Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

TV ALHIJRAH, MEDIA BARU MALAYSIA

Ramai antara rakyat Malaysia yang masih tidak tahu akan kewujudan media baru yang mengkhusus kepada program-program bercorak kerohanian. TV Alhijrah. Sebagai sesi pengenalan, stesen televisyen kerohanian, TV Alhijrah yang pernah diperkatakan sebelum ini akan mula beroperasi mulai jam 3 petang ini sehingga 12 tengah malam.

Selepas hampir dua tahun diperkatakan mengenai kewujudan stesen ini, TV Alhijrah operasi siaran sepenuhnya pada Disember yang akan menyajikan pelbagai program berbeza dengan memberikan perspektif Islam. TV Alhijrah ditubuhkan sebagai syarikat yang dikenali sebagai Alhijrah Media Corporation dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan serta diletakkan di bawah penguasaan Jabatan Perdana Menteri (JPN).  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kewujudan stesen televisyen berlandaskan Islam itu sebagai memberi pilihan kepada penonton yang menekankan nilai Islam di dalamnya.

“TV Alhijrah ini adalah untuk memberi pilihan kepada penonton tempatan dan mensasarkan kepada semua peringkat usia. Golongan muda, remaja dan kanak-kanak adalah golongan terbesar yang menonton iaitu sebanyak 63 peratus dan selebihnya adalah penonton biasa.

Bahan-bahan yang terkandung di dalam saluran TV ini juga turut meliputi drama, filem, ehwal semasa, dokumentari, berita, animasi dan hiburan yang menjanjikan kelainan. Bagi golongan bukan Islam, TV Alhijrah akan memperincikan mengenai Islam sebagai agama yang menggalakkan melakukan kebaikan, keadilan dan perpaduan. TV Alhijrah yang juga stesen televisyen percuma (FTA) akan berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur.

TV Alhijrah juga bakal ditonton melalui siaran Astro dan melalui medium baru seperti internet serta telefon bimbit. Lima transmisi bersedia memancarkan siaran di Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Ini mencakupi 55 peratus penonton di negara ini. 11 syarikat penerbitan diberikan penghargaan untuk membekalkan kandungan untuk TV Alhjirah iaitu Nissay Ventures Sdn Bhd, Zeel Production Sdn Bhd, KL Motion Sdn Bhd, Miracle Media Sdn Bhd, Rumah Karya Citra, Karyawan Bestari Sdn Bhd, Wayang Studios Intl, Ezar Sdn Bhd Manjafilm Sdn Bhd, dan Les Copaque Production.

– – – – – PPPfftttt – – – – – –

Untuk menikmati rancangan menarik yang disusun oleh TV Alhijrah, penonton hanya perlu menekan alat kawalan jauh set televisyen bagi mendapat siaran seperti berikut;

frekuensi
Siaran TV Alhijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam. Sepanjang tempoh percubaan siaran TV Alhijrah pada November ini, penonton akan dihidangkan dengan pelbagai rancangan pembikinan atau “the making of” program-program TV Alhijrah yang akan mula disiarkan sepenuhnya pada Disember kelak. Antaranya ialah rancangan Kenduri Kendara, Menu Alam, Nak Ke Mana Tu, Ketika Cinta Bertasbih, Misteri Alam Melayu, Nota Al Zahra dan Sinar Baru.

TV Alhijrah turut mengetengahkan terbitan secara penuh di dalam siaran percubaan ini.  RancanganKapsul Khas “Laporan Haji” merupakan siaran pertama di Malaysia yang membawa laporan dari Tanah Suci di dalam rangkuman khas setiap hari. Siaran ini menyediakan liputan mengenai ibadah Haji musim ini yang meliputi berita terkini jemaah Haji Malaysia, jadual penerbangan perkembangan semasa sempena musim haji. Kapsul Khas “Laporan Haji” turut menjadi pemangkin kepada  program pertama yang seumpamanya di Malaysia yang membawa lintas lansung dari Makkah. Siaran lintas lansung ini akan member peluang kepada jemaah haji Malaysia untuk menyampaikan ucapan kepada keluarga di tanahair selain turut membantu penonton dalam usaha memahami konsep dan makna perkataan Haji itu sendiri.

Pihak TV Alhijrah turut menyiarkan beberapa rancangan utama sepenuhnya walaupun masih diperingkat percubaan siaran. Antaranya, sebuah rancangan bual bicara antarabangsa yang mendapat pengiktirafan di Amerika, Kanada, Korea, Turki dan banyak lagi. Program ini dikenali sebagai The Dr. Oz Show. Keunikan rancangan bual bicara santai  ini terletak pada pilihan  topik-topik perubatan dan kesihatan oleh seorang Doktor Islam. Dr Oz akan membincangkan pelbagai topik kesihatan serta gaya hidup secara langsung dengan penonton di studio.

TV Alhijrah menjanjikan variasi genre  program yang tidak hanya tertumpu kepada program berbentuk dakwah secara langsung semata-mata. Penelitian pilihan program dititiberatkan demi memastikan setiap program memiliki unsur-unsur hiburan, penghijrahan dan nilai murni berlandaskan Islam. Kesemua program yang ditayangkan memberi didikan berkonsep universal yang menekankan pelaksanaan Islam, sesuai serta releven untuk masyarakat tempatan dan antarabangsa. TV Alhijrah stesen TV yang berkonsepkan Islam pertama di Malaysia, menitik beratkan penerbitan dan persembahan yang segar dan kreatif.

Antara siaran-siaran yang ditawarkan di TV Alhijrah….

– – – – – – – PPPfffttttt – – – – – – –

Dengan wujudnya media baru malah berteraskan keislaman dan memupuk budaya dan cara hidup islam, aku berharap usaha murni ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat muslim Malaysia dari segi pengajaran dan pembelajaran budaya islam secara tidak langsung. Iyalah, untuk ke tempat ceramah-ceramah, aku yakin ramai di kalangan rakyat Muslim Malaysia malas dan tidak ada masa untuk hadir ke majlis-majlis ilmu seumpama itu kerana kesibukan kerja. Jadi, dengan adanya media baru ini ianya dapat juga mendidik umat islam Malaysia yang akhir-akhir ini hanyut di bawa arus dan tenggelam dalam lautan nafsu duniawi.

Apa yang aku harapkan, dengan terwujudnya siaran islamik ini, budaya-budaya hendonisme yang terlalu banyak di media arus perdana sedia ada dapat dikurangkan. Terapkan cara hidup islam yang sejati dengan pelbagai program-program dakwah yang lebih interaktif dan tidak membosankan serta pada masa yang sama dapat mengajak kepada kebenaran dan meninggalkan kemungkaran. Budaya berpesan-pesan dan saling ingat-mengingati juga harsu diterapkan dari pelbagai aspek penyiaran dan program-program yang ditonjolkan juga seharusnya membawa mesej-mesej yang murni.

Jika pada masa akan datang ada program-program realiti yang diterbitkan oleh TV Alhijrah, aku amat-amat berharap janganlah ada lagi program-program mencungkil bakat seni diwujudkan. Bagi aku, cukup-cukuplah program-program yang tidak berfaedah kepada pembangunan ummah yang sedia ada diterbitkan dari pelbagai media arus perdana mahu pun steyen berbayar ini dihentikan. Adalah lebih elok jika pelbagai program seperti Akademi Al-Quran, Akademi Imam atau lain-lain yang berupaya membangun dan menguatkan ummah diterbitkan. Porgram-program realiti bercorak perniagaan seperti mana “The Apperntice” perlu ditonjolkan, tetapi dalam versi Islam. Juga, program-program bercorak kepimpinan, tokoh-tokoh islam di Nusantara dan budaya islam cemerlang juga perlu ditonjolkan, malah program-program seperti dokumentari Jejak Rasul juga perlu ditayangkan dari semasa ke samasa agar muslim Malaysia sentiasa “aware” dengan siasah para anbiya, nabi dan rasul pada masa lalu. Program-program bimbingan keluarga bahagia melalui slot-slot drama juga perlu disiarkan, ini sedikit sebanyak dapat memberikan bimbingan yang terbaik kepada keluarga muslim dan non-muslim untuk membentuk keluarga bahagia memandangkan kes-kes penceraian dan lain-lain kes yang membawa kecelakaan dalam keluarga akhir-akhir ini semakin kritikal.

Jadi, apa tunggu lagi…mari tonton TV Alhijrah! Mungkin media baru ini akan dapat memberi sedikit kelainan kepada selera kita yang selama ini di”ajinamoto”kan oleh Astro dan Media Prima!

p/s – Walaupun kos penyiaran TV ini dibiyai sepenuhnya oleh kerajaan, adalah diharapkan TV ini tidak dijadikan salah satu agenda Kerajaan seperti mana TV1,TV2, dan Media Prima sudahlah. Kang, tak habis-habis ada saja muka Pak Jib dan Mak Mah. Hehe.

Sumber; Akhbar arus perdana, web TV Alhijrah

2 responses

  1. Mula-mula bersiaran, programnya ok. Takut nanti bila dah lama, siarannya tah apa-apa. Kebanyakan stesyen TV sekarang menyiarkan rencangan yang menjelikkan. Kalau buat drama, tak habis-habis cerita hasad dengki orang Melayu. Jalan cerita lebih kurang sama, yang bertukar hanya latar tempat dan watakl. Pelakonnya asyik muka yang sama, yang ada antara metreka yang mempunyai pelbagai remkod — dadah, jenayah, kawin cerai berai, tak bagi nafkah dll, khalwat, zina, pakain menjolok mata dll.

    Kalau berlawak pulak, buat lawak bodoh. Dia je yang rasa lawak sedangkan penonton rasa nak muntah. Nak berlawak mesti merangkak, pakai kostum spt binatang. Tah kenapa manusia nak jadi binatang pulak. Sedangkan berlawak yang sebenarnya ialah cukup dengan gerak geri anggota badan dan dialog yang nelucukan.

    Kesimpulannya, kebanyakan rancangan TV kita tidak membantu pembangunan minda penonton khususnya di kalangan remaja. Akibatnya mereka tersasar daripada arah tuju dan jati diri yang sebenar. Dan Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak berperanan dengan sempurna untuk menapis setiap rancangan sebelum disiarkan.

    November 18, 2010 at 11:33 pm

  2. ape yang saya harapkan kepada pihak pengurusan tv al hijrah supaya pengisian rancangan hendaklah berteraskan islam yang sebenarnya tanpa campur aduk dengan elemen2 yang kurang sesuai dalam sesuatu rancangan. rancangan bercorak dakwah, sebagai contoh satu rancangan bual bicara mengenai remaja masakini yang bermasalah dijemput kestudio untuk ditemubual, bagaimana dia terlibat dan cara penyelasainnya,yang mana soal jawab ini akan diselesaikan oleh seorang yang benar-benar pakar dalam masalah remaja,yang ada masalah pun dijemput turut serta melalui phone call kena banyak diantara mereka tidak tahu dimana masalah mereka hendak diluahkan.selain itu tv alhijrah perlu peka dengan persekitaran semasa, sbg.contoh jika ada sesuatu isu besar berlaku didalam negara yang melibatkan soal agama islam, masyarakat islam,tv alhijrah perlu tampil menjadi orang pertama menyelesaikan masalah tersebut,pengisian perlu lebih baik dari masa kesemasa,insyallah tv alhijrah akan menjadi wadah kepada masyarakat yang dahagakan ilmu ynag berkaitan dengan islam,sapa tahu yang bukan islam turut terpesona dengan persembahan tv alhijrah, mudah-mudahan apa yang diusahakan ini akan mendapat keberkatan dari allah subhanawataala, insyaalah.

    Jun 18, 2011 at 3:59 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s