Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

IFTAR RAMADHAN DAN KARAOKE..SATU LANGKAH YANG BIJAK?

Iftar bersama rakan-rakan sepejabat lama kadang-kadang bisa buat otak jadi kematu. Kalau tidak dikawal perilaku dan tingkah laku bersama kawan-kawan yang kesemuanya lelaki, bujang dan separuh bujang serta biarkan ianya bertindak di luar kawalan dan biarkan ianya bergerak mengikut flow sahaja boleh jadi diri sendiri bakal terlajak tidak tentu arah. Meja panjang yang di susun atur terhias dengan makanan yang serba lengkap…walaupun ianya tidak mengikuti spesifikasi dari USRDA dan piramida makanan, kelaparan yang melanda membuatkan makanan di atas meja hilang dan licin begitu sahaja! Pelbagai gelagat boleh diperhatikan…ada yang menyental kuah, ada yang menghirup nasi, ada yang makan air, ada juga yang menelan tulang belulang sehingga habis. Sungguh mengasyikkan bila melihat perilaku-perilaku ini. Aku sendiri salah seorang dari mereka. Inilah Geng Penyamun a.k.a Geng Goyang a.k.a Ultra Brothers.

Dari berbual mesra, kemudian makan dengan tertib yang sebelum itu membaca doa makan dan doa buka puasa dengan terlebih dahulu serta penuh tawadhuk’ dan istiqomah seperti membuatkan kesemua yang hadir adalah dari kalangan muslim sejati. Ya! kemudian diteruskan dengan solat maghrib berjemaah di belakang restauran..begitu mengujakan. Makanan yang lazat sudah lama ditinggalkan…semuanya sudah masuk ke dalam usus besar dan esofogus untuk di proses bagi menghasilkan satu output tersendiri, yang mungkin juga berguna pada mekanisma hidup yang lain. Malam yang hening, sejuk dan dingin dibiarkan berlalu begitu sahaja, tambahan pula dengan hujan renyai-renyai malam..angin sepoi-sepoi simpulan bahasa menerjah dan berdesir halus di tepian telinga.Sekali-sekala rokok “Dunkill” dihembus…”Poshhhhh…..poshhhhhh…..” seolah-olah berbunyi seperti Darth Vader di dalam filem Starwars bernafas.

Berbual rancak…pelbagai topik..luahan perasaan..gelak tawa..lucu, sinis dan kelakar serta kadang kala rasa kordu terpacul berdikit-dikit. Tidak mengapa..dengan cara begini, menjadikan kami semua bertambah akrab walaupun satu persatu dari kami mengundurkan diri dari “Jabatan itu” dan menumpang kasih pada yang sudi di tempat yang lain. Ya…rezeki ada di mana-mana…kata orang ulat dalam batu pun boleh hidup..inikan pula kita sang manusia, sang khalifah di muka bumi ini!

Tiba-tiba……

“Ini, kalau karaoke masyuk jugak ni!”

“Betul-betul…aku setuju…aku dengar si Karam ni kalao karok lagu-lagu RnB, Soul dan Jazz sedap!”

“Tak kan kot…..malam-malam puasa nih….”

“Alah…ang nak tao…dulu kat penang masa nak dekat ghaya ni, depa dok bagi lagu ghaya percuma!”

“Nak pi ka? Tok penghulu amacam?”

“Layan…yang lain-lain?”

“Dah malam la…..ngantuk!”

“Alamak…minggu depan la…lagi pun esok kija”

“Malam-malam puasa ni jon…tak kan nak pergi…..lain kali lah..minggu depan ka…”

“Alang-alang dah ada bersama…moh la kita pergi, kalao lain hari nak plan-plan..komfom tak kan jadik punye!”

“Ha! Lan….amacam?”

“Emmm…..”

“Ok, jom pergi! Syaiton-syaiton sekalian…mari kita berjinba!”

Maka berangkatlah Geng Ultra Brothers/Goyang/Penyamun-penyamun ke Alamanda, Putrajaya untuk berkaraoke. dan berhibur di malam Ramadhan ini….memang angpa soma buang tabiat agaknya…tapi, apa-apa pun..kawan-kawan penyamun, angpa soma memang best!

p/s – Terima kasih buat Tok Penghulu dan Dr. Rozmey yang menaja kekenyangan untuk Iftar pada maghrib tadi!

*Aku terpaksa nukilkan kejadian pada maghrib tadi antara Ultra Brother semua, sebab ini bakal menjadi kenangan dalam hidup kita. Good Luck soma!

Geng-geng penyamun terdiri daripada:

Abg long aka Pok nin, Jon Chillat aka Naim, Datuk aka azim, Lan aka Balan-balan, Ikram calipso aka Karam Sigh Walia, Dr. Rozmey aka Qayyum, Tok Penghulu aka Keyroll, Wan aka Wajib Kawin, Aku aka PANDANG-pandang.

3 responses

  1. bontot

    dah agak dahhhhhhhhhhh… huhuhuu… kami betadarus semalam laaaaa…. hehehehe… xcaya tanya karam n penghulu… Pok Nen punya tomakdinnah suma ada… tajwid suma sempoiiiiii huhuhuhuu

    September 7, 2010 at 12:00 am

  2. desperadol

    ish3x…sapelah mereka2 semua ni. ni dah macam majlis berbuka artis2 pulak pas berbuka ade karaoke..kembalilah ke pangkal jalan..

    September 7, 2010 at 3:38 am

  3. bontot

    ish2…. astaga insaf2 sapa la depa tuh kikikiki

    September 7, 2010 at 7:23 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s