Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

BAKAL TAMAT ZAMAN BUJANG…TANGGUNGJAWAB LEBIH BERAT!!!

Sehari, dua lagi aku bakal memikul tanggungjawab yang besar dalam hidup. Rasa macam tidak percaya dan juga seperti masa ini berlalu begituan pantas. Sepantas cahaya! Aku bakal menjadi seorang suami buat seorang wanita dan aku bertanggungjawab sepenuhnya kepadanya. Aku bakal menikahi seorang wanita yang bakal menjadi teman hidupku untuk ke akhir hayatku. Ya….nikah.

Inilah yang berlegar-legar di dalam benak fikiranku dua, tiga hari ini. Mampukah aku? Jika tidak mampu, masakan segala-galanya sudah tersedia, tinggal untuk dilaksanakan sahaja. Jadi…nikah sahaja…bukankah nikah itu sunnah nabi, junjungan besar kita Muhammad S.A.W? Ini amat bertepatan dengan Sabdanya yang bermaksud;

“Nikah itu adalah sunnahku, maka barangsiapa kepada sunnahku, ia bukanlah dari kalangan umatku”

Sabdanya lagi.

“Berkahwinlah kamuu akan perempuan-perempuan, kerana sesunggunya perempuan-perempuan itu boleh mendatangkan keberkatan kepada harta”

Nikah juga adalah untuk mengelakkan zina yang kini semakin berleluasa dan dengan berlakunya nikah segala yang haram akan menjadi halal dan ini juga ada difirmankan oleh Allah S..W.T di dalan Surah Al-Israa’ ayat 32 yang membawa maksud.

‘Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan kejidan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”

Aku berharap, agar aku dan si dia akan kekal bersama hingga ke akhir hayat. Mudah-mudahan pernikahan kami akan diberkati oleh Allah S.W.T hendaknya dan aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa ku kerana telah bersusah payah dan berhempas pulas dalam segala hal untuk menjayakan majlis yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Juga jutaan terima kasih kepada ahli keluargaku (adik beradikku) dengan segala komitmen yang diberikan mudah-mudahan kita semua akan hidup dalam suasana yang harmoni dan bahagia hendaknya.

Destinasi percutian tidak diputuskan lagi, tapi untuk jangka masa pendek dan terdekat mungkin mahu ke Cameron Highland dan mungkin selepas kenduri di tempat aku pada Januari nanti akan pergi jauh sedikit. Sabah atau Sarawak ke Melbourne? Lihatlah……

p/s – Mahu tulis entri berat, aku punya otak sudah tidak berapa mampu nak berfikir. Doakan agar dipermudahkan ketika berakad aku dan jumpa di lain entri.

4 responses

  1. armadrafar

    semoga berbahagia hendak nya…

    aminnn…

    Disember 23, 2010 at 4:23 pm

  2. congrats ye kamuuuu……..😉

    Disember 24, 2010 at 2:07 am

  3. cenderamata kawin di: http://cendera-mata.blogspot.com

    Disember 25, 2010 at 2:30 am

  4. pass it on

    Januari 4, 2011 at 6:46 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s