Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KAD RAYA KINI HANYA TINGGAL SEJARAH

Satu ketika dahulu, kad raya dan Eid Al-Mubarak merupakan satu perkara yang sinonim, umpama adik dan abang, romeo dan juliet, awang dan senah, adam dan hawa, ibarat isi dan kuku boleh dikatakan tiada kad raya, tiada hari raya. Orang-orang di kampung sudah mula merasa ternanti-nanti dengan ketibaan Posmen. Jika terdengar deruman enjin motor posmen, maka sekonyong-konyong berlari-lari anaklah orang-orang di kampung mengejar ketibaan posmen untuk mengambil kad raya ataupun surat atau apa jua yang dikirim.Dulu kad raya adalah satu kemestian, satu kewajipan dan satu penghargaan yang besar daripada si pengirim kepada si penerima. Berbalas-balaslah kembali kad-kad raya.

Tetapi kini???

Kini tidak lagi, dengan kecanggihan teknologi dan pemikiran minda yang terjurus kepada “paperless“…maka kad raya dilupakan. “SMS”, “MMS” e-card raya, e-mail dan lain-lain mengakibatkan kad raya, yang memerlukan setem, sampul dan perlu ke pejabat pos untuk mengeposnya seperti hilang taring dan seolah-olah ia seperti ketinggalan zaman. Ada yang berpendapat kad raya tidak releven lagi. Segelintir hanya buat endah tak endah. Tidak kurang juga yang mencemuh budaya menghantar kad raya..kolot katanya.

Memang benar seperti yang dikata, penjualan kad raya pada tahun ini semakin merudum jika dibandingkan pada tahun-tahun yang lepas. Ramai peniaga merungut, tidak kurang juga yang bersumpah dan berniat tidak akan menjual kad raya lagi pada tahun akan datang. Justru….tamat sudah legasi kad raya di Malaysia. Kenapa perlu begitu? Jika budaya ini berterusan…aku yakin…50 tahun yang akan datang, anak-anak pada zaman itu tidak akan tahu apa itu kad raya. Aku juga yakin dalam subjek pendidikan seni di sekolah-sekolah tidak ada lagi pembelajaran cara-cara membuat kad raya dari kad manila. Tidak mustahil juga kad-kad raya hanya akan menjadi satu bahan bersejarah dan disimpan di Muzium atau di Arkib Negara sahaja! Mungkin ibu bapa di zaman itu bakal pening kepala untuk menjawab soalan-soalan biasa yang akan dikemukakan oleh anak-anak mereka pada setiap kali ketibaan Aidlifitri….

“Mama, papa…apa itu kad raya? Ianya sama seperti permainan Konsol PS 6  dan x-Box 540 degree?

– – – – – – – – – – – – Pfffftttttt – – – – – – – – – – – – –

Betul…untuk meghantar kad raya atau mendapatkan kad raya adalah satu proses yang melecehkan. Perlu ke kedai untuk mencari kad raya, juga harga bagi kad raya yang cantik, berkualiti dan mempunyai muzik atau irama lagu raya dendangan Saloma adalah terlalu mahal hingga boleh mencecah RM 7-8 ringgit bagi satu kad. Juga kamu perlu ke pejabat pos untuk membeli setem dan mengeposnya kembali. Itu juga akan dikenakan caj bagi pembelian setem. Jadi, kos meningkat lagi. Itu belum lagi dengan kos petrol, tol, parkir kereta, tenaga, penat lelah, air tebu di tepi jalan, kos mengorat awek secara radikal, kos perubatan klinik akibat ditampar awek kat depan shopping kompleks dan lain-lain. Memang satu perkara yang melecehkan jika dibandingkan dengan email, “SMS”, “MMS” e-card raya yang percuma dan boleh dihantar menggunakan e-mail tanpa sebarang kos! Segalanya di hujung jari! Jika menggunakan laman sosial facebook, kamu boleh tag sahaja rakan-rakan kamu. Jimat, mudah dan cepat! Tidak perlu menunggu berhari-hari untuk menerima kad raya lelah untuk mencari kad raya. Semudah A,B,C…

Tapi..ingatlah…tradisi menghantar kad raya kepada yang jauh merupakan satu amalan yang baik dan boleh merapatkan ukhuwah dengan cara yang tersendiri. Malahan, hati akan lebih tersentuh bila menerima kad-kad raya ini..apatah lagi orang tua kita di kampung yang sentiasa ternanti-nanti akan ketibaan kita untuk pulang berhari raya menerima kad raya yang dikirim terlebih dahulu dengan perasaan yang penuh syahdu dan tidak sabar-sabar. Kadang-kadang air mata juga bisa bercucuran jatuh ke lantai pada ketika membaca isi kandungan kad raya, tambah-tambah membacanya ketika sedang mengacau dodol sambil lagu dendangan P-Ramlee “Dendang Perantau” ke udara. Pertahankan legasi ini, teruskanlah sampai bila-bila pun kerana amalan seperti ini tidak banyak dipraktiskan di mana-mana jua negara Islam yang menyambut Aidilfitri. Justru….moh la ramai-ramai kita menghantar kad raya!

p/s – Tinggal beberapa hari sahaja lagi Syawal tiba. Semoga bertemu lagi  dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan!

2 responses

  1. jangan main2 bro..
    aku dapat kad raya tahun ni.. hehehe

    September 7, 2010 at 1:26 pm

  2. bkn nak kate ape. tpi tu mmg btol kad raye mcm da pupus. tpi kan sye mmg suke n happy gile gile kalau ade org post kad raye. thun ni sye dpt kad raye dri uk. mmg happy xterkate. so kalau budaye ni di hentikan mmg syg la sbb xrase main2 kad raye ni. cbe rase bru tau keseronokan kad raya . kalau setakat sms, mms, e-mail tu sume. hye bole pndang je. xleh pegang . bosan !

    Ogos 29, 2011 at 12:37 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s