Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September 13, 2010

MONOLOG DALAMAN

A: Benar seperti apa yang kau kata

B: Tidak, itu cuma omong kosong. Jadi ini bukan kali pertama kau berperilaku begitu?

A: Ya.

B: Kenapa?

A: Sebab bukan yang kedua bodoh!

B: Jadi kau sangat obses bukan?

A: Tidak juga. Aku lebih suka menunggu ritma bergerak dengan separa sedar.Membiarkan things flow begitu sahaja. Bergerak mengikut nada melankolik mengatasi ruang masa metafizik.

B: Kau suka makan?

A: Sudah tentu.

B: Yang bagaimana? Pedas?

A: Tidak.

B: Jadi, ini berkmakna kau tidak sukakan cabaran.

A: Aku sukakan ketenangan, damai dan aman umpama manisan.

B: Walaupun manisan itu indah, di kemudian hari boleh membawa padah.

A: Sekurang-kurangnya kita melalui keindahan dahulu sebelum dimusnahkan kemudian.

– – – – – – – – – -PPffftttttt – – – – – – – – – – –

B: Kau pernah ke Afrika? Cuaca di sana panas..aku benci panas dan terik mentari malahan kemarau kerap melanda.

A: Tidak, tapi aku tahu kemarau yang melanda tidaklah teruk sehingga mampu membuatkan bumi ini terbakar secara total.

B: Jadi kau menafikan yang kemarau itu teruk, malah kau suka kan kemarau?

A: Tidak, aku bermaksud setiap yang terjadi itu ada baik buruknya. Pernah kau lihat banjir yang teruk hingga mampu menghanyutkan kapal terbang? Atau melihat kemarau yang berpanjangan hingga menyebabkan kapal selam serta kapal laut tersadai di dasar lautan?

B: Errrr…tidak pernah. Paling teruk pun hanya mampu menghanyutkan sebuah rumah dan cacing mati kepanasan!

A: Nah. Itulah yang aku maksudkan..seteruk-teruk mana sekalipun bencana alam, tidaklah ianya mengakibatkan kemusnahan yang begitu total dan menyeluruh walaupun ianya mampu berbuat begitu jika ditakdirkan Jadi, maka jadilah ia…!!!

B: Jadi, apa maksud kau lagi?

A: Lihat sahaja disekeliling kau. Bom atom yang dicipta, nuklear yang dicipta dan lain-lain. Itu adalah bencana alam yang sebenarnya. Jika ianya diguna pada arah jalan yang salah, tempiasnya hingga ke anak cucu.

– – – – – -PPfttttt – – – – – – –

A: Kau mahu carik gadis?

B: Ya…

A: Yang bagaimana?

B: Yang Sedap!

A: Kenapa kau mahu yang sedap? Kau mahu hari-hari?

B: Tidak juga, aku mahu carik yang sedap kerana;

Sayang akan aku,
Enak masakannya,
Dahulukan aku dalam apa jua sekalipun,
Amat cantik rupa parasnya,
Patuh arahan Allah, Rasul, aku dan orang tua.

A: Baguslah begitu!

p/s – Ini cuma perbualan monolog dalaman antara aku dan “aku yang satu lagi”.


RAYA KE-EMPAT SUDAH DI PEJABAT! & KES AUNTIE WATIE

Seawal 5:30 pagi aku sudah bingkas bangun untuk mandi, lalu menunaikan solat subuh. Pagi yang gelap dengan hujan yang lebat sedikit sebanyak mengurangkan semangat dan motivasiku untuk pergi ke pejabat. Pagi ini, 13 September 2010 bersamaan hari Isnin merupakan Hari Raya ke-4. Di hari raya, ketika semua masyarakat kota sedang bercuti dan berseronok berhari raya di kampung halaman. Aku pula “bersuka-ria” hendak ke pejabat. Mahu jumpa komputer, mesin pencetak, pasu bunga, kalkulator dan lain-lain barang opis yang mungkin merindui aku.Mungkin mereka dapat memberikan aku duit raya. Siapa tahu?

Aku tidak bercuti pada hari raya tahun ini atas sebab mahu mengumpul cuti untuk digunakan pada kemudian hari, pada hari kebesaran yang bakal dijalankan pada penghujung tahun ini. Jadi, tahan dan sabar sajalah. Apa boleh buat. Terus, aku kuatkan semangat dan bersiap-siap. Ruang legar rumah sunyi sepi…manakan tidak, seluruh keluarga belum pulang lagi ke rumah (aku tinggal bersama family) mereka semua masih di kampung, di Batu Pahat, Johor (Bukit Pasir dan Sri Medan). Hujan masih lebat di luar…aku fikir, jika dapat lelapkan mata selepas subuh tadi memang masyuk. Lagi-lagi bila bertemankan yang tersayang ada di sebelah! Tapi apakan daya, tunggu sajalah bila masanya tiba nanti.

6:30 pagi aku bergerak ke pejabatku di Cheras. Sambil mendengar radio ERA, di benak fikiran terus-terusan memikirkan hal berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya (kami adik beradik lebih selesa memanggil beliau auntie Watie) jutawan kosmetik yang punya empayar pernigaan yang besar. Apalah nasib beliau, sampai hati dan tergamak sungguh manusia yang melakukan perkara buruk itu terhadap beliau dan 3 orang yang lainnya (Peguam, pegawai bank dan pemandu peribadi). Apa dosa mereka sehingga diperlakukan begitu, jika tidak puas hati sekalipun…kenapa dibunuh? dibakar pula, dan kemudian abu mayatnya di hanyutkan ke sungai. Selayaknya manusia yang bersifat kesyaitanan dan keiblisan itu diheret sahaja ke tali gantung, dan mayatnya di cincang lumat lalu dicampak sahaja ke Sungai Amazon biar ditelan Piranha! Aku dan keluarga sememangnya mempunyai tali persaudaraan “yang rapat” dengan keluarga allahyarhamah di sebelah ayahku. Bila mendengar perkhabaran itu, ibuku menangis, kami sekeluarga terkedu dan tergamam.Tapi apa boleh buat, mahu tidak mahu kami sekeluarga terpaksa menerima dengan redha dan hanya mampu menyedekahkan Al-Fatihah sahaja kepada beliau. Mudah-mudahan roh beliau tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Aku harap anak-anak allahyarhamah tabah, bersabar dan meneruskan legasi perjuangan perniagaan ibunya. Sehingga kini, kami sekeluarga masih berharap yang dibunuh itu bukan beliau…dan berharap agar ada keajaiban berlaku di satu ketika nanti. Mudah-mudahan…

Aku seperti mahu menulis kisah perjalanan hidup beliau, jatuh bangunnya dalam dunia pernigaan dan lain-lain. Beliau yang bermula dari “0” hingga memiliki apa yang beliau ada sekarang merupakan seorang wanita yang berpandangan jauh, tabah, cekal dan bermotivasi tinggi. Mungkin, di satu hari nanti jika ada peluang dan ruang, ada kelapangan,  ada rezeki dan jika diizinkan oleh-Nya, aku mahu menulis kisah kehidupan arwah. Insyaallah, dan akan aku dedikasikan buat keluarga beliau dan seluruh rakyat Malaysia.

p/s – Ayahku pernah “dioffer” untuk menjadi rakan kongsinya di masa awal-awal perniagaannya dahulu, akan tetapi atas modal yang tidak mencukupi serta ayah sebuk menyambung pelajaran di waktu itu maka ayah terpaksa menolak pelawaan dari beliau dengan baik. (Menurut kata ayahku dahulu)

– – – – – – – – – – – -PFFtttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – –

Tiba di pejabat sekitar jam 7 pagi, dan hujan masih renyai-renyai….mendung kelabu dan gelap sahaja. Aku melihat langit yang selalunya membiru. Tidak pada pagi ini, kelam sahaja. Aku melangkah longlai ke pejabat. Tiada mood, tiada perasaan juga bersikap seperti acuh tidak acuh sahaja. Nasib baik Khamis ini, akan bercuti lagi apabila Hari Malaysia disambut dan diisytihar secara rasmi oleh Kerajaan pada 16 September ini. Kuatkan semangat dan terus ke pejabat!

Tiba di dalam pejabat, tiada seorang pun kakitangan pentadbiran yang ada. Masih bercuti, dan kebanyakkan mereka bercuti sehingga seminggu lamanya…mahu beraya sakan menurut rakan-rakan pejabatku. Cuma yang ada kakitangan penyelidikan yang berketurunan Tiong Hua di pejabat. Baguslah..jika semua bercuti dari bos hinggalah ke kakitangan bawahan. Maka, akulah bos!

Tanpa motivasi aku duduk di pejabat. Buat sahaja kerja-kerja yang tertangguh sebelum raya minggu lepas. Cuma dalam fikiranku ketika ini membuatkan aku bermonolog dalaman seorang diri…

“Best jugak kalau aku dapat cabut pukul 12 tengah hari nanti dan makan tengah hari di mana-mana rumah terbuka sekitar pejabat aku. Terbaek!!”

Terus aku mengambil telefon bimbit…

“Burn, jom kuar!”

p/s – Si Burn, reply “ok” dan misi mencari rumah terbuka diteruskan tengah hari ini. Insyaallah!

Al-Fatihah untuk Sosilawati Bt Lawiya dan lain-lain mangsa bunuh atas pemergian mereka ke Rahmatullah. Al-Fatihah……..