Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September 14, 2010

BEREBUT-REBUT UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN AWAM SATU REALITI

Naik bas Rapid seolah-olah kita berada di dalam gelanggang rugby. Ada juga yang menyamakan situasi ini seperti permainan Gladiator ketika di zaman kegemilangan Rom dahulu. Alam sekeliling hanya mampu memerhati manusia-manusia yang kelam kabut, berebutkan tangga bas. Ada yang menghimpit, ada yang menolak, ada yang menyondol, ada juga yang meraba dan tidak kurang juga yang meramas-ramas ke-enakkan.

Itulah suasana menaiki bas di mana-mana jua hentian bas di Malaysia tidak kira hentian bas yang besar atau yang kecil. Mahu lihat manusia yang berketurunan Adam dan Hawa ini beratur, cukup susah sekali…bukan tidak ada langsung, ada! cuma jarang-jarang..atau, kadang-kadang. Bukan sahaja di hentian bas, malahan sindrom ini juga sudah berjangkit di terminal-terminal komuter dan keretapi. Timbul juga kekesalan di benak fikiran ini, kadang-kadang untuk menaiki bas atau komuter kita perlu berebut-rebut, perlu mengerah keringat dan kekuatan ibarat hukum alam rimba yang kuat akan menang, yang lemah akan kalah. Begitulah situasinya.

Ini bermakna, kita perlu bersaing. Bersaing untuk mendapatkan tempat duduk ketika menunggu bas atau komuter sampai. Bersaing untuk menaiki bas atau komuter. Bersaing untuk berdiri dan mendapatkan tempat duduk ketika berada di dalam bas atau komuter. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia melepas!

Selalunya kes-kes seperti ini melibatkan “pergelutan” dengan Awang Hitam dan Pak Arab, dan selalunya..kita kantoi!Jika persaingan ini hanya melibatkan antara kaum Adam dan kaum Adam, tidak mengapa. Tetapi, bagaimana pula jika kaum Hawa yang secara lumrah dan dari segi fitrahnya adalah lemah jika dilihat dari segi kekuatan fizikalnya, kudratnya, energinya yang tidak seberapa terpaksa pula berasak-asak dengan kaum Adam. Jadi akan berlaku kontradiksi di sini. Kesian bukan?

Sesetengah situasi, kita rakyat Malaysia pula perlu berebut dengan rakyat lain..sebagai contoh Awang Hitam, Mat Bangla, Mat Indon, Mat Nepal, Pak Arab, Mat Pakistan, Mat Salleh dan lain-lain. Melalui pengamatan aku, adakalanya rakyat Malaysia ini yang secara relatifnya lebih kecil dari Awang Hitam dan Pak Arab akan “mengalah” dalam keterpaksaan seolah-olah kita dibuli dan diperlekehkan oleh warga asing. Bagi mereka-mereka yang kental, kuat jatidiri, beresemangat waja dan lulus dengan cemerlang hingga melepasi harungan dan rintangan dari warga asing, terpaksalah pula bertahan dan menempuh endurance berikutnya, iaitu berdiri sebelah menyebelah dengan mereka. Iyalah..aroma yang “menyegarkan” pasti akan dihidu…aroma yang lebih harum dari wangian lavender ini muncul dan keluar dari ketiak-ketiak (baca;bau ketik) warga asing ini!

Jadi, apa resolusinya?

Kamu boleh pilih 3 opsyen berikut;

1- Naik kenderaan sendiri (kereta, motosikal basikal, papan selaju atau berjalan kaki sahaja)

2- Rancang perjalanan. Sekiranya kamu pengguna tegar sistem perkhidmatan awam di Malaysia, kamu sewajibnya tahu waktu-waktu puncak penggunaan perkhidmatan ini bila. Jadi, adalah elok untuk keluar awal untuk mengelakkan kesesakan.

3- Belajar ilmu mempertahankan diri seperti Tomoi, Kung Fu, Mix Martial Art, Silat Gayong dan lain-lain. Jika ada yang menghimpit, seligi dan lipat sahaja! Opsyen ini amat berguna jika kamu tidak mahu menggunakan opsyen 1 dan 2 di atas.

Jika tidak berkesan bagaimana?

Jangan risau! bagi kamu-kamu, wanita cun, comel dan manis sila PM sahaja ke inbox atau boleh hubungi penulis di talian bebas tol 1-800-360-360 dan minta penulis untuk menghantar dan mengambil kamu di mana-mana sahaja lokasi. Terhad di kawasan Lembah Kelang sahaja. 10 pemanggil terawal layak untuk menerima baucer urutan dan mandian susu kambing di “SPA-Q”. Promosi ini terhad kepada wanita cun, comel dan manis sahaja. Wanita bertudung dialu-alukan.

Tetapi, aku lelaki..bagaimana?

Rileks! Bertenang…kamu hanya perlu mendail di talian bebas tol yang sama, sedikit caci dan maki hamun akan diherdik terus ke kuping telinga anda. Bagi 10 pemanggil terawal, pelempang akan diberikan secara percuma!

Jadi, tunggu apa lagi? Silakan mendail!

p/s – Aku bersyukur punya kenderaan sendiri untuk ke mana sahaja yang hati aku mahu pergi. Jadi, aku bebas bergerak.


MONOLOG DALAMAN BIL.2

A: Jika aku bercakap,kau jangan bercakap, kau harus mendengar.

B: Kenapa? Aku bukan hamba kau. Aku insan merdeka. Kau tidak boleh menghalang. Aku juga punya pendapat.

A: Oh..kalau begitu, siapa yang mendengar?

B: Aku dan kau.

– – – – – – PPfftttt – – – – – –

A: Salam Lebaran. Maaf atas segala salah dan silap yang pernah aku lakukan. Halalkan segala makan dan minum aku.

B: Ya…salam lebaran kembali, aku maafkan salah silap kau dan aku halalkan segala makan minum kau.

A: Alhamdullilah….jadi, bagaimana dengan hutang aku kepada kau tempoh hari RM15000 itu..kau halalkannya sekali?

B: Oh…yang itu? Aku halalkan…tapi ada syaratnya.

A: Apa syaratnya?

B: Kau perlu bersetuju untuk menjadi bapak mertuaku. Bagaimana?

A: Berat!

B: Atau elok juga kau berikan padaku isteri bongsu kau?

A: Juga berat.

B: Begitu juga aku. Jadi, pulangkan duit kepadaku juga berat buatmu?

A: Errr….yang itu..

– – – – – – PPffttt – – – – – –

B: Apa yang enak di sini?

A: Semuanya lazat, enak dan sedap-sedap belaka!

B: Banyak hidangan dan juadah di sini?

A: Yaaa….!! Banyak…kalau tidak silap saya, di sini ada menjual…..

(Tidak sempat meneruskan perbualan kerana telah  dipotong)

B: Ok, bagi saya chicken chop dan jus strawberi.

A: Takde!

B: Ok, kalau macam tu..bagi saya ayam tandoori dan roti telur bawang.

A: Pun takde.

B: Char kuey teow?

A: Juga tak de…maaf.

B: Kata ada banyak hidangan…apa ni?

A: Maaf tuan, saya juga pengunjung di kedai makan ini..tuan orderlah pada pelayan restauran.

B: Ohhh…jadi, bagaimana kau tahu makanan yang aku order tadi tak de?

A: Sebenarnya, makanan yang tuan order itu, saya juga turut mengordernya tadi.

B: Jadi, apa yang kau makan dan kau beli? (menuding ke arah bungkusan plastik)

A: Tak makan, cuma beli makanan ikan untuk ikan hiasan di rumah.

– – – – – – PPffttt – – – – – –

B: Aku ada bawak jemput-jemput pisang, kau mahu?

A: Maaf, aku puasa enam.

B: Ohh..sori….

(Tidak lama kemudian)

C: Jom makan di pantri, aku ada buat nasik goreng..lebih sarapan pagi tadi. Makan panas-panas sedap!

A: Maaf….aku puasa enam.

C: Yeke? sori-sori weh..aku tak tahu.

(Sejam selepas itu)

D: Kau nak air nescaffe panas? aku buatkan…

A: Tak apalah..aku puasa enam hari ni.

D: Bagusnye kau…maaf ye!

(10 Minit sebelum lunch)

D: Jom pergi open house rumah bos lunch hour nanti. Aku dengar dia masak sedap!

B: Boleh jugak…si Z beritahu aku, yang bos ada buat ayam percik, nasik bariani gam, ayam goreng berempah, sotong goreng tepung, udang masak merah…kambing kuzi pun ada! Lauk-pauk lain jangan cerita…macam-macam ada!

C: Aku dengar-dengar air, buah-buahan dan manisan pulak dari pelbagai jenis. Si F kata, satay pun dihidangkan bagai di hotel!

(Tiba-tiba) – Suasana senyap seketika, seolah-olah malaikat baru sahaja berlalu.

A: Rakan-rakan…aku nak ikut boleh?

B,C,D: Maaf! kau kan puasa enam!

p/s – Ini juga monolog dalaman ok!