Pemerhatian dan pandangan dari bebola mata yang berkaca mata terus dinukilankan dan diekspresikan dalam bentuk penulisan…

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!!

Hari ini, Sabtu 1 Januari 2011. Semalam 31 Disember 2010. Tahun 2010 sudah pun melabuhkan tirainya dan kita kini di alam tahun baru. Jadi, selamat tahun baru aku ucapkan.

Semalam tidak banyak perkara aku buat, mahu sambut tahun baru seumur hidup aku tidak pernah aku meraikannya. Pergi ke dataran merdeka mahupun ke KL dengan bersesak dan berasak-asak di dalam pesta dan konsert di malam ambang tahun baru juga aku tidak pernah. Bukan kerana apa, aku dapat rasakan budaya-budaya melalaikan dan sedemikian rupa tidak elok untuk kita masyarakat islam. Lebih baik duduk di rumah atau berjalan-jalan sambil membeli belah dan apabila malam melabuhkan tirai atau menjelang maghrib pulang sahaja ke rumah.

Semalam sambutan tahun baru hanya dibuat dirumah itupun selepas aku dan isteri ke JJ untuk membeli barang kemas. Usai membelinya aku dan isteri maraton wayang di TGV bermula dengan Gulivers Traveller dan diakhiri dengan The Tourist. Kedua-dua cerita tersebut boleh aku katogerikan sebagai menarik dan sesuai untuk ditonton dikala kepala sedang berserabut. Habis menonton tidak banyak kata dan karenah terus sahaja pulang ke rumah.

Dalam perjalanan ke rumah aku melalui pekan yang berhampiran cuma malam ini agak istimewa. Satu kelompok kanak-kanak dan remaja bawah umur dengan bertemankan basikal masing-masing sedang enak bersuka ria dan bergembira untuk menyambut tahun baru. Dalam hati aku terdetak sedikit persoalan. Kemana ibu bapa mereka? Apa yang mereka lakukan pada malam-malam ini sedangkan mereka sepatutnya bersiap-siap untuk masuk kembali ke sekolan pada hari Isnin depan 3 Januari 2011! Apalah sudah jadi dengan mereka ini. Aku dan isteri hanya saling berpandangan dan memikirkan apalah kesudahan nasib anak-anak ini yang kebanyakkannya adalah anak melayu islam.

Di simpang depan sekumpulan mat rempit dan minah rempit sedang berkumpul. Juga anak melayu yang masih muda, belia dan remaja. Ada yang sedang asyik memadu asmara dengan pasangan masing-masing dan ada juga yang sedang galak hendak berlumba. Sekali lagi kami saling berpandangan dan hanya mengeluh kecil. Mengeluh kerana memikirkan nasib mereka, kemana mereka selepas ini? Adakah ke laut atau jatuh tersungkur menyembah bumi?

p/s – Kenapa setiap kali di malam tahun baru dan malam merdeka anak-anak melayu islam ini menjadi begitu lalai dan leka? Astaga….Apa pun Selamat Tahun Baru 2011!!

One response

  1. i like it

    Januari 5, 2011 at 5:07 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s