Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

GUA LANGGAR, TAPI GUA TAK NAK BAYAR BOLEH?

Memandu secara melulu boleh membawa malang kepada pengguna jalan raya yang lain. Melalui pemanduan sebegini iaitu memandu secara melulu, merbahaya , tidak berhemah dan masuk ke laluan atau lorong orang lain tanpa sebarang signal yakni secara tiba-tiba dengan sesuka hati ianya pasti akan menyebabkan kemalangan.

Pagi tadi, seperti biasa aku meluncur dengan tenang di Lebuhraya Grand Saga untuk ke pejabat di Cheras. Ditemani dengan awan pagi dan sinar mentari yang baru hendak muncul aku memandu dengan kelajuan purata 100 km/j. Satu kelajuan yang biasa sahaja sehinggalah menghampiri tol (kelajuan dikurangkan). Akan tetapi dengan tidak semana-mena satu teksi telah masuk ke lorong yang aku lalui secara tiba-tiba.

Jadi apa kesudahannya?

Satu kemalangan kecil telah berlaku, antara aku dan teksi tadi. Tanpa lengah, aku bingkas bangun dan keluar dari kereta. Mahu lihat apa cederanya kereta aku. Calarkah, remukkah, atau pecahkah. Sampai di depan kereta, cuma calar kecil sahaja sehingglah 3 lelaki “gagak hitam” datang menghampiriku yang pada ketika itu hanya seorang diri (penumpang dan pemandu teksi tesebut). Badan mereka agak besar, lebih besar dari aku.

Lelaki 1 : Itu bumper belakang sudah jatuh, apa macam mau bikin?

Lelaki 2 : lu bayarlah….!!!

Lelaki 3 : lu langgarkan….lu bayar! kami semua tak kira!Sekarang, apa macam mau bikin?

Aku : Kawan, kasik muka sama saya laahh….lu 3 orang, wa sorang…satu-satu cakaplaaa…kita setel polis la…lu orang mau ka?

Lelaki 3: Polis? tak da..tak da..wa mao setel sini, itu bumper sudah jatuh, kasik empat ratuslah! lu langgar kan!! cibai luuu!!!

Aku: Kawan, lu mulut banyak langsi…sekarang memang wa langgar, tapi apa pasal lu masuk lorong wa? lu nampak harimau ka depan? Mau elak gajah ka depan? suka-suka lompat masuk lorong wa…kalau lu orang tak masuk (atau masuk dengan elok) wa tak langgar lu kawan!

Sementara tu Lelaki 2 tengah tawaf kereta aku.Aku cuma memerhatikan keadaan dan berhati-hati kalau-kalau sesuatu tak diingini berlaku. Takut jugak dipecahkan cermin kereta aku.

Aku: Ok ini macam la kawan, memang wa langgar lu orang…tapi wa tak nak bayar, itu semua lu orang tanggung sendiri. ok!Lu orang punya salah….bukan wa…

Lelaki 2 dan 3 sedang berbisik-bisik dan bincang sesuatu.Aku masih memerhatikan gerak geri mereka. Lelaki 1 pula sedang bertawaf di kereta aku. Haish, minat bebenor dengan Mugen aku ni!

Lelaki 2: Ok aaa kawan… banyak sori… setel sampai sini saja. Ini barang rosak, wa tanggung sendiri…sori…Itu kawan saya mood tada baik ini hari (sambil menuding ke arah lelaki 3)…

Aku : sambil bermonolog dalaman (hai…tadi bukan maen gertak-gertak, tiba-tiba kendur pulak…apa-apa pun..alhamdullilah!)

Aku : Ok, so ini lu orang kasik setel semua..(aku berlalu pergi)

Insiden kecil tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sedikit, walaubagaimanapun tragedi malang ini berlaku tidak lebih dari 10 ke 15 minit.

p/s – Mujurlah ada “sesuatu” di kereta…mungkin mereka faham, boleh setel baik, kita setel baik. Tada boleh setel baik….sendiri mau ingat…

3 responses

  1. armadrafar

    Chantek sticker kete tu…

    Oktober 14, 2010 at 4:41 am

    • faerrin

      terima kasih…

      Oktober 14, 2010 at 4:53 am

  2. G i joe

    mafia tokak keris

    Mac 8, 2011 at 6:09 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s