Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ENDIK BIL. 10; VIETNAM KENA BENAM LAGI!!!

Gambar hiasan; tiada kene mengena dengan barisan pemain yang bermain sebentar tadi (sebilangannya ada bermain)

Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun selepas terikat 0-0 dengan Vietnam pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi sebentar tadi untuk layak dengan agregat 2-0.

Walaupun kita layak ke pusingan akhir tapi pada aku kita tidak menang dengan bergaya. Kenapa?

Seharusnya Malaysia sebentar tadi sudah pun dapat menyumbat sekurang-kurangnya 3 biji gol tapi sayang. Pemain-pemain seperti terlalu berhati-hati dan yang paling mengecewakan, kenapa Amri Yahyah tidak merembat terus ke gawang gol? Kenapa perlu tunggu bola? Kenapa?  Di mana ketangkasan dan keberanian Amri Yahyah yang begitu baik corak permainannya sebelum ini dengan menyumbatkan 2 gol pada pusingan awal yang lalu melalui tandukan? Mana kemahiran itu wahai Amri? dan kenapa barisan penyerang kita begitu tumpul? Adakah “penyakit keturunan” kembali menyerang jiwa setiap pemain?

Walaupun Vietnam kurang seorang pemain akibat dari aksi lakonan terbaik dari si pondan (baca; menangis teresak-esak selepas diberi kad merah dan di halau keluar padang) dan ada juga ketika Vietnam bermain dengan 9 orang sahaja iaitu pada saat seorang dari pemain mereka cedera dan terpaksa diletakkan di luar padang seketika untuk mendapatkan rawatan dan pada masa itulah peluang untuk menjaringkan gol dan menguasai permainan begitu luas buat Malaysia, tapi kita tidak memanfaatkan peluang keemasan itu! Malah dengan kekurangan pemain pada ketika itu Vietnam terus-terusan menyerang dan terus menyerang hingga beberapa kali mendapat tendangan percuma. Tapi kita bernasib baik kerana mempunyai seorang penjaga gawang yang bermutu tinggi, Apek a.k.a Jepun. Kalau tidak, sudah berapa biji gol dah disumbat. Barangkali lebih dari lima biji.

Lagi, kenapa kali ini bila dilihat taktikal dan corak permainan agak kelam kabut. Kita sentiasa diasak dan terus diasak hingga ke garisan pertahanan dan beberapa kali juga terdapat percubaan merbahaya dari Vietnam menyentuh gawang gol kita. Tapi, di dalam kekalutan itu barisan pertahanan dapat memberikan clearance bagi menyelamatkan suasana tegang. Memang barisan pertahanan harus dipuji terutamanya Kuna yang berstamina tinggi dan Asrarruddin yang sentiasa menjadi tembok penghalang yang bagus. Persoalannya, kenapa setiap kali bola dimuntahkah keluar bola tersebut seperti tiada hala tuju. Entah ke mana bola itu dituju dan kerap kali bola yang dikeluarkan, yang kononnya ke kawasan selamat jatuh kembali ke tangan Vietnam! Kenapa kita tidak melakukan counter attack yang berkualiti? Seharusnya, kita perlua melakukan serangan balas dan terus memberi penangan kepada penjaga gawang Vietnam memandangkan ramai pemain-pemain mereka berkampung di kawasan tengah dan pertahanan kita!

Tapi, apa pun….Malaysia layak ke pusingan akhir. Syabas dan tahnniah! Harap-harap kita dapat menjuarai Piala Suzuki AFF ini! Malaysia Boleh!

p/s –  Baik lepas ni tukar corak kepada attacking!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s