikmat! Apa mahu difikir lagi…sebotol najis syaitan ada di tangan, kuning ke-emasan..ketulan ais diletak bersama sebagai penyegar. Mahu lebih enak? mahu lebih kick? mahu lebih power? usah risau…ambil 1/2 bahagian Jack Daniel’s, 1/2 bahagian likeur epal, 1 bahagian asam masam manis dan 1/2 bahagian sprite. Ok, goncang dan kocok laju-laju tanpa henti hingga sebati beriringan dengan nada melodi disko “Touch Me Like That“..nyanyian Dannii Minogue, siap..hidang di dalam gelas kaca yang berkilat, hiaskan dengan sebiji buah ceri. Tonggang!

Bila badan sudah huyung…kepala sudah goyang ke kiri dan kanan..dakap satu gadis seksi yang bermini skirt dan topless..bawak ke dance floor..menari sepuasnya bersama si gadis genit nan munggil di dalam arena disko alaf 21 berlatar belakangkan “nu-disco” kamu di alam fantasi yang realitinya kamu kecapi. Sebuah syurga..syurga bagi kamu-kamu yang mahukan segalanya..keseronokkan, kemabukkan, ke-seks-an, kekhayalan, keparti-liaran dan segalanya!

Layan 3gp..masyuk…hilang tensi dan terlerai ikatan-ikatan urat saraf di kepala..lagi-lagi bila barang baru yang masih panas itu ada di dalam telefon bimbit. Tapi bukan senang mahu dapat barang baru. Hot stuff beb! Tapi, ini zaman teknologi, zaman era IT..bodoh lagi tolol jika tidak ada upaya mahu aplikasi internet secara total. 3G sekarang ada di mana-mana, wireless broadband juga ada…justru, barang panas juga ada di mana-mana! On saja bluetooth…lihat sendiri minah-minah salleh ditelanjangi, dikangkangi, dilanyaki semahu-mahunya..atas, bawah…kiri, kanan..depan, juga belakang! Sudah naik, sudah obses dan sudah horny macam anjing gila…scan mana-mana minah bertudung dan tidak bertudung..layan semahu-mahunya! Berita pada esok hari tertera…seorang gadis dirogol..dibunuh dan dibakar. Siapa yang salah?

p/s – Mahu release tensi? basuh muka atau wudhu’ sahaja..sudah! Tidak sukar mana…di atas itu, semuanya cara mereka!hanya mereka…