Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ALAM LAIN YANG INDAH

Malam pukul 12 lebih tengah malam, tidur lewat kerana menolong ibu mengemas rumah dan apa yang patut, maklumlah musim perayaan dengan cuti umum Penubuhan Malaysia pada Khamis, 16 September 2010 ramai yang mengambil kesempatan ini, untuk kunjung-mengunjung ke rumah jiran tetangga dan sanak saudara. Jadi, selepas menyiapkan apa yang patut, terus ke bilik air..basuh muka, gosok gigi dan ke katil. Mahu tidur!

– – – – – – – – -PPfftttt – – – – – — – – –

Info penubuhan Malaysia.

“Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia  pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969.”

– – – – – – – PPfffttt – – – – – – – – –

Tiba di katil, terus berniat.

“Sahaja aku bangun awal pagi esok hari kerana Allah”

Moga-moga esok pagi aku dapat bangun awal untuk pergi kerja. Itulah harapan awal…Tidur, tidur dan tidur..minda kini di alam yang gelap, menerobos ke satu alam lain. Di alam itu aku bertemu gadis comel, pergi ke pantai dan melancong bersamanya, menaiki kereta mewah, melencong pula ke pusat beli-belah sambil berjoli sakan. Beli itu dan ini semahunya. Indah sungguh alam itu.

Bunyi alarm memecah hening pagi. Lihat jam, di handphone…

“Oh, baru 5:30 pagi..awal lagi ni…sambung mimpi!”


Tidur kembali, mimpi disambung kembali umpama  sebuah wayang yang dimainkan. Layan, dan layang semahunya. Aku terus tenggelam kelemasan di alam kemewahan bersama gadis-gadis yang cantik laksana bidadari syurga. Hanyut dalam buaian kasih sayang alam yang penuh fantasia…..

Tiba-tiba…

Alam yang tadinya penuh kemeriahan, party buih non-stop ibarat di Kota Keriangan Genting Highland menjadi suram, gelap dan mendung…Hujan rintik-rintik membasahi alam itu. Aku juga tidak terkecuali kena tempiasnya.  Muka membasah, satu persatu gadis-gadis genit hilang di dalam mendung. Awan hitam berarak laju di angkasa, sesekali petir berdentam-dentum…Aku terdengar teriakan suara garau…Macam pernah ku dengar suaranya.

“HOOOIIIII!!! tak pergi kerja ke? Dah pukul berapa ni?”

Sayup-sayup…tetapi semakin jelas kedengaran di cuping telingaku.

“Bagun!! Bangun dah subuh ke belum ni? dah pukul 7 lebih dah ni!”

Herdikan dari bapak yang memberitahu aku bahawa sekarang sudah pukul 7 lebih, membuatkan aku bangun dengan lajunya. Kelihatan segayung air di tangan bapak…patutla aku dihujani dengan air ketika dalam mimpi tadi. Aku lihat jam, betul…sudah pukul 7:15 pagi.

“Oh….aku lambat ke ofis hari ini, bos…sori!”

p/s – Adalah elok kalau aku apply cuti awal-awal pada hari ini! cis!

4 responses

  1. aabmz

    memang air kt kpale mendidih btulla ang nih..hahahaha..
    mana semangat baru anda yg anda laung2kan itu hari haaa???

    September 17, 2010 at 7:28 am

  2. aabmz

    1. Memang air kt kpale ang dah mendidih btulla..hahahaha..
    2. Mana semangat baru anda yg anda laung2kan itu hari haaa???

    September 17, 2010 at 7:29 am

    • faerrin

      Air kat kepala dah nak terpancut dah jon!! hehehehehe…semangat ada, cuma sekarang ni mood raya lagi..bos pulak tadak kat opis, jawabnya…..paham-paham sudah..

      September 17, 2010 at 7:31 am

  3. liana

    itulah kesan mimpi yang melampau…patut ar bangun pagi nak gi keje pun tak sedar…ish..ish..sabo je la..

    September 17, 2010 at 9:29 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s