Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BOT TERBANG IRAN

Menerusi Berita di waktu prima pada malam tadi, aku agak kagum dan terkejut dengan satu inovasi ketenteraan baru yang unik oleh Iran. Saintis dan ahli ketenteraan mereka telah berjaya mencipta dang menghasilkan pesawat pejuang yang unik dari kelasnya. Itulah Bot Terbang atau “Flying Boat” Iran. Iran yang telah dilabelkan sebagai negara “Paksi Kejahatan” oleh Amerika telah berjaya mengkagetkan dunia dengan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki. Inilah antara negara Islam yang masih boleh dan kuat bertahan dari tekanan Amerika dan sekutu-sekutunya, terutamanya Israel dalam mengekang sumber-sumber perolehan bahan-bahan mentah dan material terutamanya aspek pembangunan teknologi pertahanan. Sememangnya Iran kerap “bikin gempar” dengan pelbagai berita dari aspek ketenteraan, bermula dengan teknologi nuklear, kapal terbang tanpa pesawat, misil dari kelas “Fajr, kereta kebal, kapal selam, pesawat pejuang dan juga latihan ketenteraan skala besar yang sedikit sebanyak telah menarik perhatian dunia, betapa agresifnya negara ini dalam mempertahankan daulah dan haknya.

Berbalik kepada isu utama entri kali ini adalag difahamkan menerusi jurucakap Ketenteraan Iran, Angkatan tentera Pasukan Pengawal Revolusi Iran telah mula menerima skuadron “Bot Terbang” dan ianya akan dikendalikan oleh Pasukan Pengawal Revolusi Elite Iran. Setakat ini, pasukan tersebut telah menerima 3 skuadron bot terbang itu. Dengan situasi semasa dan rantau Timur Tengah yang sedang bergelojak dan kurang stabil sosio-politiknya, Iran semakin berani untuk mengumpul kekuatan ketenteraan untuk menghadapai sebarang ancaman yang tidak diduga.

Bot terbang ini dilengkapai dengan senjata api, dan boleh diterbangkan sama ada malam dan siang dengan dilengkapi alat pandang malam yang terbaik. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kamera canggih yang akan digunakan untuk menangkap gambar ketika melakukan tugas-tugas pengawasan dan pemantauan. Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Pengawal Revolusi Iran,Ahmad Vahidi sebagai memetik dari kata-katanya; ” Dengan teknologi rekabentuk yang termaju dan canggih tiada radar sama ada di laut , udara dan darat boleh mengesan kewujudan bot terbang ini. Ianya dapat bergerak dengan baik untuk keluar dari laut”.

Teknologi pembuatan bot ini, adalah hasil dari kejuruteraan tempatan. dan ianya adalah satu kebanggan bagi industri teknologi ketenteraan bagi negara tersebut. Bot ini bakal ditugaskan dan diberi tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas pengawasan, pemantauan sempadan perairan negara tersebut. Segala inpun dan bahan-bahan yang diperoleh menerusi kameranya bakal dipindah segera kepada pihak pemerintah skuadron untuk tindakan selanjutnya. Bot ini juga, boleh dibekalkan dengan misil dan ianya dapat melancarkan misil dengan tepat ke sasaran ketika sedang bergerak laju.

Berikut adalah gambar-gambar bot terbang.

p/s – Iran mungkin adalah negara Islam yang terkuat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s