Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

IMAGINASI KONOTASI

Sebuah entri ringan dan tidak punya sebarang moral untuk diketengahkan. Mahu lari dari bottleneck sempit minda. Jauh dari isu berat yang menjana adrenalin bergerak laju. Santai sahaja kali ini.

– – – – – – – – PPPffftttttt – – – – – – – –

Kadang-kadang kalau badan dah rasa penat dan minda pulak berat untuk membuat proses taakulan dengan baik, berbaring dengan menghadap siling rumah sambil mengira-ngira kambing biri-biri melompat pagar adalah satu perkara yang menyegarkan.  Buka sahaja tv, tapi tak payah tengok. Biarkan karektor-karektor di dalam “kotak hitam” itu beraksi hingga ke akhirnya. Dengar perbualan dan percakapan antara mereka, dengar dialog romantis antara mereka, juga dengarkan rintihan mereka. Tidak perlu dihayati kerna bakal membuatkan otak dan akal menjadi lemas. Biarkan ianya bermain dan terus bermain hingga cuping telinga merah kepanasan.

Baring dan terus baring. Biarkan rancangan “Jangan Tidur Lagi” di buka. Biarkan hosnya mencatur pergerakan rancangannya. Jika kamu mahu adventure, tutup lampu dan biarkan bergelap akan tetapi tv terus dibiarkan bermain. Cahaya yang ada sudah tentu dari terpaan tv.  Dalam cahaya yang samar-samar dan romantis buka mata dan cuba berimaginasi dengan menghadap siling.

“Ahhhhhhhhh…..Vw Polo, sambil ditemani gadis-gadis!”

Das Auto!

p/s – Mula fikir yang bukan-bukan!

One response

  1. kau tu dah nk kawin… tak de gadis2 lagi. hehehe

    Oktober 12, 2010 at 5:14 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s