Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

Archive for Disember 8, 2010

ENDIK BIL. 3; SKUAD MALAYSIA BOLEH MENANGKE?

Selepas dirogol dan dirobek gawang gol Malaysia semasa pembukaan perlawanan Piala Suzuki AFF ketika menentang Indonesia. Malaysia telah dirobek keperawananannya apabila kantoi 1-5 dengan Indonesia. Ibarat wanita yang dirogol paksa tanpa kerelaan, pahit untuk ditelan, begitulah skuad Malaysia untuk menerima hakikat kekalahan pada ketika itu. Malam semalam, Malaysia yang telah bangkit semula apabila mengalahkan Loas dengan 5 berbalas satu, serta sedikit sebanyak ianya turut dibantu dengan aksi kekalahan Thailand kepada Indonesia apabila negara gajah putih itu telah dibaham dengan skuad Garuda 2-1. Situasi ini melayakkan Malaysia untuk ke pusingan separuh akhir.Tahniah!!!

Aku menonton berita di TV3 (baca; segmen sukan, berita dunia dan biznez sahaja…lain-lain aku tak masuk campur) dan terlihat akan keghairahan segelintir rakyat Malaysia yang sangat berpuas hati dengan perkembangan positif skuad negara untuk layak ke pusingan seterusnya. Aku yakin, pasti keseluruhan warganegara Malaysia begitu gembira akan kemenangan ini. Ini juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia begitu berharap agar skuad negara dapat mempamerkan persembahan yang mantap untuk pusingan yang berikutnya.

Bagi aku, apa yang penting adalah konsistensi skuad negara, stamina dan game play. Juga diingatkan supaya skuad Malaysia tidak mudah lupa, alpa dan leka ketika leading. Inilah yang aku amat risaukan. Iyalah, skuad negara kita ni umpama ada satu penyakit keturunan. Jika sudah leading dalam satu-satu perlawanan, entah kenapa mereka seperti lupa, alpa dan leka seolah-olah musuh tidak akan menyerang balik gawang gol mereka. Aku sekali lagi mengingatkan supaya, jangalah leka!

Apa pun, skuad negara…bermainlah dengan baik, belasah saja apa yang ada di depan kamu. Pulun cukup-cukup dan jangan “penyakit keturunan” itu terus-terusan menular! Hapuskannya segera!!

p/s –¬† Boleh menangke??

Advertisements

AKTIVITI HUJUNG TAHUN

Sudah hujung-hujung tahun nampaknya semakin banyak pula bengkel-bengkel yang perlu dihadiri olehku. Setakat ini sudah beberapa buah hotel dah menjadi tempat berlangsungnya bengkel-bengke tersebut. The Royale Chulan Hotel, Marriott Hotel, dan kemungkinan selang dua minggu dari sekarang akan ada lagi satu bengkel yang perlu dihadiri. Nampaknya makan dan minum di hotel sahajalah.

Cuma sebentar tadi aku di Marriott, tiba-tiba aku teringat akan satu cerita drama tv yang pernah popular “sekejap” pada awal-awal tahun ini. Hotel Mania! Yaa….masih ingat lagi? Kisah-kisah kehidupan pekerja-pekerja di hotel tersebut. Kisah cinta dan lain-lainnya. Walaunpun aku tidak begitu minat akan drama tersebut yang seakan-akan sinetron Indonesia dengan mekap yang tebal dan berlebih-lebih, gedik melampau tapi, sedikit sebanyak aku agak terkesan dengan uniform pekerja hotel ini. Lagi-lagi pada kakitangan wanita yang mengenakan baju berwarna hijau daun itu! Nice!

– – – – – – PPPPffftttttt – – – – – – – –

Apabila terlibat dengan aktiviti bengkel seumpama ini, aku biasanya akan tidak sabar untuk menikmatai hidangan-hidangan yang walla! dan superb. Iyalah, macam aku ini, hanyalah orang biasa, berjiwa muda remaja dan selaku penjawat awam yang hanya pada kedudukan tangga gaji w41, bukanlah besar mana. Jadi untuk makan mahal di hotel (baca; makan saja-saja di hotel) adalah jarang sekali (boleh dikira dengan jari dalam setahun jika mahu makan di hotel saja-saja). Jadi, dengan adanya bengkel-bengkel sebegini rupa, inilah peluang yang begitu dinantikan. Ibarat orang yang mengantuk disorongkan bantal atau ibarat orang yang lapar disuakan nasi aku mengambil peluang dan kesempatan yang baik ini untuk menyantap dan memenuhi nafsu dan selera makanku yang terpendam. Jika di analisa dengan teliti, bahagian perutku mampu memuatkan banyak makanan dan aku telah susunkan layoutnya dengan baik agar apabila penuh kelak, aku masih mampu bernafas dan tidaklah termengah-mengah!

Sental apa sahaja. Dari pembuka selera ke penutupp selera. Dari daging ayam ke daging kambing. Dari pelbagai jenis dessert ke pelbagai jenis manisan. Dari pelbagai jenis salad ke pelbagai jenis buah-buahan. Dari pelbagai jenis kek ke pelbagai jenis lauk pauk. Semua aku sental!

Kata orang tua-tua dan orang lama-lama….rezeki jagan di tolak, musuh pula jangan dicari! Kalau ada rezeki di depan mata, jangan ditunggu lagi, sental sahaja! Esok lusa kalau kempunan siapa yang susah?

p/s – Apapun, makanlah kamu sebelum kamu dimakankan!