Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

KELUH KESAH SEBELUM SYAWAL

“Salam long…kitorang da sampai kampung…kejap lagi lepas kemas-kemas apa yang patut, nak tolong nenek masak-masak, ramai dah ada kat kampung”

Ini adalah mesej yang aku terima daripada adik yang sudah pun pulang ke kampung lebih awal daripadaku. Dengan tidak semena-mena aku terus teringat kampung halaman, rumah nenek yang permai dan damai serta kemeriahan menyambut ketibaan syawal di kampung. Tiba-tiba terngiang-ngiang lagu Allahyarham Sudirman bermain-main di telinga menjadikan aku hilang arah seketika.

– – – – – – – – – – – – – – Pffffttttttt – – – – – – – – – – – – – – – – –

Ish….da sampai kampung? Gile cepat bapak aku drive. Kata tadi hujang lebatlah, jalan sesaklah, banyak kenderaanlah..tup,tup da sampai kampung. Berapa kilometer sejam agaknya bapak aku pecut.

Aku? Aku masih lagi di rumah. Belum lagi pun bergerak ke kampung, dan esok hari..hari Khamis, 9 September 2010 aku masih lagi bekerja! Oleh kerana tugas dan arahan aku terpaksa akur. Tetapi aku bercadang untuk balik awal, “half day” sahaja. Hati dah meronta-ronta untuk pulang ke kampung, tapi hakikatnya aku masih belum lagi siap berkemas-kemas segala barang dan pakaian serta segala-galanya! Malahan, aku baru sahaja mendapat arahan dari bos aku sebentar tadi untuk menyiapkan laporan kewangan dan perlu dibentangkan kepadanya sejurus selepas hari raya nanti! Hampeh!

Makanya, aku bercadang untuk mendapatkan apa jua maklumat dan bawa segala fail-fail yang berkaitan untuk di bawa ke kampungku di Johor. Ketika segala sanak saudara berkunjungan dan bergurau senda aku di dalam bilik sedang menyiapkan segala data-data yang berkaitan, Pada ketika sedara-mara lelaki aku sedang galak mengorat anak-anak dara kampung yang comel-comel, aku terperuk di dalam bilik sambil ditemani dua gadis jelita, “lap top” dan “kalkulator” Demn! Kacau stim sungguh! Tidak mengapa………

Ok,  untuk makluman….aku tidak dibenarkan mengambil cuti hari raya pada tahun ini. Jadi aku hanya merasa raya yang sementara bermula pada 10 September hingga 12 September ini sahaja. Jumaat hingga Ahad, dan yang paling kurang best, aku akan pulang semula ke Selangor pada hari Ahad, dan esok harinya iaitu hari Isnin…aku sudah masuk kembali ke pejabat. Mungkin aku seorang diri di pejabat. Maka jadilah aku penunggu pejabat sepanjang seminggu di minggu hadapan bermula pada 13 September 2010 ini!

Ohhhhh….ini mungkin hanya sedikit keluh kesah yang aku luahkan. Kalau mahu aku luahkan, mungkin kamu yang membaca juga akan merasa jemu, menyampah, mual, loya dan rasa seperti mahu muntah! Jadi, aku bercadang mahu meluahkan sedikit sahaja. Tidak berapa lama lagi, seluruh umat islam di Malaysia dan dunia bakal menyambut Aidilfitri. Jadi, sedikit pesanan buat kamu semua.

Ingatlah bahawa di kala kita bergembira ada juga yang susah dan daif. Ketika kita sedang beraya sakan dengan baju baru dan kereta baru, ada yang hidup serba kekurangan. Jadi, beringat-ingatlah. Di kesempatan ini, aku selaku penulis blog ini ingin mohon jutaan ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku yang tidak seberapa ini. Teruskan membaca andai ada ketidak puasan hati..ku mohon dimaafkan segala salah dan silap. Mungkin aku akan berehat selama 3 hari daripada arena menulis ini. Bukan kerana beraya sakan, tetapi aku perlu menyediakan laporan kewangan!

p/s – Selamat Hari Raya semua! e-card raya je lah ye!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s