Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

RAYA KE-EMPAT SUDAH DI PEJABAT! & KES AUNTIE WATIE

Seawal 5:30 pagi aku sudah bingkas bangun untuk mandi, lalu menunaikan solat subuh. Pagi yang gelap dengan hujan yang lebat sedikit sebanyak mengurangkan semangat dan motivasiku untuk pergi ke pejabat. Pagi ini, 13 September 2010 bersamaan hari Isnin merupakan Hari Raya ke-4. Di hari raya, ketika semua masyarakat kota sedang bercuti dan berseronok berhari raya di kampung halaman. Aku pula “bersuka-ria” hendak ke pejabat. Mahu jumpa komputer, mesin pencetak, pasu bunga, kalkulator dan lain-lain barang opis yang mungkin merindui aku.Mungkin mereka dapat memberikan aku duit raya. Siapa tahu?

Aku tidak bercuti pada hari raya tahun ini atas sebab mahu mengumpul cuti untuk digunakan pada kemudian hari, pada hari kebesaran yang bakal dijalankan pada penghujung tahun ini. Jadi, tahan dan sabar sajalah. Apa boleh buat. Terus, aku kuatkan semangat dan bersiap-siap. Ruang legar rumah sunyi sepi…manakan tidak, seluruh keluarga belum pulang lagi ke rumah (aku tinggal bersama family) mereka semua masih di kampung, di Batu Pahat, Johor (Bukit Pasir dan Sri Medan). Hujan masih lebat di luar…aku fikir, jika dapat lelapkan mata selepas subuh tadi memang masyuk. Lagi-lagi bila bertemankan yang tersayang ada di sebelah! Tapi apakan daya, tunggu sajalah bila masanya tiba nanti.

6:30 pagi aku bergerak ke pejabatku di Cheras. Sambil mendengar radio ERA, di benak fikiran terus-terusan memikirkan hal berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya (kami adik beradik lebih selesa memanggil beliau auntie Watie) jutawan kosmetik yang punya empayar pernigaan yang besar. Apalah nasib beliau, sampai hati dan tergamak sungguh manusia yang melakukan perkara buruk itu terhadap beliau dan 3 orang yang lainnya (Peguam, pegawai bank dan pemandu peribadi). Apa dosa mereka sehingga diperlakukan begitu, jika tidak puas hati sekalipun…kenapa dibunuh? dibakar pula, dan kemudian abu mayatnya di hanyutkan ke sungai. Selayaknya manusia yang bersifat kesyaitanan dan keiblisan itu diheret sahaja ke tali gantung, dan mayatnya di cincang lumat lalu dicampak sahaja ke Sungai Amazon biar ditelan Piranha! Aku dan keluarga sememangnya mempunyai tali persaudaraan “yang rapat” dengan keluarga allahyarhamah di sebelah ayahku. Bila mendengar perkhabaran itu, ibuku menangis, kami sekeluarga terkedu dan tergamam.Tapi apa boleh buat, mahu tidak mahu kami sekeluarga terpaksa menerima dengan redha dan hanya mampu menyedekahkan Al-Fatihah sahaja kepada beliau. Mudah-mudahan roh beliau tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Aku harap anak-anak allahyarhamah tabah, bersabar dan meneruskan legasi perjuangan perniagaan ibunya. Sehingga kini, kami sekeluarga masih berharap yang dibunuh itu bukan beliau…dan berharap agar ada keajaiban berlaku di satu ketika nanti. Mudah-mudahan…

Aku seperti mahu menulis kisah perjalanan hidup beliau, jatuh bangunnya dalam dunia pernigaan dan lain-lain. Beliau yang bermula dari “0” hingga memiliki apa yang beliau ada sekarang merupakan seorang wanita yang berpandangan jauh, tabah, cekal dan bermotivasi tinggi. Mungkin, di satu hari nanti jika ada peluang dan ruang, ada kelapangan,  ada rezeki dan jika diizinkan oleh-Nya, aku mahu menulis kisah kehidupan arwah. Insyaallah, dan akan aku dedikasikan buat keluarga beliau dan seluruh rakyat Malaysia.

p/s – Ayahku pernah “dioffer” untuk menjadi rakan kongsinya di masa awal-awal perniagaannya dahulu, akan tetapi atas modal yang tidak mencukupi serta ayah sebuk menyambung pelajaran di waktu itu maka ayah terpaksa menolak pelawaan dari beliau dengan baik. (Menurut kata ayahku dahulu)

– – – – – – – – – – – -PFFtttttttttttt – – – – – – – – – – – – – – –

Tiba di pejabat sekitar jam 7 pagi, dan hujan masih renyai-renyai….mendung kelabu dan gelap sahaja. Aku melihat langit yang selalunya membiru. Tidak pada pagi ini, kelam sahaja. Aku melangkah longlai ke pejabat. Tiada mood, tiada perasaan juga bersikap seperti acuh tidak acuh sahaja. Nasib baik Khamis ini, akan bercuti lagi apabila Hari Malaysia disambut dan diisytihar secara rasmi oleh Kerajaan pada 16 September ini. Kuatkan semangat dan terus ke pejabat!

Tiba di dalam pejabat, tiada seorang pun kakitangan pentadbiran yang ada. Masih bercuti, dan kebanyakkan mereka bercuti sehingga seminggu lamanya…mahu beraya sakan menurut rakan-rakan pejabatku. Cuma yang ada kakitangan penyelidikan yang berketurunan Tiong Hua di pejabat. Baguslah..jika semua bercuti dari bos hinggalah ke kakitangan bawahan. Maka, akulah bos!

Tanpa motivasi aku duduk di pejabat. Buat sahaja kerja-kerja yang tertangguh sebelum raya minggu lepas. Cuma dalam fikiranku ketika ini membuatkan aku bermonolog dalaman seorang diri…

“Best jugak kalau aku dapat cabut pukul 12 tengah hari nanti dan makan tengah hari di mana-mana rumah terbuka sekitar pejabat aku. Terbaek!!”

Terus aku mengambil telefon bimbit…

“Burn, jom kuar!”

p/s – Si Burn, reply “ok” dan misi mencari rumah terbuka diteruskan tengah hari ini. Insyaallah!

Al-Fatihah untuk Sosilawati Bt Lawiya dan lain-lain mangsa bunuh atas pemergian mereka ke Rahmatullah. Al-Fatihah……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s