Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September 7, 2010

KAD RAYA KINI HANYA TINGGAL SEJARAH

Satu ketika dahulu, kad raya dan Eid Al-Mubarak merupakan satu perkara yang sinonim, umpama adik dan abang, romeo dan juliet, awang dan senah, adam dan hawa, ibarat isi dan kuku boleh dikatakan tiada kad raya, tiada hari raya. Orang-orang di kampung sudah mula merasa ternanti-nanti dengan ketibaan Posmen. Jika terdengar deruman enjin motor posmen, maka sekonyong-konyong berlari-lari anaklah orang-orang di kampung mengejar ketibaan posmen untuk mengambil kad raya ataupun surat atau apa jua yang dikirim.Dulu kad raya adalah satu kemestian, satu kewajipan dan satu penghargaan yang besar daripada si pengirim kepada si penerima. Berbalas-balaslah kembali kad-kad raya.

Tetapi kini???

Kini tidak lagi, dengan kecanggihan teknologi dan pemikiran minda yang terjurus kepada “paperless“…maka kad raya dilupakan. “SMS”, “MMS” e-card raya, e-mail dan lain-lain mengakibatkan kad raya, yang memerlukan setem, sampul dan perlu ke pejabat pos untuk mengeposnya seperti hilang taring dan seolah-olah ia seperti ketinggalan zaman. Ada yang berpendapat kad raya tidak releven lagi. Segelintir hanya buat endah tak endah. Tidak kurang juga yang mencemuh budaya menghantar kad raya..kolot katanya.

Memang benar seperti yang dikata, penjualan kad raya pada tahun ini semakin merudum jika dibandingkan pada tahun-tahun yang lepas. Ramai peniaga merungut, tidak kurang juga yang bersumpah dan berniat tidak akan menjual kad raya lagi pada tahun akan datang. Justru….tamat sudah legasi kad raya di Malaysia. Kenapa perlu begitu? Jika budaya ini berterusan…aku yakin…50 tahun yang akan datang, anak-anak pada zaman itu tidak akan tahu apa itu kad raya. Aku juga yakin dalam subjek pendidikan seni di sekolah-sekolah tidak ada lagi pembelajaran cara-cara membuat kad raya dari kad manila. Tidak mustahil juga kad-kad raya hanya akan menjadi satu bahan bersejarah dan disimpan di Muzium atau di Arkib Negara sahaja! Mungkin ibu bapa di zaman itu bakal pening kepala untuk menjawab soalan-soalan biasa yang akan dikemukakan oleh anak-anak mereka pada setiap kali ketibaan Aidlifitri….

“Mama, papa…apa itu kad raya? Ianya sama seperti permainan Konsol PS 6  dan x-Box 540 degree?

– – – – – – – – – – – – Pfffftttttt – – – – – – – – – – – – –

Betul…untuk meghantar kad raya atau mendapatkan kad raya adalah satu proses yang melecehkan. Perlu ke kedai untuk mencari kad raya, juga harga bagi kad raya yang cantik, berkualiti dan mempunyai muzik atau irama lagu raya dendangan Saloma adalah terlalu mahal hingga boleh mencecah RM 7-8 ringgit bagi satu kad. Juga kamu perlu ke pejabat pos untuk membeli setem dan mengeposnya kembali. Itu juga akan dikenakan caj bagi pembelian setem. Jadi, kos meningkat lagi. Itu belum lagi dengan kos petrol, tol, parkir kereta, tenaga, penat lelah, air tebu di tepi jalan, kos mengorat awek secara radikal, kos perubatan klinik akibat ditampar awek kat depan shopping kompleks dan lain-lain. Memang satu perkara yang melecehkan jika dibandingkan dengan email, “SMS”, “MMS” e-card raya yang percuma dan boleh dihantar menggunakan e-mail tanpa sebarang kos! Segalanya di hujung jari! Jika menggunakan laman sosial facebook, kamu boleh tag sahaja rakan-rakan kamu. Jimat, mudah dan cepat! Tidak perlu menunggu berhari-hari untuk menerima kad raya lelah untuk mencari kad raya. Semudah A,B,C…

Tapi..ingatlah…tradisi menghantar kad raya kepada yang jauh merupakan satu amalan yang baik dan boleh merapatkan ukhuwah dengan cara yang tersendiri. Malahan, hati akan lebih tersentuh bila menerima kad-kad raya ini..apatah lagi orang tua kita di kampung yang sentiasa ternanti-nanti akan ketibaan kita untuk pulang berhari raya menerima kad raya yang dikirim terlebih dahulu dengan perasaan yang penuh syahdu dan tidak sabar-sabar. Kadang-kadang air mata juga bisa bercucuran jatuh ke lantai pada ketika membaca isi kandungan kad raya, tambah-tambah membacanya ketika sedang mengacau dodol sambil lagu dendangan P-Ramlee “Dendang Perantau” ke udara. Pertahankan legasi ini, teruskanlah sampai bila-bila pun kerana amalan seperti ini tidak banyak dipraktiskan di mana-mana jua negara Islam yang menyambut Aidilfitri. Justru….moh la ramai-ramai kita menghantar kad raya!

p/s – Tinggal beberapa hari sahaja lagi Syawal tiba. Semoga bertemu lagi  dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan!


IKLAN HARI RAYA TV3

Aku menerima satu email berkaitan iklan Hari Raya terbitan TV3. Jadi, aku pastekan di sini untuk bacaan kamu semua. Berikut adalah email yang aku copy paste sepenuhnya.

– – – – – – – – – PPPfffffttttt – – – – – – – – – – – –

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan   terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis

Light)2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 – Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan – Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih – Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 – Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau – Singapore lah.

Scene 10 – Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah

Scene 11 – Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Perlakuan Biadab