Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PECAH PANGGUNG 2 ALAM, REALITI ATAU FANTASIA BULAN MADU?

Filem 2 Alam sudah pun di tayangkan pada 18 November yang lalu. Jadi, apa pendapat anda? Pasti ada di antara kamu menggigil-gigil dengan keterujaan fenomena 2 alam yang tidak henti-henti di pukul canang oleh pemegang label dR. Rozmey, siapa lagi kalu bukan Datuk Dr. Rozmey Che Din atau lebih terkenal dengan nama manjanya DDR. Aku menulis entri ini bukan semata-mata hendak merendah-rendahkan martabat seorang usahawan ini, jauh sekali mengkejinya. Tapi, masih ingatkah kamu dengan beberapa ketika dahulu, marketing strategy yang digunakan olehnya untuk mempomosi filem “konon-konon kotak pejabat” pada tahun ini?

Lihat gambar besar di atas, dan fikir kembali secara bermonolog dalaman. Tanya diri kamu sendiri. Mahu tonton filem itu? Terujakah kamu? Menggigilkah kamu?

Kembali kepada strategi pemasaran DDR, aku mahu recall sedikit tentang iklan-iklan yang pernah di siarkan tidak lama dahulu. Adakah kamu masih ingat? Tidak ingat? Mari aku ingatkan sedikit…Lihat gambar dibawah…

Ok, apa yang tergambar di kotak fikiran kamu semua? Aku tidak ingat bila DDR mula pukul canang untuk mendapat kutipan sehingga 40 juta ni, tapi seingat aku, di awal usaha untuk mepromosikan filem ini kutipan yang dijangkakan adalah sebanyak 4 juta, meningkat kepada 8 juta, 10 juta hingga 20 juta dan akhirnya hinggalah 40 juta. Jika diperhatikan promosi filem ini telah pun dilakukan lebih dari 3 bulan dengan banyak iklan-iklan promosinya di dada-dada akhbar terutamanya Kosmo! Terkesankah cara DDR ini untuk menarik ramai penonton ke pewagam dengan berkongsi keterujaaan menonton filem pecah panggung (baca; pecah punggung)?

Tidak lama sebelum penayangan filem ini di panggung-panggung, DDR sudah pun mengumumkan “pelancaran” filem tersebut dengan memberi titah ala-ala penyimpan mohor-mohor besar ketika mengumumkan kedatangan syawal dan aidiladha.

Dr. Rozmey buat ucapan, “berbesar hati mewartakan & memuktamadkan tarikh tayangan filem 2 Alam serentak ke 83 pawagam seluruh negara 18 November 2010 bersamaan dengan 11 Zulhijjah…” Klik di sini jika mahu tengok dan ketawa.

Aku tidak pasti dengan kesahihan ini. Tapi menurut beberapa sumber dari Internet dan lain-lain pembacaan dari akhbar arus perdana. Aku yakin, ini hanyalah satu lagi teknik pemasaran yang diimplementasikan oleh DDR. Menurut satu blog hiburan terkenal, Ohbulan! siap dengan kajian tapak bagi memastikan kesahihan dakwaan DDR tersebut, ternyata ianya hanyalah sebuah gimik dari DDR. Boleh dikatakan tidak sampai 20 orang yang menonton filem 2 alam pada satu-satu masa! Ini dikukuhkan lagi dengan paparan screen shot susun atur bilik pawagam yang ternyata kosong! Kajian tapak ini dijalankan di pawagam-pawagam sekitar Lembah Klang. Mahu tahu berita lanjut, klik sahaja Ohbulan!

Sebelum itu terdapat juga ura-ura mengatakan tarikan utama bagi filem 2 alam adalah adegan panas pelakon wanita dalam filem tersebut, Suhaillah Salam. Lihat gambar ini.

Adakah ini salah satu tarikan untuk menonton filem ini?

– – – – – – – PPPffttttt- – – – – – –

Tidak salah jika kita berfikir secara radikal dan di luar kotak fikiran untuk cara mempromosikan filem tersebut, tetapi kita perlulah waras dan bersandarkan kepada logik akal dan situsi serta iklim semasa, sosio-politik tempatan. Lihat jumlah penduduk Malaysia secara total, sudah capikah 30 juta orang? Jadi, secara relatifnya, adakah jumlah yang sekecil ini, mampu mendokong kutipan tiket tayanagan yang tinggi? Ini bukan USA, kamu letak sahaja cerita/filem/lagu atau apa sahaja, pasti ianya akan WALLA! dan BOMBASTIK!! Setakat kutipan USD 40 juta, senang-senang sahaja boleh dapat. Mungkin DDR perlu melakukan pengkajian yang lebih mendalam tentang targetnya pada masa akan datang, sekiranya menerbitkan filem. Kualitatif dan Kuantitif metod boleh di ambil kira sekiranya mahu menjalankan kajian.

Mula-mula bila aku terbaca artikel berkaitan promonya, aku beranggapan bahawa dR. Rozmey hanya bermimpi di siang hari kerana untuk mencapai kutipan setinggi itu adalah satu perkara yang mustahil tetapi yang sebenarnya apabila difikirkan semula, mungkin jugak beliau mampu untuk meraih kutipan setinggi itu memandangkan tiada perkara yang mustahil diatas muka bumi ini asalkan mendapat keizinan daripada ALLAH SWT… Aku perhatikan sejak kebelakangan ini, sudah semakin ramai peminat-peminat filem Melayu ke pawagam-pawagam untuk memberikan sokongan kepada penerbit-penerbit filem tempatan yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan filemfilem tempatan yang bermutu untuk dijadikan sajian istimewa buat para penonton setia filem Melayu…

Menurut DDR, beliau mempunyai resepi yang tersendiri untuk melonjakkan filem 2 ALAM untuk menjadikan impian atau target beliau bagi mencapai kutipan RM40 juta itu satu kenyataan dan apa yang aku rasa, kemungkinan besar dR. Romzey akan menggunakan populariti beliau untuk dijadikan sebagai di antara point yang penting untuk ke arah itu. Benar, walau di mana-mana sahaja waima di setiap akhbar, majalah, dan lain-lain medium kamu akan ternampak tanda DDR berposing sambil menunjukkan tanda bagus.

Ketika DDR menetapkan sasaran untuk memperolehi sekitar 10 juta, aku tidak berapa kisah, iyalah…Adnan Sempit pun boleh mencecah 8 juta, jadi tidaklah mustahil untuk memecah tembok halangan itu untuk mencapai 10 juta. Tapi, bila DDR sudah mula lupa diri dan berkata besar dengan menggandakan sasaran jumlah kutipan. Aku sudah mula bersikap pesimis, anti-semetik dan berubah arah, lalu aku terfikir, mampukah?

Tapi, aku sedikit suka akan semangat dan kekentalan usahawan ini, cuma kadang-kadang aku akan tergelak juga akan caranya. Apa-apa pun semoga berjaya DDR!!!

p/s  –  Sedang menggigil!!!


 

2 responses

  1. armadrafar

    strategi nak jual filem…
    lain dari strategi nak jual jamu…

    memang lawak…
    auta lebih…

    ape2 pun
    usaha ddr mmg patut dipuji…
    berani mencuba…

    November 21, 2010 at 6:46 am

  2. Strategi cam jual jamu jugakla…orang beli berkali-kali…DDr pun harapkan penonton tgk cerita 2 alam tu 2-3-4-5-6-7-8-9- hatta 10 kali pun…..mesti sampai RM40juta punya….hahahaha

    November 30, 2010 at 7:47 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s