Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

IBADAH KORBAN DI BDR. RINCHING, SEMENYIH DAN SEJARAHNYA

Ini entri berkaitan korban, dan sedikit gambar-gambar ibadah korban di Masjid Kariah Bandar Rinching, Masjid Al-Mustaqim.


Pagi tadi ibadah suci ini dimulakan dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran yang Maha Esa. Seterusnya solat sunat Aidiladha dijalankan dan kemudian selepas siap-siap tukar baju, kami (baca; aku dan adik-beradik lelaki yang lain) ke masjid semula untuk melakukan ibadah korban. Ramai jemaah dan penduduk yang hadir bersama-sama mengerjakan ibadah suci ini. 5 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah dikorbankan dan aku rasa ini adalah yang paling besar setakat ini dilakukan di masjid kariah ini.

Cuaca di awal pagi membawa ke siang agak cerah dan panas dengan angin sepoi-sepoi bahasa bertiup hinggalah ibadah korban hari ini selesai pada jam 12 tengah hari. Tiba-tiba hujan yang agak lebat turun membasahi bumi. Rahmat dari Nya barangkali. Aku yang ketika itu agak lapar dan sedang menunggu sup kambing yang dari tadi di masak oleh kaum ibu, terus menyerbu kawasan masakan dan terus mengambil makanan.

Pergghhh….memang mantap tak terkata. Terangkat beb! Panas-panas, pedas-pedas….lazat!!

Sup kambing, sambal kicap dan sambal belacan yang masih panas-panas dengan di luar masjid cuaca hujan lebat. Kewl!

– – – – – – PPPfffttttt – – – – – – – –

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

p/s –  Di kala kemuliaan Aidiladha ini tiba dan ibadah korban ini dijalankan pada siang harinya, masih ada lagi umat islam yang sedang bergembira dan leka dengan nikmat dunia. Ada yang menonton wayang, terkinja-kinja di pusat hiburan di malam Aidiladha di kala lain-lain umat islam sedang bertahmid dan memuji kebesaran yang Maha Esa. Ada yang belum bangun pagi lagi tatkala lain-lain umat islam sedang menunaikan solat sunat Aidiladha. Apalah nak jadi…..ish…

Salam Aidiladha!!!

2 responses

  1. Surau Desa Mewah, 7 ekor

    November 17, 2010 at 10:54 am

    • faerrin

      Terbaek bro…selamat beramal!

      silap info, sini 5 ekor lembu…

      November 17, 2010 at 12:40 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s