Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September 27, 2010

MASJID BERGERAK

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu, kata Alkhalaf.


Pada akhir bulan lepas, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan prairie dan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave, Northwest Territories.

Bangunan itu kemudian dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Ia dijadual dibawa ke atas sebidang tanah yang dibeli oleh penduduk Islam tempatan di sebuah kawasan kediaman di pekan tersebut. Masjid itu dijangka dibuka kepada jemaah yang terdiri daripada pendatang Islam bermazhab Sunah dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah ke utara Kanada untuk mencari peluang pekerjaan pada 5 November ini. ~~AFP

Advertisements

SILA AMBIL PERHATIAN

Entri kali ini agak serius, dan ini adalah update terbaru di dalam blog aku, memandangkan sudah 2 ke 3 hati aku berdiam diri. Bukan kerana apa, penat dan letih di malam hari untuk menulis oleh kerana dari pagi hingga ke malam hari (Jumaat, Sabtu dan Ahad) jadual dipenuhi dengan majlis rumah terbuka rakan-rakan dan rumah terbuka aku sendiri. Ok, kali ini aku mahu sentuh mengenai cara pemanduan, pemandu Bas Rapid KL.

– – – – – – PPFffttt – – – – – –

1- Memandu secara melulu
2- Jarang menggunakan signal kenderaan
3- Suka menghimpit kenderaan lain
4- Pemandu tidak prihatin

Ini adalah antara kriteria-kriteria pemanduan mereka. Aku yakin dan pasti ramai antara kamu sudah biasa lihat cara pemanduan mereka. Mungkin juga ada antara kamu yang pernah dihimpit ketika sedang memandu.

Memandu secara merbahaya, laju dan melulu sudah menjadi trend pemandu-pemandu bas terutamanya dari Syarikat Rapid KL. Rata-rata rakan di pejabat, kawasan perumahan, rakan di alam maya dan facebook serta orang awam yang pernah ditemubual diajak berdiskusi oleh aku telah mengakui yang Pemandu bas Rapid ini seolah-olah beranggapan jalan raya itu mereka yang punya. Kebanyakkan dari mereka begitu agresif, bersikap kurang ajar dan tidak bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain.Kadang-kadang, pemandu lori besar pengangkut pasir lebih berhemah ketika di atas jalan raya, malah ada juga yang sanggup memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan ringan seperti kereta dan motor untuk memotong mereka.

Sekadar gambar hiasan

Pernah satu ketika seorang pak cik tua bermotosikal telah dihimpit oleh Bas Rapid hingga mengakibatkan pak cik tersebut jatuh di tepi bahu jalan, nasib menyebelahi pak cik tersebut, tiada kenderaan lain yang mengekorinya dari belakang, jika tidak, pasti sudah arwah pak cik tersebut. Ada juga kejadian seperti pemandu bas ini (terutamanya Rapid) tidak memberikan signal (mungkin terupa) ketika mahu menurunkan penumpang, akibatnya bas berhenti secara mengejut dan kemalangan kecil berlaku.

Aku hanya dapat perhatikan dari jauh kejadian itu dan juga sifat keangkuhan pemandu-pemandu bas Rapid ini. Mereka tidak akan memberhentikan kenderaan, apatah lagi mahu menoleh kebelakang untuk melihat apa yang telah terjadi (baca;kemalangan/perlanggaran). Mahu mohon maaf? lupakan sahaja…silap hari bulan, kamu sendiri yang perlu mohon maaf dengan mereka! Sememangnya ini sudah menjadi budaya pemandu bas ini, walaupun tidak kesemua mereka yang bersikap begini, akan tetapi..segelintir dari mereka telah menyebabkan reputasi masyarakat telah berubah dan tanggapan ini akan memberi persepsi negatif dari orang awam  sendiri.

Pada pendapat aku yang tidak seberapa ini, pihak pengurusan bas (bukan sahaja Rapid) dan kenderaan berat perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan pemandu-pemandu mereka lebih mematuhi undang-undang di jalan raya. Skuad pemantauan khas perlu duwujudkan bagi memantau segala tindak-tanduk dan tingkah laku pemanduan pemandu. Jika sebarang kesalahan jalan raya berlaku, tindakan perlulah diambil dengan tegas dan dilaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan selanjutnya.
Sewajarnya, eloklah kita mengurangkan kadar kemalangan yang meragut nyawa di jalan raya.

p/s – Aku pernah dihimpit oleh Bas Rapid hingga ke tepi bahu jalan, nyaris mengakibatkan kemalangan. Cis!