Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SALAM AIDILADHA…

Sudah terlalu banyak isu berat dan kritikal yang aku lontarkan di sini sejak akhir-akhir ini. Bukan apa, iyalah..kalau di awal penulisan dan keterlibatan aku berblog di awal 2004 dahulu lebih berkisar kehidupan sebagai seorang student dan kadang-kadang entri-entri yang merepek aku tulis, misalnya kisah sponge bob dan rakan-rakan. Tapi kini, sudah dewasa barangkali. Maka, bentuk penulisan dan isinya juga berlainan. Seiring dengan kedewasaan, kematangan dan kewarasan yang meningkat…jadi,hormon-hormon penulisan juga akan lebih kearah kematangan dan kedewasaan! Mungkinlaaa….apa pendapat kamu?

Sudah terlalu ramai blogger yang lahir hari ke hari. Ada yang menulis tentang diri, ada yang menulis tentang orang lain, ada yang menulis isu politik dan tidak kurang ada juga yang merepek! Tapi tidak apa, itu warna-warni kehidupan seorang bloggers dan itu juga kehendak hati mereka. Apa yang mereka tulis adalah hak mereka dan suara mereka, sebenarnya itulah kejujuran yang lahir dari lubuk hati seorang bloggers dan ianya tidak usah disekat kerana akan membantutkan proses demokrasi di kalangan rakyat Malaysia. Aku tidak mahu mengharap aliran informasi dari arus perdana sahaja terutamanya media-media mainstream yang rata-ratanya berat sebelah!

– – – – – – – PPPffftttt – – – – – – – – –

Esok sudah Hari Raya Aidiladha, dan jatuh pula pada hari Rabu. Betul-betul di tengah minggu. Jadi, cuti cuma satu hari sahaja. Bagi mereka yang bekerja dan kampung halaman begitu jauh dari kota raya mungkin ini akan menyusahkan mereka kerana jika mahu bercuti mereka perlu memohon untuk dua hari (Khamis dan Jumaat). Tapi, alangkah elok dan manis nikmat berhari raya di kampung sambil menolong keluarga dan orang kampung melapah lembu dan kambing yang dikorbankan jika Kerajaan Malaysia memberi cuti tambahan pada hari Khamis (cuti sudah menjadi 2 hari). Bukankah itu satu yang manis dan indah? Bukankah juga takbir Aidiladha berlangsung selama 3 hari? sewajarnya juga cuti perlu dipanjangkan sekurang-kurangnya daripada 1 hari kepada 2 hari.

Apa yang aku hairan juga, kenapa Aidiladha tidak meriah seperti Aidilfitri? Malahan tiada satu pun lagu-lagu Aidiladha yang direka khusus untuk menyambut kedatangan hari yang mulia ini (baca; lagu-lagu aidiladha boleh diselitkan dengan elemen-elemen ketuhanan yang berentak irama nasyid memandangkan Aidiladha berlangsung ketika umat islam sedang bertawaf mengelilingi Kaabah). Juga, iklan-iklan bersempena Aidiladha langsung tidak diketengahkan. Kenapa? Mesej-mesej berkaitan Aidiladha juga amat sedikit aku lihat, jika Aidilfitri bertalu-talu ruang iklan di akhbar-akhbar disewa ole syarikat-syarikat gergasi tempatan untukĀ  menyiarkan mesej-mesej ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin tapi kenapa tiada ketika Aidiladha?

– – – – – – – PPPfftttttt – – – – – – – –

Dikesempatan ini, aku mahu memohon ribuan kemaafan andai ada tersilap kata dan tersalah tulis mahupun kesilapan info-info yang diberikan di sini. Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.

p/s – Besok siapa yang aku mahu korbankan???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s