Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TRAGEDI 10.10.10; KEMALANGAN BAS EKSPRESS

Semalam 10.10.10 merupakan satu tarikh keramat bagi setiap pasangan mempelai yang melangsungkan perkahwinan terutamanya buat Dato’ Sheikh Muzaffar Shukor dan isteri. Semoga berbahagia hendaknya dan tahniah. Tetapi, bagi tarikh itu juga satu tragedi kemalangan yang buruk telah tercatat dalam kalender sejarah negara buat ke sekian kalinya. Ini bukan kali pertama kemalangan teruk yang melibatkan kenderaan berat seperti bas ekspress ini, malahan sudah banyak kali ianya berlaku sama ada di musim perayaan atau tidak. Tambahan lagi, setiap kali kemalangan yang melibatkan bas berlaku pasti ianya akan melibatkan kematian.

Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 40 cedera dalam kemalangan membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas. Kemalangan berlaku jam 7.12 malam apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, berkata kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan, iaitu di antara Hentian Pedas-Linggi dan Plaza Tol Simpang Ampat. “Sebahagian besar mangsa dihantar ke Hospital Tampin, Alor Gajah dan Melaka bagi memudahkan mereka menerima rawatan kerana kemalangan berlaku di lebuh raya menghala ke selatan,” katanya kepada Berita Harian malam tadi.

– – – – – – PPPPfffttttt – – – – – –

Kebetulan pada malam Jumaat yang lepas aku pulang ke kampung menghala ke Johor menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Keadaan lebuhraya pada ketika itu agak sebuk seolah-olah masih berada di musim perayaan. Oleh itu, banyklah kenderaan termasuklah kenderaan berat yang lain seperti bas dan lori. Pada malam itu, aku memandu dengan agak laju tapi masih di dalam had yang ditetapkan (sekitar 110 hingga 120 km/h) dengan menggunakan gear 7 (baca:Honda City i-vtec, 7 Speed Mood). Cuma aku agak geram dan memandang dengan jelik sikap pemandu-pemandu bas pada malam itu yang memandu dengan laju dan melulu, malahan tidak berhemah langsung.

Kenapa aku katakan begitu? Hampir keseluruhan bas ekspress pada malam itu telah memotong kenderaan yang dipandu dengan agak laju oleh aku, maka dengan itu bas yang dipandu adalah melebihi dari 110-120 km/h seperti mana had laju yang telah ditetapkan ketika di lebuhraya. Bagi bas, had lajunya mungkin kurang dari itu. Ada juga bas ekspress yang cuba memotong kenderaan lain di hadapan mereka dengan mengambil lorong kiri secara tiba-tiba! Ini membahayakan pemandu-pemandu di lorong kiri terutamanya motosikal. Bagi bas ekspress yang cuba memotong kenderaan dengan menggunakan lorong kanan, mereka tidak pula memberikan isyarat melalui signal lampu dan ada juga dari kalangan pemandu bas “mencilok” ke lorong kanan secara tiba-tiba. Ini membuatkan pemandu kereta yang memandu laju di lorong kanan terpaksa memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba dan mengejut!

Inilah antara sikap buruk segelintir pemandu bas ekspress ketika beraksi di jalan raya.  Adakah mereka tidak tahu atau pura-pura tidak faham kenderaan apa yang dipandu mereka dan “barang” apa yang dibawa oleh mereka? Mereka membawa nyawa! Bukan membawa barang-barang atau produk-produk kering dan basah seperti lori atau kenderaan berat yang lain. Sikap  dan cara pemanduan kebanyakkan pemandu bas tidak kira dari syarikat mana sekalipun kebanyakkannya hampir sama. Melulu, terburu-buru, tidak berhemah serta tidak menghormati pemandu lain ketika di jalan raya. Jika berlaku kemalangan jalan raya seperti kes di atas, siapa yang harus dipersalahkan dan apakah puncanya? Pastinya ramai pihak yang menuding sesama sendiri. Yang pastinya, keluarga mangsa kemalangan berada dalam keadaan trauma dan amat pahit untuk menerima kanyataan.

Bagi aku, punca kemalangan tiada kaitan besar dengan keadaan lebuhraya atau jalan raya serta kenderaan yang dipandu pada ketika itu (kebanyakkan bas ekspress adalah dari model yang terkini). Malah sistem jalan, petunjuk jalan, dan lain-lain sudah dipertingkat dari semasa ke semasa oleh kerajaan. Juga dengan perkembangan bidang automotif sekarang, membolehkan kita semua memandu dalam keadaan laju dan selamat. Contohnya, kenderaan-kenderaan mewah seperti BMW sudah mampu dipandu laju dengan kestabilan yang tinggi. Maka jika dikatakan keadaan lebuhraya atau jalan raya dan juga kenderaan yang dipandu (baca; sistem brek gagal berfungsi) itu adalah punca utama kemalangan, aku sama sekali tidak setuju. Jadi punca utamanya adalah pemandu, sikap semasa memandu.

Tidak seperti pemandu kenderaan berat yang lain terutamanya lori-lori besar seperti lori kontena. Kebanyakkannya lebih berhemah dan berhati-hati ketika di jalan (baca: di lebuhraya dan di jalan raya). Sepanjang perjalanan ke Johor pada malam Jumaat yang lepas, pemandu lori tidak memandu dengan agresif, malah mereka lebih suka berada di lorong kiri dan memotong jika perlu sahaja. Bukan hendak memuji sikap pemanduan mereka, tetapi itulah hakikatnya. Aku punya banyak pengalaman ketika berhadapan dengan pemandu lori di saat-saat genting. Sebagai contoh, ketika di lorong-lorong yang sempit dan agak susah untuk memotong kebanyakkan pemandu-pamandu lori akan memberi “can” untuk kita memotongnya dengan memberi signal melalui lampu isyarat. Malah ada yang lebih baik dari itu sama ada dengan memberi isyarat tangan untuk memberi laluan kepada kita untuk memotong, tidak keterlaluan juga ada di kalangan mereka sanggup ke bahu jalan semata-mata untuk memberikan laluan kepada pengguna lain untuk memotong (baca: lori simen, jentolak, lori kontena).

Setiap kali kemalangan seperti ini berlaku, sudah pasti Jawatankuasa Penyiasat ditubuhkan untuk mencari punca kemalangan. Ada juga dari kalangan ahli keluarga mangsa yang tidak berpuas hati akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyaman syarikat kerana bersikap cuai. Tetapi sampai bila perkara seperti ini akan berkahir? Siasat, siasat dan siasat….sampai bila?

– – – – – PPPffftttt – – – – – –

Sedikit cadangan dari aku….

Pada pendapat aku “enforcement” oleh pihak berwajib adalah mengikut musim dan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Keadaan ini dapat dielakkan dengan pemantauan keadaan bas yang baik, pemandu-pemandu yang terlatih, kaedah pembayaran gaji yg lebih sistematik dan tidak berpandukan jumlah trip, serta had jumlah maksimum memandu perlu diperkenalkan. Semua aspek keselamatan dan peralatan keselamatan yang sangat baik untuk dicontohi adalah melihat kepada bagaimana syarikat petroleum dan gas berjaya mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan kenderaan syarikat mereka. Mungkin ada yang berkata kerana barangan mereka adalah barangan yang berbahaya tetapi kita lupa syarikat bas membawa penumpang yang merupakan manusia bernyawa dan lebih berharga dari segalanya.

Cadangan aku kepada pihak syarikat pengusaha bas ekspress, silalah rujuk kepada syarikat-syarikat pengangkutan petroleum dan gas bagi mendapatkan ilmu serta mencontohi apa yang telah mereka lakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan. Aku yakin jika ciri-ciri kenderaan, spesifikasi dan penambahbaikan kenderaan dilakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh syarikat petroleum, perkara seperti kemalangan maut yang besar ini dapat dielakkan.

Antara contoh, pemandu mempunyai had masa untuk memandu dalam satu hari, lampu tambahan keselamatan, latihan kecekapan pemandu yang berterusan, had laju kenderaan yang dihadkan oleh pihak pengeluar kenderaan, inspection Puspakom setiap 6 bulan, pemantauan kelajuan pemandu menggunakan alat GPS, kon-kon keselamatan perlu dibawa setiap masa sekiranya kenderaan rosak, ‘tyre choke’ atau bongkah kayu penahan tayar yang disimpan didalam kotak khas, bukan sekadar membawa kayu di bawah kenderaan dan jatuh kejalan raya apabila kenderaan terhentak melanggar lubang yang juga bakal melibatkan kemalangan lain. Ini merupakan sebahagian dari perkara-yang boleh dilakukan dan sekiranya perlu, pihak berkuasa pergilah berjumpa pihak syarikat pengangkutan petroleum dan gas untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.  Selain itu had laju bas juga perlulah dihadkan kepada 90 km/h sahaja. Mungkin dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat mengelakkan kemalangan dari berlaku.

p/s – Di sebalik 10.10.10 ada yang gembira, ada yang berduka. Sama-sama beringat. Takziah diucapkan.

Ulasan dan pandangan aku tulis di sini.

20 responses

  1. mmm…kalau 90km lmbt la nak smpai..better naek tren ke flight ke..heee..tp da ajal dorg kn…eksiden 2 sbb penyebab je..klo da ajl kt mane2 pn bole…

    Oktober 11, 2010 at 11:11 am

    • faerrin

      bak kata pepatah orang-orang tua “biar lambat, asalkan selamat”

      Oktober 11, 2010 at 11:59 am

    • Zakaria

      Kalau dah rasa perlu cepat naik lah flight macam hang cakap tu tapi jangan kata 90 km tu tak laju …

      Oktober 14, 2010 at 8:53 am

  2. desperadol

    driver bas bawak cam F1…cam hampeh siap bley potong time corner lg.kalo rase nk mampus cepat bwk la kete sendiri…tolol

    Oktober 12, 2010 at 12:15 am

  3. kesian mangsa2 yg terlibt..sepatutnya si pemandu kenderaan awam harus di berikan latihan yg secukup nya…kerana meraka lah yg menjaga nyawa penumpang penumpang dalam bas tersebut…takziah di ucapkan kepada mereka…

    post terbaru – http://hendrastar.blogspot.com/2010/10/rokok-sepatutnya-naik-rm30-sekotak.html

    Oktober 12, 2010 at 3:44 am

  4. Pingback: TRAGEDI 10.10.10 SATU ULASAN DAN PANDANGAN | PANDANG-pandang

  5. pengguna jalan

    Pemandu bas yang gila sewajarnya dipenjarakan sahaja dan tidak dibenarkan memandu kenderaan sama ada kenderaan berat atau ringan seumur hidup. Lesen mereka wajar ditarik balik!

    Oktober 12, 2010 at 9:08 am

  6. harif

    nak buat macam mana….bila berlaku kemalangan sebegini, pihak yang berkenaan mula mengeluarkan kenyataan di media..kononnya akan merangka satu mekanisma menangani masalah ini….tetapi 2-3 bulan selepas itu senyap semula…bila berlaku kemalangan benda ini berlaku semula….dan kenyataan sama diulang2…macam kaset player….habis side A main side B…dan seterusnya…

    Oktober 12, 2010 at 10:01 am

    • bro, tak main kaset player dah…. depa guna dvd… auto repeat…

      Oktober 13, 2010 at 1:53 pm

  7. zam

    jgn serkap jarang jer kata salah pemandu.. kita tak tau cerita sebenar.. dari apa yg saya baca.. polis dah buat selidik tentang pemandu dan syarikat bas dan dapati ianya bersih dan pemandu tiada rekod jenayah… mungkin ade sbb2 lain .. wallahualam.. alFatihah dan takziah pd mangsa…

    Oktober 12, 2010 at 3:50 pm

    • Zakaria

      kalau tak laju macam mana boleh melambung ? setakat 90km dgn berat bas dan penumpang adalah mustahil boleh terbang …fikir guna akal lah sikit …Kalau tak ada rekod jenayah maka baguslah memandu ?Fikirlah sikit ,kalau kemalangan apa kena pulak dgn jenayah ?sebab apa lagi kalau bukan laju ? kalau pelahan @ berhati-hati ,ada masalah boleh berhenti dgn senang je ….laju lah tu

      Oktober 14, 2010 at 8:59 am

    • faerrin

      Tiada rekod jenayah dan pemandu “bersih” tiada kaitan dengan cara pemanduan pemandu tersebut. Etika pemanduan yang berhemah di jalan raya adalah perlu dipraktikan kepada setiap pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat, apatah lagi seperti bas yang membawa nyawa.

      Oktober 15, 2010 at 9:15 am

  8. genji

    ey,nsb bek driver bs uw da mti,klo ta wa tale2 pale die…kpdkluarga yg berknaan sy ucp takziah pd keluarga mngsa…

    Oktober 13, 2010 at 12:25 am

  9. key

    pernah naik bas.. kadang2 pemandu bas cepat mengamuk dan naik marah.. cuba bawak bersabar…

    Oktober 13, 2010 at 4:41 am

  10. iwzan

    takzaiah sa ucapkan kepada keluarga mgsa…al..fatihah….amin

    Oktober 14, 2010 at 7:38 am

  11. Salam kepada penulis,

    Saya juga ada beberapa pengalaman seperti saudara. Cuma ada sekali, saya memandu sekitar 120km/j di highway PLUS antara Ayer Hitam ke Yong Peng. Lebih kurang pukul 12.30 malam. Sebuah bas ekspress dengan selamba memotong kereta saya yang dipandu dengan kelajuan tadi. Saya dapat mengagak kelajuan bas itu pasti hampir 130 km/j.

    Saya follow cucuk angin untuk lihat nombor plat bas itu dan terus call LPKP. Tiada yg jawab, hanya voice mail. Mengenangkan sedang memandu dan sukar untuk mengirimkan SMS kpd mereka, saya tinggalkan nombor kenderaan saya, nombor handphone saya, nombor plat bas, lokasi dan juga jenis kesalahannya di voice mail tersebut.

    Tiada panggilan atau pun sms susulan selepas itu sehingga sekarang. What s broken system.

    Oktober 15, 2010 at 7:04 am

    • faerrin

      Memang, sticker LPKP sekadar satu “tempelan” yang wajib untuk dilekatkan di setiap kenderaan berat sama ada awam mahupun komersil. Masalah ini pernah didiskusikan dalam slot di TV3 dengan menjemput Pengurusi LPKP sendiri pada ketika itu. Hosnya, adalah Dato’ Manja orang besar tv3.

      Adalah diharapkan dengan tertubunya SPAD selepas ini bakal memantapkan lagi usaha untuk mengekang pemandu pelesit.

      Oktober 15, 2010 at 9:13 am

  12. assalamualaikum….
    takziah kepada mangsa kemalangan bas mahu pun keluarga mangsa…
    ape kita patot buat degan pemandu bas begini…
    hari ini ada lg bas terbabas di daerah raub pahang…

    Disember 26, 2010 at 2:26 am

  13. anonymous

    Pengalaman yang tak dapat dilupakan…. mintak share link .. terima kasih

    Jun 8, 2011 at 8:08 am

  14. takziah diucapkan…

    Jun 17, 2011 at 8:42 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s