Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for September 29, 2010

MASJID BABRI SATU ISU YANG TERTUNDA

Aku terpanggil untuk menulis kisah mengenai sebuah masjid yang begitu agung, masyhur dan indah senibinanya di dalam sejarah Islam India pada satu masa dahulu. Sebuah masjid yang di dirikan sebagai tempat beribadah selain sebagai institusi agama, politik dan sosio-budaya masyarakat setempat.

“Masjid Babri”

Mungkin tidak ramai yang mengetahui kisah keagungan dan sejarah masjid ini pada masa lampau. Juga ramai yang tidak tahu masjid ini sudah pun “ditawan” oleh pelampau Hindu di India pada tahun 1992. Aku begitu terkesan setelah membaca sebuah artikel yang ditulis di akhbar tempatan mengenai kisah masjid ini bila mana, ianya telah pun menjadi rebutan antara masyarakat islam dan hindu.

Masjid Babri

Sekali lagi, pada hari ini terpampang di dada akhbar apabila, Mahkamah Agung India hari ini memberi lampu hijau kepada sebuah mahkamah tinggi untuk membuat keputusan pada Khamis ini berhubung pemilikan tapak Masjid Babri yang dirobohkan oleh pelampau Hindu pada 1992. Insiden di bandar Ayodhya, negeri Uttar Pradesh itu mencetuskan rusuhan antara penganut Hindu dengan penduduk Islam yang menyebabkan kira-kira 2,000 orang terbunuh

Masjid Babri atau Masjid Babur adalah sebuah masjid yang didirikan oleh Pemerintah Mughal pertama India, Babur, di Ayodhya pada abad ke-16 Masehi Sebelum tahun 1940-an, masjid ini dinamakan Masjid-i Janmasthan (“masjid tempat kelahiran”)Masjid ini berdiri di Bukit Ramkot (disebut juga Janmasthan (“tempat kelahiran”)). Masjid Babri diruntuhkan oleh sekitar 150.000 orang dari kaum nasionalis Hindu pada tanggal 6 Desember 1992,dalam sebuah peristiwa yang sebelumnya sudah dirancang, walaupun sebelumnya Mahkamah Agung India telah melarang segala bentuk atau apa jua kerosakan atau aktiviti khianat terhadap masjid itu.

Kaum nasionalis Hindu meyakini bahawa panglima perang Babur, Mir Baki telah menghancurkan sebuah kuil Hindu yang sebelumnya berdiri di situs masjid, yang mereka percayai kuil tersebut dibangun untuk memperingati hari kelahiran Rama, inkarnasi dari Vishnu dan juga penguasa Ayodhya (lihat Ram Janmabhoomi). Menariknya masjid ini berbahagi tembok dengan kuil rama. Masjid Babri adalah salah satu masjid terbesar di Uttar Pradesh, sebuah negara bahagian India yang memiliki populasi Muslim 31 juta orang. Walau ada beberapa masjid yang lebih tua di kota Ayodhya, sebuah daerah dengan populasi warga Muslim yang signifikan, termasuk Masjid Hazrat Bal yang didirikan oleh raja-raja Shariqi, Masjid Babri dianggap yang terbesar kerana terbina di tempat yang menjadi perebutan. Dalam hasil penulisannya, Communal History and Rama’s Ayodhya, Profesor Ram Sharan Sharma berpendapat, “Ayodhya adalah tempat yang munculnya sebagai satu tempat ziarah keagamaan pada masa kuno.

Pasukan Tindak Cepat Rusuhan India sedang mengawasi “Daerah Tegang” di Ayodhya.

Menerusi akhbar hari ini, kes yang akan dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi Allahabad di Uttar Pradesh yang perlu memutuskan sama ada tapak itu diserahkan kepada penganut Hindu untuk membina sebuah kuil atau dipulangkan kepada masyarakat Islam untuk membina semula Masjid Babri. Akan tetapi, Mahkamah Agung minggu lalu mengarahkan keputusan ditangguhkan, setelah bersetuju mendengar hujah supaya peluang perlu diberikan untuk menyelesaikan kes yang sudah berlarutan selama 60 tahun itu di luar mahkamah. Kes yang ditangguhkan ini akan disegerakan dan segala keputusan muktamad mengenai kes Ayodhya akan dibuat pada 30 September pada 3.30 petang (6 petang waktu Malaysia).

Aku cukup bimbang dan khuatir akan kesan kes ini jika segala keputusannya kelak bakal berat sebelah dan berpihak kepada orang-orang yang berkepentingan sahaja. Jika ini berlaku, tidak mustahil rusuhan antara masyarakat islam dan hindu bakal tercetus semula seperti sebelum ini, juga tidak mustahil kadar kehilangan nyawa pada kali ini akan lebih besar kerana berdasarkan dari tulisan-tulisan dari majalah Times, Nat Geo dan lain-lain di internet, masyarakat di sekitarnya “berada dalam keadaan tenang, di dalam tegang”. Di dalam situasi ini, jika tersilap percaturan, salah faham, dan pertelingkahan kecil berlaku…alamatnya, kemusnahan dan kehancuran besar akan muncul. Konflik antara agama akan berlaku buat ke sekian kalinya.

Masyarakat islam dan hindu merusuh dengan menggunakan buluh panjang ketika upacara sambutan memperingati peristiwa runtuhan Masjid Babri.

Puak Nasionalis Hindu menawan Masjid Babri sejurus selepas itu, masjid ini telah diruntuhkan bagi memberi laluan pembinaan sebuah kuil hindu

p/s – Akan aku ulas di kemudian hari rentetan kisah masjid ini jika ada masa dan kelapangan di kemudian hari, dan aku harapkan pada kali ini tidak ada pertumpahan darah yang berlaku.