Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ENDIK BIL 4; AHMAD DHURAH

“Malam ni aku nak tengok Ahmad Dhani”….kata si A yang begitu beriya-iya.

“Aku tak pernah tengok cerita tu, orang kata cerita tu best…layan dan menyentuh perasaan!”….katanya lagi.

Aku tidak menidakkan juga tidak mengiyakan kata kawanku itu. Tapi, apa yang aku tahu…seperti di layar TV tidak ada drama, sinetron, telenovela mahupun slot-slot samarinda, akasia dan sewaktu dengannya tidak ada drama yang bertajuk Ahmad Dhani….dan ya! bukankah Ahmad Dhani nama seorang penyanyi popular di Indonesia atau, adakah aku ketinggalan maklumat tentang adanya drama tv yang baru dan berkemungkinan besar bertajuk “Ahmad Dhani”. Yang aku tahu drama yang masih bersiaran sekarang ini menggunakan nama Ahmad di depannya cuma “Ahmad Dhurah” saja!

Jika tidak silap aku, jarang sekali syarikat penyiaran memaparkan drama-drama yang menggunakan nama lelaki. Jika tidak silap aku, adalah dalam tiga drama yang menggunapakai nama lelaki contohnya, Ahmad Dhurah, Ayoub, dan…..err….Asmara!!

Asmara tu nama lelaki ke?

“Wei…..apa cerita yang kao nak tengok malam ni? bukanke kao ni tak suka drama melayu ?”…aku memulakan bicara kembali selepas berfikir panjang

“Ahmad Dhani…..dah berapa kali daaa aku cakap kat kao”… si A mula merungut

“Siapa pelakon dia sampai buat kao berkobar-kobar dann tak sabar-sabar nak tengok”…aku bertanya kembali untuk re-confirm adakah drama yang dimaksudkan itu mempunyai barisan pelakon seperti drama Ahmad Dhurah.

“Ok….kalao tak silap aku….pelakonnya Faizal Tahir!”…jawan si A meyakinkan.

“……….pulak, ada pulak si Faizal Tahir berlakon?…….” getus dalam hati kecilku

Sah dan terang lagi bersuluh sama ada aku yang terlepas info atau si A yang buta hiburan malaya ni saja-saja bikin kontrovesi. Jadi berakhirlah perbualan ringkas aku dan kawan aku pada petang itu.

– – – – – – – – PPffttttt – – – – – – – –

Malam yang dingin dan sejuk. Tiba-tiba handset yang tak berapa nak canggih aku berbunyi.

“Ada mesej masuk la pulak………”

Dengan bermalas-malasan aku bingkas bangun dan ambil handset yang tak berapa nak canggih aku. Aku bukak inbox dan terpacul nama si A! Aku buka mesejnya dan ringkas mesej yang ditulisnya. Kurang dari 7 patah perkataan.

“Ahmad Dhurah…bukan Ahmad Dhani”

Aku pun balas kembali. Juga cukup ringkas. Kurang dari 3 patah perkataan.

“HAHA”

p/s – Hahahaaaaaa!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s