Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ISLAMIC FASHION FESTIVAL DAN ISU TUDUNG

Islamic Fashion Festival (IFF) pada tahun ini telah berlangsung di Jakarta sekitar bulan Jun 2010 yang lalu bertempat di Hotel Mulia, Senayan. Acara ini telah disokong Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, isteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, ini merupakan sebuah usaha untuk memajukan industri busana muslim di dunia. Acara yang dipelopori oleh Dato’ Raja Rezza Shah dari Malaysia selama 3 tahun ini selalu dijayakan di Malaysia, Indonesia, dan Dubai.

Berikut adalah gambar-gambar peragawati-pragawati yang tampil mengenakan fesyen dan busana masing-masing dengan pelbagai tema.

* Kesemua gambar ihsan dari Facebook Arselan

– – – – – – PPPPFFFFtttttt- – – – – – –

Lihat, betapa anggun dan cantiknya wanita-wanita di atas apabila menggayakan fesyen-fesyen terkini rekaan  pereka-pereka yang ternama. Tetapi, walau seanggun mana wanita muslim itu, walau secantik mana mereka. Aurat wajib di jaga!

Tetapi, persoalannya kini…ramai wanita-wanita muslim di luar sana tidak menitik beratkan mengenai aurat mereka. Malah mereka lebih mengutamakan fesyen rekaan barat daripada menutup aurat! Sebagai contoh, tudung.

Bertudung atau Berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

p/s – Aku sangat tertarik dengan pakaian renang muslim ini. “Burqini”

“Burqini” adalah pakaian renang yang direka khusus untuk wanita muslim

Untuk makluman, penggunaan Burqini adalah dilarang di beberapa tempat khususnya di kolam renang di Utara Itali. Datuk Bandar dari kerajaan negeri di Itali pernah menyatakan, penggunaan Burqini di kolam-kolam renang awam akan menggangu emosi kanak-kanak kecil dan mungkin memberi masalah kepada kebersihan kolam renang tersebut manakala di Paris, keadaan yang sama juga berlaku dengan larangan dikenakan kepada mereka yang memakai Burqini untuk menggunakan kolam renang. Terdapat juga papan-papan tanda “Berpakaian lengkap adalah dilarang untuk berenang” di tampal di merata kolam-kolam renang di sekitar Paris.

p/s – Jadi, nampak sangat bahawa oyang musuh-musuh islam begitu tinggi hasad dengkinya kepada kemuliaan agama ini dari segi kod etika berpakaian yang mana ianya banyak memberi kabaikan kepada setiap umat manusia dengan menjaga maruah dan harga diri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s