Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

ALHAMDULLILAH…AKHIRNYA SEMPURNA

Pada minggu yang lepas, pada hari yang sama, malam yang sama cuma tarikh dan masa yang berlainan aku menulis entri mengenai jiwaku yang sedang kacau, seperti tidak tahu apa akn berlaku. Aku asyik memikirkan soal akad nikah yang bakal aku alami pada selang dua harinya. Pada ketika itu cuma tuhan sahaja yang tahu akan gelora jiwa dan batinku. Tapi kini, aku sudah pun melalui “azab” itu. Aku berjaya melafazkan akad tersebut dengan sekali lafaz sahaja pada tanggal 25 Disember 2010 malam.

Alhamdulillah…akhirnya sempurna.

Menjadi seorang suami kepada seorang wanita yang bergelar isteri merupakan satu tanggungjawab yang besar pada hakikatnya. Tanggungjawab ini merupakan satu amanat yang telah diberi dan perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya dalam menjalankan tugas sebagai seorang suami. Sebenarnya dengan menikahi seorang wanita yang kita kasihi, maka telah sempurnalah keimanan seorang muslim atau sebahagian agamanya, Ini bertepatan dengan hadis Baginda Rasul.

Sebenarnya, apa yang aku alami ini juga bakal dan telah pun dilalui oleh kamu semua. Setiap lelaki, pasti akan merasainya, lainlah jika kamu lelaki yang berjiwa songsang seperti Azwan Ismail. Siapa Azwan Ismai? Sila kamu Youtube atau googlekan sahaja dan pasti kamu akan bertemu jawapan yang kamu cari itu. Perkahiwinan merupakan satu proses peralihan.

Peralihan apa?

Peralihan dari alam bujang ke alam rumah tangga. Itulah jawapannya.

Jika sebelum ini kita seorang diri, kini sudah berteman. Jika sebelum ini tidak ada rasa tanggungjawab yang berat, kini tanggungjawab perlu dipikul. Tapi perlu diingat, tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ini berat sebagai contoh;

-Perlu patuh kepada perintah Allah dan Rasul

-Menjadi pemimpin kepada anak dan isteri

-Mengajar ilmu fardhu ain kepada anak dan isteri

-Memberi nafkah zahir dan batin

-Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada hli keluarga

-Bertanggungjawab membawa haluan keluarga mengikut lunas-lunas islam

-Berlaku adil dan tidak menzalami isteri

-Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan kepada rumahtangga

-Memastikan tidak berlaku kepada kemaksiatan dalam rumahtangga

Jadi rakan-rakan sekalian, doakan aku agar dapat memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya!

Aku dan isteri ketika malam berinai

Aku dan isteri ketika di hari persandingan

p/s – Doakan kebahagiaan kami berdua. Amin…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s