Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

DEMONSTRASI BERBAYAR

Menonton Buletin Utama sebentar tadi membuatkan aku berfikir sejenak tentang kedaifan rakyat Indonesia yang membuatkan mereka terpaksa “bekerja sambilan” sebagai penunjuk perasaan. Berita yang buat julung kalinya didedahkan oleh saudara Didik Budianto (nama bagi wartawan TV3 di Indonesia, jika tak silap aku) itu bagaikan sebuah pendedahan eksklusif kepada rakayat Malaysia dan dunia tentang kesanggupan segelintir rakyat Indonesia untuk bertindak sedemikian rupa demi sesuap nasi dan wang! Patutlah setiap ketika negara itu begitu aktif dengan penunjuk-penunjuk perasaan di jalanan.

Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib. Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi. Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696). Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur. Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.

Menurutnya, para penunjuk perasaan yang diupah akan diberi latihan secukupnya termasuklah untuk “mock training” atau demostrasi olok-olok yakni, sebelum mereka pergi untuk membuat tunjuk perasaan tentang sesuatu perkara yang dibangkitkan di sesuatu tempat yang ditetapkan, mereka sebelum itu akan membuat latihan secukupnya supaya demonstrasi yang bakal mereka lakukan tampak seolah-olah benar dan penuh semangat. Malah, bagi setiap demonstras yang bakal dilakukan boleh memanggil sukarelawan berjumlah dari 30 orang hingga ke 3000 orang!

p/s – Lihat, kedaifan memaksa mereka untuk membuat suatu perkara yang bodoh hingga sanggup memegang najis sendiri dan dibawa keliling bandar. Terbaru, jalur gemilang dibakar lagi dan membaling ikan masin busuk pula.

Advertisements

One response

  1. dulu, indonesia terkenal dengan para demonstrasi mereka yang berjaya menggulingkan kerajaan kejam suharto.

    sekarang, kredibiliti demonstrasi mereka kini bukan seperti dulu lagi

    September 1, 2010 at 2:28 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s