Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

HARI RAYA SELAMA SEBULAN

Entri sambungan berkaitan Keluarga Rothschild masih dalam proses pengumpulan data dan maklumat, jadi aku bercadang menulis entri berkaitan Hari Raya, memandangkan kita semua masih di dalam mood raya.

Diam tak diam, hari ini sudah jatuh tanggal 28 Syawal bersamaan 7 Oktober 2010  maka sudah hampir sebulan kita menyambut Hari Raya. Di Malaysia ini syawal di sambut selama sebulan lamanya dan seperti sudah didoktrinkan  kepada kita semua sejak dari kecil lagi kebanyakkan masyarakat melayu islam di Malaysia. Tetapi, alangkah elok dan indah dunia ini jikalau kita semua dapat bercuti dan berhari raya selama sebulan!Aku jamin, PRU akan datang pasti ramai yang mengundi Kerajaan. Bukan apa, dengan cuti yang panjang dapatlah semua masyarakat meraikannya bersama-sama sekaligus merapatkan jurang hubungan yang terpisah lama.

Jadi atas dasar apa dan pengaruh apa yang membuatkan kita semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat melayu islam menyambut Syawal selama sebulan? Doktrin siapakah itu? Siapa pencetus menifestasi ini? dan siapakah pencetus dakyah dan polemik ini? Adakah beliau boleh dianggap sebagai “perevolusi”? Dari pengamatan aku, perkara ini adalah tercetus dari propaganda lirik lagu yang dipopularkan oleh Azlina Aziz yang berjudul “Indahnya Beraya di Desa”. Lirik dan senikatanya indah, dan segala yang terkandung di dalamnya menampakkan apa yang sedang berlaku kini.Ok, mari kita lihat Lirik lagunya seperti di bawah.

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usaha ‘pakar’ hati orang tua

( korus 1 )
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

( korus 2 )
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
“Kita beraya selama sebulan”

Dari lirik lagu ini, dapat kita bayangkan akan kemeriahan sambutan perayaan di Malaysia. Sememangnya ini adalah satu lirik yang bagus kerana ia menepati ciri-ciri budaya timur dan berlatar belakangkan suasana kampung. Selain daripada mengajak kepada mengeratkan tali persaudaraan sesama masyarakat, lagu ini juga turut mengingatkan kita betapa peri-pentingnya untuk pulang dan menjenguk ibu bapa di kampung. Aku tidak mahu mengulas lebih lanjut berkitan lagu ini, kerana ianya akan membuatkan entri kali ini lebih panjang dari biasa. Penterjemahan dan intrepretasi lirik lagu kepada satu ayat penyataan cuma akan menjadikan entri ini seolah-olah seperti satu karangan.

Ok, aku sudah boldkan salah satu ayat dari lirik lagu tersebut yang menyatakan kita perlu menyambut hari raya selama sebulan, dan dari situlah kita semua didoktrinkan…tidak percaya?? Inilah ayatnya..

“Kita beraya selama sebulan”

Esok adalah penamat bagi hari raya pada tahun 2010 ini, akan tetapi masih ada rumah-rumah terbuka, pejabat-pejabat terbuka, masih kedengaran lagi lagu-lagu raya berkumandang di corong-corong radiO (terutamanya radio Era, tahniah Era!), masih ada lagi cerekarama-cerekarama raya disiarkan di TV3 sebagai contoh “Raya Musim Luruh” yang akan disiarkan pada Sabtu ini 9 Oktober 2010, masih ada lagi iklan-iklan komersial hari raya di telivision dan masih ada lagi kuih-kuih raya yang tidak habis dijual di pasaraya-pasaraya TESCO! Aku  juga difahamkan pada hari Sabtu ini masih ada lagi open house yang bakal dibuat oleh Jabatan-jabatan Kerajaan ataupun Agensi Badan Berkanun di premis masing-masing.

Lihat, betapa terkesannya lirik lagu tersebut sehinggakan raya bukan sahaja disambut selama sebulan tetapi lebih dari sebulan! Jadi, pada kamu-kamu yang tidak berpuasa..malu sahaja! Jangan pula kamu yang menyambut perayaan lebih-lebih!

p/s – Alhamdullilah atas nikmat ini…Selamat menyambut Aidiladha pula!

One response

  1. kalau cuti sebulan, tonggang langgang la malaysia. hehehe

    Oktober 8, 2010 at 12:42 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s