Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PROTON INSPIRA; SATU INSPIRASI BUAT SEMUA

“Inspira jadi Inspirasi semua model Proton di masa hadapan”


Nampaknya keghairahan dan kesabaran hampir kesemua rakyat Malaysia berkaitan kemunculan Proton Inspira telah pun berakhir dengan pengumuannya melalui berita perdana pada hari ini. Jadi, segala persoalan yang dicetuskan, rumours dan cakap-cakap berkaitan rekabentuk, nama, enjinnya dan lain-lain sudah berakhir. Aku yakin dan pasti sudah ramai rakyat di Negara kita yang begitu bersemangat untuk ingin tahu berkaitan kereta ini akan mencari-cari segala maklumat tentangnya melalui sumber-sumber rapat dari Proton sendiri atau dari internet. Dengan pelbagai spekulasi melalui namannya yang sebelum ini disebut-sebut sebagai “Wajalution” dan “Waja Lancer”. Aku boleh mengagak ramai di antara kita sudah pun mengetahui tentang nama kereta ini melalui brosur-brosur Proton Inspira yang telah pun terlepas ke tangan orang awam sebelum ini dan ada juga telah mencari rekabentuk dan design kereta ini di internet dan laman-laman blog. Jadi, tiada lagi gundah-gulana dan kekeliruan berkaitan model rebadged dari Mitsubishi Lancer EX lagi. Juga, terdapat satu berita baik buat kamu di luar sana; Proton Inspira sudah pun dibuka tempahannya oleh pihak Proton…bagi kamu yang begitu gilakan kereta Mitsubishi Lancer EX dan ingin sekali memandunya dan berlagak di jalan raya, tempahlah Proton Inspira segera!!!

Adakah Proton Inspira akan mempunyai rekabentuk yang sama seperti Mitsubishi Lancer EX?

Sudah tidak tertahan mahu memandu Proton Inspira yang seakan-akan “Lancer Jadian” ? Pergi sahaja ke Pusat Pengedar Proton yang berhampiran dan tempahlah segera! Malahan, kamu boleh membuat tempahan kereta impian ini dengan hanya membayar RM1000.00 untuk bayaran muka. Jangan berlengah lagi kerana jika kamu membuat tempahan sebelum 31 Disember 2010 kamu akan berkelayakan untuk mendapat 2 tahun (atau 50,000 km) secara percuma bernilai RM1,658 termasuk alat ganti dan kos penyelenggaraan.


Mari kita lihat ahli baru dalam Keluarga Proton ini.


“Mata” yang tersangat garang!!!


Cun!!!


Bahagaian belakang Proton Inspira, elegent!!! Proton

Proton Inspira menawarkan empat varian warna iaitu merah, hitam, putih dan perak dengan harga kereta ini bermula dari RM 79,880.00 untuk model baseline 1.8 manual hingga RM95,000.00 bagi premium model. Jadi, pengumuman harga rasmi untuk 3 varian dari Proton Inspira hanya akan dibuat pada majlis perasmian model ini bertarikh 10 November 2010. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tidak sampai sebulan pun! Proton mensasarkan untuk mendapat tempahan 1000 unit sebulan dan ini juga bakal menjadi sebuah model Proton yang hangat di pasaran.

Memandangkan Proton Inspira adalah “cetakan” dari Mitsubishi Lancer EX, jadi enjin yang diguna pakai untuknya adalah sama dengan enjin yang dipakai oleh Lancer Mitsubishi EX. Ya!!! Enjin Mitsubishi 16-valve DOHC MIVEC akan digunakan dan ianya ada 3 varian yang berbeza. Jadi kamu boleh memilih Proton Inspira dengan membuat pilihan dari perbandingan Mitsubishi 4B10 1.8 liter dengan transmisi gear, 5 kelajuan manual, atau Mitsubishi 4B10 1.8 liter dengan transmisi gear, 6 kelajuan CVT atau dari model premium 4B10 2.0 liter dengan transmisi gear, 6 kelajuan CVT. Walaubagaimanapun, Proton Inspira didatangkan dengan dengan “paddle shift” yang menawarkan pengalaman kawalan yang tiada tandingnya (Superior handling experience). Jadi, buatlah pilihan sekarang!

p/s – Nasib baik aku da pakai Honda City Mugen Vtec..kalau tidak, nak jugak aku sambar si Inspira ni! Haisshhh!!

Advertisements

9 responses

  1. kelly

    cantik,aku nk suh si pejal beli :B

    Oktober 14, 2010 at 1:17 pm

    • faerrin

      Suka2 je kao ye…

      kalao si inspira tu bukan selera dia, nak ke dia beli???

      hehe

      Oktober 14, 2010 at 1:22 pm

  2. Haz

    kete nampak cantik & menawan tp, tak tau lg isinye..anyway happy buying for proton lover.

    Oktober 15, 2010 at 1:37 am

  3. Udie

    Tringin nak beli..tp kalau aq pky inspira nie,, naty ape pmilik lancer EX ckp?? Pkr2 la sblum beli yerk..

    Oktober 17, 2010 at 6:28 pm

  4. armadrafar

    lancer 120k…

    Oktober 18, 2010 at 1:15 am

  5. desperadol

    ini kereta celop akibat comp pikir keuntungan semata2…idup kereta celop!!1

    Oktober 18, 2010 at 1:19 am

  6. nadea

    memgla celop tp xlah sejibik,xkesahla celop pun harge pun nk dkt lebih kurng + 20k je leh dpt lancer.tp ape salahnye ciplak pun,kate 1malaysia dh brtapak kt malaysia nk cilok idea xkn xbleh.

    Oktober 21, 2010 at 8:43 am

    • desperadol

      sampai bila nk celop?xde RnD ke?gla tgk nnt sebijik ke x.bumper depan je yg len

      Oktober 22, 2010 at 12:02 am

  7. macha jelebu

    kereta cun lar… tapi harga jer x cun… tungu tua baru leh pakai

    November 16, 2010 at 5:32 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s