Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Untuk renungan dan sekadar berkongsi ilmu…

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi
alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan
manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: “Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil
merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu
dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang
dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila
dimandikan, roh sekali lagi merayu: “Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka2
dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak2, isteri atau suami buat kali terakhir
kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik
keluar dari rumah lalu ia berpesan: “Demi Allah, wahai jemaahku, aku
telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak2ku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi
diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali
terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan
wahai anak-anakku, janganlah kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku. Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada
satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dan duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda2 memperolehi
nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya
juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak2 dan
teman2. Sebaliknya aku mempunyai anak2 yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi
Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.

Mendengar
keadaan itu, anak2 jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan
mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu,
Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang
daripada matahari.

Baginda Rasullullah SAW berkata: Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah SAW lagi: “Kalau
orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail AS akan
menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya”.

Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga
dan melihat terus pandangannyakepada sayap Jibrail AS “Kalau orang yang
nazak itu orang munafik, maka Jibrail AS akan menebarkan sayap di
sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di
neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis
bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut
roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah SWT”. Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.Lalu Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT
maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan.
Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah
usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata
tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah
ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini telah mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini telah menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu
dari arah ini Kerana kaki ini sentiasaberjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga telah berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka
telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir
sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf
dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah SWT. Kemudian Allah SWT
berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja
mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah SWT maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra: “Roh itu
menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

“Telah
bersabda Rasullullah SAW: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang2 yang mati syahid.
2. Orang2 yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

p/s – Beribadahlah kamu semua dengan ikhlas.

2 responses

  1. Habib Ahmad

    Majlis Haul Di Taman Melati, Esok : http://wp.me/piAx4-2Z6

    KUNJUNGA HABIB UMAR BEN HAFIZ KE MALAYSIA : http://wp.me/piAx4-2Wu

    MAJLIS JAMUAN AIDUL FITRI MAF : http://pondokhabib.wordpress.com/2010/10/01/majlis-jamuan-aidul-fitri-maf/

    Majlis Bersama Ulama: Al-Habib Kadzim bin Ja’far as-Seggaf : http://wp.me/piAx4-2Zh

    Oktober 1, 2010 at 2:48 am

  2. nauzubillah…

    Oktober 11, 2010 at 11:19 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s