Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Oktober, 2010

ENTOT BIL. 8; MAHU TUKAR

Entah kenapa aku dapat rasakan nama “Entot” ini agak kurang enak didengar. Iyalah ini Malaysia, ada banyak kaum, ada banyak bangsa, ada banyak ragam juga ada banyak bahasa. Justru, pemahaman masing-masing juga tidak sama. Kata orang, rambut sahaja hitam…tapi hati lain-lain. Hati orang siapa yang tahu.

Bagi aku, pengertian “entot” adalah “entri kontot” yang telah dipendekkan kosa katanya. Tapi ada jugak erti entot yang lain. Sila google dan carik serta rujuk pada Kamus Dewan, pasti kamu jumpa apa maksudnya. Mungkin lebih dari itu kamu bakal jumpa. Oleh sebeb keprihatinan ini, aku dengan ini mahu menukar entri-entri kontot ini kepada nama baru. Aku tidak disuruh tukar akan nama entoto ini, juga tidak dipaksa dan tidak ditegur oleh siapa-siapa. Cuma bila aku “mengtranslatekan” laman blog ini dalam “google translate” nama “entot” jika di bahasa inggeriskan menjadi kurang enak untuk dibaca. Oleh itu, aku mengambil keputusan drastik untuk menukarkan tajuk nama “entot” ini serta merta.

Gambar hiasan ihsan dari Zon bebas, tiada kena mengena dengan entri ini

Ini nama barunya.

Entri pendek“…jadi jika dipendekkan kosa katanya akan menjadi “Endek“. Makanya, dengan ini aku mengisytiharkan penggunaan Endek untuk entri-entri pendek yang seterusnya berkuatkuasa pada malam ini.

p/s – “Sudah tukar ka” – Dialog pelawak Sathiya dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu


KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010

Ini petikan berita dari Berita Harian.

Semalam 30 Oktober 2010, Sabtu merupakan tarikh keramat buat pasukan Kelantan kerana berjaya melunaskan dendam kesumat tahun lalu. Hutang yang ditagih kini sudah pun tertunai, malah dengan puluhan ribu rakyat Kelantan yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil semalam begitu bangga dengan pencapaian pasukan mereka. Manakan tidak, kesemua penyokong Kelantan di stadium bersorak dan merayakan temasya besar itu apabila pasukan kesayangan mereka telah berjaya menjulang anugerah berprestij itu dan ini merupakan sejarah buat pasukan Kelantan apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Jika diteliti dari aspek sejarah sebelum ini, pasukan Kelantan telah beberapa kali layak untuk ke pusingan akhir Piala Malaysia bermula dari tahun 1955, 1970 dan 2009 tetapi akhirnya pada tahun 2010 mereka berjaya merampas piala keramat yang dimilik oleh Negeri Sembilan pada tahun lalu.

Gegak gempita sorakan serta dentuman mercun melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyambut kejayaan skuad bimbingan B. Sathianathan menebus kehampaan 3-1 kepada lawan dan di gelanggang sama tahun lalu, hasil jaringan Hairuddin Omar dan Badri Radzi. Sebaliknya Negeri Sembilan terlepas peluang untuk merangkul gelaran berganda musim ini selepas Piala FA, April lalu biarpun mengejutkan lawan dengan sepakan penalti penyerang bidan terjun, Shahurain Abu Samah pada babak pertama.

Malah mereka mampu mendahului lebih awal andainya penyerangnya, Idris Karim lebih kuat menyepak umpanan lambung S. Kunanlan dari sebelah kanan, ketika cuma berdepan Khairul Fahmi Che Mat, yang sempat menyambut tolakannya pada minit keenam. Dalam satu serangan balas pantas yang dilancarkan Kunanlan minit ke-12, Kelantan tergamam sehingga penjaga golnya, Khairul Fahmi terpaksa membentes sayap kanan Negeri Sembilan dan menghadiahkan sepakan penalti buat juara bertahan.

Biarpun diarahkan pengadil Subkhiddin Salleh supaya mengambil semula sepakan penalti yang berjaya disudahi, Shahurain Abu Samah tetap tenang menolak ke kiri gawang Kelantan untuk mencipta gol pembukaan Si Rusa, seminit kemudian. Namun, Si Kijang masih tidak mahu mengalah, setelah rembatan jauh Zairul Fitree Ishak tersasar tinggi pada minit ke-11, Badri Radzi pula terlepas menyamakan kedudukan apabila rembatannya sempat disekat bek tengah lawan, Shukor Adan pada minit ke-35.

Enam minit kemudian menyaksikan kehampaan berterusan Idris gara-gara dipersalahkan pengadil ketika cuba menyambut umpanan lambung Ching Hong Aik dengan tandukan walaupun, hanya perlu mengatasi Khairul Fahmi yang sempat mendakap bola. Tiga minit masa kecederaan turut merakamkan kegagalan percubaan sayap kanan Wira Merah, Nor Farhan Muhammad dalam kotak penalti sementara rembatan jauh ketua pasukan Indra Putra Mahayuddin pula berjaya ditepis penjaga gol Si Rusa, Sani Anuar Kamsani.

Dalam dua minit babak kedua bersambung, Kelantan kian garang memburu gol penyamaan, namun kedua-dua percubaan Badri dan Hairuddin Omar sekadar mencemaskan Sani Anuar tetapi belum dapat menembusi kubu terakhir pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu. Gol penyamaan idaman Wira Merah tiba juga pada minit ke-57 hasil umpanan lambung Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan yang cukup tepat disudahi dengan tandukan kencang Hairuddin tanpa mampu digapai Sani Anuar lagi.

Bersemangat tinggi dengan gol itu, Kelantan mengasak lagi, lalu Badri menggembirakan dan menghadiahkan majoriti hadirin Stadium Nasional yang membentuk Lautan Merah dengan jaringan kedua minit ke-64 setelah mendapat lorongan Nor Farhan dari belakangnya. Wira Merah beroleh satu lagi peluang keemasan setelah penyerang gantian, Akmal Rizal Rakhli dikasari Alif Shamsuddin tetapi sepakan bebas Indra Putra menghampakan pasukan dan peminat mereka kerana melewati palang gol pada minit ke-83.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.

NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Shukor Adan, Aidil Zafuan Radzak (Firdaus Azizul), Ching Hong Aik (Asyraf Al Japri), Alif Shamsuddin, Idris Karim, Halim Zainal, S. Kunanlan, Shahurain Abu Samah, Qhairul Anwar Roslaini (Shaffik Rahman).

– – – – – PPPfftttttt – – – – – –

Sebenarnya adegan bakar mercun dan asap serta balingan botol-botol ke padang begitu sinonim dengan penyokong-penyokong Kelantan. Mereka lebih begitu agresif, kurang sabar dan sangat mudah untuk diprovokasi dan memprovokasi. Silap sikit di padang, mulalah letupan mercun kedengaran. Begitulah mereka. Adakah itu sikap mereka dan budaya mereka? Masalahnya lagi, menang ke, kalah ke mereka tetap berkelakuan begitu.

Sebagai penyokong dan peminat bola sepak, seharusnya kejadian seperti ini tidak perlu berlaku. Cuba bayangkan jika mercun yang dibaling terkena orang lain, dan bagaimana jika terkena pada kanak-kanak? Yang menghairankan, dan pelik ialah letupan mercun dan aksi “keganasan” penyokong baju merah ini bagaikan penyokong baju merah di Thailand yang sedang melakukan demonstrasi jalanan.

p/s – aku tetap, hobin jang hobin!


ENTOT BIL. 7; KELANTAN MENANG PIALA MALAYSIA

Tak banyak nak cakap..

Negeri sembilan kantoi di tangan Kelantan. 2-1 kena pukul. Mula-mula first half nampak gaya Negeri Sembilan yang mengawal permaianan. Separuh masa kedua..kantoi pulak dah.

Lagi-lagi bila kapten pulak kene heret ke luar padang. Cedera. Kena bentes dengan si Idlan. Babak ni paling aku tak suka, manakan tidak…lepas tu je semua rentak permainan terus kecar-kacir!

p/s – Aku tetap Hobin jang Hobin!


ENTOT BIL. 6; BIKIN PUSING SAJA!

Pergi benua timur, pergi benua barat ada “little” itu dan “little” ini. Pergi ke negara utara dan turun ke negara di selatan, ada “town” itu dan ada “town” ini.

Di negara kita, Malaysia sudah banyak “little” itu. Ada di Kelang, Brickfields dan di mana-mana sahaja secara official dan diiktiraf pula oleh Kerajaan, malah Perdana Menteri dari negara “itu” dipelawa datang untuk merasmikan tempat yang diberi nama “little” itu.

Tapi, kenapa di negara mereka tidak ada “Kampung Melayu” atau “Pekan Melayu” yang diiktiraf oleh kerajaan negara tersebut? Tidak ada seperti apa yang kita lakukan di sini. Ohhh….negara-negara. Bikin pusing sahaja!

Gambar hiasan

p/s – Bila agaknya “Pekan Melayu” akan diwujudkan di India atau di China? Lagi satu, ini strategi pancing undi eh? hehe


PROSES KEJADIAN NABI ADAM A.S

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Gambar hiasan

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:

” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Gambar hiasan

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

Gambar hiasan

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Gambar hiasan

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

p/s – Insaf…insaf…insaf…

 


ENTOT BIL. 5; BERCINTA

Wall di Fesbuk aku tetibe terpacul dengan ayat di bawah ni…Penyataan dari seorang teman.

“Aku bercinta dengan Juliana Evans!”

Jadi, dengan segera dan senada sinaps-sinaps di sereberum dan serebelum menghantar maklumat ke otak untuk ditafsir kepada perilaku. Aku gelak sambil guling-guling. Jadi aku taip komen kembali. Macam ni..

“Hahahahahahahahahahahahahahahaha!”

“Aku dah gelak guling-guling dah ni…..!”

Member aku ni terus balas balik dan tulis begini.

“Support la aku beb…..hehehehehe”

Sekali lagi aku tulis…

“Lagi sekali aku tergelak…..hahahahahahahahahahahaha!”

Ini sekadar gambar hiasan

p/s – Nai, aku support kau nai…aku support…percayalah!!


JERSI-JERSI HOT UNTUK DIJUAL!!!

Entri kali ini aku nak promote satu benda dan aku mahu kasi tahu semua pembaca dan pengunjung mengenai satu perkara. Kini blog PANDANG-pandang menyediakan ruang untuk kamu iklankan apa jua barang jualan dan kamu juga boleh dapat peluang untuk mempromosikan produk-produk kamu. Memandangkan trafik ke blog PANDANG-pandang kini hampir mencecah 300 orang sehari (pernah juga mencecah hingga 1000 orang sehari) dan ianya mudah untuk dicapai, maka sudah pasti apa yang kamu iklankan disini akan mendapat perhatian. Insyaallah berkesan!

Harga untuk ads? belakang kira, murah sahaja…(sila hantar private mesage ke faerrin@gmail.com atau faerrin@yahoo.com untuk sebarang persoalan dan keterangan lanjut)

Ok. ada satu barang yang semua lelaki suka dan tidak semua perempuan suka. Apa dia?

Ingat bola? Ingat jersi..!! Jersi..jersi..jersi..

Kalau kamu semua perasan di penjuru sebelah kanan blog ini ada satu ads. Yaaa!! Kini di blog aku ada satu ads jualan jersi. Pemunya laman blog jersi ini telah “mengiklankan” laman blognya di sini, jadi sila dapatkannya sekarang!!

Murah, cantik, berkualiti dan Hot! Cuba klik gambar di bawah untuk keterangan lanjut.

Liverpool….!!!YNWA!!

Berikut adalah contoh-contoh jersi yang terkini, hot dan mendapat tempahan yang amat dasyat. Murah…murah…!!

FC Barcelona

Chealsea…!! Chealsea!!

France

South Africa

Jadi, untuk keterangan lanjut dan berminat untuk membeli…klik saja ads di sebelah penjuru kanan di atas blog ini.

p/s – Siapa lagi mahu sewa tapak iklan? murah-murah!!! hehehe

 


REST IN PEACE PAUL SI SOTONG KURITA

Aku pernah menulis mengenai sotong ini pada kejohanan Piala Dunia yang lalu. Jika mahu baca, sila klik sini dan juga di sini.

Paul si sotong kurita sedang membuat tilikan

Kejohanan Piala Dunia sudah lama tamat dan Paul sudah kehilangan kerja (baca; tukang tilik). Tamat sahaja, Paul telah kembali ke dunia asalnya, dunia haiwan, dunia air, dunia akuarium…tiada lagi kerja-kerja meramal…tidak lagi dipuja-puja dan tidak lagi menjadi idola bagi tukang-tukang tilik di seluruh dunia.

Ini berita terbaru aku dapat setelah melayari internet sebentar tadi, Paul si sotong kurita telah pun mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman. Aku pasti dan yakin, pasti ramai yang berdukacita mendengar perkhabaran ini apatah lagi Paul begitu dekat di hati peminat-peminat Piala Dunia. Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

“Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri,” kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

p/s – Sotong kurita masak sambal agak-agak sedap tak di makan dengan nasi lemak?


PROTON INSPIRA SPORTBACK???

Lepak semasa rehat tengah hari, sambil itu membaca akhbar dan aku telah tertarik dengan satu artikel berkaitan Proton Inspira. Rupa-rupanya, tidak sampai 2 minggu kereta itu yang baru sahaja dipertontonkan kepada umum (baca;separuh badan sahaja yang ditunjukkan) ianya telah mendapat tempahan yang sangat menggalakkan. Tempahan yang tinggi terhadap Inspira meletakkan kereta tersebut di antara model yang mendapat tempahan tertinggi selepas Saga (sebanyak 9,600 buah), Persona (6,100 tempahan) manakala Exora dengan (3,600 tempahan).

Proton Inspira telah menerima 1,100 tempahan dalam tempoh 10 hari walaupun pelancaran rasminya akan dilakukan pada 10 November depan. Keadaan itu menggambarkan betapa minatnya orang ramai terhadap Inspira (baca; Mitsubishi) yang dikeluarkan oleh Proton dengan hasil kerjasama Mitsubishi Motor Corporation di bawah perikatan strategic. Model Inspira merupakan kereta yang telah dipertingkatkan daripada teknologi Lotus terutamanya dari segi panduan dan kawalan kereta.

Tapi, aku agak tertarik pula dengan model yang ini.

Lancer Sportback

Ini adalah model terbaru keluaran Mitsubishi Motors dan kereta ini adalah dari jenis Lancer Sportback yang baru sahaja dilancarkan. Kereta ini mempunyai kapasiti enjin paling besar di dalam kelasnya iaitu 2.4 liter, hatchback lima pintu itu dijangka menjadi satu lagi model Lancer kegemaran ramai. Lancer Sportback direka dengan gaya sporty untuk memenuhi cita rasa dan gaya hidup moden tanpa mengabaikan ruang dalaman

Kereta model import sepenuhnya dari Jepun, dengan enjin berkapasiti 2.4 liter ini adalah varian terbaru di dalam keluarga Lancer selepas GT dan EX. Model ini juga dilengkapi empat silinder dengan enam transmisi kelajuan itu menghasilkan 168 kuasa kuda pada kelajuan 6,000 rpm.

Lancer Sportback boleh diperolehi di dalam tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan hitam pada harga RM129,363 tanpa insurans. Mitsubishi Motors Malaysia turut mengumumkan 30 unit Lancer Sportback LE edisi khas dilengkapi aksesori Ralliart yang dijual pada harga RM130,831.

p/s – Ok, aku sekarang sedang berfikir-fikir…adakah kereta ini bakal menjadi Inspira Sportback?? Kita tunggu dan lihat nanti….

 

 


SIAPA MENANG? KELANTAN? NEGERI SEMBILAN?

Sabtu ini tanggal 30 Oktober 2010, buat ke sekian kalinya Negeri Sembilan dan Kelantan akan membuat perhitungan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menentukan siapa akan menjuarai bola sepak Piala Malaysia musim ini. Negeri Sembilan dengan misi “Mempertahankan Piala” dan Kelantan yang sejak dari awal lagi ingin “Membalas dendam” akan kekecundangan yang lalu akan menjadikan perlawanan ini bertambah menarik. Jika dilihat, skuad ke dua-dua negeri ini mempunyai semangat dan moral yang tinggi sejak akhir-akhir ini.

Tetapi adakah piala keramat itu akan dapat melepasi halangan pemain Negeri Sembilan dan akan terus dibawa pulang ke Kota Bharu atau masih kekal ditambat oleh Negeri Sembilan? Inilah yang menjadi bualan para peminat sukan bola sepak tersebut sebaik sahaja kedua-dua pasukan berjaya mengalahkan lawan Rabu lepas dan mara ke pusingan akhir. Tumpuan orang ramai dalam hal itu antara lain menunjukkan sukan bola sepak sentiasa mendapat tempat di hati para peminat sukan tanah air.

Inilah antara kata-kata semangat  bintang skuad Hoben Jang Hoben, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengenai pertemuan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan;

“Akanku genggam Piala Malaysia sampai ‘hancur’, menyerahkannya tidak sekali-kali. Selagi wisel belum ditiup pengadil, Negeri Sembilan akan mempertahankan piala keramat ini daripada rasukan Kelantan.”

Beliau menambah…

“Jangan harap piala yang menjadi kemegahan dan dinantikan Negeri Sembilan 61 tahun yang lalu itu boleh diserahkan dengan mudah kepada Kelantan”

dan seterusnya, memberi sedikit provokasi…

Kita akan mempertahankan piala keramat dari melepasi Stadium Nasional Bukit Jalil. Kita akan pastikan piala itu terus bertakhta di negeri ini untuk kali kedua dan menjadi kebanggaan seluruh peminat dan rakyat negeri ini”

Hadir ke perlawanan akhir dengan misi membalas dendam dan mengubat luka lama oleh kerana telah kecundang beberapa kali sebelum ini, skuad Kelantan yang dibarisi dengan pemain-pemain kental mungkin akan berhadapan dengan tekanan besar.

Berbekalkan semangat yang kuat dan dibarisi dengan muka-muka baru, pastinya akan membuatkan Kelantan ingin lebih bersaing di padang dan mengatur stratgei dan corak permainan agresif, seterusnya membawa pulang piala yang diidam-idamkan itu.

Tetapi, bagi aku….adakah corak dan mutu permainan kedua-dua negeri yang layak ke pusingan akhir ini menarik? Tidak mengapa, kerana kebanyakkan perlawana akhir pastinya akan mencuri tumpuan dengan aksi-aksi yang dipamerkan dan dibanjiri peminat dari serata negara. Tetapi persoalannya sekarang, kenapa ketika di perlawanan peringkat kumpulan tidak ramai yang peminat yang berkunjung untuk menyaksikan perlawanan, malah ada pula stadium yang lengang?

p/s – Peminat-peminat dan penyokong semua jangan pulak bertempur nanti ketika pemain-pemain sedang bergasak di tengah padang! Siapa menang? Kelantan? Negeri Sembilan?

 

 


DIARI HARIAN BIL.10; PANGGILAN HAJI

Kesinambungan dari entri yang lepas. sila klik, jika mahu tahu kisah sebelum ini.

Sudah tiga hari blog PANDANG-pandang ini dibiarkan sepi tanpa lawatan oleh tuan tapak sendiri. Agak semak juga setelah dibiarkan selama beberapa hari, berhabuk dan sedikit bersawang.Tidak mengapa, nanti akan aku bersihkan.

Tiga hari ini aku terlalu sebuk meziarahi pak long, mak long, mak dan abah mertuaku menunaikan fardhu haji. Mereka berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Darul Takzim. Hari jumaat yang lepas (22 Oktober 2010), selepas maghrib aku dan keluarga (ibu, ayah, aku, adik beradik dan Yana) terus berangkat pulang ke Batu Pahat Johor untuk melawat pak long dan mak long. Kami berkonvoi dengan menaiki dua buah kereta secara berasingan. Tiba di kediaman mereka pada awal pagi sekitar jam 12.30 pagi dan bergerak ke Senai sekitar jam 2.30 pagi.

Aku meneruskan perjalanan ke Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada awal pagi yang sama untuk berkunjung pula ke rumah mak dan abah mertuaku di sana. Pada awal perjalanan ke Senai, kami berkonvoi (lebih 6 buah kereta menghantar) akan tetapi tiba di exit Kulai aku menyusur masuk untuk ke Kota Tinggi manakala yang lain-lain meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Senai.

Tiba di Sungai Mas pada jam 5:30 pagi. Serius, aku mengantuk dan tidak cukup tidur pada waktu itu. Penat, lesu dan letih. Iyalah…di hari Jumaat aku bekerja, malamnya pula terus ke Johor hinggalah ke pagi Sabtu. lebih kurang 24 jam jugak aku tak tidur, berjaga dan memandu kenderaan! Pada waktu memandu, mata hampir-hampir tertutup….tapi digagahi juga! Akhirnya, sesudah menunaikan solat Subuh, aku terlelap, bangun selepas 3 jam kemudian untuk melakukan sedikit kerja-kerja kampung dan kerja rumah.

– – – – – -PPffttt- – – – – – –

Tidak banyak aktiviti sangat di kampung (baca; Sg. Mas, Kota Tinggi). Hanya melakukan sedikit kerja-kerja rumah dengan membantu Yana (bakal orang rumahku), selain melayan tetamu yang berkungjung ke rumah untuk bertemu dengan mak dan abah mertuaku. Tiba waktu tengah hari, aku terlelap. Penat semalam tidak hilang lagi nampaknya! Aku terbangun apabila terdengar suara Ngah (baca;abang ke-2 Yana) yang datang ke ruma tiba-tiba. Aku bangun dan menghulurkan salam kepada Ngah.

“Ngah demam ni…datang sini nak mintak mak urutkan..”

“Oh…iyeke? sila-sila ngah”

Aku bingkas bangun dan terus mandi di kolah belakang rumah. Sejuk! dan menyegarkan….Aku lihat di dapur Yana sebuk menyediakan makanan tengah hari. Abah sempat masak asam pedas ikan mayong manakala lauk tambahan dari Yana, masak lemak pisang dan sayur “bening” (baca; masakan air…orang jawa memanggilnya “bening”). Tidak lama kemudian, makanan dihidangkan dan kami makan bersama. Selepas itu aku menunaikan solat Zohor dengan berimamkan Ngah.

– – – – – – -PPPfftttt – – – – – – –

Petang di Felda Sg. Mas tidak sama dengan taman-taman perumahan lain di kota-kota. Tiada bunyi mat-mat rempit yang melakukan aksi lagak ngeri, tiada kesesakan trafik jalan raya, tiada bunyi hon kereta dan lori. Suasana tenang dan seperti tiada masalah berlaku. Petang itu juga, ramai tetamu dari blok berhampiran datang berkunjung ke rumah. Aku tidak banyak aktiviti di kala itu, lewat petang aku sempat basuh kereta dan lebih banyak berehat-rehat di depan tv sambil melayan Raja Lawak di Astro.

Malam menjelang, sedikit jamuan kecil disediakan pada tetamu yang masih hadir. Aku ligat di dapur menolong Yana dengan membasuh pinggan dan magkuk. Yana pula sebuk menyediakan makanan dan menghidang makanan sambil dibantu oleh kakak-kakaknya. Malam itu, sempat juga diadakan majlis harijadi Kak Nora (kakak Yana) yang ke-32. Berbekalkan sebiji kek yang dibeli oleh Uda (abang ke-3 Yana) dan bubur merah, majlis itu disambut dalam sederhana tetapi meriah.

Lebih kurang jam 10 malam kami semua bergerak ke Kempas untuk bersanggah di rumah Maman Isa dan tiba hampir jam 12 malam dalam cuaca hujan lebat di awal perjalanan. Malam itu aku terus terlelap kerana kepenatan dan keletihan. Rumah tersebut dijadikan tempat singgah sebentar sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Senai pada ke-esokan harinya memandangkan jadual penerbangan haji bagi mak dan abah mertuaku pada 10 pagi dan pendaftaran bermula pada jam 7 pagi maka adalah elok kami bergerak keluar pada jam 6 pagi, tidaklah terlalu lewat dan tidak pula terlalu awal.

– – – – – -PPPfftttt – – – – – – –

Pagi itu, abah sempat mengimamkan solat subuh sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Senai. Bacaan surah, doa dari abah agak mendayu-dayu dan sayhdu mungkin terasa sebak di dada dan mungkin juga rasa bersyukur kerana menjadi tetamu Allah S.W.T pada musim haji kali ini. Seperti yang ditetapkan seawal jam 6 pagi kami (lebih kurang 6-7 biji kereta) berkonvoi ke Senai selepas laungan azan. Kebetulan bukan mak dan abah sahaja menunaikan haji, malah ada 3 orang lagi ahli keluarganya turut menunaikannya dengan jadual penerbangan yang sama! Pagi itu, kesemua kenderaan yang berkonvoi memecut laju dan akhirnya tiba di Lapangan Terbang Senai pada jam 7 pagi. Lebih kurang jam 8:30 pagi mereka berdua masuk ke balai berlepas dan kami semua berangkat pulang untuk ke destinasi masing-masing.

Aku terus menuju ke Batu Pahat sebelum pulang ke Kajang. Melawat nenek saudaraku yang juga bakal berlepas pada hari Selasa ini (26 Oktober 2010). Sambil itu, dapat juga aku menjengah nenek kandungku di sana. Tiba di kampung, kami disambut riang oleh nenek dan ahli keluarga yang pada ketika itu sedang mengopek kelapa muda dan sedang bersantai di anjung rumah. Langkah kanan!

Pada waktu yang sama, ibu dan bapaku pula masih di kampung. Tak larat memandu secara terus katanya. Lebih kurang jam 12 tengah hari kami bertolak pulang ke Kajang.

– – – – – PPffttt – – – – – – –

Pak long, mak long, mak dan abah sudah pun tiba di Tanah Suci untuk melakukan ibadat haji. Ikut pada jadual, mereka akan berada di sana selama 42 hari. Aku dokan mereka semua mendapat haji yang mabrur dan sentiasa sehat dan kuat untuk melakukan ibadah. Amin!!

p/s – Syahdu rasanya melihat mereka semua menunaikan fardhu haji!


ENTOT BIL. 4; ARGGGHHHH!!!

Buka tv, wrestling pun muncul! Yaa…ini khamis malam, aku masih bujangan dan tidak ada siapa yang ku boleh ajak untuk bergusti lengan!

Wrestling aku tak suka, mungkin kepala otak ku sudah ditortured dan mengatakan…

“Itu semua perancangan sahaja!”

Tak semua macam aku. Aku punya kawan yang suka wrestling. Beliau adalah Nai. Nai penggemar wrestling, aku pula pembenci rancangan itu!

p/s – Arggghhhhh!! Did you smelllll…what the Rock is cookin’!!!


HAJI; ENTRI INI KHUSUS BUAT MISMAH,BUYONG, SITI SOM DAN AZIS BAGONG

“Panggilan Hajiiiiii….telah tiba lagiiii….menunaikan ibadah…panggilan Baitullah.. tanah suci Mekah, Ya Makkah Tul Mukarromah….”

Pernah dengar lagu ini?

Siapa yang menyanyikan dan menulis lirik ini, aku pun tidak pasti dan jika mahu kepastian sila google dan carik sahaja di internet. Iyalahhh…internet, jalur lebar dan 3G bukan hanya digunakan untuk melayari laman web sosial sahaja jadi sila gunakan internet, jalur lebar  dan 3G kamu dengan sebaik mungkin dan mencari maklumat berkaitan lagu di atas. Sudah pasti dan terang lagikan bersuluh, kebanyakkan rakyat Malaysia pernah mendengarnya dan ia akan kerap kita dengar apabila tibanya musim haji.

Benar, musim haji tiba lagi dan entri kali ini aku mahu dedikasikan buat Mak Long dan Pak Long tersayang Mismah Bt. Musa dan Pak Long Buyung (Bukan Pak Long Burung ya kawan-kawan…hehehe..itu lain cerita) dan juga bakal Mak dan Bapa mertuaku, Siti Som dan Azis Bagong.

Pak Long dan Mak Long kini menetap di Taman Banang, Batu Pahat. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan…errr…5 orang anak (Betulkan aku jika aku salah) dan kini umur mereka berdua semakin lanjut akan tetapi masih kuat. Pak Long, seorang yang bertubuh sehat dan besar orangnya, bekas kakitangan kerajaan, berwajah manis dan sentiasa tersenyum meskipun umurnya semakin lanjut tetapi beliau masih kuat. Masih mampu menunggang motorsikal ke Bandar Batu Pahat untuk “window shopping”, masih mampu menongkah arus jalan raya hingga ke Ayer Hitam dan mungkin lebih jauh dari itu! Itulah dia Pak Long. Mak Long pula sama seperti suaminya, walaupun usia semakin meningkat tetapi beliau masih kuat. Masih mampu memasak (Mak Long masak memang power), masih boleh menggubah hantaran pertunanganku dengan cantik tempoh hari dan masih mampu membuat kerja-kerja rumah.

Mereka berdua sungguh besar jasanya buat aku dan keluarga. Sejak aku kecil, aku pernah dibela oleh mereka berdua ketika itu ibu dan bapa ku bekerja di Kuala Lumpur, jadi aku ditinggalkan di rumah Pak Long dan Mak Long (pada ketika itu ibu dan bapaku masih orang susah). Makan, pakai, demam, jatuh, bangun, muntah dan lain-lain semuanya diuruskan oleh mereka berdua jika hendak diceritakan aku yakin dan pasti, tidak terbalas akan jasa-jasa mereka berdua!

Tidak ada kata-kata yang mampu aku ungkapkan buat mereka berdua, cuma apabila aku pulang ke kampung di Batu Pahat dan jika menemui mereka hanya wang kertas sahaja yang mampu aku hulurkan. Setiap kali menerima pemberian “kecilku” itu, tidak putus-putus Mak Long mendoakan kesajhteraanku dan dimurahkan rezekiku. Pak Long pula hanya tersenyum manis apabila menerimanya.  Tapi aku yakin, bukan itu yang mereka harapkan. Bukan wang ringgit yang mereka mahukan dan bukan harta benda yang mereka inginkan dan aku juga yakin mereka berdua pasti berbangga dengan kejayaan aku, adik beradikku dan keluargaku bak kata orang-orang lama, sejuk perut ibu mengandung. Aku kini sudah mempunyai kerjaya yang baik, dan bakal pula melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi…adik beradikku pula kini masih melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi dalam jurusan masing-masing malah masing-masing bijak dan pandai orangnya. Ibu bapaku masih sehat dan kerjaya mereka semakin baik-baik sahaja di penghujung-penghujung karier mereka. Apabila ini yang terlihat di mata Pak Long dan Mak Long pasti mereka berdua berasa lega dan bangga dengan apa yang keluargaku kecapi kini. Tidak ada apa yang aku boleh ucapkan…hanya..

“Terima kasih, terima kasih mak long dan pak long”

Terimo kasih seng akeh-akeh yo…”

– – – – – – PPPPffttttt – – – – – – –

Bakal Mak dan Bapak mertuaku. Mereka hanya orang Felda di Kota Tinggi. Pengusaha tempe kecil-kecilan. Bakal Mak Mertuaku juga sudah lanjut umurnya, sudah mencecah 7o-an barangkali tetapi masih kuat untuk mengurut, dan membuat jamu. Malah kuat juga untuk berkebun di depan rumah. Bakal Bapa Mertuaku juga begitu, masih kuat bak kata orang jawa..akas! Beliau hanyalah pengusaha tempe di kampungnya malah dapat aku katakan tempe buatannya adalah tempe yang tersedap yang pernah aku nikmati. Beliau masih kuat menunggang motor hingga ke ceruk-ceruk hutan hanya untuk mencari daun pembalut tempe dan hasilnya terciptalah tempe yang penuh aroma dan penuh nikmat.

Aku juga menyangi mereka dan sebagai bakal anak menantu kepada mereka sudah pastilah jiwa dan ragaku akan aku serahkan kepada mereka. Bukankah apabila berkahwin kita sepatutnya “berkahwin” dengan satu keluarga? Begitulah juga aku, aku perlu menyangi mereka sebagaimana ibu dan bapaku. Aku harus menghormati mereka sebagaimana aku menghormati orang tuaku dan aku harus berbakti kepada mereka sebagaimana aku berbakti dengan kedua orang tuaku. Aku harapkan bakal isteriku juga begitu. Sama seperti aku. Tidak ada apa yang aku harapkan buat mereka, aku hanya mendoakan kesejahteraan mereka ketika beribadat di Tanah Suci nanti.

– – – – – – – PPPPfffttttt – – – – – –

Esok malam (kemungkinan besar selepas menunaikan solat maghrib), aku dan keluarga angkat berangkat ke Batu Pahat. Mahu berjumpa dengan Mak Long dan Pak Long. Mismah dan Buyong. Aku mahu berjumpa dengan mereka sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Aku mahu cium pipi mereka dan salam tangan mereka. Aku mahu minta supaya mereka dapat mendoakan “majlis” aku nanti pada 25 Disember ini. Aku harapkan semoga mereka berdua selamat pergi dan selamat kembali serta mendapat Haji yang mabrur hendaknya.

Sejurus keberangkatan mereka pada Sabtu ini (23 Oktober 2010, jadual penerbangan pada jam 7 pagi kalau tak silap), aku akan bergegas pula ke Kota Tinggi Johor untuk menghadap bakal Mak dan Bapa mertuaku. Pada ke-esokkanya, mereka pula akang bernagkat ke Tanah Suci dan jadual penerbangan pada pukul 7 pagi juga. Aku berharap dan berdoa semoga mereka baik-baik sahaja nanti di Tanah Haram.

“Ya Allah….hambamu ini memohon, permudahkanlah ibadat haji Mismah, Buyong, Siti Som dan Azis Bagong, kurniakanlah mereka Haji yang mabrur…..Aminnnn…”

p/s –  Tetiba aku terasa cam sebak sikit! Haishhh!


ENTOT BIL. 3; SEKALI LAGI

Eh!!! dah nak pukul 12 malam…baru tadi aku rancang nak tidur awal!

Cis, sekali lagi aku tidur lewat. Ini gara-gara menulis la ni (baca:  Menara Warisan Merdeka; Adakah ianya diperlukan?)

Azam tinggal azam.

p/s -Zam-zam ala kazam!!!


MENARA WARISAN MERDEKA; ADAKAH IANYA DIPERLUKAN?

Gambar hiasan ihsan dari Malaysiakini

Aku tergerak hati untuk menulis entri ini setelah terbaca artikel berkaitan ini di blog temanku, di sini.

Dalam pembentangan bajet 2011 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan mengenai projek Mega pembinaan menara Warisan Merdeka. Menara Warisan Merdeka ini dijangka akan siap selewat-lewatnya tahun 2015. Peruntukan untuk pembinaan menara ini adalah sebanyak RM5 Bilion, dan kemungkinan ianya akan mula dibina pada pertengahan tahun hadapan. Bangunan menara yang setinggi seratus tingkat ini menurut laporan akan dibina di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Selepas siap menara ini dibina, ianya akan menjadi bangunan yang tertinggi di Malaysia, malah lebih tinggi dari menara berkembar Petronas (KLCC). Menara berkembar Petronas hanya berketinggian 88 Tingkat, namun menara Warisan Merdeka ini akan mempunyai 100 Tingkat. Projek Warisan Merdeka akan dibangunkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Ok, sila baca yang ini pula yang aku ambil dari Utusan Malaysia terbitan 18 Oktober 2010 yang bertajuk Besar Mana RM 3.1 Billion. Hasil tulisan ini adalah respons kepada CUEPECS yang masih berjuang untuk memohon bonus kepada setiap lapisan kakitangan kerajaan.

IA boleh digunakan untuk membina enam buah hospital, atau membina 15 batang jambatan merentangi sungai yang lebar, atau membina 1,200km jalan raya luar bandar selebar 8 meter, atau lebuh raya bertingkat sepanjang 30km, atau 150 buah sekolah, atau enam buah lapangan terbang baru. Nilai RM3.1 bilion ini amat besar ke atas pembangunan infrastruktur negara.

Justeru, para penjawat awam wajarlah menyedari bahawa pemberian bonus sebulan ke atas kakitangan awam ini merupakan satu pembaziran buat perbendaharaan negara dan tuntutan sedemikian oleh CUEPACS menafikan pula hak orang lain yang menunggu kedatangan arus pembangunan infrastruktur yang sempurna.Bayangkan nilai tersebut dan manfaat jangka panjang yang diberikan sekiranya dicurahkan untuk pembangunan infrastruktur, dengan manfaat jangka pendek yang sangat-sangat pendek bila dibelanjakan oleh kakitangan awam.

Matlamat merancakkan ekonomi negara bukanlah keperluan lagi seperti saat-saat negara menghadapi krisis dahulu. Malah kecairan melalui perbelanjaan kakitangan awam hanya menggalakkan perbelanjaan yang tidak berhemah di kalangan penjawat awam.Seharusnya perkhidmatan awam itu sendiri yang perlukan rombakan drastik luar kebiasaan bagi melipatgandakan produktiviti.

Sebaliknya, idea-idea peningkatan produktiviti seperti mewujudkan waktu anjal yang memberi signifikan ketara contohnya memperkenalkan dua waktu bekerja 7 pagi – 4 petang dan 11 pagi – 8 malam bagi membolehkan pejabat kerajaan dibuka sekurang-kurangnya 12 jam sehari dan urusan rakyat akan dapat dipermudahkan, perlu diambil kira.

SYAMSYUL FADZLI MAT

Putrajaya

Jadi, apa isunya di sini? Apa signifikannya dan relevennya RM 3.1 Billion kepada penjawat awam yang masih menagih bonus daripada majikannya, dan apakah relevennya pembinaan Menara Warisan Merdeka di kala ini? Apa pula implikasi positif yang kita dapat (baca; rakyat dan kakitangan awam) kesan dari pembinaannya? Adakah ini yang didukung oleh Kerajaan 1 Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak? Adakah ini yang diperjuangkan oleh kerajaan 1 Malaysia dengan motto “Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Di utamakan”?

Jika dilihat kepada penulis di atas yang tidak begitu menginginkan 3.1 billion itu kerana jika dilaburkan kepada penjawat awam, ianya akan dibelanjakan hanya untuk matlamat pendek sahaja. Akan tetapi, dengan peruntukan 5 billion untuk membina menara 100 tingkat itu, adakah ianya memenuhi matlamat jangka panjang secara mikro dan makro? Cuba bayangkan jika 3.1 billion itu diberi kepada ribuan penjawat awam yang sudah begitu lama tidak menikmati bonus, akhirnya wang itu akan dapat dibelanjakan untuk memenuhi keperluan isi rumah sebagai contoh perbelanjaan sekolah dan juga menampung pembiayaan yuran-yuran pengajian di universiti anak-anak mereka. Perbelanjaan ini secara tidak langsung akan mengalirkan wang ke dalam pasaran dan secara tidak langsung dana peruntukan sebanyak 3.1 billion itu bukan sahaja boleh dinikmati oleh penjawat awam sahaja malah turut dirasai bersama dengan golongan penjual-penjual, peniaga, pemborong dan lain-lainya secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi juga. Ini sekadar sedikit contoh sahaja…

Jadi, adakah dengan dana 5 billion yang bakal digunakan untuk membiayai menara itu dapat dirasai oleh golongan isi rumah ini?

Adakah dengan memiliki sebuah menara yang bernama “Menara Warisan Merdeka” adalah untuk menberitahu dunia negara kita sudah merdeka? Adakah pembinaan menara ini sebagai menggambarkan satu peninggalan pemerintahan oleh DS Najib, sebagaimana mantan perdana menteri yang lain mempunyai “sesuatu” yang ditinggalkan kepada rakyat sebagai contoh koridor-koridor  wilayah oleh Pak Lah, Menara KLCC & Petronas oleh Tun M?

Ini, adalah kenyataan Perdana Menteri sebagai respons kepada tohmahan pembangkang bagi menjawab isu ini.

“Projek pembinaan mega ini adalah untuk merancakkan aktiviti ekonomi sekali gus mewujudkan kesan berganda kepada ekonomi negara melalui pengagihan kerjakerja kontrak. Menurutnya lagi, kawasan pembangunan itu juga akan menjadi pusat perniagaan menempatkan usahawan bumiputera dan bukan bumiputera di bawah satu bumbung yang boleh dijadikan tarikan negara. Rasionalnya, negara memerlukan satu bangunan yang menjadi lambang negara yang bukan sahaja moden, tetapi maju.“

– – – – – – — -PPPffttttttt- – – – – – – – –

Ini adalah sekadar pendapat aku, rakyat marhean, tiada nama dan tiada apa. Cuma suara-suara sumbang yang inginkan sesuatu dari kerajaan yang sedang memerintah.

5 billion itu satu jumlah yang banyak. Amat banyak! Serius banyak! Apalah sangat dengan 3.1 billion tu…Jika ditolak dari 5 billion, masih ada baki 1.9 billion lagi. Jadi, apa kata 5 billion yang bakal disalurkan kepada pembinaan menara yang esok lusa, hanya segelintir orang sahaja yang dapat guna dan pakai, hanya sekelumit manusia sahaja yang dapat merasa nikmat dari pembinaannya diagihkan kepada kami, rakyat marhaean ini. Agihkan kepada keluarga miskin yang masih duduk di hujung kampung berturapkan jalan tanah merah, agihkan kepada mereka yang menginap sepi di hulu hutan yang tidak punya signal isyarat perhubungan telekomunikasi, agihkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Apa salahnya 5 Billion itu disalurkan kepada makanan ruji. Kebanyakkan rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja sektor swasta. Masih ramai diantara mereka jika adanya kenaikan harga gaji, sudah pasti teramat sedikit. Sedangkan harga barang semakin naik menggila. Harga makanan semakin naik. Poket pula semakin kering. Salurkan 5 Billion itu kepada makanan ruji sebagai subsisdi. Subsidi jika kena pada tempatnya mampu melahirkan rakyat yang sihat dan tidak kebuluran. Bagi mereka yang sudah kaya – raya pasti akan menganggap subsidi makanan mentaliti yang kuno. Tapi cuba teropong ke bawah, lihatlah orang kampung yang masih ada lagi yang makan makanan yang tidak sihat. Kerana apa? Kerana makanan yang sihat tidak mampu mereka beli kerana semuanya mahal.

5 Billion jika disalurkan kepada kos perubatan sudah pasti ianya menyenangkan hati rakyat. Hanya ini mampu membuatkan mereka merasa selesa. Hanya ini mampu membuatkan mereka yakin bahawa kerajaan ini sememangnya mahu melihat rakyatnya sihat. Perbanyakan klinik kesihatan desa. Hanya ini cara mereka mendapat rawatan yang kualiti. Tingkat servis atau perkhidmatan di klinik – klinik desa agar mereka yang sedang sakit demam atau sebagainya tidak menunggu lama. Ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan. 5 Billion jika disalurkan kepada bangunan 100 tingkat hanyalah pembaziran nyata. Jika dibuat pada ketika ekonomi kita sedang gagah dan kuat tidak mengapa. Dalam waktu sekarang, disaat masih ramai lagi yang menagih bantuan kepada 5 Billion itu tidak disalurkan kepada mereka.

– – – – – – – PPPffttttt- – – – – – –

Masih ingat dengan bangunan Dayabumi yang pernah menjadi salah satu mercu tanda di Kuala Lumpur satu ketika dahulu? Bangunan ini dahulunya meriah, menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negeri, tempat untuk lokasi penggambaran, pengacaraan, dan tempat istirehat bagi masyarakat kota sama ada yang bekeluarga atau yang masih bujang. Bangunan ini begitu “hot” ketika di awalnya dahulu, orang ramai berpusu-pusu untuk ke bangunan ini, bergambar, bersiar-siar, mengorat awek, dan bermacam-macam lagi aktiviti sama ada rasmi atau pun tidak rasmi. Lokasinya yang begitu hamper dengan Dataran Merdeka, Masjid Negara, pusat pentadbiran kerajaan di sekitarnya dan terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur menjadikan Bangunan Dayabumi begitu “berdaya” maju dan progresif! Tetapi, adakah pada masa kini bangunan ini masih mempunyai “daya” tahan yang kuat untuk survivalnya?

Selepas pembinaan KLCC, masyarakat lebih tertumpu ke sana. Jadi, sudah menjadi resam manusia dan dunia…yang lama dan buruk akan ditinggalkan. Begitulah nasib Dayabumi…jadi kini bangunan ini lebih menjadi tempat penginapan rasmi golongan gelandangan dan orang tidak berumah. Ini pernah dilaporkan di dada-dada akhbar arus perdana baru-baru ini. Jadi, selepas siapnya pembinaan Menara Warisan Kemerdekaan adakah KLCC bakal menjadi hotel bertaraf 5 bintang bagi golongan gelandangan?

Menara KLCC dan Menara Kuala Lumpur

Apa yang aku takuti kini, bagaimana jika menara ini tidak berfungsi secara total kelak? kalau tidak berfungsi di kemudian hari program ini akan jadi satu pembaziran dan bagi aku, dengan keadaan semasa tidak  tada keperluan kepada negara untuk membina menara baru, malah ekonomi negara tidak semestinya dijana dengan membina sebuah menara, semata-mata hanya untuk menarik pelancong!

Lagi, yang amat mengerikan…bagaimana pula tiba-tiba ekonomi dunia jatuh merudum justru telah menghalang kelangsungan pembinaan projek tersebut dan merencatkan progress pembinaanya. Adakah pembinaan akan diteruskan? Mungkin tidak…kebanyakkan pembinaan akan diberhentikan, dan tergendala pembinaanya. Yang paling buruk, apabila jika ianya disambung semula (baca; ekonomi sudah mula ok dan stabil) peruntukan tambahan diperlukan lagi bagi meneuskan projek “sakit” ini. Mungkin tambahan sebanyak 3 billion lagi diperlukan. Jadi, secara keseluruhannya, pembiayaan ini bertambah daripada 5 billion pada awal projek dan menjadi 8 billion di akhir projek. Bukankah ini juga satu pembaziran yang nyata?

Bagi aku, adalah lebih elok dan baik jika dana sedia ada digunakan sebaiknya dalam perancangannya sebagai contoh jika Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia ditingkatkan sistem pengurusan sisa pepejal, longkang, saliran, parit dan sistem pembentungan dinaik tarafkan, segala kemudahan fasiliti disediakan serta di selenggara dengan baik, jalan-jalan perbandaran dan jalan raya dibaiki, ditampal lubang-lubang yang membahayakan pengguna, tambahkan lagi pembaikan system pengangkutan awam darat, perbanykkan peluang-peluang pekerjaan dengan memberi jawatan tetap kepada penjawatnya,  keselamatan dan pengawasan terhadap rakyat oleh pihak bertanggungjawab dipereffiseienkan dan lain-lain lagi yang membawa kesejahteraan kepada keseluruhan warganegara Malaysia. Inilah apa yang diperlukan pada masa sekarang dan inilah juga apa yang sepaptutnya diutamakan dan didahulukan.

Jadi, pembinaan menara yang mempunyai ketinggian 100 tingkat itu, tidaklah diperlukan sangat pada ketika ini. Jika ianya dicadangkan oleh PNB, maka DS Najib punya kuasa untuk menangguh, membatal atau menidakkan projek ini. Semuanya ada di tangan DS Najib sendiri sama ada untuk meneruskan atau tidak.

p/s – How would the tower “…serve as a symbol of a modern and developed Malaysia”? Ini sekadar pandangan bebas aku sahaja, cuma mahukan yang terbaik buat Malaysia.


ENTOT BIL. 2; KEAZAMAN

Setiap hari aku pulang dari pejabat dan sampai ke rumah bila dekat-dekat nak maghrib pasti aku berazam dan berjanji pada diri sendiri sambil memandang cermin kereta (baca; cermin pandang belakang) …

“Malam ni kena tidur awal, paling lewat pun pukul 11 malam!”

Terus melangkah masuk rumah.

– – – – -PPPffftttt – – – – – –

Chat di fb bersama teman….

“Weh, sebelum kita berdua stress esok hari kat pejabat pasal tidur lewat, baik berhenti kat sini”

“oh, ok…jum tidur!  Esok pukul 5 nak kena bangun…kao jangan mandi malam pulak!”

p/s – Selamat pagi, sebelum tidur masih sempat menulis dan mengupdate! Pastinya esok aku akan berazam lagi, tapi pasti takk tertunai!


ENTOT BIL. 1; LIPUTAN

Ini adalah entri versi kontot aku, tidak ditulis panjang berjela…kontot sahaja.

“Ahhhh….kenapa ada liputan pulak ni…bosan!! Spoil mood sahaja!!”

Ambil remote tv, tukar channel.

Layan Chapalrela saja di Astro 132! Mujur ada Astro…macam-macam ada!

p/s – Iyekeeee??


UJIAN HIV ITU WAJIB; KEBERSIHAN TANDAS ITU PERLU

Untuk mendirikan rumah tangga di Malaysia, pasangan bakal pengantin perlu melalui pelbagai prosidur yang telah digariskan. Mereka perlu menghadiri kursus kahwin, menjalani ujian saringan HIV, perlu memohon surat akuan bujang dari Jabatan di tempat mereka bekerja dan lan-lain lagi. Aku bukan hendak mengulas perkara ini yang bagi aku agak leceh untuk dilakukan. Walaubagaimanapun ini adalah satu prosidur yang punya banyak kebaikkan dibelakang hari untuk pasangan suami isteri.

Petang tadi, aku mengambil “halfday” di pejabat memandangkan perlu menghadiri ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan. Tiba di klinik kesihatan pada jam 3 petang dan ianya diuruskan dengan baik oleh petugas kesihatan yang bertugas. Terima kasih diucapkan. Cuma aku sedikit kecewa dengan petugas di kaunter pendaftaran yang berwajah masam mencuka ketika menyambut pengunjung, pesakit dan tetamu yang datang untuk mendaftar. Tapi tidak mengapa, mungkin ada masalah agaknya…jadi aku anggap ini satu perkara yang normal. Nasib baik seorang petugas lain yang berbangsa India melayan kebanyakkan pengunjung yang datang dengan baik, secara tidak langsung dapatlah jugak “cover line” kemasaman petugas yang satu lagi.

Aku bukan hendak mengulas mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan di Klinik Kesihatan ini, mungkin aku akan ulas di lain entri. Cuma, ada satu perkara yang membuatkan aku tidak puas hati sedikit dengan klinik kesihatan ini. klinik kesihatan, seharusnya menawarkan satu suasana yang bersih, kemas dan teratur. Betul, ruang legar dan lain-lain susun atur di klinik tersebut kebanyakkannya ok-ok sahaja. Lantai, tidaklah bersih sangat. Ada juga makanan yang tertumpah (jagung rebus kelihatan berselerak di lantai klinik, akan tetapi tiada petugas pembersihan datang menyapu.  Sebenarnya makanan tidak dibenarkan di bawa ke dalam klinik). Lain-lain aku berpuas hati, termasuklah perkhidmatan ujian saringan HIV yang dijalankan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas. Keputusannya juga pantas.

Tandas.

Gambar hiasan; tandas yang kotor..berselerkah kamu membuang hajat jika tandas kotor begini???

Tandas di klinik tersebut langsung tidak mencerminkan jabatan tersebut, kotor, jijik, pam tandas yang rosak, najis terapung dan berbau busuk dan hancing. Lantai pula agak hitam, seolah-olah tidak dibasuh dan dimop. Justru, layakkah tandas ini diletakkan di dalam sebuah klinik kesihatan kerajaan? Tahap kekotorannya boleh disama ertikan dengan mana-mana tandas yang tidak terjaga disekitar kita (baca; tandas awam kotor atau tandas di stesyen-steyen minyak yang tidak diselenggara dengan baik). Boleh aku katakana, tandas di hentian pudu raya lebih elok sedikit dari itu. Kenapa sampai begini sekali tandas di sini?

Apa yang aku lihat, ramai dari pengunjung yang ingin mengguna pakai tandas ini keluar lebih awal sebelum sempat menunaikan hajat mereka (baca; hajat kecil, hajat besar). Kebanyakkan mereka keluar dari tandas dengan perasaan hampa dan mengeleng-gelengkan kepala, termasuklah aku yang terpaksa menahan hajat kecil untuk seketika. Perasaan untuk menunaikan hajat tiba-tiba terbantut, mahu kentut pun terpaksa ditangguhkan. Mood hilang…..

– – – – – PPPPFFTttttttt – – – – – –

Aku tertanya-tanya, ke mana pekerja pembersihan yang sepatutnya menjaga dan mengawal selia tandas tersebut? Bercutikah atau malas atau keluar minum-minum di kedai depan klinik? Kalau bercuti sekalipun, mana mungkin sampai begitu kotor sekali tandas tersebut…mana pekerja gantian? Barang-barang dan peralatan rosak di tandas pula tidak digantikan dengan yang baru, kenapa unit penyelenggaraan tidak mengambil tindakan untuk menggantikan peralatan-peralatan yang rosak? Setakat menggantikan pam tandas,aku pasti prosidurnya tidak akan begitu rumit dan leceh. Tiada tender perlu dibuka, tiada sebut harga perlu diberi, tiada pesanan rasmi perlu dibuat…mungkin hanya dengan belian terus dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ini bermaksud, ianya mungkin tidak memerlukan kos yang besar untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bagi tandas tersebut kerana hanya melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan minor sahaja.

Dari pemerhatian aku, sebenarnya klinik kesihatan ini agak ramai dikunjungi oleh pelanggan dan pesakit yang datang dari pelbagai peringkat umur dan kaum. Jadi, sudah pastilah ramai juga yang menjadi pengunjung kepada “bilik termenung” tersebut, maka tandas tersebut akan lebih cepat menjadi kotor kerana begitu kerap digunakan. Justru, untuk mengelakkan tandas ini cepat kotor, pekerja pembersihan yang bertugas perlu membasuhnya dengan lebih kerap dan effisien. Jangan hanya membasuh mengikut jadual yang ditetapkan (baca; satu kali pagi, satu kali tengah hari, satu kali petang, satu kali malam). Pekerja yang bertugas perlulah membasuhnya mengikut jam yang ditetapkan, sebagai contoh setiap dua jam sekali. Jika keadaan terlalu mendesak, pekerja tambahan adalah perlu diambil bagi menjamin kebersihan tandas. Ini perlu kerana, kebersihan adalah penting bagi kita semua lebih-lebih lagi untuk jabatan yang mendokong matlamat “kesihatan”. Pengunjung juga perlu mempunyai satu tanggungjawab untuk menjaga kebersihan tandas kerana mereka juga yang “mengotorkan” tandas tersebut. Sudah buat kotor, pandai-pandailah bersihkannya kembali. Bukankah baik begitu….Jangan hanya tahu berak, kencing tapi tak mahu membilasnya kembali.

Gambar hiasan; Keadaan tandas yang bersih dengan lantai kilat dan tidak berair

Adalah elok dan baik sekiranya pengarah di klinik kesihatan ini mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk menjaga kebersihan klinik di bawah seliaan beliau. Tandas adalah salah satu yang perlu diberi perhatian kerana ia adalah satu tempat yang penting bagi kita semua. Rujuk lirik lagu di bawah ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Lagu ini adalah satu bentuk kempen menjaga kebersihan tandas yang dijalankan sekitar tahun 2006.

Dulu tidak kisah tapi kini kena jaga,
Dulu kita simbah tapi kini senang sahaja,
Masuk bilik tandas walau cepat walau gegas,
Lepas guna, ‘flush’ bagi bersih baru kelas,
Walau Tandas awam perlu jaga kebersihan,
Bagi kesedaran secara berterus-terusan,
Supaya berkualiti dalam hidup seharian,
Tandas bersih, tandas selesa hidup berwawasan,

Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,

Di tandas awam ramai orang yang berpusu,
Ada yang kena bayar,
Ada juga main serbu,
Walau apa cara kita perlu bersatu,
Tandas kita bersih,
Masyarakat kita maju,

Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,

p/s – Akhirnya ujian HIV aku dah setel, tinggal pengesahan dari PPN dan PAID sahaja lagi, kemudian segala-galanya akan berakhir. Aminnn….


ANGKATAN TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR A.K.A JMF

Di Malaysia ini, ada banyak perkara yang dirahsiakan dari umum terutamnya hal ehwal ketenteraan dan kekuatannya dan sehingga kini, walaupun banyak aset dan inventori Angkatan Tentera Malaysia telah diketahui jumlahnya oleh umum akan tetapi masyarakat masih lagi tidak mengetahui kekuatan “angkatan tentera yang satu ini”. Seperti kampung Konoha di negara api, begitu juga Angkatan tentera ini. Ianya hanya dioperasikan oleh satu-satunya negeri di Malaysia, malah tertubuhnya ketumbukan militer ini adalah terlebih dahulu dari Angkatan Tentera Malaysia. Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih tercari-cari sumber sahih akan kekuatan ketumbukan tentera ini, tidak kira dari kelengkapan perangnya, askar operasi khusus (Special Operations Forces) dan lain-lain.

Itulah Angkatan Timbalan Setia Johor .

Aku dari dahulu lagi masih terfikir-fikir kenapa hanya Johor sahaja memiliki tentera sendiri dan kenapa ianya masih kekal sehingga kini. Apa signifikannya dan apa logiknya? Ada logiknya, oleh kerana Johor adalah negeri yang paling hampir dengan Singapura yang sering bermain api dengan Malaysia, kemungkinan kewujudan angakatan tentera ini sungguh releven. Jika tercetus perkara-perkara yang tidak diingini dengan negara jiran itu (yang selama ini begitu rapat dengan negara Israel) angkatan tentera ini boleh digerakkan sebagai pasukan pertama yang akan membela selatan tanah air dari diserang sementara menanti ketumbukan utama Angkatan Tentera Malaysia menyerang balas. Dengan doktrin negara jiran yang meniru teknik peperangan negara haram Israel iaitu “Pre-emptive strike” mereka menyasarkan dan menjangkakan dapat menawan Bandar Batu Pahat kurang dari 24 jam.Untuk mengekalkan tahap kerahsiaan operasi dan pengurusan tentera yang begitu tinggi, sehingga kini kekuatan ketumbukan Askar Timbalan Setia Johor masih dirahsiakan dan tidak pernah ada liputan yang menyeluruh mengenai sistem persenjataan mereka.

– – – – – – – PPPPfffttttt – – – – – – – –

Gambar hiasan; Buku JMF 100 tahun

Askar Timbalan Setia Johor atau JMF ( Johore Military Forces ) telah ditubuhkan pada 1885. Angkatan ini merupakan angkatan bersenjata milik Sultan Johor. Umumnya bagi penduduk di Johor, angkatan ini juga dikenali sebagai “Askar Tuanku”. Penubuhan angkatan ini terlaksana semasa Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar menjadi Sultan Johor. Baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi Institusi Diraja dan juga bumi Johor. Oleh itu pada peringkat awal penubuhan, angkatan JMF terdiri daripada 60 orang askar Melayu dan 20 orang askar Punjabi. Askar Melayu JMF dilatih sebagai infantri manakala askar Punjabi dilatih dalam unit artileri.

Ketika di dalam Perbarisan

Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Great Britain Queen Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor. Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.

Pada peringkat awalnya Komandan pertama yang dilantik adalah dari kalangan pegawai British iaitu Kapten Newland dan kemudiannya diserahkan kepada Kapten Daud Sulaiman sebaik ditauliahkan. Setelah itu, ketumbukan askar ini telah dipimpin oleh Syed Mohamed bin Nong Yahya dan Mejar Daud bin Sulaiman sebagai orang melayu yang pertama menjadi pegawai pemerintah. Pada tahun 1895, Sultan Ibrahim telah menjadi kolonel pemerintah Timbalan Setia Negeri. Baginda memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatannya bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriah dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.

Ketika Perang Dunia Pertama tercetus, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura dalam tahun 1915. . Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.

Tanpa kita sedari, banyak jasa Askar Timbalan Setia Johor yang terpahat dalam lipatan sejarah kemerdekaan tanah air khususnya dalam negeri Johor. Misalnya pada tahun 1915, iaitu semasa perang dunia pertama, ketumbukan tentera ini telah menyekat dan menghentikan pemberontakan pasukan tentera India dari Fifth Light Infantry di Singapura. Askar Timbalan Setia Johor berjaya menahan tentera pemberontak yang berjaya membolosi sempadan ke Johor dalam usaha mereka melepaskan diri dari terus menjadi Tentera British. Pasukan ini juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.

Gambar hiasan

Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang (kini menjadi pangkalan utama Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia)

Ketika di Perang Dunia Kedua tercetus, Askar Timbalan Setia Johor tidak dikerahkan oleh Markas Gerakan Tanah Melayu di bawah pimpinan Lt. Jen. A. E. Percival sebagai sebahagian daripada pasukan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Apabila pasukan Tentera Jepun memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan Askar Timbalan Setia tidak memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang Tentera Jepun.

Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :

  1. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail – Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
  2. Tun Hussein Onn – Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
  3. Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail – Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
  4. Dato Onn Jaafar.
  5. Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926

p/s – Bangga menjadi anak muda berketurunan Johor! Teringin sekali untuk berkhidmat di bawah panji-panji angkatan tentera ini.


RUSUHAN BOLA SEPAK; SATU ULASAN

Selain dari agama yang mengajak kepada kebaikan dan memberi pedoman kepada manusia supaya hidup dalam keadaan yang tenteram serta meyatupadukan manusia dengan mengajak kepada kebaikkan dan meninggalkan keburukkan,  sukan adalah salah satu cara untuk mengintegrasikan perhubungan sesama manusia dan mengajak menusia berbaik-baik.

Sukan sepatutnya menyatukan kita semua yang berasal dari pelbagai kaum, agama, bangsa mahupun negara. Kerana sukan itu tercipta adalah untuk memberi peluang kepada kita semua umat manusia berinteraksi dengan lebih baik dengan satu kelainan yang lebih prolifik. Lihat sahaja di mana jua acara sukan tidak kira kecil atau besar, setiap lapisan masyarakat akan bersama-sama menyokong sesuatu acara atau apa jua “team” yang mereka minati untuk menjadi juara. Justru, kenapa masih ada manusia yang bermentaliti rendah, IQ sifar serta telalu mengikut emosi dan mudah terpengaruh atas bisikan-bisikan jahat untuk menyerang sesama sendiri dan bergaduh dengan yang lain demi menegakkan benang yang basah?

Baru-baru ini, negara kita  digemparkan buat ke sekian kalinya dengan tragedi rusuhan antara penyokong ketika perlawanan antara Selangor dan Kelantan (baca; ini bukan kali pertama). Tragedi tersebut yang berlaku pada suku akhir pertama sehingga menyebabkan perlawanan tertangguh seketika telah menjadikan stadium Shah Alam bertukar menjadi gelanggang Gladiator di mana menyaksikan peperangan antara satu puak dengan satu puak yang lain. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama yang dicemari dengan insiden perang lempar-melempar botol air, membakar mercun sehingga mencederakan seorang petugas perubatan dan saling menyerang penyokong di dalam dan luar stadium.

Kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku kerana penyokong dari kedua-dua belah pihak harus menjaga imej negeri masing-masing dan tidak sewenang-wenangnya bertindak ganas yang boleh mengancam keselamatan penonton lain yang turut hadir. Para penyokong yang hadir seharusnya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pasukan masing-masing dan bukannya melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga mengganggu fokus pemain.

Mereka sewajarnya tidak terlalu berani dengan menimbulkan pelbagai masalah dan sengaja mencetuskan huru-hara dengan melancarkan sebarang tindakan yang boleh menguris hati penyokong lawan dan akhirnya boleh mengakibatkan keganasan. Kebiasaannya, keadaan ini berlaku akibat dari provokasi antara kedua-dua penyokong menyebabkan keadaan menjadi tegang sehingga berlaku insiden sedemikian.

Satu undang-undang khusus perlu digubal bagi mensabitkan penyokong bola sepak yang membakar mercun, membaling botol dan mencetuskan pergaduhan dengan kesalahan jenayah dan dijatuhi hukuman penjara. Undang-undang sedia ada dilihat tidak mampu mendisiplinkan para penyokong bola sepak terutama penyokong fanatik. Jadi, tindakan undang-undang yang lebih tegas adalah wajar dipraktikan kepada sesiapa sahaja yang dilihat membakar mercun, membaling botol dan mencetus pergaduhan sehingga mengganggu perlawanan dan membahayakan orang ramai lalu didakwa di bawah akta kesalahan jenayah. Sesiapa sahaja yang didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut perlu dihukum penjara selama enam bulan dan didenda RM1,000 bagi menginsafkan mereka.

Gambar hiasan; rusuhan bola sepak tempatan

– – – – – – – PPPffttt – – – – – – – –

Aku kadang-kadang terfikir, kenapa mereka semua terlalu obses untuk bergaduh hingga sanggup mencederakan orang lain tanpa hati perut dan belas kasihan? Adakah mereka tahu, siapa yang mereka gaduhi itu? siapa yang mereka pukuli itu? Bapa siapa dan anak siapa? Jika mengakibatkan kematian, siapa yang akan dipersalahkan? Apa pula yang akan terjadi kepada keluarga mangsa? Kenapa begitu dangkal sekali pemikiran mereka? Tidak lihatkah mereka, yang mereka cercai itu, pukuli itu, keji dengan hamburan kata-kata kesat itu adalah mereka yang terdiri daripada insan yang punya sama kulit, sama warna rambut malah ber”bin” kan si polan. Mereka adalah dari kaum yang sama, agama yang sama, mungkin juga punya talian persaudaran! Oleh kerana tidak puas hati dengan sesuatu insiden di padang, mereka sanggup bertindak liar dan membuta tuli hingga sanggup untuk berbunuh sesama sendiri!

Bila kejadian ini berlaku, aku hanya mampu bergelak dan tersenyum sinis sahaja dengan melihat kedangkalan serta kekuno-an sikap dan aksi mereka. Malah jauh disudut hati bagi mereka yang berfikiran waras apabila melihat aksi sebegini akan lebih enjoy jika rusuhan yang pada mulanya kecil, bertukar menjadi skala besar-besaran sehingga merebak ke luar stadium (baca; perang skala besar-besaran). Biarlah mereka bergaduh, bergaduh sesama sendiri. Rugi masa dan rugi segalanya.  Kita boleh lihat peperangan zaman kuno yang bersenjatakan batu, kayu dan mercun (baca; bom mini) digunakan. Ini boleh juga digambarkan seperti peperangan ketika zaman dahulu kala, ketika zaman kekaisaran Rom di mana negara yang kuat akan mendominasi negara yang lemah. Terbayang-bayang juga aku, jika setiap penyokong yang bergaduh dalam “perang mini” ini dibekalkan kostum seperti kostum baju tentera Rom, pedang, perisai dan sebagainya. Mungkin filem 300 yang baru boleh diilhamkan di sini, di stadium bola sepak di negara kita. Jadi, sampai bila agaknya sikap penyokong-penyokong ini akan berubah?

“Mungkin apabila bola sepak ini lenyap satu hari nanti dari dunia…..barangkali”

Kenapa aku katakan begini?

Ini kerana, hanya pernyokong-penyokong bola sepak sahaja yang sanggup bermati-matian bertempur sesama sendiri. Pernah kamu lihat penyokong skuad gimrama bergaduh? atau pernah kamu melihat penyokong sukan golf bertempur? Hanya penyokong-penyokong bola sepak sahaja yang begitu, bukan sahaja di Malaysia, malah di segenap sudut dunia!

Tapi, mahukah kamu lihat dunia tanpa bola sepak? Dunia tanpa Piala Dunia? Dunia tanpa Liga Inggeris? Dunia tanpa kelab Liverpool? Dunia tanpa bintang-bintang Inggeris? Dunia tanpa TM Liga Malaysia? Adakah kamu mahu melihat Rooney bermain golf, atau menggantung boot bolanya? atau Torres menjadi tukang masak di kedai-kedai makanan segera? Sanggupkah kamu melihat stadium Shah Alam ditukar menjadi Litar trek berbasikal, gelanggang skuasy atau dijadikan gelanggang badminton (baca; atlit dari sukan ini banyak menyumbang untuk mengharumkan negara jika dibandingkan dengan sukan bola sepak) atau mungkin juga digunakan untuk pembangunan sukan konda-kondi? Siapa tahu….

Jadi, wahai penyokong-penyokong bola sepak semua, jika kamu cinta dan sayang sukan ini….janganlah kamu bersikap kebudak-budakan, dukunglah semangat kesukanan bukankah kalah dan menang itu adat bertanding?

p/s – Adakah kita mahu bola sepak negara menjadi seperti di Amerika Latin sehingga rusuhan bola sepak berakhir dengan pembunuhan antara sesama penyokong?


THE AXE EFFECT

Kisah monolog dalaman antara aku (AKU 1) dan aku yang satu lagi (AKU 2).

Tinggal seorang diri di rumah satu perkara yang membosankan, iyalah….tiada siapa untuk teman berborak, bergurau senda, pukul-mumukul, gusti-menggusti dan wrestling. Bosan. Bangun pagi sahaja sekitar jam 6.30 pagi, satu suasana hening dan sepi menerjah. Bunyi cengkerik pun tidak kedengaran. Ayam tidak berkokok, anjing tidak menyalak. Gosok-gosok mata dan bermonolog dalaman.

AKU 1 – “Haishhh…..kalau aku dah kawinkan bagus…sekurang-kurangnya aku punya teman saban hari

Begitulah cara hidup bujangan…bangun pagi tiada siapa di sisi. Sarapan pagi tidak tersedia. Mandi pagi seorang diri. Aku perlukan teman!

AKU 2 – “Sabarlaa….lagi beberapa bulan je lagi kau akan bernikah!

AKU 1 – “Sabar? Untuk tahan sabar aku perlu kuatkan iman….tapi iman aku bukannya kuat mana..senipis kulit bawang! Tapi masih boleh diharap…”

AKU 2 – “Sudah….mohla kita keluar dan mencari sarapan, mungkin di restauran nanti, kau akan dapat mencuci mata yang dimasuki habuk tu”

AKU 1 – “Makan di mana? kedai makanan pantas atau warung-warung tepi jalan?”

AKU 2 – “Adalaaaa….aku ada port baik buat kau yang kesepian ni….haha!”

– – – – – – PPPfffttttt – – – – – – –

AKU 1 – “Kak, kasik nasi kerabu dan daging ni…saya duduk meja sana k!”

AKAK – “Ok, air apa dik?”

AKU 1  – “Bagi air suam je lah….”

Tiba-tiba…

AKU 2 – “Wehh….anak akak tu cun doww…inilah masanya, p mintak nombor telefon….”

AKU 1 – “Malaslah…kau pergi mintak, lepas tu bagi aku!”

AKU 2 –  “Chaittt…..jangan harap aku nak bagi kau….wehh, kau tengoklah…dari tadi dia dok usha kau je….baik kau cepat sebelum dikebas!”

AKU 1 – “Biarlah kena kebas, aku pun dah nak kahwin dah lagi 2,3 bulan ni….malaslah!”

AKU 2 – “Ok, up to u bro!”

– – – – – – – PPPffttttttt – – – – – – –

ADIK COMEL – “Bang, ni makanan dan air minumnye…

AKU 1 – “Berapa semua..??”

ADIK COMEL – “Nah, ada kat kertas tu bilnye….”

AKU 1 – “Ape ni dik? 012-3754725? Ni nombor telefon bukan bil….”

ADIK COMEL – “Ni nombor telefon saya…semua sekali 5 hengget je…”

AKU 1 – “Terima kasih!”


 

 

 

 

Gambar hiasan; Inilah AXE Effect!

p/s – Terima kasih wangian AXE..tak sia-sia aku menyemburkannya ke badan! The AXE Effect!


TRANSFORMERS 3; THE DARK MOON

Micheal Bay sudah lama bersedia untuk mengarahkan Transformers 3

Transformers: The Dark Moon adalah filem ketiga dalam filem seri Transformers , diarahkan oleh Michael Bay dan diterbitkan oleh Steven Spielberg. Ini adalah sekuel untuk Transformers dan Transformers: Revenge of the Fallen dan dijadualkan untuk terbit ke pasaran pada tarikh 1 Julai 2011 di Real D 3D dan IMAX 3D

Shia LaBeouf , Josh Duhamel , Tyrese Gibson , John Turturro dan Ramón Rodríguez ditetapkan untuk menjadi bintang utama, dengan Peter Cullen kembali sebagai suara Optimus Prime , dan Hugo Weaving juga kembali sebagai suara Megatron . Ehren Kruger , yang bekerja sama dalam penulisan film kedua, dikatakan lagi terlibat dalam menulis. Filem yang sudah menjadi stau fenomena dengan peranan wanita seksi sebagai “eye-candy” , kemunculan Megan Fox seperti diharap-harapkan oleh lelaki-lelaki bermata keranjang akan terpaksa dilupakan memandangkan watak ini telah dilucutkan. Dengan Fox yang membawa karakter sebagai Mikaela, kini Sam akan diberi bunga cinta yang baru, dimana wataknya akan dimainkan oleh model Inggeris Rosie Huntington-Whiteley . Penulis skrip, Roberto Orci dan Alex Kurtzman, juga tidak akan kembali untuk sekuel ketiga ini kerana nama mereka tururt digugurkan dari pengambaran filem ini.

Gambar hiasan

Gambar hiasan; Aksi-aksi ketika penggambaran

– – – – – – PPPffftttttt – – – – – – –

Kini sumber-sumber di internet semakin galak melaporkan tentang kewujudan filem robotik terbaik abad ini, Transformers. Ini diyakinkan lagi dengan aksi pengarah filem ini Micheal Bay telah melakukan siri penggambarannya di bandar Washington DC dengan beberapa aksi letupan.

Penggambaran yang bermula sekitar waktu petang di Washington DC ini dapat dilihat begitu sebuk. Ini dibuktikan dengan krew filem ini memulakan banyak persiapan dan persediaan bagi menjalankan penggambaran di Pennsylvania Ave berdekatan Bangunan Capitol. Penggambaran produksi filem “Transformers: The Dark Moon,” franchise filem Bay tentang kenderaan yang berubah menjadi robot dan bertempur sesama sendiri memerlukan waktu yang cukup lama bagi membuat persiapan. Lebih dari separuh hari disekitar kawasan tersebut bagi menjayakan produksi ini dengan kelengkapan perfileman yang lengkap seperti lampu, kren, penutupan jalan-jalan utama, dan pelbagai kenderaan dari SUV hitam ke kereta Ferari merah dalam kedudukan dan posisi masing-masing .

Gambar hiasan

Poster Transformers 3???

Autobot Baru, Ferrari 458 Itallia

Begitu ramai masyarakat awam berbaris di kaki lima –  dengan campuran pelancong, peminat dari segenap lapisan peringkat umur, tua dan muda memerhatikan dari jauh dengan harapan dapat mencuri sedikit aksi penggambaran yang sedang dijalankan. Tapi tidak ada banyak untuk dilihat. Tiada Autobots (robot baik) atau Decepticons (robot jahat). Bintang film, Shia LaBeouf, juga tidak dapat ditemui. Menurut orang awam yang menyaksikan penggambaran itu, mereka menyatakan ledakan bom, bebola api, tembakan dan lain-lain “fire blazzing” sungguh menggemparkan dan luar biasa. Ini menggambarkan bahawa jalan cerita kali ini sungguh mendebarkan dan mungkin lebih baik dari filem-filemnya yang sebelum ini. Aksi padat yang penuh letupan itu berlangsung lebih kurang 2 minit. Plot, dialog, pembangunan watak dan lain-lainya sangat membransangkan. Ini turut diakui oleh The Washington Post.

Aksi letupan ketika penggambaran dijalankan

p/s – Aku menjangkakan pasti filem ini akan ditunggu-tunggu oleh ramai peminat dan lebih aksi yang dapat menjana adrenalin! Ferrari cun tu…!! Megan Fox nampaknya tidak muncul ini filem ini kerana wataknya telah digantikan dengan model baru….Berdarah hidung beb!


RINGKASAN BAJET 2011; APA INTIPATINYA?

Tema – “Transformasi ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”

Perdana Menteri Malaysia: Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun membentangkan Bajet 2011, belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dalam usaha Malaysia bergerak ke arah mencapai negara maju menjelang 2020. Bajet itu yang menyaksikan peruntukan keseluruhan kerajaan berjumlah RM212 bilion, menggariskan pelan strategi dan projek- projek utama ke arah mentransformasi negara mencapai sasarannya.

“Bajet 2011 mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk memandu hala tuju negara, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi pula menjadi peta panduan.

“Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya, pula membentuk kerangka kerja ke arah hala tuju tersebut dan akan diterjemah melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11),’’ katanya.

*Cadangan peruntukan yang dibuat itu berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan pada 2010.

*RM162.8 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM49.2 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

*Tumpuan diberikan ke arah memenuhi keperluan rakyat dan juga memberikan insentif dan melaksanakan projek yang mampu merancakkan lagi ekonomi negara.

*Usaha membangunkan modal insan, tumpuan pada pendidikan dan kepentingan kebajikan kakitangan awam termasuk pemberian bantuan khas kewangan.

*Bajet 2011 juga mementingkan peningkatan kualiti hidup ketika negara bergerak untuk memantapkan ekonomi yang telah berkembang dengan baik.

Menurut Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi yang baik telah menyaksikan kerajaan menyemak semula kadar berkenaan bagi tahun ini kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelum ini. Tambah beliau, angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding negatif 1.7 peratus pada tahun 2009.

Najib berkata, prestasi ekonomi akan terus diupaya oleh peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan 6.5 peratus dan pembiayaan 4.9 peratus, manakala perbelanjaan pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing 15.2 peratus dan 6.7 peratus serta eksport 11.6 peratus. Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan, berkembang 6.7 peratus dan perkhidmatan 5.3 peratus. Menurut Perdana Menteri, penunjuk utama ke arah pengukuhan ekonomi domestik adalah lonjakan Indeks Komposit Bursa Malaysia kepada 1,496 mata pada 14 Oktober lalu yang merupakan antara tertinggi sejak Februari 2008.

– – – – – – PPPfftttt – – – – – –

Bajet yang effisien bakal menjadikan sebuah negara maju, aman, stabil dan “tenteram”

Menurut Perdana Menteri, Bajet ini akan memberi tumpuan kepada mentransformasi negara Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi, berpembangunan inklusif, dengan pertumbuhan mapan dengan diterajui sektor swasta dengan mendahulukan kesejahteraan rakyat. Bajet 2011 menumpukan kepada empat startegi utama berikut;

1- Membudaya kembali pelaburan swasta

  • Melalui inisiatif pembangunan projek awam-swasta
  • Pembangunan Strategi berimpak tinggi
  • Mencergaskan pasaran modal
  • Pasaran modal islam
  • Mempergiat industri modal teroka
  • Skim Amanah Hartanah Bumiputera
  • Dana pencen swasta
  • Meningkatkan industri elektrik dan elektronik
  • Mencergaskan industri minyak, gas dan tenaga
  • Memajukan industri hijau
  • Menyuburkan industri pertanian
  • Merancakkan industri pelancongan
  • Memangkin industri minyak sawit dan berkaitan
  • Meningkatkan prestasi industri teknologi maklumat dan ICT
  • Menggalakkkan sektor perkhidmatan perniagaan
  • Pembangunan koridor dan wilayah
  • Menggalakkan industri R&D&C
  • Menambah baik perundangan Insolvensi
  • Memajukan lagi industri kreatif
  • Memperkukuhkan kedudukan kewangan negara

2- Membangunkan modal insan;

  • Mempergiat usaha menarik bakat
  • Tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti
  • Memperlua akses kepada pendidikan berkualiti
  • Memperkasa pendidikan awal
  • Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah
  • Memperkasa pengajian tinggi
  • Mempergiat program latihan dan kemahiran
  • Program latihan 1Malaysia
  • Meningkatkan produntiviti kerja
  • Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi
  • Pembangunan sukan negara

3-Mensejahterakan hidup rakyat

  • Membantu golongan kurang bernasib baik
  • Meningkatkan pemilikan rumah
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
  • Meringankan bebanan hidup rakyat
  • Menghargai sumbangan pemimpin masyarakat
  • Pembangunan orang asli dan pribumi
  • Mengurangkan kos pengangkutan
  • Memperluas perkhidmatan kesihatan awam
  • Membenteras jenayag, menjamin kesejahteraan awam
  • Memperkasa peranan badan bukan kerajaan (NGO)
  • Pemuliharaan alam sekitar
  • Tangggungjawab sosial koporat

4-Memantapkan penyampaian perkhidmatan awam

  • Mempermudah berurusan dengan agensi kerajaan
  • Memperkemas sistem penilaian prestasi
  • Menghargai sumbangan penjawat awam

– – – – – – PPPPffttttt – – – – – –

Sekadar gambar hiasan

Berikut adalah intipati Bajet 2011; ini berdasarkan kepada empat strategi yang telah dinyatakan di atas.

* Pembinaan projek bersepadu “Warisan Merdeka” dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

* Menubuhkan “Talent Corporation” di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

* Mewujudkan “Portal 1Malaysia Pengguna Bijak”.

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.

* Melancarkan Dana Pencen Swasta.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

– – – – – – PPPfftttt – – – – – – –

Sekadar gambar hiasan; kakitangan awam merupakan pelaksana bagi dasar-dasar kerajaan

Ini sekadar ringkasan dari Bajet 2011 sahaja, dan ianya telah di dapati dari sumber-sumber MOF dan akhbar-akhbar utama. Aku cuma nak mengulas berkaitan Strategi ke-empat, iaitu memperkasa perkhidmatan awam. Agak terkilan kenapa tidak ada peruntukan bajet kepada kakitangan awam yang sedang berkhidmat di dalam agensi kerajaan atau jabatan kerajaan atau di bawah Kementerian yang sehingga kini masih berjawatan kontrak, sementara atau dibawah skim khidmat singkat. Mereka juga adalah penggerak dan juga sebagai pelaksana kepada dasar-dasar kerajaan sama seperti kakitangan awam yang berstautus tetap lain. Tetapi kebanyakkan mereka tidak memperolehi keistimewaan seperti kakaitangan yang berstatus tetap dan sah jawatannya. Ada di kalangan mereka memiliki ijazah, master tetapi membuat kerja-kerja pengkeranian bergred 17 di bawah skim kontrak atau khidmat singkat, malah tidak segan aku katakan ada dikalangan mereka walaupun menjawat jawatan sebagai Pegawai bergred 41 tetapi masih berstatus kontrak walaupun sudah berkhidmat lebih dari 5 tahun!

Jadi, bagi aku adalah wajar pihak Kerajaan meneliti setiap aspek berkaitan hal ini, memandangkan isu ini adalah satu isu yang agak kritikal buat masa kini. Ini kerana, setiap daripada mereka (baca; kakitangan kontrak/sementara/khidmat singkat) merasa tidak selamat dari segi kewangan, masa hadapan dan juga untuk membuat sebarang pinjaman serta lain-lain. Keadaan seperti ini akan merendahkan moral mereka untuk bekerja dan oleh kerana itu kadar keluar-masuk dalam sesuatu jabatan kerajaan adalah tinggi dan ini adalah satu masalah juga kepada sesuatu agensi kerajaan kerana bakal kehilangan kakitangan yang berkemahiran serta sudah faham akan sistem prosidur kerja yang ditetapkan (baca; brain drain). Jika pengambilan kakitangan baru dilakukan, ianya bakal melibatkan kos kembali dari segi masa untuk memberi latihan kepada kakitangan baru bagi memahamkan segala skop kerja dan prosidurnya.

Ramai di kalangan kakitangan ini (baca; kakitangan kontrak/sementara/ khidmat singkat) ini adalah bekas graduan IPT yang meminjam PTPTN. Pinjaman ini perlu dibayar dan yang menjadi isu sekarang, bagaimana mereka hendak membuat bayaran balik sedangkan pekerjaan yang mereka dapat cuma berstatus kontrak dan tiada satu “klausa” atau jaminan kepada mereka akan kekal dalam perkhidmatan itu selama beberapa tahun lagi. Kebanyakan kakitangan seperti ini jika diterima bekerja akan menandatangani borang perjanjian dengan agensi kerajaan atau kementerian atau jabatan kerajaan mengenai perjanjian perkhidamatan mereka. Ada klausa dalam perjanjian tersebut menyatakan seperti berikut.

Perkhidmatan tuan boleh ditamatkan atau diberhentikan oleh agensi ini pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab melalui surat bertulis dan akan dibayar dengan sebulan gaji” (Penyataan ini adalah sekadar contoh sahaja akan tetapi ianya memang wujud…bagi mereka yang menjawat jawatan sebagai penjawat kontrak/sementara/khidmat singkat pasti pernah membaca ayat seperti ini)

p/s – Justru, bagaimana jika tiba-tiba mereka diberhentikan? Apa sumber lain yang akan mereka perolehi untuk membayar kembali pinjaman PTPTN? Ini sekadar satu isu sahaja, dan banyak lagi isu berkaitan hal ini boleh diketengahkan. Mungkin di lain entri akan aku kupaskan. Terlampau panjang entri kali ini. Bersambung….


KELUARGA ROTHSCHILD BIL.3

Ini merupakan kesinambungan dengan siri entri sebelum ini berkaitan keluarga Rothschild. Sebelum ini, aku ada menulisnya di sini. Jadi, teruskan membaca keluarga yang kaya dengan menguasai separuh kekayaan dunia hasil dari manipulasi dan lain-lain kerja jahat.

Di akhir dari abad tersebut, sebuah zaman yang dikenal sebagai “Zaman Keluarga Rothschild,” Ini kerana keluarga ini mengawal separuh dari kekayaan dunia.

Dalam Konggres Vienna yang berlangsung antara September 1814 sampai Jun tahun ini, Rothschild menyampaikan keinginannya untuk membentuk Pemerintahan Dunia, yang akan memberikan mereka mengawal politik mutlak atas kebanyakan dari negara-negara di dunia. Namun, Tsar Alexander I dari Rusia, yang tidak mengizinkan Rothschild untuk mendirikan bank pusat di Rusia, tidak bersetuju dengan rencana tersebut, sehingga rencana Pemerintahan Dunia Rothschild terhalang.

Nathan Rothschild kemudian bersumpah bahwa suatu hari dia ataupun keturunannya akan menghancurkan seluruh keluarga Tsar Alexander I dan keturunannya. Malang bagi dunia, 102 tahun kemudian keturunan Rothschild membiayai Bolsheviks dan memenuhi janji ini.

1816 : Konggres Amerika akhirnya bersetuju dengan pendirian bank pusat Amerika berikut, Second Bank of the United States, yang mendapat konsesi perjanjian selama 20 tahun. Perang Inggris dengan Amerika pun berakhir dengan ribuan orang menjadi korban dalam perang demi Rothschild untuk mendapatkan banknya.

1818 : Setelah Perancis mendapatkan pinjaman besar pada tahun 1817 untuk membangun kembali Negara mereka pada pasca perang Waterloo, Rothschild membeli surat hutang pemerintah dalam jumlah yang sangat besar dan membuat harganya melambung. Pada 5 November mereka menjual besar-besaran di bursa saham dan menyebabkan nilai surat hutang tersebut jatuh bebas dan membawa Perancis ke kandah ekonomi yang teruk dan turut dikenali sebagai “kepanikan kewangan Perancis”. Keluarga Rothschild kemudian masuk kembali ke pasaran dan mengambil kawalan atas bekalan matawang Perancis. Ini adalah tahun yang sama di mana Rothschild berhasil meminjamkan 5 juta pound kepada pemerintahan Prussia.

1821 : Kelmann (Carl) Mayer Rothschild dihantar ke Naples, Italy. Dia kemudian melakukan banyak transaksi perniagaan dengan Vatikan dan Paus Gregory XVI. Setiap kali Paus menerima Kalmann, dia akan memberikan tangannya untuk dicium, bukannya jari kaki seperti kebiasaan umumnya, yang menunjukkan betapa besarnya pengaruh Kalmann di Vatikan.

1822 : Raja Austria menanugerahi kelima-lima Rothschild bersaudara dengan gelar Baron. Nathan Rothschild memutuskan untuk tidak menerima gelar itu.

1823 : Keluarga Rothschild mengambil alih operasi kewangan Gereja Katolik, di seluruh dunia.

1830 : David Sassoon, seorang bankers Yahudi, dan juga agen opium dari Rothschild di Cina, Jepun, dan Hong Kong, berhasil menyelundup 18.956 peti opium ke wilayah ini. Perniagaan ini menghasilkan keuntungan jutaan dollar bagi Rothschild dan Kerajaan Inggeris.

1832 : Presiden Amerika Andrew Jackson memperkenalkan slogan “Jackson And No Bank!” Dia ingin mengawal sistem kewangan di Amerika supaya lebih memihak di tangan rakyat, bukan di tangan bankers (Rothschild).

1833 : Rothschild memperketat penawaran wang Amerika dan memperkuatkan tekanan ekonomi. Presiden Jackson yang mengetahui apa maksud dari tindakan ini kemudian berkata,

“Kamu semua penjahat yang hina, saya akan mengusir kamu semua, demi Tuhan, saya akan mengusir kamu semua.”

1834 : Pimpinan revolusi Italy, Giuseppe Mazzini, dipilih oleh Illuminati untuk menjalankan program revolusinya dan menjalankan tugas ini sampai dia meninggal tahun 1872.

1835 : Percubaan pembunuhan Presiden Jackson gagal.

Rothschild mendapatkan hak quicksilver di Almaden, Sepanyol. Transaksi ini adalah konsesi pertambangan terbesar pada zaman itu dan kerana quicksilver adalah komponen utama untuk penyaringan emas dan perak, maka Rothschild secara virtual mendapatkan hak monopoli dunia.

1836 : Presiden Jackson berhasil menutup bank pusat Amerika, perjanjian bank mereka tidak diperbaharui.

Nathan Rothschild meninggal dunia dan kawalan atas banknya, N.M. Rothschild & Sons diberikan kepada adiknya, James Mayer Rothschild.

Penyelundupan opium di Cina oleh organisasi David Sassoon mencapai 30.000 peti per tahun, dan mulai mencipta satu fenomena iaitu “epidemik opium” di daratan Cina.

1837 : Rothschild mengirim August Belmont, seorang Yahudi Ashkenazi lainnya, untuk menyelamatkan kepentingan perbankan mereka setelah dikalahkan Presiden Andrew Jackson.

Sebuah istana Rothschild

1839 : Pemerintahan Cina memerintahkan penyitaan opium dan membuang 2.000 peti opium ke sungai. David Sassoon segera menghubungi Rothschild dan hasilnya Kerajaan Inggeris segera mengirim tenteranya melawan tentara Cina (Perang Opium). Perang tersebut berakhir tahun 1842 dengan ditandatanganinya Perjanjian Nanking. Beberapa butir dari perjanjian tersebut antara lain:

* Legalisasi perdagangan opium di seluruh daratan Cina.

* Bayaran pampasan sebanyak 2 juta pound kepada David Sassoon atas opium yang dibuang ke sungai.

* Penguasaan beberapa teritorial (pulau) Cina oleh Kerajaan Inggeris.

1840 : Rothschild menjadi broker logam Bank of England. Mereka kemudian juga mendirikan cabang di California dan Australia.

1844 : Salomon Mayer Rothschild membeli United Coal Miners di Vitkovice dan Austro-Hungarian Blast Furnace Company, itu adalah salah satu dari10 transaksi paling berpengaruh di dunia industri global saat itu.

Benjamin Disraeli, seorang Yahudi Askkenazi (yang dua kali menjawat sebagai Perdana Menteri), menerbitkan Coningsby, di dalamnya dia menggambarkan Nathan Rothschild sebagai berikut,

“Raja dan Tuan dari pasaran wang di dunia, dan tentu saja Raja dan Tuan atas segala yang lain. Dia memegang pendapatan dari Itali Selatan dalam bentuk gadai, dan semua Raja serta Menteri di seluruh dunia ada di bawah kendalinya.”

1845 : Presiden Andrew Jackson meninggal.

Jacob (James) Rothschild (yang menikahi kaum kerabatnya, Betty, putri dari saudaranya sendiri, Salomon Rothschild) memenangkan kontrak untuk membangun jalur kereta api terbesar. Rel ini dinamai Chemin De Fer Du Nord yang menghubungkan Paris ke Valenciennes dan kemudian bersatu dengan jaringan rel Austria yang dibangun oleh saudaranya (Salomon Rothschild).

1847 : Lionel De Rothschild menikahi putri dari pakciknya (Kalmann), dan terpilih menjadi anggota parlimen di London.

Salah satu persyaratan untuk memasuki parlimen adalah melakukan sumpah untuk setia sebagai Kristiani. Lionel Rothschild menolaknya dan kerusi dia di parlimen tetap kosong selama 11 tahun kemudian sampai peraturan baru tentang sumpah parlimen diperbaharui. Bagaimana dia boleh mempertahankan kerusi yang tidak dipegangnya di parlimen selama 11 tahun?

1848 : Karl Marx, seorang Yahudi Ashkenazi, menerbitkan “The Communist Manifesto.” Pada saat yang bersamaan, Karl Ritter dari Universiti Frankfurt sedang menulis sebuah antitesis yang akan menjadi basis Freidrich Wilhelm Nietzsche untuk memulai “Nietzscheanisme,” yang kemudian dikembangkan menjadi Fasisme dan akhirnya menjadi Nazisme yang digunakan untuk menjalankan Perang Dunia I dan II.

Marx, Ritter, dan Neitzsche semuanya dibiayai dan bekerja atas instruksi keluarga Rothschild. Gagasan mereka adalah dengan menciptakan perbedaan ideologi, mereka boleh memecah-belah semakin banyak manusia, memancing mereka menuju pertengkaran, mempersenjatai mereka dan membawa mereka ke medan perang untuk saling membunuh, dan pada saat yang bersamaan menghancurkan semua institusi politik dan agama, rencana yang sama yang dimulai oleh Weishaupt tahun 1776.

1849 : Gutle Schnaper, isteri dari Mayer Amschel Rothschild meninggal. Sebelum meninggal dia berkata,

“Bila anak-anaku tidak menginginkan perang, maka tidak akan terjadi perang.”

1852 : N.M. Rothschild & Sons mulai mencetak emas dan perak untuk Royal Mint dan Bank of England dan pembeli antarabangsa lainnya.

1854 : Caroline Stern, isteri Salomon Rothschild, meninggal.

1855 : Amschel Mayer Rothschild meninggal. Salomon Mayer Rothschild meninggal. Kalmann Mayer Rothschild meninggal.

1858 : Lionel De Rothschild akhirnya menduduki kerusinya di parlemen setelah peraturan tentang sumpah Kristiani diperluas ke agama lainnya. Dia menjadi orang Yahudi pertama yang duduk di parlimen Inggris.

1861 : Presiden Abrahan Lincoln mencari pinjaman dari bank New York. Atas pengaruh dari Rothschild, bank-bank menawarkan pinjaman dengan bunga sangat tinggi, 24 sampai 36%.Lincoln memutuskan untuk mencetak wng bebas hutangnya sendiri.

1862 : Bulan April, $449.338.902,- wang bebas hutang dicetak dan diagihkan di dalam pasaran. Lincoln berkata,

“Kita memberikan rakyat di Republik ini berkat terbesar yang pernah mereka miliki, wang kertas milik mereka untuk membayar hutang-hutang mereka.”

1863 : Presiden Lincoln mengetahui bahwa Tsar Russia, Alexander II (1855 – 1881) juga memiliki masalah dengan Rothschild karena tidak mengizinkan usaha mereka untuk mendirikan bank pusat di Rusia. Tsar kemudian membantu Lincoln dengan mengirim kapal perangnya di San Fransisco sebagai peringatan bagi Inggris dan Perancis untuk tidak ikut campur dalam perang saudara Amerika.

Bank Rothshild di Naples, Italy, C.M. de Rothschild e figli, ditutup kerana kekangan Italy. Rothshild menggunakan salah seorang anggotanya, John D. Rockefeller untuk mendirikan sebuah perusahaan minyak bernama Standard Oil, yang akhirnya mengambil alih semua pesaingnya.

1865 : Di depan Konggres, Presiden Lincoln berkata,

“Saya menghadapi dua musuh besar, pasukan Negara Bahagian Selatan di depanku, dan institusi kewangan di belakangku. Dari keduanya, yang di belakangku itulah yang paling berbahaya.”

Tanggal 14 April, Lincoln mati dibunuh, 2 bulan sebelum berakhirnya perang saudara Amerika.

Keturunan keluarga Rothschild, Jacob Schiff, menuju Amerika pada usia 18 tahun, dengan arahan untuk mendirikan sebuah bank pusat kembali di Amerika. Misi Jacob adalah sebagai berikut:

1. Mengawal sistem kewangan Amerika dengan mendirikan bank sentral.

2. Temukan orang-orang, yang bila dibayar, akan melayani tujuan Illuminati dan mempromosikannya di pemerintahan Federal, Kongres, Kejaksaan, dan agen-agen federal lainnya.

3. Ciptakan perselisihan di dalam negara, terutama dengan mensasarkan para kulit putih dan kulit hitam

4. Ciptakan gerakan penghancuran agama di Amerika, terutama agama Kristiani. Nathaniel de Rothschild menjadi anggota parlimen untuk Aylesbury di Buckinghamshire.

1868 : Jacob Mayer Rothschild meninggal, tak lama setelah membeli Chateau Lafite, satu dari empat estate paling mahal di Perancis. Dia adalah anak terakhir dari Mayer Amschel Rothschild yang meninggal.

1870 : Nathaniel de Rothschild meninggal.

1871 : Seorang Jeneral Amerika bernama Albert Pike, yang telah menjadi anggota Illuminati atas pengaruh Guiseppe Mazzini, menyelesaikan cetak birunya untuk rancangan tiga perang dunia mendatang.

Perang dunia I adalah perang untuk menghancurkan Tsar Rusia, seperti yang pernah dijanjikan Nathan Rothschild tahun 1815. Tsar akan digantikan oleh komunisme yang akan digunakan untuk menyerang agama, terutama Kristiani. Perbedaan antara Inggris dan Jerman akan digunakan sebagai penyebab perang ini.

Perang dunia II didasari oleh kontroversi antara Fasisme dan politik Zionisme dengan pembunuhan orang Yahudi sebagai pemancing kebencian orang terhadap Jerman. Perang ini dirancang untuk menghancurkan Fasisme (yang juga dirancang Rothschild) dan meningkatkan pengaruh politik para Zionist. Tujuan lain adalah untuk meningkatkan pengaruh Komunisme ke level yang bisa menandingi kekuatan Kristiani.

Perang dunia III dirancang dengan menciptakan kebencian terhadap dunia Muslim dengan menempatkan mereka untuk berperang melawan kekuatan Zionist. Saat itu terjadi, negara-negara lain di dunia akan terpaksa berperang satu sama lain dengan menyebabkan kehancuran bagi mental, fizik, spiritual, dan ekonomi mereka.

Pada 15 Ogos tahun ini, Albert Pike menulis sebuah surat (sekarang dikatalogkan di British Museum) kepada Guiseppe Mazzini di mana dia berkata,

“Kita perlu melepaskan para nihilis dan atheis dan kita akan memprovokasi sebuah katalis besar sosial yang mana akibatnya akan ditunjukkan dengan jelas kepada semua negara. Mereka akan merasakan efek absolut dari atheisme, asal muasal dari penderitaan dan kerusuhan berdarah terbesar. Setelah itu, orang-orang akan terpaksa untuk melindungi diri mereka terhadap kelompok minoriti dari revolusioner dunia dan akan mulai membinasakan para penghancur peradaban. Para Kristiani yang saat itu akan menghadapi hilangnya semangat, kepemimpinan, dan timbulnya kegusaran terhadap keyakinan mereka, akan kehilangan arah kepada siapa mereka harus percaya, akan mendapatkan cahaya sejati lewat manifestasi universal dari doktrin suci Lucifer. Sebuah manifestasi yang mana akan membawakan sebuah pergerakan di mana Kristiani dan Atheisme, kedua-duanya akan ditaklukkan dan dihilangkan pada saat yang sama.”

1872 : Sebelum kematiannya, Guiseppe Mazzini menjadikan pimpinan revolusioner bernama Adrian Lemmy sebagai penggantinya. Lemmy di kemudian hari akan digantikan oleh Trotsky, setelah itu Stalin. Semua aktivitas dari orang-orang ini dibiayai oleh keluarga Rothschild.

1873 : Akibat mengalami kerugian, pertambangan tembaga Rio Tinto di Sepanyol dibeli oleh sekelompok orang asing, termasuk Rothschild. Pertambangan ini adalah salah satu sumber tembaga terbesar di Eropah.

1875 : Jacob Schiff mengambil alih bank Kuhn, Loeb & Co. Dia juga membiayai Standard Oil John Rockefeller, perniagaan rel kereta api Edward Harriman, dan bisnis baja Andrew Carnegie. Semuanya dengan dukungan dana dari Rothschild. Tahun ini Lionel De Rothschild memberikan pinjaman kepada Perdana Menteri Benjamin Disraeli supaya Inggeris sanggup membeli saham kepemilikan Terusan Suez dari Khedive Said, Mesir. Hal ini dilakukan karena Rothschild memerlukan akses jalan ini di bawah kendali pemerintah yang boleh mereka kawal, mereka memanfaatkan militer pemerintah untuk melindungi kepentingan bisnis mereka di Timur Tengah.

p/s – Bersambung lagi daa….