Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ENDEK BIL. 1; KELIRU…

Ini adalah Endek yang pertama setelah Entot telah ditamatkan. Baca saja…

Mercun, bunga api, letupan dan petas begitu sinonim dengan Tahun Baru Cina di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali. Masyarakat Cina di Malaysia akan membakar mercun dan petas ketika sambutan Tahun Baru Cina. Mercun padi yang berpapan-papan akan diikat dan digantung lalu dibakar di perkarangan rumah mereka atau di bangunan pejabat sambil tarian singa dimainkan. Ini merupakan satu tradisi dan amalan bagi mereka, kononya untuk menakutkan semangat jahat.

Pada malam-malam berikutnya, mercun dibakar dan disambut dengan meriah oleh anak-anak dan orang dewasa. Boleh dikatakan suasana pada sepanjang sambutan Tahun Baru Cina amat meriah dengan bunyi mercun. Jadi, mercun dan Tahun Baru Cina adalah satu perkara yang sinonim sehinggalah pengharaman mercun oleh Kerajaan Malaysia pada pertengan 90-an. Kini, masyarakat Cina tidak begitu mempraktikan amalan membakar mercun ini. Malah, jiran-jiran berketurunan Tiong Hua di taman perumahan aku juga tidak pernah membakar mercun di perkarangan rumah mereka sepanjang perayaan itu.

Jadi, kini mercun, Tahun Baru Cina dan masyarakat Cina adalah satu antonim!

Sekadar gambar hiasan

– – – – – – – PPPfftttt – – – – – –

Deepavali menjelma, bermula dari malam semalam lagi masyarakat India sudah mula bermain mercun dan pelbagai letupan. Riuh rendah dengan mercun dan pelbagai bunga api yang mahal-mahal belaka dibakar umpama pesta dan karnival ambang kemerdekaan atau sambutan malam tahun baru. Semalam di sepanjang perjalanan ke Shah Alam, melalui lebuhraya SKVE kelihatan begitu banyak bunga api dibakar sehingga mampu menerangi angkasa di sekitar lebuhraya tersebut. Sampai di Shah Alam, juga begitu. Bunyi letupan dari bunga pai dan mercun lidi yang berpapan-papan telah dibakar malah mereka bermain sehingga larut malam membawa ke pagi. Suasana umpama peperangan. Malam ini juga begitu. Masih kedengaran lagi hiruk pikuk suara masyarakat India sedang bergembira di malam perayaan dengan bermain mercun.

Tapi, apa yang membuatkan aku berfikir sekarang adakah ini satu tradisi bagi masyarakat India Malaysia ketika Diwali atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya disambut? Adakah kini Diwali dipanggil pesta letupan?Sebenarnya, dari pengamatan aku sejak dari kecik lagi masyarakat India di Malaysia amat kurang menyambut pesta Diwali dengan mercun, tetapi entah kenapa pada akhir-akhir ini mereka begitu seronok membakarnya hingga larut malam dan menyusahkan orang lain yang hendak tidur!

* Sedikit mengenai Deepavali

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan “kolam”, hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan “kolam” ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk rumah mereka.

p/s – Aku keliru….Tolong siapa-siapa jelaskan…adakah kini mercun, Deepavali dan Masyarakat India satu perkara yang sinonim??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s