Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BOLA SEPAK MALAYSIA KEMANA HALA TUJUNYA??

Nak ulas panjang-panjang pun aku tak reti. Aku bukanlah Haji Hasbullah Awang (kini Dato’ rasanya) pengulas sukan yang amat puitis ketika mengulas setiap rencana dan perlawanan sukan. Aku mahu ulas sedikit pasal permainan bola sepak Malaysia yang satu ketika dahulu amat digeruni lawan dan kawan tapi kini, realiti dan hakikatnya..permainan sukan bola sepak kita (baca; Malaysia) hancur, ke laut dan kekampungan. Senang-senang sahaja di perkotak-katikkan oleh pasukan lawan dan kawan.

Kosmo! keluaran hari ini, di bahagian sukan ada menyatakan ulasan berkaitan perlawanan ini yang bertajuk “Kena Bedil”. Tapi bagi aku, tajuk yang tersangatlah sesuai adalah “Kena Bedal”.

Di Utusan Malaysia turut memuatkan artikel sebegini rupa dengan tajuknya yang berbunyi ” Malaysia Diratah Tuan Rumah”. Ok, tajuk yang ini aku sokong kerana memang menggambarkan situasi yang benar-benar berlaku. Manakan tidak, kena bantai 5 berbalas 1!  Boleh juga disama ertikan sebagai seorang perempuan yang dirogol tanpa kerelaan berulang-ulang kali! Begitulah hakikatnya. Pahit ditelan, pedih untuk disimpan hancur berkecai segala-galanya.

Di Metro pula bertajuk “Kena Ganyang”. Betul…memang kita (baca;pasukan bola sepak Malaysia) kena ganyang. Kena ganayang di hadapan ribuan penyokong-penyokong pasukan lawan. Sedih!!!

Berita Harian pula ada memuatkan artikel yang sama serta mengulas isu yang sama dengan tajuk yang berbeza sedikit (mungkin mahu menjaga hati) yang berbunyi..”Ledakan Satu Dibalas Lima”. Jika dilihat pada tajuknya, seolah-olah mahu mengangkat sedikit reaksi positif dengan menyentuh jiwa pembaca supaya sokonglah pasukan bola sepak Malaysia kerana mereka masih mampu menggegar gawang dengan meledakkan satu gol di awal-awal separuh masa pertama. Akan tetapi…kantoi di akhir perlawanan, jatuh tersungkur dan menyembah bumi.

Persoalannya sekarang, ke manakah hala tuju bola sepak kita setelah sekian lama diberikan pelbagai perhatian dan peruntukan oleh KBS dan lain-lain agensi yang sewaktu dengannya.

Apakah tindakan yang perlu dibuat dan rasanya sudah berulang kali post mortem dilakukan, tetapi…haram…tiada perubahan. Hantarlah pemain-pamain kita ke luar negara dengan tujuan memberi pendedahan dan pengalaman..tetapi, pulangannya bagaimana? Adakah ianya membuahkan hasil?

Kenapa pula kekalahan demi kekalahan ini berlaku? Bagaimana ia berlaku? Adakah kerana pemain kita kurang stamina atau kurang pendedahan atau kurang gaji dan elaun yang diberi? Berapa banyak kertas kerja untuk tujuan dan pembangunan sukan ini telah dibentangkan, aku yakin sudah berlambak-lambak dan banyak, mana mungkin sukan nombor satu dunia ini dianak tirikan sebelum ini. Aku yakin, pembangunan sukan untuk bola sepak di Malaysia pastinya memperuntukan belanjawan yang besar tidak kira untuk mengurus dan membangun dan harus diingat sukan ini juga ditatang bagai minyak yang penuh oleh Kerajaan dan KBS sendiri.

Jadi, sewajarnya pemain-pemain bola sepak negara, jurulatihnya, FAM sendiri perlu memberi pulangan yang setimpal akan “kasih sayang” yang diberikan oleh Kerajaan dan KBS dan pastinya perlu melonjakkan nama Malaysia di mata dunia di dalam sukan ini.

Adakah kita mahu, bola sepak selepas ini di anak tirikan?

Bagi aku, aku on ja!!!

p/s –  Main hoki lagi bagus!!! Hidup Hoki!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s