Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

CUTI REHAT BAGI AKU, KAMU DAN MEREKA

Bulan Disember menjelma, seperti kebiasaan pada bulan yang sama cuti sekolah juga sedang berjalan. Maka, mungkin ramai yang akan apply cuti rehat untuk mengoptimakan masa terluang anak-anak di rumah dengan membawa mereka berlibur menikmati keindahan panorama Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai lebih duit, sudah pasti akan terbang jauh sedikit…barangkali ke Eropah, Timur Tengah dan Benua Australia.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan dengan mendirikan masjid dan sudah tentu majlis walaimatulurus ini banyak dijalankan di seluruh negara! Secara tidak langsung bulan Disember ini umpama rahmat buat keseluruhan rakyat Malaysia kerana ianya memberi seribu satu makna pengertian kepada semua rakyatnya dan sekaligus dapat memberikan mereka kegembiraan.

Jadi, aku susun sedikit persamaan linear yang entah betul atau tidak bagi menerangkan pemboleh ubah-pemboleh ubah (baca;variables) yang aku nyatakan tadi.

Nikmat Rakyat Malaysia (Kegembiraan) = Cuti Sekolah + Cuti Rehat + Majlis Kahwin.

Cuti sekolah yang panjang pastinya amat menguntungkan guru-guru dan muridnya. Cuba kamu bayangkan, seramai 405,716 orang guru-guru dan 5,407,865 orang murid-murid di seluruh negara sedang bercuti panjang! (baca; setiap kali cuti sekolah). Satu angka yang besar. Jadi, sedikit sebanyak akan timbul iri hati di jiwa rakan-rakan penjawat awam yang lain kerana guru-guru diberi kelebihan ini.

Tapi, itu tidak mengapa. Apa kata, apply sahaja cuti yang ada, mungkin segelintir dari kamu (baca; penjawat awam) masih mempunyai baki cuti yang masih banyak, mungkin ada 6-7 hari lagi tapi, kebanyakkan kamu semua pasti baki cuti yang tinggal cuma sehari dua sahaja dan ada juga yang tidak ada cuti langsung!

Oleh itu, applylah cuti rehat kamu. Applylah cuti rehat seminggu terus (bagi mereka yang masih punya baki cuti sebanyak seminggu) , tapi harus diingat bagi penjawat awam seperti aku, kamu dan mereka, cuti aku, kamu dan mereka bukanlah hak aku, kamu dan mereka semata-mata. Jika tidak disokong dan diluluskan….siap sedialah untuk ke pejabat ya!

Bagi mereka, kamu dan anda yang tidak mempunyai baki cuti……silakan buat kerja di pejabat ya!!! Duduk diam-diam dan pandanglah teman akrabmu si komputer itu.

p/s – Aku mahu cuti seminggu hujung bulan Disember ni…cuti yang enak dan dap-dap!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s