Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TRAGEDI 10.10.10 SATU ULASAN DAN PANDANGAN

Aku menulis mengenai tragedi menyanyat hati di sini. Berikut adalah sedikit ulasan dan pandangan.

Ramai di antara rakyat Malaysia masih berduka dan berkongsi kesedihan dengan kes tragedi kemalangan antara yang terburuk dalam sejarah negara di mana telah mencatat 15 kematian sehingga kini. Kehilangan mereka sudah pasti diratapi oleh keluarga dan sahabat handai, malah secara tidak langsung Malaysia telah kehilangan “aset” berharga buat negara. Sebenarnya, jika diikutkan tragedi kemalangan seperti ini bukanlah yang pertama, juga bukan yang terakhir. Aku pasti dan yakin secanggih mana teknologi jalan raya dan lebuhraya di bina, secanggih mana teknologi jentera (baca; bas ekepress) dan sekuat mana undang-undang diimplementasikan tetapi jika sikap manusia (baca; pemandu bas ekspress) tidak berubah, selagi itulah kemalangan yang meragut nyawa berlaku. Memandangkan sikap pemandu bas yang tidak berhemah maka tidak hairanlah kemalangan boleh berlaku dan meragut  nyawa.

Gambar mangsa yang maut. Ihsan; Berita Harian

Sudah berapa banyak jawatankuasa siasatan diwujudkan untuk mengkaji dan mencari punca kemalangan, akan tetapi sampai sudah jalan penyelesaiannya dilihat kabur dan samar-samar.Terbaru, hasil dari siasatan awal ke atas bas ekspress yang terlibat dengan kemalangan itu, didapati bas berkenaan merupakan sebuah bas baru digunakan sejak 2007 dan ia didapati turut menjalankan pemeriksaan berkala di Puspakom pada Mei lalu.Berdasarkan laporan awal, pihak yang terlibat dalam sisatan turut mendapati tayar bas ekspres itu berada dalam keadaan baik. Antara agensi yang terlibat menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini adalah JPJ, JKJR, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Adalah diharapkan diakhir siasatan ini, pihak yang berkenaan dapat mengeluarkan satu satu solusi yang pastinya dapat mencegah dari perkara ini berulang lagi.

Ada baiknya pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dipercepatkan dalam usaha menjamin keselamatan pengguna jalan raya di negara ini. Dengan usaha ini, akta berkenaan seharusnya diperketatkan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan maut di negara ini. Keadaan ini bagi menjamin keseluruhan rakyat Malaysia untuk lebih mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya. Untuk pelaksanaannya, adalah wajar sekiranya pegawai penguatkuasa JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) diberikan kuasa yang lebih besar untuk mengambil tindakan terhadap pemandu terutamnya bagi pemandu-pemandu yang memandu secara merbahaya di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

– – – – -PPPPffftttt – – – – –

Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengetatkan syarat tertentu kepada kenderaan pengangkutan awam. Antaranya, setiap bas ekspres hendaklah diubahsuai pedal tekan minyaknya pada kadar maksimum 100 kilometer sejam sahaja.Alternatif kedua ialah adakan lampu amaran di atas bumbung dan di dalam bas itu sendiri, dengan siren amaran berbunyi apabila pemandu bas memandu melebihi had kelajuan.

Sepatutnya pengawasan operasi had laju ini bukan pada hari tertentu sahaja, tetapi hendaklah diadakan sepanjang masa. Pada setiap 20 kilometer di lebuh raya adakan pemantauan perangkap had laju. Hanya dengan cara ini kita dapat menurunkan kadar kemalangan ke tahap minimum. Nyawa orang ramai perlu diutamakan daripada membiarkan syarikat bas semata-mata mengejar keuntungan.

Di samping itu, wajibkan semua bas ekspres memasang tali pinggang keledar pada setiap tempat duduk penumpang. Terserah kepada penumpang itu sendiri untuk memakainya atau pun tidak untuk keselamatan diri sendiri.Kod amalan keselamatan pemandu-pemandu bas ekspres akan dipinda dan dikuatkuasakan secepat mungkin yang diyakini mampu menghapuskan sehingga ke tahap sifar kes pemandu ‘pelesit’.

Penguatkuasaan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di bawah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) itu meliputi pelaksanaan jadual waktu tetap bertolak dan ketibaan.Kod itu menetapkan had masa perjalanan setiap destinasi bas ekspres. Misalnya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kluang ditetapkan tiga jam, oleh itu bas yang tiba lebih awal dianggap melakukan kesalahan kerana memandu laju.

Selain LPKP, mulai hari ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis sepakat melipatgandakan operasi memburu dan memerangi habis-habisan pemandu ‘pelesit’.Tumpuannya pemandu bas ekspres malam yang kebanyakannya memandu laju dan berbahaya dari tengah malam hingga awal pagi.Selain saman dan dihadapkan ke mahkamah, lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) pemandu ‘pelesit’ terbabit akan ditarik balik manakala permit syarikat digantung atau dibatalkan.

– – – – – – PPPPffftttt – – – – – –

Sebelum ini pun sudah banyak diperkatakan di dada-dada akhbar berkaitan sikap pemandu bas (baca; bas ekspress). Sudah banyak gelaran telah diberikan. “Pemandu Pelesit”, “Bas Hantu”, “F1 Wannabe”  dan macam-macam lagi. Tetapi, sememangnya mereka memandu secara radikal di jalan raya. Dengan cara pemanduan begini, sudah ramai yang tidak mahu menggunankan perkhidmatan bas (baca; bas ekspress) untuk ke mana-mana destinasi. Sebagai alternatif, kebanyakkan pengguna lebih tertumpu kepada perkhidmatan kapal terbang, tambahan lagi ianya lebih cepat untuk sampai ke destinasi dan tambangnya kadang kala lebih murah dari perkhidmatan bas.

Pemanduan mereka (baca; pemandu bas) kebanyakkannya secara merbahaya sehinggakan ramai yang menggelarkan jalan raya kini sebagai “jerat maut”.Ketiga-tiga lorong di Lebuh Raya Utara Selatan terus menjadi medan untuk mereka bermaharajalela.Bas-bas ekspres membawa puluhan nyawa penumpang masih dipandu laju sehingga mencecah 140 km/j. Mereka terus berlumba sesama sendiri, memotong secara zig-zag, tidak berganjak dari lorong kanan dan tidak memberi isyarat bertukar laluan. Gelagat tidak berdisiplin, pentingkan diri dan memperjudikan nyawa penumpang dapat disaksikan sendiri di lebuhraya.

p/s – Aneh, ketika memandu di lebuhraya tidak pernah memotong bas, banyak bas yang memotong kenderaan ringan menggunakan lorong satu atau lorong ketiga. Ini menunjukkan semua pemandu bas ekspres memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam sedangkan kelajuan maksimum untuk bas di lebuh raya adalah 90 km sejam. Pihak berwajib bertegaslah, jangan asyik mengeluarkan saman tetapi pemandu degil masih bermaharajalela di jalan raya.

2 responses

  1. Pingback: TRAGEDI 10.10.10; KEMALANGAN BAS EKSPRESS | PANDANG-pandang

  2. Salam, saya amat bersetuju dengan anda. Pemandu bas express (especially) & pemandu lori, mentang2 depa ni besar, memandu ikut suka hati ajer…rasa nak ke kanan, baru few seconds bagi signal terus je ke lane kanan…depa ni mmg amat KURANG AJAR!

    Oktober 13, 2010 at 6:22 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s