Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

APA KAU BUAT, AKU JUGA MAHU BUAT

Macam domino yang disusun secara berderet-deret, kalau jatuh juga berderet-deret. Ibarat ombak yang menghempas pantai, begitu juga dengan masyarakat kita sama sahaja, tiada beza. Alam semulajadi merupakan refleks kepada kita, manusia. Kita akan mengikut apa yang kita nampak secara berturut-turut. Ia ibarat personafikasi kepada alam manusia. Pernah dengar ayat ni?

“Orang nak main kereta, lu pun nak main kereta!”

“Orang nak jual lemang, kau pun nak jual lemang!”

Ok, sekarang musim perayaan. Raya apa? Aidilfitri…. Aku mahu cerita situasi di kawasan pekan aku. Pekan Semenyih. Sebelum aku pergi jauh ibarat menggunapakai Shell RoN 97 “Pergi lebih kilometer” adalah baik aku intro sedikit tentang pekan Semenyih ni.Ok, Semenyih tidak jauh dari Bandar Kajang yang terkenal dengan Sataynya, juga tidak berapa dekat dengan Bandar Baru Bangi yang menempatkan Universiti terkemuka negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semenyih juga terdapat satu “landmark” yang tersendiri, ianya menempatkan University of Nottigham cawangan Malaysia di Broga.Pernah satu ketika dahulu Semenyih juga popular dengan kes tapak cadangan pembinaan Insenarator, juga di Broga. Jadi, apa signifikannya Semenyih, Hari Raya Aidilfitri dan juga ayat yang aku lontarkan di atas tadi?

Tidak ada apa signifikan pun, malah “mutual relationship” pun tiada. Aku cuma mahu mengisahkan dengan budaya masyarakat kita yang suka “mengikut-ngikut” sama seperti “apa yang kau buat, aku juga mahu buat”. Aku bagi contoh penjualan lemang di tepi jalanraya. Tiga atau empat tahun lepas, penjualan lemang di tepi jalan raya di pekan Semenyih tidaklah seperti sekarang. Kalau dulu, cuma 2,3 atau paling banyak pun 5 hingga 6 kedai sahaja yang ada. Kini tidak lagi, aku anggarkan populasi pertumbuhan kedai lemang di Semnyih meningkat 3 atau 4 kali ganda. Dengan menggunakan nama “Pak Abu Lemang”, “Lemang Panas Sedap”, “Ayah Man Lemang”, “Lemang Raya” atau “Lemang Raya Panas” kamu boleh perhatikan, betapa banyaknya kedai lemang di sini.


Kenapa tidak ada seorang pun yang mahu menjual ketupat palas, ketupat biasa? Kenapa? Takut tidak laku? Ini tidak asyik lemang sahaja! Cis!

Ini juga boleh diperhatikan dengan penjualan nasi lemak ayam berempah. Juga bersepah-sepah di Semenyih. Kalau dahulu, mungkin sekitar 5,6 atau 7 tahun lepas aku cuma boleh jumpa “Nasi Lemak Ayam Berempah Ayah Nyah sahaja” kini? Macam-macam! Kak Long Ayam Rempah, Din Nasik Lemak Kukus Ayam Rempah dan lain-lain lagi. Sama juga dengan bidang hiburan tanah air, cuma latar belakang dan panoramanya sahaja berbeza. Lihat satu ketika dulu, gadis bertudung dan bermain gitar adalah satu benda yang janggal bukan? Kini tidak lagi, selepas Yuna menjadi popular dan hangat…satu per satu gadis-gadis yang “handal” bermain gitar muncul secara tiba-tiba di aliran mainstream. Kemana mereka berhibernasi sebelum ini dan kenapa mereka tidak muncul? Itu, aku pun tidak pasti…Lihatlah dari genre, rentak, ritma, melodi dan susunan lagu..hampir sama. Seolah-olah tiada originaliti dan ketulenannya tidak mencapai piawai Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Aku yakin, berbondong-bondong gadis atau wanita di luar sana mengunjungi kelas muzik untuk belajar menguasai petikan gitar. Pasti.

– – – – – PPffttt – – – – – –

Berbalik kepada persoalan makanan tadi, kenapa mereka tidak menjual lain dari yang lain? Kenapa perlu dihidangkan kepada pelanggan hidangan yang sama, produk yang sama? Memang dengan berlakunya perkara ini, akan menggalakkan persaingan yang sihat dari segi mutu, kualiti bahan dan servis yang diberi tetapi, perlulah cipta kelainannya dengan erti kata lain “competetive advantage”. Sebagai contoh, silalah jual Nasik Lemak Ayam Salai ke, atau Nasik Lemak Ayam Kukus ke, Ketupat palas dengan serunding daging ke, Ketupat atau Lepat dan rendang ayam ke atau apa sahaja yang berlainan sedikit dengan mencipta identiti tersendiri jangan hanya melihat si polan dan si polan itu untung banyak dengan hanya menjual Nasik Lemak Ayam Kukus, Lemang atau lain-lainya kamu mahu menjadi seperti mereka dengan menjual benda yang sama! Cis!

Cuba bayangkan Yuna di atas pentas bermain kompang atau kastenet (sejenis alat muzik yang digunakan dalam matapelajaran Muzik tahun 1 di sekolah) dan popular. Bagaimana? Ada yang mahu mengikut jejak beliau?

Lihat pula pada arena melodi tanah air. Wahai wanita yang berbakat, silalah muncul di arena mainstream dengan bermain biola. Jika kamu tidak suka biola, kamu boleh bermain “Bonggo” dengan berpakaian formal kebangsaan bertemakan batik 1 Malaysia. Tidak suka juga? Ok, aku cadangkan kamu bermain piano, atau violin atau seksefon. Janganlah hanya bermain gitar, dengan memetik kod-kod yang mudah bersama suara yang lemak gemersik kamu ke pentas. Aku tidak suka, malah dari pemerhatian aku, ramai yang beranggapan begitu. Sila guna instrumen muzik yang lain. Cipta satu  kelainan yang bisa bikin kami semua kaget. Boleh memberi impak yang mendalam dan boleh dikenang sampai bila-bila.

p/s – Jika di PANDANG-pandangkan…tiru-meniru ni banyak di dalam masyarakat kita. Tak percaya?

Aku: Eh, cantiklah Honda City tu, pandai mamat tu modify. (Snap! snap!) Ambil gambar. (Dalam hati) Aku nak bikin Honda aku macam mamat ni punyalah!

4 responses

  1. ketupat sekarang beli ketupat nona je. pasal tu tak laku kalau jual.

    tapi faer, kat taman aku ni, ramai jugak yang jual ketupat masa raya hari tu

    September 15, 2010 at 8:11 am

    • faerrin

      Ok la kalau macam tu. Kat tempat aku ni, susah nak cari benda yang lain dari yang lain. Kalau pergi pasar malam, murtabak, burger, nadik goreng lambak, roti john, char kuey teow dan lain-lain, semuanya sama. Macam lemang jugak, bila nak raya, boleh dikatakan hampir semua orang nak meniaga lemang, cuba-cubalah creat benda lain. Bosan dah aku,

      September 15, 2010 at 8:16 am

  2. Pada pendapat aku,konsep perniagaan yang gagal diterjemahkan oleh orang Melayu ialah berlaku persaingan negatif diantara mereka.Konsep perniagaan orang Cina adalah saling “lengkap-melengkapi”.Sebagai contoh, jika ada perniaga yang menjual ,barangan runcit, maka peniaga lain akan menjual barangan basah dan juga keperluaan lain.Oleh yang demik, peniaga-peniaga di kawasan itu akan bekembang pesat kerana wujudnya sokongan dan dukungan yang kuat dikalangan peniaga.

    Berbanding dengan peniaga-peniaga Melayu.Mereka lebih berminat berniaga barangan yang sama di tempat yang sama.Sebagai contoh, ini akan mewujudkan persainagn yang tidak sihat kerana terdapat sifat iri hati, dengki yang seperti telah sinonim dengan budaya perniagaan orang Melayu.

    Orang Cina mngalu-ngalukan pesaingan sihat demi untuk mewujudkan empayar perniagaan yang majoriti dikuasai oleh bangsa Cina.

    p/s;blog aku baru nak start.xde mase lg nk buat.internet plak lmbab…hampeh

    September 23, 2010 at 12:02 pm

    • faerrin

      Biasalah, melayu pantang lihat melayu lain berjaya….

      September 24, 2010 at 9:10 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s