Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SILA AMBIL PERHATIAN

Entri kali ini agak serius, dan ini adalah update terbaru di dalam blog aku, memandangkan sudah 2 ke 3 hati aku berdiam diri. Bukan kerana apa, penat dan letih di malam hari untuk menulis oleh kerana dari pagi hingga ke malam hari (Jumaat, Sabtu dan Ahad) jadual dipenuhi dengan majlis rumah terbuka rakan-rakan dan rumah terbuka aku sendiri. Ok, kali ini aku mahu sentuh mengenai cara pemanduan, pemandu Bas Rapid KL.

– – – – – – PPFffttt – – – – – –

1- Memandu secara melulu
2- Jarang menggunakan signal kenderaan
3- Suka menghimpit kenderaan lain
4- Pemandu tidak prihatin

Ini adalah antara kriteria-kriteria pemanduan mereka. Aku yakin dan pasti ramai antara kamu sudah biasa lihat cara pemanduan mereka. Mungkin juga ada antara kamu yang pernah dihimpit ketika sedang memandu.

Memandu secara merbahaya, laju dan melulu sudah menjadi trend pemandu-pemandu bas terutamanya dari Syarikat Rapid KL. Rata-rata rakan di pejabat, kawasan perumahan, rakan di alam maya dan facebook serta orang awam yang pernah ditemubual diajak berdiskusi oleh aku telah mengakui yang Pemandu bas Rapid ini seolah-olah beranggapan jalan raya itu mereka yang punya. Kebanyakkan dari mereka begitu agresif, bersikap kurang ajar dan tidak bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain.Kadang-kadang, pemandu lori besar pengangkut pasir lebih berhemah ketika di atas jalan raya, malah ada juga yang sanggup memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan ringan seperti kereta dan motor untuk memotong mereka.

Sekadar gambar hiasan

Pernah satu ketika seorang pak cik tua bermotosikal telah dihimpit oleh Bas Rapid hingga mengakibatkan pak cik tersebut jatuh di tepi bahu jalan, nasib menyebelahi pak cik tersebut, tiada kenderaan lain yang mengekorinya dari belakang, jika tidak, pasti sudah arwah pak cik tersebut. Ada juga kejadian seperti pemandu bas ini (terutamanya Rapid) tidak memberikan signal (mungkin terupa) ketika mahu menurunkan penumpang, akibatnya bas berhenti secara mengejut dan kemalangan kecil berlaku.

Aku hanya dapat perhatikan dari jauh kejadian itu dan juga sifat keangkuhan pemandu-pemandu bas Rapid ini. Mereka tidak akan memberhentikan kenderaan, apatah lagi mahu menoleh kebelakang untuk melihat apa yang telah terjadi (baca;kemalangan/perlanggaran). Mahu mohon maaf? lupakan sahaja…silap hari bulan, kamu sendiri yang perlu mohon maaf dengan mereka! Sememangnya ini sudah menjadi budaya pemandu bas ini, walaupun tidak kesemua mereka yang bersikap begini, akan tetapi..segelintir dari mereka telah menyebabkan reputasi masyarakat telah berubah dan tanggapan ini akan memberi persepsi negatif dari orang awam  sendiri.

Pada pendapat aku yang tidak seberapa ini, pihak pengurusan bas (bukan sahaja Rapid) dan kenderaan berat perlu memainkan peranan yang penting bagi memastikan pemandu-pemandu mereka lebih mematuhi undang-undang di jalan raya. Skuad pemantauan khas perlu duwujudkan bagi memantau segala tindak-tanduk dan tingkah laku pemanduan pemandu. Jika sebarang kesalahan jalan raya berlaku, tindakan perlulah diambil dengan tegas dan dilaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk tindakan selanjutnya.
Sewajarnya, eloklah kita mengurangkan kadar kemalangan yang meragut nyawa di jalan raya.

p/s – Aku pernah dihimpit oleh Bas Rapid hingga ke tepi bahu jalan, nyaris mengakibatkan kemalangan. Cis!

Advertisements

One response

  1. leeana

    pemandu bus ni rasa diorg bawa kenderaan yg besar..so tula pasal berani jek nak melanggar undang2 jalanraya..kalau accident pun, mungkin takde cedera teruk sebaliknya motor2 dan kereta yang hentan tu la yg parah…lagi satu..pemandu bus ni aku rasa mmg cepat baran..mungkin sebab krja mereka dari pagi sampai ke malam bawa bus yg sama..lalu jln yg sama..mungkin disebabkan rasa kebosanan dan dah rasa agak teror ngan jalan tersebut…keselamatan org lain tidak diambil kira..apapun aku mmg benci pemandu yg kurang ajar dan selfish di jalanraya..tak kira la pemandu bus ke, lori ke., kereta ke..masing2 kena ada sifat sabar dan bertimbangrasa…

    September 27, 2010 at 8:49 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s