Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

PERANG KOREA; APAKAH NASIB KEPADA SUPER JUNIORS DAN WONDERGIRLS???

Topik agak berat dibincangkan pada waktu petang, sekitar jam 4;40 petang. Waktu-waktu yang tersangatlah efisien membuat kerja-kerja pejabat. Jadi, untuk meredakan ke-efisienan membuat kerja-kerja yang teramatlah banyak itu, kami bercadang mahu rehat seketika dan berbual-bual yang ada “isi”.

Perang Korea…..

Yaaa…semua tahu, yang dunia kini sedang memerhati ke sudut timur. Perang Korea yang entah ke berapa kali akan dan bakal meletus pada bila-bila masa. Dua negara yang pada asalnya adalah dari satu negara yang sama, satu kaum dan ras yang sama, agama yang mungkin juga sama berpecah dua oleh kerana berbeza ideologi dan fahaman politik. Satu berpihak kepada barat dan satu lagi menyebelahi blok timur. Jadi, berpecahlah mereka atas dasar itu. Sehingga kini, tiada pengisytiharan atau deklarasi yang rasmi menyatakan kedua-dua negara itu telah menamatkan perang.

Baru-baru ini Pyongyang melancarkan berpuluh-puluh roket dan serangan meriam ke pulau Yeonpyeong, di sempadan yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara enam hari lalu, yang meragut nyawa dua orang awam dan dua anggota marin, selain menyebabkan 18 lagi cedera. Sejurus selepas itu, Armada perang Amerika terus tiba ke Korea dan mengadakan “latihan” perang. Kini, Amerika dan Korea Selatan memulakan hari kedua latihan ketenteraan bagi mempamerkan kekuatan dan kelengkapan perang.

Jadi, itulah topik yang didiskusikan oleh kami. Hinggalah terpacul sesuatu dari mulut kawan aku ni.

“Elok jugak kalau diorang ni berperang!”

“Wei, kenapa pulak wei….kao ni…jangan…itu hari baru je tembak beberapa butir bom, saham di kebanyakkan papan-papan utama dunia jatuh merudum wei, efek ekonomi kita nanti!”

“Tapi aku suka…aku puas kalao di Korea Utara dapat jatuhkan Bom Nuklear kat tengah-tengah Bandar Seoul tu!”

“Sebab apa wei?”

“Sebab, aku benci dengan artis-artis Korea! lagi-lagi K-POP!…aku harap semua artis-artis K-POP habis musnah termasuklah dengan K-POP tu sendiri! aku benci dengan K-POP…”

“Wah….bukan main lagi kao ni ye…apa salah K-POP dan artis-artis Korea wei?”

“Artis-artis K-POP dah buat salah besar kat aku dan juga pendengar-pendengar radio dan pencinta irama dan artis tempatan…Adakah kao rela gegendang telinga kao dinodai dengan suara sumbang dari Super Juniors? Adakah kao mahu gegendang telinga kao dilacur dan dinodai dengan suara “gemersik yang tak berapa sedap” tapi seksi lebih dari Wondergirls? Aku tak rela! Justru….aku rela mereka semua hancur luluh dibom dengan Taepo Dong 1 (baca; peluru berpandu berkuasa Nukluear Korea Utara)!”

“Wahhhh!!! betul jugak cakap kao ni!”

Jadi…perang Korea ni, ada eloknya jugak! Jadi…selamat musnah irama K-POP!

p/s – Musnahkan irama K-POP! Marilah sokong artis tempatan!

4 responses

  1. apa laah bodoh sgt sbb k-pop pon ada yg stuju nak berperang . macam takda mentaliti je . haha .

    Disember 2, 2010 at 10:22 pm

  2. 0330

    ish ta ptot..kalo ad owg na bom ngare ko..ko mra ta..

    April 21, 2011 at 12:56 pm

  3. fucking you ..

    fucking to the blog creator .. saya rasa gegendang telinga awak yng dh pecah kerana dengr lagu artist tempatan yng xberpa sngt .. yang ngkau dngki sangt tuh pesal .. dah die orng telh berjaya membawa lagu mereka dngn usaha sendiri .. die orng berjaya susah pulk ngkau .. macm lh ngkau nyanyi best sangt .. ntah2 kau nyanyi sengau …😛

    : ikhlas darpd wakil KPOPERS

    April 21, 2011 at 2:48 pm

  4. fucking you ..

    SAY ! KOREA HWAITING >>
    SAY ! SHIT TO THE CREATOR !!!
    SAY ! SARANGHAEYO KOREA😀
    SAY ! DAMN SHIT TO THE CREATOR !!!
    SAY ! FOREVER KOREA !!!
    ~ non stop ~

    April 21, 2011 at 2:54 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s